Thursday, September 18, 2014

Diet kalori

Salam... 

Aku pernah turunkan berat badan dgn produk Herbalife. Tak dinafikan laa produk tu memang sedap. Dan aku berjaya turunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 bulan. Amazing sgt dah tu aku rasa! Tup-tup, lepas tu aku pregnantkan Izzara... terasa impian terbantut je. Tapi sebab lebih sayangkan kandungan, aku mengalah dengan niat nak kurus tu...


Tapi sepanjang pregnant tu aku still consume produk ni. Yang aku boleh cakap, memang bagus la sebab kwn2 kata aku tak bloated sgt masa pregnant tu. Muka pun tak kembang setaman. Tapi masalahnye bila bajet tight ni kan.. produk mahal pulak tu.. hehehe.. maka terus stop dah. Bukan niat nak stop terus, kalau ade bajet memang besar harapan aku la nak start balik... 


Berat badan skang ni dah makin naik. Sebelum disahkan pregnant, berat aku 89kg. Now 97kg. Nanges??? Hampir2 la... tapi sebelum aku start herbalife dulu, masa tu khalif umur 7 bulan, berat aku 104kg tauu!! Kira masih success lagi la aku ni hahahhahahaha... so now aku kena usaha utk turunkan berat balik. Gym da pernah pegi tapi tak berapa turun pun. 


Ikut blog kevin zahri. Katanya nak success lose weight ni senang  je. 80% jaga makan. 20% exercise. Phewwww.. patut la aku gi gym hari2 pun tak turun berat. Makan tak jaga!!! Bila tak jaga makan ni, akan sampai satu tahap yg aku sentiasa rasa lapar. Nasi sepinggan penuh pun rasa tak cukup je lagi... Pastu sendiri komplen perut buncit macam orang pregnant 5 bulan. Asal berdiri depan cermin je, nak komplen diri sendiri. Tapi usaha nye takde! 


Now dah seminggu aku try control makan. Aku kurangkan nasi. Budak ofis aku ni nak kawen, 2-3 bulan dia diet tak makan nasi, now slim je..cantik je.. aku pon nak jugak slim. Tapi tak leh la nak stop nasi terus. lagipun aku masih breasfeed izzara. Bawah ni sekadar perkongsian utk kita. Aku kena buat diet kalori. 


Macamana nak kira kalori?



kena kira berapa Basal Metabolic rate (BMR) untuk keperluan badan dulu, dimana kalau kalori yg diambil redah dari BMR, badan akan sakit kerana ia keperluan basic untuk jantung dan organ dalaman berfungsi dengan baik. selepas itu kira Daily Calorie requirement(DCR).kalau nk kekalkan badan ambil ckalori bersamaan DCR, jika nk kurangkan berat , ambil kalori kurang dari DCR tetapi jangan lebih rendah dari BMR....




formula kiraan BMR
BMR (PEREMPUAN) : 655 + (9.6 X berat dalam kg) + (1.8 X tinggi dalam cm) - (4.7 X umur dalam tahun)BMR (LELAKI) : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)

formula kiraan DCR
• BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman, kerja di meja) • BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu) • BMR x 1.55 (senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu) • BMR x 1.725 (senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu) • BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba maraton) 

BMR aku : 1723.4
DCR aku : 2068.08

Tapi sebab aku masih breastfeed, perlu tambah 100 kalori sehari. So aku decide utk max kalori intake sebanyak 1850-1900. CUba.... cuba dulu...


Next entry aku akan up pasal jumlah kalori dalam makanan kita... huhuhu.. bole nangis wooo.. tabah ke tak.. ke buat cara sendiri ke asalkan berat turun hahah.. tengok la cemana nanti