Monday, September 8, 2014

Good moms have...?



Assalamualaikum..

Tetiba pagi ni rasa nak berblogging pulak. Teringat dulu-dulu aku rajin juga update, walaupun sekadar cerita anak beranak.. tapi sejak setahun lepas aku dah jarang sangat blogging. Mungkin sebab sibuk sangat. Urusan keluarga, kerja.. seharian amat meletihkan weii.. 

Dan alhamdulillah sudah 1 tahun 7 bulan aku survive without maid! Walaupun kadang2 timbul perasaan yang nak maid time2 tu jugak... tapi lepas tu dah hilang perasaan tu. Perasaan tu timbul time aku tengok keadaan rumah macam di langgar garuda, dan time tu jugak aku kepenatan fizikal dan mental, time tu juga anak2 bercakar sesama sendiri (akibat kurang perhatian kot?).. pffttttttt.. menangis jiwa dan raga hanya Allah yang tahu. Husband memang membantu sangat. Contohnya bila minta tlg buangkan sampah. Dari petang aku cakap, sampai da nak tido sampah tak berusik. Kadang2 aku paksa.. kadang2 aku malas nak remind lagi maka aku bantu la diri sendiri. Kekekekkekke.. sorry bang i citer kat sini. Apa pun abg memang seorang yg rajin ;)

Seawal 5 pagi aku da mulakan tugas. Bangun, siapkan sarapan, iron baju  (just in case tak sempat iron malam2), mandi, solat, siapkan anak2 nak ke sekolah dan taska, bawak anak2 masuk kereta (masa ni pun kritikal sebab kadang ada yg buat perangai baik sangat taknak masuk kereta..aptb!)..... sampai je kat ofis badan aku da lembik! Selalu rasa tak adil sebab aku sorang2 je buat.. ayah diorang tak buat apa pun. hahah.. tapi kadang2 ade juga ayah diorang tolong pagi2 tu.. tapi pagi2 memang dia seloww sangat2. Mamai. Tak pasal2 bertambah sorang lagi yang aku nak uruskan bg arahan bagai... baik tak yah! 


Camni la.. bila dah kat ofis, badan da segar balik, hati da tenang.. ok.. aku pun dah cool.. petang nanti balik baru huru hara balik perasaan aku. ahahaha... 



SUPERWOMAN KAH AKU? 


Ade yang bagi kata-kata semangat kat aku..:


You are SUPERWOMAN!!!

Kadang2..biasanya selalu, aku cuba utk jadi SUPERMOM utk anak-anak aku.. cuba utk berjaya uruskan hal anak2 dari makan, pakai sampai la ke urusan kemas2 rumah. Aku cuba selagi terdaya.. tapi lepas aku baca artikel dlm paper baru2 ni.. Aku try to avoid. Aku tak nak jadi SUPERWOMAN dah.... sebab nanti anak2 aku terabai bila aku sibuk nak cuci pinggan kat dapur, sibuk nak kemas2 lepas dinner.. sampaikan anak2 tertido sendiri lepas bergaduh sesama sendiri. Sedih sangat... Sekarang ni aku cuba utk luang lebih byk masa dgn anak2. Lepas makan, pinggan mangkuk aku tak terus basuh. Aku spend time dulu dgn anak2, walaupun takde baca buku ke apa.. sebab masing2 da letih baik aku, baik damia.. jadi layan tv sampai tertido sama2 pun dah cukup baik. sambil2 aku menyusukan izzara, bergolek2 dgn diorang depan tv, sedar2 rupanya aku pon da terlelap. Terjaga tengah malam, syahdu je rasa tgk anak2.. lagi syahdu tgk sinki penuh dgn pinggan mangkuk... huhuhuhu.. maka baru lah aku bangun kemas dapur n siap beg taska masing2, then tido... Masa ni biasanya jam dah pukul 12 lebih. Dan aku harus bangun jam 5 pagi.... 







Macam tu lah rutin harian. Tu sebab blog ni macam terabai.. banyak nak di luahkan.. tapi bila aku nak taip, terus rasa blank. Letih sangat otak aku agaknye. Kadang kat ofis, dalam meeting pun aku boleh terlelap. Parahhhh...

Now, aku akan selalu ingatkan diri sendiri:





Yup.. tu belum masuk cerita keadaan rumah bila dilanggar garuda. Menangis dalam hati woo.. aku selalu jugak bising pasal rumah besepah, bising kat anak2 yang sepahkan barang mainan, sampaikan sofa tu pun diorang boleh angkat jadikan slide dan main beramai2... ni biasanya bujang 2 orang tu la, dan follower da tentu la izzara si kenit.. kalau damia pulak, biasanya duduk setempat, tapi keliling dia penuhhhh dengan anak patung! bukan anak patung je, siap dgn stroller adik dia pun dia rembat buat stroller babydoll. Bayangkan je la perasaan aku bila aku da kemas rumah bersih gile.. tak sampai 10minit dah sepah balik. End up aku biarkan diorang main puas2. Nanti2 bila hati aku da cool, biasanya petang2 or malam, aku kemas balik. Aku ni pikir, segan je kalau jiran tetiba datang singgah rumah.. macam pemalas sangat aku ni kan nak kemas2. :(

Tapi... sesungguhnya....




Sangat benar.. sebab anak-anak yg tengah membesar ni takde keje lain, mainnnn je.. dan itu lah memori yang diorang sedang cipta! - fuhhhhh ni aku tengah mempositifkan diri sendiri jugak ni...


Dan..






Tersenyum aku baca quote atas ni. Harap-harap aku berjaya jadi ibu yang baik utk anak-anak..... Insyaallah...




1 comment:

AMIIZAA said...

salams sue, i miss u...lama tak dengar cerita :):)

muahhh muaahhhh dr kak mieja:)