Tuesday, July 7, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

MomBloggersPlanet adakan contest lagi. Kali ni tema untuk bulan July adalah Baby in Carseat. Wow!! Memandangkan banyakkk koleksi gambar Khalish dalam carseat, aku rasa tak salah rasanye kalau nak join contest ni. Contest bulan lepas pun masuk gak tapi belum ada rezeki nak menang..
Tak pe, tiap bulan ada contest :)
Okey.. berikut adalah gambar2 Khalish di dalam carseat.





Nama : Khalish Amsyar bin Khairull Akbar
Tarikh Lahir : 16 Mac 2009

Untuk Khalish, aku telah buat keputusan untuk membelikan carseat yang terbaik (as for me). Berkenan sgt dgn Peg Perego Primo Viaggio. Harga agak (memang) mahal. Tapi disebabkan ciri2nye yang bagus, maka pejam mata saje la.... Actually ada blogger yang nk let go carseat mcm ni dgn harga yg murah, brand new lagi. Tapi disebabkan masa tu kat rumah takde broadband, esoknye gi opis rupe2nye da ada org rembat dulu. Frust juga la..... Kalau tak sure bole jimat ratus2.
Apa yang aku suke tentang Peg Perego Primo Viaggio ni adalah sesuai digunakan dari newborn sampai la 12months (dlm 13kg). Carseat ni sekali dgn adjustable base. So boleh adjust nak baring ke nak duduk. So nanti bile Khalish da pandai duduk, aku akan adjust bagi seat tu tegak sikit.
Lagi satu, aku suke kaler dia!! Menarik youuu...
Dan yang lebih penting adalah carseat ni ade side impact protection. Masa Damia dulu just guna brand Sweet Cherry. Ok jugak tapi takde side impact protection. Macam keras sikit sbb kain/sarung nye tak gebu..

Buktinye...

Dari rumah babysitter (Kajang) sampai la ke rumah (Ampang), Khalish lena tido. Da sampai pun dia masih tak bangun2. Empokkk sgt agaknye hihi..




Carseat ni beli masa masih mengandungkan Khalish lagi. Sebab dah tau, hari pertama kerja nanti sure kena pastikan Khalish selamat semasa pergi dan balik.
Dengan penggunaan carseat ni juga, pada pendapat aku, kita bole melatih anak2 supaya behave sementara ibu/ayah drive. So nanti bila da besar sikit takde masalah kalau nak bawa diorg kemana2 menaiki kereta.
Pernah juga aku ternampak seorang ibu yg sedang drive sedangkan anak nye yg masih baby hanya diletakkan di sebelah (seat co-pilot). Walaupun tujuannye tak jauh, mungkin ambil masa 2-3minit utk sampai, pada aku, ibu tersebut tak patut buat begitu. Siapa tau, kemalangan boleh berlaku di mana2 tanpa mengira siapa. Jadi kita sebagai ibu dan bapa tak patut mempertaruhkan nyawa anak2.
Nyawa anak2 lebih berharga dari wang ringgit. Ingat tu!
Dan... kalau ade carseat, tapi tak menggunakannya dgn betul pun, tak bagus jugak, kan? Bila letak anak dlm tu, ibu/bapa ni jgn la lupa utk gunakan buckle tu. Itu bukannye sekadar hiasan. Itu utk menjamin keselamatan mereka kalau ada apa2 terjadi.
Selain digunakan di dalam kereta, carseat ni bole juga digunakan sbg carrier mahupun rocker.
Lihatlah kami berpiknik di Taman Tasik Perdana. Just letak je atas meja so that baby pun boleh tgk familynye makan2 sambil berborak dan melihat pemandangan menarik.


Haa.. siap tidoo lagi dlm carseat dia.



Khalish dapat menghirup udara yg segar!! Dan lepas tu terus lena dlm carseat yg empok. Pastikan safety belt telah di buckle ok.

Okeyyy.. sesiapa yang ingin menyertai contest ini sila la berkunjung ke MOMBLOGGERSPLANET.

Terima kasih kepada para penaja hadiah iaitu :

1. PhotoBookMalaysia

2. AliceWonders



"Ibuuu.. harap2 kita menang kali ni. Khalish da bagi pose paling sweeettttt ni. Pihak penganjur sila pilih saye yea..."




2 comments:

Misbehave said...

comel comel!!

i doakan korang menang! Amin :)

Sue said...

insyaallh.. amiin

thx 4 ur support!