Monday, September 27, 2010

Kepada pemilik pengguna no. telefon ini:

010-263 6869

Hari ni dah raya ke-18. Penattt saya tunggu awak nak datang beraya. Kata nak berhari raya dan bermaaf-maafan sesama kita. Bile ni? Tiket flight dari Labuan dah habis ke atau tak sempat booking awal2? Ehhh tapi info terbaru yang saya dapat, awak bukan kat Labuan. Hehehe... Rupanya awak berada sekitar Lembah KLang je. Weekend ni saya buat open house. Datang lah dengan kawan-kawan yang awak declare sama-sama bersubahat dalam menghantar sms fitnah tu. Jangan lah takut.. awakkan kata awak cuma orang tengah dan tolong taipkan sms tu je. Lagipun saya dah sampaikan salam kemaafan ikhlas dari awak tu kepada SI DIA. Tentu dia pun dah maafkan keterlanjuran awak. Sedangkan Nabi ampunkan ummatnya. Tak gitu??

Meh la datang beraya... Awak pun yang beriya-iya nak berkenalan dengan saya. Eh awak kata nak duit raya kan? Meh la datang... kang kempunan pulak. Saya ada menu spesial.. Lemang periuk kera. Import jauh ni.. hehehhehe... Haaa Si Dia pun datang nanti. Boleh lah kalau nak salam ampun peluk cium ke.. hihihihi... kena ingat tau. Dosa memfitnah tu lagi besar dari dosa membunuh. Eh da macam kes Datuk Sosilawati pulak... Kot ye pun janganlah off kan hp. Susah saya nak hantar sms jemputan. Tu yang tulis kat blog ni.

Eh tak sudi nak datang ke? Tak pe la.. saya boleh datang beraya rumah awak. Alamat pun dah ada. Dalam dunia ni sekarang apa2 pun cuma dihujung jari je. Semua boleh dapat. Macam-macam adaaaaa.... kerja terkutuk awak pun dah mula dari bulan Februari lagi kan? Oklahh.. jangan lupa datang rumah ye. Saya pun dah maafkan awak pasal kata2 awak nak santau saya sekeluarga. Orang yang tak tinggal solat macam awak (awak yg kata) tentu tak buat perkara yang tak baik, kan. Bukan ke..solat & amalan baik kita menghalang kita dari berbuat perkara yang mungkar?


p/s: Kepada kawan-kawan yang budiman sekalian, Insyaallah dalam masa terdekat nanti akan di siarkan sms-sms daripada orang yang tak takutkan Allah ni. Dan anggap dunia ni dia yang punya. <---- berdasarkan permintaan kawan2 juga utk baca sms tu :)

4 comments:

Anonymous said...

su..sapa pemilik nombor bertuah tu??jahatnya ada orang macamtu..

Sue said...

yups.. mmg jahat niat dia tu. siapakah dia? kita tunggu di episod akan datang. jeng jeng jenggg... hihihi

Anonymous said...

hadoooiii mane nye sms yg reveal kt sini tu??

Sue said...

sila bwk bertenang. HP sy yg ada sms tu tgh masuk icu skang ni. once dah ok nanti, i paparkan di sini ok. tapi tak paparkan semua la. mana yang i rasa paling jahanam je i reveal. btw, org2 itu pun ada yg da dpt balasan cash dr Allah... kalau x sedar juga tak tau la