Thursday, March 24, 2011

Time's up!!!

Kejap lagi nak pi hospital. Doakan semuanya selamat..... Penat berharap supaya turun tanda tapi tak turun2 pun.. DOctor suh admit ward hari ni, so malam ni ke esok pagi ke kena induce. Tapi aku masih berharappppp lagi agar sampai2 kat hospital kang laluan dah bukak. SO tak yah kena induce.

adoii khaliikjn js . v,,m

khalish mengacau!! doakan semuanya selamat ye kawan...... mohon maaf kalau ada salah silap. Insyaallah esok lusa boleh update dengan baby baru :)

Friday, March 18, 2011

Happy Birthday, Khalish...

16 Mac 2011 adalah besday Khalish yang ke 2 tahun. Tapi kesian dia.. disebabkan hujan lebat hari Jumaat lepas (11hb) malam tu terus dia batuk2 kahak, selsema.. n demam. Sampaiii la hari ni, still batuk kahak n selsema. Hari selasa 15hb tu kebetulan aku gi check up kat Az-Zahrah. So mintak doc check dada dia, sekali kena amek neb. Lepas tu baru ok. Tapi kejap je la....

16 Mac tu jugak, aku gi hospital coz doc refer coz air ketuban kurang n aku kata baby punye movement tak terasa sangat. Tah la.. ke aku yang tak kira? Tapi dah 2-3 hari gak aku tak rasa baby kick kuat. Sekali kat hospital kena warded pulak... alahaiiii.. baru je plan balik spital nak gi beli kek celebrate bday khalish.

Damia ikut sekali gi hospital. Saje je bawak dia... Sekali bila aku nak masuk kat PAC tu Damia pun nak ikut sekali. Menangis2 dia bila ayahnye amek. Kesiann. hehehe.. Masa nak gi ward pun damia excited je.. ingatkan budak boleh naik sekali coz dah time melawat. Tapi tak bole la... rupanya budak2 cuma bole melawat sabtu ahad je. Dulu boleh je.... kesian damia. So barang2 aku just di kirim kat mak guard je la.






Boring gile nak makan nasik kat hospital. Aku asyik laparrrrr je. Mana tak nye, dah la makan ikut time, pastu boring2 aku tido. Bangun tido lapar balik tapi belum time makan. Nasib la ada biskut..


Masa nak admit ward tu, kelas 1 n 2 full... dia bagi kelas 3. Tapi nasib baik belum sempat naik ward, dorang tukar aku ke kelas 2. Kira ok la.... takde la dok bawah kipas. Masa tu kelas 3 pun ada gak katil2 yang kosong.. Tapi masa nak discaj tu, aku tengok kat ruang tv pun dah fully occupied. pastu siap ada bilik transit kat luar wad, just tutup dengan tirai je.. kesian sape dok situ.
Kat PAC masa nak clearkan nama, husband kata penuhhhhh... ramai org nak bersalin sampaikan nurse situ terpaksa cakap kat brader sorang ni : ward dah penuh. Aku tatau la mana dia letak bini brader tu nanti. Aihhhh risau pulak. Jangan time aku sok penuh gak dah la.. Nangesss!!!
Balik tu dah kul 9pm. Call bibik tanya budak2 dah tido ke? Bibik kata belum..... so aku pun zasss ke kedai kek kat kajang. Beli kek sebijik dan balik..



*penat pusingkan gambar ni tapi tetap mcm ni*




Birthday boys & birthday girl (bulan March)















Just a small celebration. Janji ada! Tunggu la nanti kita buat best2 yea dik.. tunggu baby da kuar :)







HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO KHALISH AMSYAR
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....
Ibu sayangggg sangat kat adik. Sayangggg jugak kat kakak. :)
Adik, be a good son ok.
Jaga kakak baik2.
Dah nak jadik abang, kan?
Selalu panggil dia 'abang kecik'.. pastu nanti dia gelak2.. macam kelakar je..
hehehehe...
Khalish, dah 2 tahun.
Kejap je masa berlalu.
Hmmmmm *teringat masa peknenkan dia n masa bersalin*
Kejap lagi nak jadi abang dah.....
Dan paling ibu suka adalah... khalish masih mahukan nenen ibu.
Balik dari hospital, itu yang dia cari. Comelssss!!!!
p/s: Kalau dalam seminggu ni tiada tanda2 bersalin, maka 25hb (EDD) kena admit ke hospital untuk induce. Sebab BP tak stabil so doc tak bagi tunggu lama. Doakan saya selamat.



Friday, March 11, 2011

Celebrate Bday Damia kat Kindy

Alhamdulillah... Majlis sambutan hari jadi Damia kat sekolah berlangsung dengan lancar dan meriah. Cewahh... Semalam gigih jugak la aku gi Giant beli barang2 untuk party pack dia. Pastu ada lagi tak cukup. Petang pergi lagi kedai dekat2 Giant tu nak beli lagi barang sikit. Pastu takde party hat pulak... patah balik ke Kajang, gi kedai borong dekat ngan Maybank. Perghhh murah gile barang kat situ. Nyesal beli kat Giant.....




Ni untuk party pack dia. Asalnya dah beli party pack cap Giant kaler kuning. Pastu masa gi kedai borong tu jumpa plak Princess nye party pack ni ha. Murah gile kauuuu.. RM2.90 per pack. Dalam tu ada 12 pcs. Rembat la ape lagi. Giant punye boleh simpan.... hehe... Oh lupa nak letak party hat skali dlm gambar ni.






Kek pandan layer. Sedap gile. 1st time tempah kek kat kedai ni, kat dgn sg.chua. First time jugak kek beday damia lain dari tahun2 sebelum ni.

Waktu rehat bebudak ni kul 2.30pm. Aku sampai kat sekolah tadi 5 minit awal, tapi budak2 ni dah kuar dah... Nampak damia dok kat kerusi pandang2 luar arah aku. Tapi dah lama sket baruuu dia perasan ibu dia datang. Pastu excited sebab kawan aku bawakkan kek, aku pegang kotak party pack dia... So enjoy la gambar2 bday dia kat bawah ni yea:



Damia malu2 kucing plak..... susah nak amek gambar dia, asik tunduk je tak pun isap jari. Cehh..




Ramai2 nyanyi lagu hepi besday to u...









Damia dengan teacher kelas dia












Aku suapkan kek kat damia
lepas aku suapkan je kek, nak tau ape terjadi:







Nampak tak dia mengesat air mata? Syahdu sangattt... terharu agaknye. Kecik2 lagi dah feeling2 diva terharu. Mulanya aku tak perasan sebab aku kan kat belakang dia. Tapi teacher dia cakap kat aku - she's crying......... alolololololooooo....














Masa ni kawan2 dia cakap 'kek awak sedap la mia....'











Alhamdulillah.. yang penting aku tengok damia heppi sangat! Aku dah penah cakap kat dia kelmarin nak wat bday kat skolah dia. Agaknye dia pun tak expect nak celeb hari ni. Malam tadi masa pack barang2 party pack tu pun dia dah tido. Kiranya ni SURPRISE PARTY la untuk dia...


Tapi yang lagi best dan terharunya adalah masa nak potong kek tu, damia datang kat aku n peluk, dan dia cakap apa tau:
'nanti baby kuar....kan?'
Hihi.. ari tu masa bagitau dia yang hari rabu 9hb tu bday dia, damia melonjak gembira. Tapi bukan gembira sebab nak sambut bday... dia gembira sebab baby nak kuar! Excited sungguh. Sebab dia kan asyik tanya bila baby nak kuar... dan jawapan aku : tunggu lepas bday mia.
Oh bila laa nk bersalin ni? Berdebar2... Tapi tunggu la lepas bday khalish pulak ;)

Desert hujung minggu

Last weekend excited sangat aku nak buat puding roti bakar. Resepi amek dari Kak Nani Rostam. Gigih jumaat tu balik kerja terus singgah Giant beli barang2. Heheeee...
Sabtu tu memang aku pun salute la diri sendiri. Pagi-pagi dah bangun, punyelah excited nak masak nasik lemak. Buat sambal ikan bilis dgn sambal udang, siap taruk petai lagi ha... Kalo nak buat nasik lemak, memang kena ada 2 sambal ni. Aku ngan damia suke sambal udang. Ayah dia pulak dah diharamkan memakan udang/seafood sebab gout. Kebetulan mak aku datang hari jumaat tu, so tu yang excited nak masak2 n makan ramai2.....
Tengahari masak simple2 je.. eh tapi best tauu. Sebab masak siakap stim taruk jeruk bawang putih. Selama ni tak pernah pakai pun jeruk bawang putih, selalu kalo masak siakap stim just guna asam boi je... Tapi bila tengok blog Lady of Leisure, wahh macam sedap je taruk bawang putih tu kan. Kebetulan bulan 12 hari tu kan balik kg, singgah kat sempadan Betong. Beli la jeruk bawang putih sebotol kecik. Sekali bila dah masakkk *punye la lama beli baru nak masak* mak oiiiii memang sedap gilerr!!!!!!!!! Memang sedap sangat ar buat masak siakap stim tu. menyesal tak beli yang botol besar.
Pastu petang tu tak sabar2 nak masak puding roti bakar. Resepi dah salin siap2 dah. Heheee...
Gambar atas ni setengah adunan yea. Carik la resepinya kat blog kak nani rostam. Cantikkkkk je kan.
Pastu bila dah dok dalam oven, tak lama pastu aku tengok pesalll la oven aku ni berasap2. Oven kecik je.. kecik sangat! Tu yang buat setengah adunan je. Sekali bila bukakkkkk.......
AMEK KAUUUU!!!!
Puding tu naik punye laa gebu sampai terkena kat lampu dia. Hahahah tu yang hangus! Tapi itu tak mematahkan semangat aku. Kalau dulu2 aku try tengok tak jadi, mampus la sampai 10 tahun lagi belum tentu aku buat lagi. Kali ni, aku ejas baik2 dulu. Kuarkan dari oven n potong kerak2 yang hangus tu.......



Di siram dengan susu yang dimasak, hias dengan strawberry...
SEDAP!!!!!
SEDAPPP sangattt tau!! Mulanya aku ingatkan manis sebab kat puding dah taruk gula. Kat susu tu pun tambah gula lagi.. Tapi agaknye tangan dah start nak menjadi masak2 desert ikut resepi kan, alhamdulillah.... rasanya memang enak skali ya! Tak manis sangat n tak tawar pun. Ngam-ngam ho!!





Tapi nak makan puding tu pun kena berebut strawberry dengan anak dara sorang ni! Hehehe... Dia makan strawberry je... feveret dia! Nasib la beli Korean Strawberry, memang tak masam langsung!

Pastu Ahadnye pulak, ini menu minum petang kami:




Nugget ayam Ramly dengan Pisang Bakar

Dalam blog kak nani tu pun ada resepi pisang bakar jugak. Aku dari kecik memang suke makan pisang, tak kira la pisang bakar ke tak ke....... Tapi kali ni nak la eksen2 macam kak nani punye. Tapi aiskrim tak de. Ganti dengan whipped cream. Belasah je la.... tapi gula karamel aku macam hitam la... nape ekk? Nak kena tanya kak nani nampaknye ni.. hehhehehheh...
Eh esok macam nak gi tengok wayangggg jeeee.. Hikayat Merong Mahawangsa. Best takkk? Opss teringat masa sarat peknenkan damia. 8/3/2007 tu adalah hari pertama filem Mohsein ditayangkan. Masa dok kat PAC Hosp Serdang, dah berangan2 lepas doc check up ni nak pegi tgk Mohsein..... Sekali, tengok Mohsein dalam labour room je la jawabnye. Hahahahhaha... Tak sangka pulak terus nak bersalin masa tu. Kali ni hope sempat la tengok HMM dan jugak sempat attend majlis APC, Isnin ni. Insyaallahhh......

Thursday, March 10, 2011

Geliga jugak otak budak ni...

Pagi tadi bangun macam biasa.. buatkan susu untuk 2 budak masammm dulu! Damia memang sepanjang malam tak bangun untuk menyusu. Khalish pulak ikut sukati dia je... kadang 2 jam sekali (tu yang letihhh..), malam tadi nak tido kul 10pm da bagi susu. Pastu kul 2am dia merengek2 nanges2 n aku buatkan susu, terus tidooo.. pastu kul 5 agaknye dia merengek2 lagi tapi aku pemalas. Hahahaha... aku malas nk bangun buatkan susu. So aku just tepuk2 n gosok2 badan dia, tido la balik. Bila da time aku bangun, tu yang buatkan susu dia. Kesiannn dia. Kebetulan time tu pun damia terbangun n bila dengar aku tanya adik nak susu ke tak, dia pun request dia punye jugak!

Pas mandi, damia request nugget. So aku ke dapur n bancuh tepung sebab tetiba teringin nak makan cekodok ikan bilis. Aku kuarkan nugget jugak tapi tak goreng. Biar bibik goreng ahhhh *aku kata dlm hati je..* Bila da siap menggoreng, aku ke bilik bersiap2. Jam da kul 8am. Aku bajet sempat la makan cekodok sambil minum susu anmum sebelum kuar gi keje. Tetiba plakkkk la anak dara sorang ni cakap:

Ibuuu.. tunggu kejap tau. Jangan pergi lagi. Mia nak ikut gi beli kuetiow

Adehhhh.. rosak plan aku! Tak sempat la breakfast kat rumah, suh bibik tapaukan aje cekodok tu. So nak tak nak bawak jugak la Mia ngan adik gi beli kuetiow. Gerai akak tu bukan yang dekat dengan rumah. Pergi balik amek masa 10minit jugak. Tapi nasib baik takde orang kat gerai tadi, so cepat la sket.. Sampai opis ngam-ngam ho je... Hmmmm...

Eh tapi kan ni nak cerita sebenarnye. Masa damia ajak gi beli kuetiow tu aku macam malas sket sebab.. hehehe sebab aku tatau la bape sen yang ada dalam purse. Semalam tak sempat gi atm machine. Nak draw kat mesin atm depan opis ni, mesin tu bengong tak bley nak baca kad aku. Nyampahhh.. terpaksa gi maybank besar kat kajang ni kalo nk draw. Ni perbualan aku dengan damia:

ibu, nak beli kuetiow..
Alamak, ibu tak cukup duit la.. tak tau ade bape inggit. camane? Mia ada duit?
Ermm.. beg duit mia mana ekkk?
Ada dalam kereta.
Ohhh..nasib ada, ingatkan takde :D *dia sengih*
Ok, pakai duit mia la ye...
aaaa.. kalau mia tak de duit pun tak pe la, buuu...................... kita bayar je pakai batu
BATUUUU????

wakakakkakaka..... ingat ni zaman Neolitik ke mende? Sabooo je la anak aku ni!

Oh btw, esok Damia celebrate birthday kat sekolah dia. Kelmarin call teacher dia tanya la kot2 ada budak2 lain yang nak buat birthday bulan ni so boleh join skali. Coz teacher da pesan awal2 dulu, sape nak buat bday anak boleh buat sekali la.. so tak yah la nk buat tiap2 minggu. Ermm kebetulan ada yang buat birthday tapi budak tu morning session. So damia kan afternoon session, dia sorang je la.

Just prepare cake dgn goodies bag je la. Itu punnnnnnnnnnnnnn haiihh!! Lebur jugak rm200. Takde la sepp bajet sangat kan? Ingatkan tak sampai seratus pun, eehhehe.. Pastu kalau bajet ada nanti nak gak buat yg best2, invite close fren, n jiran2 sket... tapi itu tunggu pas abes pantang la. Uiihhh teringat masa bday dia yg ke-2 tahun dulu. Time tu sarat peknenkan si khalish. Bajet nak goreng mihun je, takde la aku penat. Sekaliiii... mihun pun aku tak tergoreng. Hahahahhaa... Sibbaek la akak aku dtg dari semenyih awal sket, so dia la tukang masak. Thx datin. hehhe... Pas acara je aku terbaring dalam bilik. Penat sangat!

Malam ni nk preparekan goodies bag dia. Hope damia tido awal la yea. Sebab nak surprisekan dia esok kat sekolah. Heheh....

Wednesday, March 9, 2011

Happy birthday to SweetHeart & SweetiePie



2007


1 day






1 month






*********************

2008





1 year
*********************
2009



2 years


*********************


2010





3 years
.
.
.
.
.
.
AND
TODAY
SHE
TURNS
TO
4 YEARS !!!










and

NOT TO FORGET;
*1st day being a daddy*

MY LOVE
MY HEART & SOUL
MY SLEEPING PARTNER








My Special Wishes to :
MR.HUBBY,

A lot of things have change through the years...
But there's something that'll always be the same...
It's the special bond we share
that keep us close no matter where we are!
Wishing you a very HAPPY BIRTHDAY!!

a.n.d
Darling Daughter,
Wishing you a day filled with pleasure
And a life filled with fun
For even though
You're a little older
You are still our little one
HAPPY BIRTHDAY TO BOTH OF YOU !!!

Friday, March 4, 2011

Wishlist sebelum bersalin (lagi..)

Just nak update sikit pasal wishlist sebelum deliver ni.

1. Deep freezer

Dari peknenkan khalish kot nak sangat deep freezer tapi bila dah ada duitnya, malas pulak nak membeli, macam rasa tak perlu. Sebab masa tu kat rumah mak ada 2 peti ais. So satu peti ais yang 2 pintu tu bahagian freezernye mmg aku conquer la utk isi stock ebm. Bila da penuh n tak muat bole pulak aku malas2 nak buat stok. Itu la kesilapan terbesarrr penah aku buat! Tobat dahhh... Sebab dari situ la production jadi drop.

So kali ni memang target nak beli DF sebelum deliver. Kelmarin siap pesan kat opismate yang pergi ke kedai brg2 letrik ni, suh tengok2kan kot2 ada DF jenis drawer. Ehh sekali ada la! Harga katanya rm850 paling kurang after discount. Tapi aku tak sure la bape liter.. cuma dia kata sebijik macam dalam gambar bawah ni:




*pic dari blog ini

Nanti aku nak pegi tengok pulak. Kalau boleh nak carik yang drawer besar2 sket sebab rasa macam tak muattt je. Cewahh!!! Alang2 beli biar puas hati, betul tak? Insyaallah akan aku usahakan utk dapat sebelum deliver ni. Sebab kali ni aku target hari ke 3 lepas deliver terus nak buat stock. Macam k.mieja.



2. Nursing bra


Takat ni nursing bra yang aku ada brand apa tah.. audrey atau triumph la kot. Tapi yang takde wire tu, beli masa bsalin damia. Pastu ada satu yang ade wire punye, tapi baru2 ni dah terpatah pulak wire tu. Bibik masuk dlm mesin kottt. *eh tapi dulu aku pun masuk dlm mesin gak kalo basuh. hehehheheh*


Semalam pi parkson carik nursing bra. Hapaaa pun takde. Sume kata stock abes. Nyampahh!! Pastu audrey pulak katanya dah tak kuarkan yang ada wire ke.. atau stock abes jugak. Tak ingat dah. Tapi kan.. lunch hour tadi sempat gi Metropoint n masuk kat Precious Love. Kedai brg2 baby. Bestt gile la kedai tu aku rasa. Pastu tiap kali beli dapat 5% discount sebab ada membership. Sekali aku belek2 la nursing bra yang ada..

Ada nursing bra brand Fabulousmom. Cantik. Tak caya cuba tengok gambar ni:



Selalunya nursing bra jarang yang ada lace2 ni. Pastu tengok pulak ada saiz besar. Aku siap test2 lagi cup dia. Hahahhaaaa.. sebab kadang saiz tu besar tapi sebenarnye kecik. kebetulan ada pulak saiz 42DD. Double di situ...... :p Mula2 aku acukan saiz 40D. Ngam2 je cup dia tu. Bila try 42DD tu aku rasa ok la, coz bila ada susu nnt kan B jadi besar sket. Kebetulan tinggal satu je. So nak tak nak, grab je la... Eh lupa plak nk pesan kat SA tu kalau ada stock lagi inform aku.


Harganya cuma rm35.90 and after less jadi rm34.10. Kalau larat nak berjalan lagi, aku ingat nak pi Modernmum nak tengok nursing bra situ pulak. My fren kata ada saiz besar. kalau larat nk berjalan laaaaa....





3. Medela Softfit Breastshield


Ni corong pam medela freestyle. Aku punye tah kenapa tah macam dah terkemot-kemot. Macam da senget2. Agaknye da lama tak guna kot... pastu da kuning2 sket. So nak ganti yang baru la. Baru berselera nak mengepam n buat stok. aahahaha... Ni order online je.







4. Medela Breast Shells


Dulu aku guna breastpad utk cover dari baju basah kena susu. Tapi itu pun masa khalish dulu walau pakai pad, tetap lencun baju aku esp masa tengah susukan khalish. Konfem sebelah lagi lencun. Masa tu tak tau lagi kegunaan shells ni ha. Tapi skang ni da tau. So taknak membazirkan susu yang kuar tu. Baik aku guna shells ni utk cover susu yang turun then boleh masuk dlm botol. Tak la membazir buat basah baju je...... Ni pun order online.





Okeh nak citer apa lagi? Esok pagi kena gi klinik untuk check up BP. Isnin ada appointment kat Hosp Serdang untuk check up. Belasahhh je la. Bila cakap ngan husband, dia kata 'kat mana nk bersalin ni? kejap serdang.. kejap ampang?' Heeheheheeee... nyampah i tauuu! Kang i kata nak bersalin kat Gleneagles kang nanges uuuu!

Aku nak gi serdang sbb dah ada rekod beranakkan damia ngan khalish dulu. Tapi skang ni serdang dah tak cover area Kajang/BBB. Dorang kata kalau ward full, dorang tolak ke Kajang. Tapi aku cakap ngan husband, kalo dorang tolak, kita gi Ampang la. Lagipun aku dah kol Ampang, dorang kata kalo sakit terus datang je! Tapi aku rasa Serdang takkan tolak patient dari gomen. Sebab ada opismate ni wife dia dah admit je situ utk bersalin.

Eh teringat pulak masa beli lauk basah pagi tadi. Ehemm pagi tadii? Tak keje ke...? Bukan gitu.. aku sakit2 perut pagi tadi. Tapi masa nak gi keje sempat la gi beli lauk dulu since lauk pun dah abes. Tinggal udang/ketam/siakap yang aku plan nak masak sabtu ahad ni. So bawak la damia gi kedai. Masa aku pikir2 n carik2 barang nak dibeli, aku dah belek dah satu benda ni. Boleh masak sambal tumis ngan udang, nk wat nasi lemak sok pagi. Tapi aku letak la balik sbb rasa macam malas pulak takut aku sakit perut. Benda angin kan...

Tetiba masa aku nak amek bawang, damia panggil n cakap: 'Ibu.... beli la TOPAIII ni. Mia sukee makan TOPAI.' Aku toleh. Erkkk... aku dah pegang tadi tu. So aku pun pergi la dan belek2 TOPAI tadi..... Pastu damia tanya: Ibu, ni TOPAI ke? Aku jawab: Bukan....

Cuba teka apakah itu?
































PETAI laaaa... kekekkeke.. pastu damia pun tergelak n cakap 'ehehe mia cakap TOPAI pulak', cover malu la tu!!!! Ceittt....

Mia makan petai, u ols... Ibu dulu... umur da masuk 20-an baruu la belajar2 makan petai ni. Umur da masuk 30 baruuuuuu belajar2 makan jering. Itu pun jering yang muda2 sebab tak terasa pahit, cuma rasa lemak2 kelat je. Tapi damia tu aku kontrol gak dia dari makan petai banyak2. Selalu tak la banyak pun takat 2-3 biji je dia makan. Heee... Sebab aku marah, aku kata nanti kencing busuk!!

Ok nak balik dulu. Bye...

Tuesday, March 1, 2011

Alamanda-Metropoint

Tahniah kepada Lily mama Zara yang dah selamat melahirkan baby boy secara induce. Bila tengok gambar baby dia rasa macam nak cium2 je.. nak bau baby tu. Ummphhh.. rinduunyeee n tak sabarnyeee... hihihihiiii...

Bila da masuk 36wks ni terasa penat sangatt. Berjalan pun rasa macam tak larat sangat2. Masa damia dulu, bila da masuk 36wks, pegi keje berantar n balik pun berjemput. Anak sulung kan... Tapi masa khalish, steady je drive sampai la tiba masanya. Pegi/balik bertemankan damia. Masa tu duduk rumah mak lagi, dari kajang drive la ke Cheras (ampang). Kali ni dah pindah dekat dengan opis. Tapi rasa tak larat sangat dah nak drive. Hmmm...

Hari ni rasa tak larat sangat2. Nak jalan pun tak larat. Sampai sakit belakang badan ni sebab berjalan perut ke depan. Hahaha.. Dulu bila tengok org peknen bole terpikir napee la dia jalan macam ni. Tak leh ke jalan tegak2? Bila dah alaminya, baru la tauu.. Nak bawak perut ni pun bukannya mudah. Lagi2 bila kaki dah bengkak2 sangat. Since peknen masuk 5bulan dah start bengkak dah. Maybe kembar air kot. Sbb yang lepas2 camtu la. Elok je lepas bersalin kaki pun slim.

Dalam pada tak larat2 tu pun, Sabtu lepas sampai la jugak ke Alamanda. Sampai2 je masuk Butik Hajaba. Cantik la baju2 baru kat Hajaba. Dulu aku tak suke sangat... skang ni dah suka dah! Tapi harga mak oihh.. macam aku ni kena pikir banyak kali jugak la kalo nk beli. Memang la murah2 pun cecah rm169 jugak. Tapi aku ni kalo bole nak yang harga rm50 je tapi kualiti terbaek. Ada? hehehhee... Tapi sekali skala beli wat collection apa salahnya kan? Penat bekerja tiap2 hari.. apasalahnya belanja untuk diri sendiri. Lepas Hajaba, damia dah sibuk lapar. Sebab pagi tu dia tak breakfast. So kami ke Noodles Station sebab aku teringin nak makan Tomyam noodle. Pastu bagi budak2 main kat playground pulak. Kul 4pm sampai rumah, pengsan! ehhehe...


Suke tengok gambar ni. Khalish suke tengokkk je kakak dia posing!



Pastu kakak paksa adik tengok kamera. Siap bole gaduh2 tau sebab adik tanak. :D
Ahad macam biasa damia ada kelas ballet. Since ayah balik malam tu, so ayah pon ikut la skali gi bawak damia ke kelas ballet. Pas kelas, aku ajak ke Mydin nak beli sabun. Murah kan kat situ.. Before tu call bibik suh masak nasik n goreng ikan. Lauk masak lemak sotong malam tu ada lebih banyak so panaskan aje. Bila dah beli2 kat Mydin, ayah nak masuk Metropoint pulak.


Dah naik escalator, jumpa pulak kereta/motor mainan ni. Budak2 ni apa lagi... Nasib ayah nak melayan. Aku just duduk je la kat bangku menunggu diorang main. Yang comelnya, khalish nampak aku babai dia, pastu dia babai balik n tepuk2 seat sebelah dia. Macam suruh aku masuk naik kete tu sekali. Hahah comellll....



Damia dalam gambar atas ni nampak kebudak-budakan dia. Eh memang la budak.. Tapi bile bergambar suke buat mulut camtu. ala malu2 gitu. Ermmm. minggu depan dia dah masuk 4 tahun! Kejapnyeeeeee :( sedih sebab anak dah membesar dgn cepat!

Aku due 25 mac ni. Tapi tarikh tu based on scan punye. Sebab tarikh period tak ingat. Tapi rasa macam dah tak larat sangat ni. 14hb ada majlis apc kat marriot putrajaya. Walaupun aku konfemmmm aku tak dapat apc, tapi aku tetap pegi jugak. Hahahah.. sebab aku kan ajk jamuan. Kena la pegi. Hope aku bersalin lepas apc nanti je la. Ermm dan rasa macam nak cuti awal la. Cuti seminggu sebelum due. Tapi kena pikir balik, sebab kalau duduk rumah pun bukan leh rest sangat. Budak2 ni, kalau kita ada depan mata tu yang asyik buat perangai. Pening kepala dibuatnya. Nak wat cemana... Kalau dengan orang lain dia pandai la behave jugak. Tapi bila ada ibu/ayah, memang ngada2!

Sebab tu aku tak suke bila ada orang yang kata dia lebih pandai jaga anak kita sbb anak kite dengar cakap dia. Tapi bila kita ada, anak terus jadi nakal. Helloo.. itu anak kita ok. Memang la dia berani sbb dia tau segarang mana ibu/ayah dia pun, dia tetap disayangi, dimanjai... tapi bukan bererti kita tak mengajar anak kan? Dengan org lain memang la budak2 tak komplen apa sebab takut kena marah, lagipun kalau komplen gak ada orang tu kesah? Kalau dgn ibu/ayah, bila anak komplen sikit mesti la kita akan protect n jaga dia.. senang kata, kalau anak kata 'panas'.. sure kita sbg ibu/ayah berusaha utk protect dia dari panas. Tak kisah la panas matahari ke... panas dapur ke.. ape ke.. Macam tu la cara kita tunjuk sayang pada anak2. Betul tak?

p/s: ops... jangan ada yang terasa hati! peace, no war!