Friday, March 18, 2011

Happy Birthday, Khalish...

16 Mac 2011 adalah besday Khalish yang ke 2 tahun. Tapi kesian dia.. disebabkan hujan lebat hari Jumaat lepas (11hb) malam tu terus dia batuk2 kahak, selsema.. n demam. Sampaiii la hari ni, still batuk kahak n selsema. Hari selasa 15hb tu kebetulan aku gi check up kat Az-Zahrah. So mintak doc check dada dia, sekali kena amek neb. Lepas tu baru ok. Tapi kejap je la....

16 Mac tu jugak, aku gi hospital coz doc refer coz air ketuban kurang n aku kata baby punye movement tak terasa sangat. Tah la.. ke aku yang tak kira? Tapi dah 2-3 hari gak aku tak rasa baby kick kuat. Sekali kat hospital kena warded pulak... alahaiiii.. baru je plan balik spital nak gi beli kek celebrate bday khalish.

Damia ikut sekali gi hospital. Saje je bawak dia... Sekali bila aku nak masuk kat PAC tu Damia pun nak ikut sekali. Menangis2 dia bila ayahnye amek. Kesiann. hehehe.. Masa nak gi ward pun damia excited je.. ingatkan budak boleh naik sekali coz dah time melawat. Tapi tak bole la... rupanya budak2 cuma bole melawat sabtu ahad je. Dulu boleh je.... kesian damia. So barang2 aku just di kirim kat mak guard je la.






Boring gile nak makan nasik kat hospital. Aku asyik laparrrrr je. Mana tak nye, dah la makan ikut time, pastu boring2 aku tido. Bangun tido lapar balik tapi belum time makan. Nasib la ada biskut..


Masa nak admit ward tu, kelas 1 n 2 full... dia bagi kelas 3. Tapi nasib baik belum sempat naik ward, dorang tukar aku ke kelas 2. Kira ok la.... takde la dok bawah kipas. Masa tu kelas 3 pun ada gak katil2 yang kosong.. Tapi masa nak discaj tu, aku tengok kat ruang tv pun dah fully occupied. pastu siap ada bilik transit kat luar wad, just tutup dengan tirai je.. kesian sape dok situ.
Kat PAC masa nak clearkan nama, husband kata penuhhhhh... ramai org nak bersalin sampaikan nurse situ terpaksa cakap kat brader sorang ni : ward dah penuh. Aku tatau la mana dia letak bini brader tu nanti. Aihhhh risau pulak. Jangan time aku sok penuh gak dah la.. Nangesss!!!
Balik tu dah kul 9pm. Call bibik tanya budak2 dah tido ke? Bibik kata belum..... so aku pun zasss ke kedai kek kat kajang. Beli kek sebijik dan balik..



*penat pusingkan gambar ni tapi tetap mcm ni*




Birthday boys & birthday girl (bulan March)















Just a small celebration. Janji ada! Tunggu la nanti kita buat best2 yea dik.. tunggu baby da kuar :)







HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO KHALISH AMSYAR
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....
Ibu sayangggg sangat kat adik. Sayangggg jugak kat kakak. :)
Adik, be a good son ok.
Jaga kakak baik2.
Dah nak jadik abang, kan?
Selalu panggil dia 'abang kecik'.. pastu nanti dia gelak2.. macam kelakar je..
hehehehe...
Khalish, dah 2 tahun.
Kejap je masa berlalu.
Hmmmmm *teringat masa peknenkan dia n masa bersalin*
Kejap lagi nak jadi abang dah.....
Dan paling ibu suka adalah... khalish masih mahukan nenen ibu.
Balik dari hospital, itu yang dia cari. Comelssss!!!!
p/s: Kalau dalam seminggu ni tiada tanda2 bersalin, maka 25hb (EDD) kena admit ke hospital untuk induce. Sebab BP tak stabil so doc tak bagi tunggu lama. Doakan saya selamat.



2 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

salamsss sue,

i misss you...lama betul akak tak bw.

happy birthday khalish, muahh muahhh...dah 2thn :):)

take care kat sue jugak....semoga mama & baby selamat....amin amin....

mamaarifakeemaisy said...

happy belated besday khalish...! jd anak soleh ye..amin..

ok la tu, lmbt2 pun still dpt celebrate walaupun kecik2..anak2 tetap suka..^_^

arif lngsung takde pape, maybe sunday ni baru smbt dgn sepupunya..apa nak dikata, en abahnye takde..hu~