Friday, March 4, 2011

Wishlist sebelum bersalin (lagi..)

Just nak update sikit pasal wishlist sebelum deliver ni.

1. Deep freezer

Dari peknenkan khalish kot nak sangat deep freezer tapi bila dah ada duitnya, malas pulak nak membeli, macam rasa tak perlu. Sebab masa tu kat rumah mak ada 2 peti ais. So satu peti ais yang 2 pintu tu bahagian freezernye mmg aku conquer la utk isi stock ebm. Bila da penuh n tak muat bole pulak aku malas2 nak buat stok. Itu la kesilapan terbesarrr penah aku buat! Tobat dahhh... Sebab dari situ la production jadi drop.

So kali ni memang target nak beli DF sebelum deliver. Kelmarin siap pesan kat opismate yang pergi ke kedai brg2 letrik ni, suh tengok2kan kot2 ada DF jenis drawer. Ehh sekali ada la! Harga katanya rm850 paling kurang after discount. Tapi aku tak sure la bape liter.. cuma dia kata sebijik macam dalam gambar bawah ni:




*pic dari blog ini

Nanti aku nak pegi tengok pulak. Kalau boleh nak carik yang drawer besar2 sket sebab rasa macam tak muattt je. Cewahh!!! Alang2 beli biar puas hati, betul tak? Insyaallah akan aku usahakan utk dapat sebelum deliver ni. Sebab kali ni aku target hari ke 3 lepas deliver terus nak buat stock. Macam k.mieja.



2. Nursing bra


Takat ni nursing bra yang aku ada brand apa tah.. audrey atau triumph la kot. Tapi yang takde wire tu, beli masa bsalin damia. Pastu ada satu yang ade wire punye, tapi baru2 ni dah terpatah pulak wire tu. Bibik masuk dlm mesin kottt. *eh tapi dulu aku pun masuk dlm mesin gak kalo basuh. hehehheheh*


Semalam pi parkson carik nursing bra. Hapaaa pun takde. Sume kata stock abes. Nyampahh!! Pastu audrey pulak katanya dah tak kuarkan yang ada wire ke.. atau stock abes jugak. Tak ingat dah. Tapi kan.. lunch hour tadi sempat gi Metropoint n masuk kat Precious Love. Kedai brg2 baby. Bestt gile la kedai tu aku rasa. Pastu tiap kali beli dapat 5% discount sebab ada membership. Sekali aku belek2 la nursing bra yang ada..

Ada nursing bra brand Fabulousmom. Cantik. Tak caya cuba tengok gambar ni:



Selalunya nursing bra jarang yang ada lace2 ni. Pastu tengok pulak ada saiz besar. Aku siap test2 lagi cup dia. Hahahhaaaa.. sebab kadang saiz tu besar tapi sebenarnye kecik. kebetulan ada pulak saiz 42DD. Double di situ...... :p Mula2 aku acukan saiz 40D. Ngam2 je cup dia tu. Bila try 42DD tu aku rasa ok la, coz bila ada susu nnt kan B jadi besar sket. Kebetulan tinggal satu je. So nak tak nak, grab je la... Eh lupa plak nk pesan kat SA tu kalau ada stock lagi inform aku.


Harganya cuma rm35.90 and after less jadi rm34.10. Kalau larat nak berjalan lagi, aku ingat nak pi Modernmum nak tengok nursing bra situ pulak. My fren kata ada saiz besar. kalau larat nk berjalan laaaaa....





3. Medela Softfit Breastshield


Ni corong pam medela freestyle. Aku punye tah kenapa tah macam dah terkemot-kemot. Macam da senget2. Agaknye da lama tak guna kot... pastu da kuning2 sket. So nak ganti yang baru la. Baru berselera nak mengepam n buat stok. aahahaha... Ni order online je.







4. Medela Breast Shells


Dulu aku guna breastpad utk cover dari baju basah kena susu. Tapi itu pun masa khalish dulu walau pakai pad, tetap lencun baju aku esp masa tengah susukan khalish. Konfem sebelah lagi lencun. Masa tu tak tau lagi kegunaan shells ni ha. Tapi skang ni da tau. So taknak membazirkan susu yang kuar tu. Baik aku guna shells ni utk cover susu yang turun then boleh masuk dlm botol. Tak la membazir buat basah baju je...... Ni pun order online.





Okeh nak citer apa lagi? Esok pagi kena gi klinik untuk check up BP. Isnin ada appointment kat Hosp Serdang untuk check up. Belasahhh je la. Bila cakap ngan husband, dia kata 'kat mana nk bersalin ni? kejap serdang.. kejap ampang?' Heeheheheeee... nyampah i tauuu! Kang i kata nak bersalin kat Gleneagles kang nanges uuuu!

Aku nak gi serdang sbb dah ada rekod beranakkan damia ngan khalish dulu. Tapi skang ni serdang dah tak cover area Kajang/BBB. Dorang kata kalau ward full, dorang tolak ke Kajang. Tapi aku cakap ngan husband, kalo dorang tolak, kita gi Ampang la. Lagipun aku dah kol Ampang, dorang kata kalo sakit terus datang je! Tapi aku rasa Serdang takkan tolak patient dari gomen. Sebab ada opismate ni wife dia dah admit je situ utk bersalin.

Eh teringat pulak masa beli lauk basah pagi tadi. Ehemm pagi tadii? Tak keje ke...? Bukan gitu.. aku sakit2 perut pagi tadi. Tapi masa nak gi keje sempat la gi beli lauk dulu since lauk pun dah abes. Tinggal udang/ketam/siakap yang aku plan nak masak sabtu ahad ni. So bawak la damia gi kedai. Masa aku pikir2 n carik2 barang nak dibeli, aku dah belek dah satu benda ni. Boleh masak sambal tumis ngan udang, nk wat nasi lemak sok pagi. Tapi aku letak la balik sbb rasa macam malas pulak takut aku sakit perut. Benda angin kan...

Tetiba masa aku nak amek bawang, damia panggil n cakap: 'Ibu.... beli la TOPAIII ni. Mia sukee makan TOPAI.' Aku toleh. Erkkk... aku dah pegang tadi tu. So aku pun pergi la dan belek2 TOPAI tadi..... Pastu damia tanya: Ibu, ni TOPAI ke? Aku jawab: Bukan....

Cuba teka apakah itu?
































PETAI laaaa... kekekkeke.. pastu damia pun tergelak n cakap 'ehehe mia cakap TOPAI pulak', cover malu la tu!!!! Ceittt....

Mia makan petai, u ols... Ibu dulu... umur da masuk 20-an baruu la belajar2 makan petai ni. Umur da masuk 30 baruuuuuu belajar2 makan jering. Itu pun jering yang muda2 sebab tak terasa pahit, cuma rasa lemak2 kelat je. Tapi damia tu aku kontrol gak dia dari makan petai banyak2. Selalu tak la banyak pun takat 2-3 biji je dia makan. Heee... Sebab aku marah, aku kata nanti kencing busuk!!

Ok nak balik dulu. Bye...

No comments: