Tuesday, April 5, 2011

Dia Khalifah...

Salam. Alhamdulillah hari ni dah hari ke - 12. Jaundis baby pun dah berkurang. Hari Khamis kena cek darah lagi, harap terus berkurang la jaundis nya. Berpantang pun tak banyak masalah. Nak kata relax tu tak la jugak.. sebab ada 2 org lagi anak yg perlu perhatian. Takut ada yang kecil hati.. Tapi damia ok, dia excited dapat baby. Kelmarin aku tersenyum sorang2 sebab terdengar damia kata :

'tima kasiiiihhhh doktor sebab kuarkan baby akuuu' dengan nada gembira!

Happy sangat dia! Khalish pun happy jugak.. bangun pagi sure datang jenguk adik dia dulu. Tapi memang tak bole tinggal dia sorang2, nanti macam2 dia buat kat adik dia. Pagi tadi nasib baik bibik sempat masuk bilik, tengok2 khalish tengah ready nak dokong baby. Masa tu aku mandi. sabar je la.. nak marah pun tak bole sebab dia tak paham lagi. Sama macam masa aku bersalinkan dia dulu, masa tu damia baru 2tahun jugak. Damia pun tak paham lagi masa tu....

Ok pasal nama baby pulak. Nama tu dah cari masa mengandung lagi. Bila da bersalin n masa kat hospital - ohh aku admit seminggu jugak la..- baru la sibuk nak pikir nama anak dgn serius. Cewah... Last2 kami sepakat pilih nama yang aku cari tu. Cuma ejaan je lain sikit.

Mula2 aku nak letak 'Khalif Uqael' tapi bila google bersungguh2 *cewah* baru la jumpa ejaan yang sebenar dan sepatutnya. Maka jadi la...

'Khalif Uqail' bermaksud 'Khalifah Pintar dan Pandai'

Ejaan Uqail dalam bahasa arab : ain qaf ya lam

Boleh disebut 'oo-kyle' atau kalau slang arab biasanya diorang sebut 'oo-kil'. Insyaallah Khalif akan jadi seorang anak yang pintar dan pandai..

Alhamdulillah jugak sebab baby tak banyak ragam. Tapi masa kat hospital dia manja sikit la. Siang dia boleh je tido dalam cot. Tapi malam mesti nak tido sekatil. Sampai sakit2 la badan aku ni sebab katil da la kecik *aku da la besar*... Bila da balik rumah ni dia ok n bole tido dalam cot dia.

Ok nnt cite lagi yea. nak rest jap..... bye!

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

sedap name baby..maknanya pon baik..nway, smoga jaundis bby cepat turun yek..sue nmpak relax jek handle maybe sbb dh ade pengalaman ek..kite dulu zareef kena jaundis punyelah gelabah semacam..huhuhu

A.H.A.D said...

congrats sue!

sory lambat wish. baru perasan..comella baby ;)
selamat berpantang yer