Sunday, April 10, 2011

Khalif jadi pelakon?

Kecik-kecik lagi dah dapat income pertama! Nak kata apa... dah rezeki dia kan. Citer nye bermula pada satu petang, tengah sedap2 aku nak luruskan badan tiba2 ada incoming called. Abang aku called n bagitau ada satu produksi nak shoot baby newborn. So nak ke tanak, dia tanya. Aku pun blur.. tetiba je kan. Tapi aku belasah je la cakap 'bole la..' n abang kata nanti tunggu somebody called. Pastu sorang talent agent ni called n inform suh gi klinik leelaratos kat jalan pudu jam 8pm. Gile ke? Dah la husband kat pahang.. mana ada transport. Malam lak tu... Pastu kiranya macam tak jadi la sebab takde transport n talent agent tu pon kat melaka (dgn abang aku le tu) so tak leh nk pick up aku n baby. Pastu jam 10mlm tetiba ada incoming called. RUpanya production manager yang called n bagitau shooting esok paginya kul 11. Aku pun called anak buah tanya samada dia leh tolong pick up ke tak. Aku upah la dia... Maka hari sabtu, 9/4/2011 di saat umur Khalif 16 hari, dia peroleh income pertama sebagai pelakon extra. Hahahaaa... Tapi yang lagi kelakarnya, tiba2 aku pun kena jadi xtra jugak. Watak doktor lak tu... tetiba jee... Diorang bagi skrip, hafal 2 minit sbb skrip pendek je, touch-up muka sket n terus shoot. Layan la jugak kan.... Dah siap shoot masuk balik bilik rehat, budak2 extra yg nak jadi nurse tu tanya da siap shoot ke sebab kejap sangat. Diorang kata semalamnya yg jadi doktor asal sampai 5 kali shoot tak jadi2 pasal dia tak hafal dialog. Sambung pagi tu tapi extra tu tak datang, tu yg aku ganti tu.. kira terer gak la aku kan, walau bidan terjun tapi successs!! Hahahah....

Eh lupa lak.. drama tu bertajuk 'MAAFKAN AKU, MAMA'. Pelakon utama Riduan Hashim dgn Elie Suriati. Pelakon tambahan adalah aku & Khalif. Hahhaha.... Bakal ditayangkan di TV9, bila tu tatau......


OK la tak leh lelama. Nak load gambar bapak lama ni. Nak blog hop pulak lagi. kang si kecik bangun nak nenen konfem 2-3 jam duduk ngan dia sampai lenguh2 badan. Kakak n abang dia da kuar dgn ayahnye, gi tengok movie HOP. huhuhu nanges akuuu sebab aku yg nak sangat tgk movie tu!! nampaknye beli dvd je la nanti. Apa nak buat da dalam pantang yg tak berapa nak pantang ni.... ok chiow!


4 comments:

LilyAzliyana@MamaZaraZareef said...

wow...cayalah kahlif!!kecik2 dh jadik pelakon..ibu pon glemer jugak jadik dokter lagi..hihi..nnti klu citer tu nk kuar kat tv sue bgtau la ek..leh usha2 muka comel Khalf n ibu tuh..=)

Amiizaa2001 said...

waaaa glamernya sue+baby:):) nanti dah tanyang kasi tau yer..kmieja nak tgk:):)

Sue said...

lily,
huhu da rezeki. bole la buat tambah duit tabung khalif.

******
k.mieja,
hehe glamer ape nye... sue pun tatau cite tu bila ditayangkan, lupa nk tanya production manager dia. tapi sue overview skrip dia, mmg best la cite tu...

As said...

congrats.. dah sama 3 anak kiter erk.. hehehe.. elok la sgt 1st girl.. 2nd n 3rd boy.. hahahaha
semoga baby n sue sihat hendaknya