Hari ni nak cerita pasal sorang anak. Damia. Anak yang sulung. Satu-satunya anak perempuan yang aku ada. Dia sensitif. Mudah terasa. Nakal. Manja pun yea. Keletah. Suke bercakap. Suke bertanya. Baran (?).
Lately ni setiap kali balik dari sekolah mesti request something kat aku. Katanya, esok tak nak sekolah lagi. Sebabnya, kawan mia tak nak kawan dengan mia. Bila aku tanya siapa, damia pantas sebut nama kawan dia. Aku pun nasihat macam2. Bila dah sekolah ni, gitu lah kan. Lagi2 budak2.. kejap bergaduh, lepas tu baik balik... lepas tu gaduh lagi.
Tadi teacher dia call. Nak discuss pasal damia katanya. Teacher dia kata lately ni nampak damia macam tak semangat. Tak ceria macam dulu. Setiap kali turun dari kereta auntie zai (org yg amek damia gi balik skolah) mesti damia monyok. Bila teacher tanya, dia kata gaduh dengan kawan. Teacher dia tanya jugak samada kat rumah pun macam tu... sebab dia kata damia very sensitive skang ni. Maybe sebab dia terasa hati bila ada baby ni.. Tapi bile aku cerita yang kat rumah pun damia asyik tanak gi skolah sebab gaduh dgn kawan, so teacher pun konfem la penyebab utamanya.
Teacher dia kata, skang ni damia dgn kawan dia tu dah berlainan kelas. Hope damia jumpa kawan baru yang boleh stick together. Teacher kata damia tu very different dgn budak2 yang lain. Maybe sebab dia very talkative, ceria.. selalu tersenyum. Tapi skang sume hilang. Sedih aku dengar......
Kat rumah pun aku slalu gak marah2 dia, sebab kenakalan dia la apa lagi... Suke mengacau khalish. Suke buat aku marah. Bila pikir balik, dia buat semua tu sebab dia nak perhatian. Ye la kan... aku pun asyik ulit baby je sampai sakit badan dibuatnya. Tapi seboleh nya aku cuba gak manja2 kan dia. Biar dia tau yang aku tetap sayangkan dia. Lagi 2 minggu aku habis pantang. Plan aku adalah, nak jadi driver damia gi balik skolah. So nanti dia tak jumpa kawan yang dia slalu bergaduh tu... just jumpa kat skolah je (sebab diorg sama2 naik dgn auntie zai). Kalau teacher dia kata damia dah ok, so insyaallah aku teruskan jugak la jadi driver dia, atau tukar bas skolah. ermmmmm.......
Lagi satu nak cerita, damia ni bila berkawan, dia nak berkawan seikhlas boleh. Dia tak suke mengata baju orang, kasut orang, beg orang. Kalau dia tengok barang kawan dia cantik, dia akan belek lepas tu nanti dia cakap kat aku suh belikan beg/baju macam kawan dia. Tapi dia sangat2 terasa bila orang mengata barang dia. Last week dia balik sekolah n bagitau yang kawan dia kata baju swim dia tak cantik..... contohnye macam ni la:
Damia, baju swim awak tak cantik...... kite punye lagiii cantikkk tau!!
Ok, dia memang terasa hati! Terus dia suruh aku belikan yang baru. Bukan sebab nak yang baru je, tapi dia taknak kawan dia mengata baju dia. kesian kan... kesian sebab ada kawan2 yang macam tu. Bukan nak salahkan kawan2 atau budak2.. tapi ntah la... Bila damia dah sekolah ni, aku mula sedar yang macamana baik aku ajar dia pun, tapi bila kat sekolah dan bergaul dengan ramai orang, macam2 perkara dia belajar. Samada baik atau buruk. Contohnya, satu hari aku tengok damia gaduh dengan khalish. Pastu aku nampak damia 'sikukan' adik dia. Bila aku tanya mana belajar buat macam tu... dia cakap 'XXX (nama kawan dia) yang buat kat mia camtu'. So cemana tu....?
Bukan senang didik anak. Budak2 mudah terpengaruh. Memang tak bole elak. Takkan nak sorok anak dalam rumah je kan?
p/s: Lagi bengang bila someone kata damia kurang ajar sebab cakap macam2 (bodoh etc) padahal setahu aku anak aku belajar cakap perkataan tu daripada anak2 dia la. Helloo..depan mata telinga aku anak orang tu cakap macam2.. ber ajar sangat ke anak dia? Anak aku baru 4thn, anak dia dah 8 tahun ok!!
3 comments:
kadang2 kita kena sabar melayan kerenah anak-2 ni walaupun kadang2 nak marah jugakkan tapi tulakan budak2 nak marah kesian pulak...
buat tak tau jer aper orang cakap...kalau ambik tau menyakitkan hati jer betul tak...
sue: memang macam tu ragam anak dah sekolah...nanti mia masuk std 1, lagi awak akan terasa pelbagai ragam yg datang dari sekolah...pelbagai ragam kawan-kawan, part tak nak berkawan itu satu lumrah kat sek......moody memang satu fasa yg susah bg akak nak handle bila anak dah sekolah...especially bila dah std 1....ada pelbagai perbandingan diantara kawan-kawan....pelbagai perangai...serammm tau...rasa umur 5-6thn lebih baik...sebb pergaulan disek keb dah berbeza sgt...
lizz,
betul cakap awak tu. mulut tempayan bole la kita tutup ye tak? hehee....
********
k.mieja,
ye ke... alahaiii time kita skolah dulu tak ingat lak kalo camtu gak. ermm kena ready mindset dr awal ni. betul la kan kak, sok da masuk sek keb lagi byk cabaran dia kena tempuh. hmmm...
Post a Comment