Friday, August 12, 2011

Breastfeeding : susah atau mudah?



Sumber : Sinar 12/8/2011



Teringat soalan aku kpd anak buah yg tengah sarat mengandung 7 bulan. Nak masuk 8 bulan dah...... Sambil aku bfeed kan Khalif, Aku tanya :


'nak breastfeed ke tak nanti ni?', dan jawapan dia.....

'entah ekk.. tak tau arr.. macam susah je baca kat internet pasal bfeed ni'

'Ermm.. tak pe la.. org ada duit.. bole la beli susu tin.. hehehe', balas ku.



Aku salute minah2 omputih yang gigih menyusukan anak mereka... Antara mereka adalah artis2 Hollywood yang glamer... Sejak terjebak dalam breastfeeding ni, aku rasa happy. Nak pergi mana2 pun tak perlu pikir tentang air panas, tin susu, botol susu, sabun n berus botol... Cuma bawak badan dan bawak baby. Senang kan? At anytime, anywhere boleh menyusukan.


Kalau malam, bangun, angkat baby dan selak baju. Tak payah turun katil pun.... Susah ke? Aku rasa, bagi susu formula lagi susah.. sebab nak bangun, tuang air panas, tuang pulak air sejuk, pastu nak test pulak tahap kesuaman air, baru nak cedok susu masuk dalam botol, pastu suapkan baby. Lagiii banyak prosedurnye.


Kalau tak bekerja, tak perlu lah keluarkan duit beli breastpump. Jimat di situ... Cuma kalau ibu bekerja kena la invest sikit beli breastpump. Alaaaaa.. Spectra3 punye baru 3++. Time pregnant bole start kumpul sebulan rm50 ke...


Tapi kalau nak breastfeed anak, kena rajin. Seriously, terutama di bulan2 awal kelahiran, memang la anak kerap sangat menyusu. Ada yang sejam sekali. Ada yang setiap 2 atau 3 jam sekali. Badan memang letih. Silap2 boleh give up. Tapi itu la pengalaman paling manis dalam hidup seorang yang bergelar ibu. Itu la cara yang terbaik untuk eratkan hubungan antara ibu dan anak.



Ini petikan drp Kitab Anakku Hebat Anakku Saleh Terbitan Telaga Biruby Ustaz Zahazan Mohamed :



Hak anak untuk menyusu :


Menjadi tanggungjawab bapa menyediakan penyusu bagi si anak dalam tempoh 2 tahun.


Firman Allah : (وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ[5] لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ)


Maksud: Dan ibu-ibu yang melahirkan anak-anak, menyusukan anak-anak mereka 2 tahun bagi yang ingin menyusukan.


Walaupun jumhur ulama' berpendapat ibu tidak wajib menyusukan anaknya secara hukuman tetapi perbuatan itu dianggap berdosa jika ditinggalkan. Penyusuan ibu anak itu sendiri lebih memberi faedah pada anaknya berbanding dengan perempuan yang lain. Saya cenderung untuk menghukum ibu wajib menyusukan anaknya.



3 comments:

Unknown said...

yerrr betul. senang kan. suka.
tapi skang ni tetek sakit daaa..siap luka. dok pikir nak nyusu lagi ke dak? ambereen baru 1tahun 5 bulan? amacam?

Eray Majid said...

ermm senang bagi yang terbuka fikiran...susah bagi yang mind setting die mmg x nak.

ape2 pun terpulang pada individu masing2. ape2 pun lagi, i love breastfeeding so much.

MARIA LIZA said...

memang senang..Saya juga exclusive BF mother suka sgt tau bila tak perlu nak bangun mlm2...Hubby pun sonok tak yah bangun malam..Pegi mana2 pun takyah berbakul2...