Friday, September 9, 2011

Raya kami...

Tahun ni kami beraya di sini dulu. Turn family aku la gitu. Dulu masa duduk dgn mak, kira raya rumah mak la.. tapi since dah move out, so decide nak raya rumah sendiri dulu. Then baru raya rumah mak. Tapi plan dah bertukar since lepas mak operate mata bulan puasa ari tu dia terus duduk kat rumah aku. So raya pun dia raya dgn kami. Seronok sikit. Macam-macam cerita la raya kali ni. Maklumla....

Dulu tiap kali raya, nak buat rendang mesti mak la ketuanya. Bila kat rumah sendiri, dengan kuali besar pun takde.. haru la sikit kan. Time tu la baru nak gi beli kuali bagai. Sekali kuali yg nak dibeli tu, takde... yang ada kuali pesen lain pulak. Husband kata itu kuali utk menggoreng. Ahh da beli, belasah je la. Ahad malam tu dah start merendang. Nak buat awal.. Masa merendang tu, habis berasap satu rumah. Pelik la aku rasa. Selalu buat rendang tak pernah pulak sampai satu rumah berasap! Rendang tu sendiri kuar asap berkepuk2 macam kawah gunung berapi. Bila da siap, aku pun nak merasa la rendang tu... sekali, bukan rasa rendang, tapi macam makan asap!!!! Pahit kemainnnn lagi. Mak aku pun pelik pesal rendang rasa asap. Bibik kata maybe sebab kuali baru. Sedihh wehh... aku rasa macam, ahhh.. sayangg nye ayam2 tu.

Esok pagi bangun, tengok2 kat dapur rupenye bibik dah kerjakan rendang aku. Dia kata rendang tu hangittt dan berkerak. Patut la pon... kacau tak betul. Kuali tu pulak 'ke dalam' so nak menggaul rendang tu susah sikit. So bibik ngan mak aku buat bumbu yang baru, ayam tu basuh balik... merendang la semula. Jadik la elok sikit walau ada rasa pahit2. Tapi ini lah pengalaman kan? Heeeeee.................

Ermm nak cite banyak2 pon mood tak 'mari', so biar lah gambar je berbicara sambil aku menyampuk sikit2...

















Pagi raya........




Takde orang lain utk diharapkan mengambil gambar yang proper.. cik damia pun jadik la!! Ok whattt....













Sian aku tengok yang tetengah tu.. terkepittt je dia!


















Petang tu family kakak dari Kuala Kubu Bharu datang segerombolan. Meriahh pulak tengok rumah aku penuh gitu. Yang kecik2 tu sume pangkat cucu aku dah... Maknye anak kakak aku, sebaya je dgn aku tapi anak dah 5. erkk telan air liur... (memikirkan tahun2 akan datang.. yuran sekolah, duit belanja sekolah, yuran tuisyen, baju sekolah..arghhhh 3 org da cukup lah bang!)





Khalif 1st time jumpa makteh... tapi masa ni dia rimas coz dah time mandi. Bole pulak air takde time2 raya ni.. ampeh betul. Ni masalahnye kawasan rumah aku, bila sume orang ada kat rumah, bila sume orang byk pakai air paip, nanti terputus lah bekalan air. Khalif dapat mandi segayung je air.. jadik la buat basah2..





Kemudian kami beramai2 ke Semenyih, rumah kakak pulak.....







Carca-marba kan gambar ni. Bukan yang tengah posing tapi yang kat belakang nu... Yang duduk kat sofa rambut pjg tu anak buah ku yg sebaya dgn ku, yg anak dah 5 org. Sila tgk yang bergosip atas tangga tu. Khalish dgn anak buah dia.... kemain lagi!

Mujur jugak masa kat rumah kakak ni ha perut aku buat hal. 4 kali ulang alik gi toilet.. memang aku kasi buang habis2 punye supaya balik rumah takde kes nak gi toilet lagi... Sekali balik rumah memang air pun tadak! Nak wee wee pun cebok dgn air mineral yg hsbd beli sekotak besar. hehe...



Esoknya bangun pagi nasib la dah ada air. Basuh sume pinggan mangkuk... kemas2.. dan pack2 baju utk balik kg. Oh lupa nak habaq, bibik pun bercuti gak sehari sblm raya. Lepas dia siapkan rendang, dia pun zasss bercuti. Tu yg payah gak kalo bibik ada suami kat Msia ni ha. Sibuk la dia pun nak beraya dgn laki dia... Tahun depan, siap la ko bik.. aku akan bagi jadual kau bercuti supaya aku tak sengsara kat rumah time raya! huhuhuhu....







Celamat Aghi Ghayeeeeee!!!!



4 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

selamat hari raya buat sue+family...muahh muahhh :)


canteknya kaler sedondon...:):)

mamaarifakeemaisy said...

selamat hari raya//maaf zahir batin..

adduh dugaan tu time raya tkde air, sengsara...haih...

meriah la raya kt rumah sndiri kan..hee~

dh besar khalish n khalif...semangat masing2..hee~

Lily@MamaZaraZareef said...

selamat hari raya sue..comel jek si khalif tersepit time ibu salam2 ngan ayah tuh..hehehehe

A.H.A.D said...

comella damia pakai tudung...
sian yg kecik tu kena kepit heheh