Friday, October 21, 2011

Please pray for her...

Cite pasal mak lagi.

Semalam kan kata nak gi hospital pagi tu. So aku balik kejap ke rumah nak mandikan mak. Tengok mak dah bole bangun sendiri gi mandi. Aku pun sempat la mengepam sambil2 tunggu abg aku sampai. Sempat jugak aku buat steaming kat khalish dan khalif. Tak lama pastu abg aku pun sampai. Gitu gini, then abang aku kata tak payah bawak g hospital la. Sebab tengok mak dah ok, da bole bangun, da bole jalan. Aku pun.. hmmmmm.. tak pe la, sebagai adik aku ikut je. Lepas hantar damia sekolah, aku masuk opis.

Bila pikir2 balik, then aku decide lepas keje nanti nak bawa mak gi klinik gak. At least boleh cek BP dan darah dia.

Masa balik, teringat pulak pampers khalish dgn mak da nk abes. So aku pergi ke tesco, cadang nak jugak beli sayur sikit kan. Baru nak masuk parking, bibik call bagitau mak jadi lemah lagi. Cakap pun tak paham, atau susah nak cakap. Dah bagi air gula pun still tak ok. Dah la bibik sorang, dgn budak2 lagi. Kesian jugak. Aku da tak keruan. Sambil cakap dgn bibik, tangan aku pun pusing stereng nak kuar parking. Tapi bibik kata tak pe, dia tengok kan dulu. So aku pun cari parking, cari trolley, laju je mencari barang2 penting. Just beli pampers ngan susu je.

B4 tu, lepas kuar dari kete aku terus call abg aku. aku cakap kena bawak gi hosp gak. then abg aku suh call anak buah aku yg keje sama opis ngan aku. mujur dia kat opis lagi. So sementara aku kt tesco beli barang, dia zassss ke rumah aku dgn tunang dia. pastu aku nak mencari barang pun da tak keruan, kejap2 dia sms suh cepat. Alamak aiiiii... ni kes serius da ni.

Sampai rumah aku tengok mak da lembik sangat. kesian sangattt... nak nangis rasanya. ye la kan.. selalu sihat walaupun sakit2 pun still kuat lagi. suara gagah lagi bole jerit2 kat cucu. hehe tu la mak aku. macam aku gak. suara pegi dulu, baru badan sampai. masa bibik call kat tesco tu, aku tanye gak kalau tangan mak keras ke ape ke kan. sebab takut kalau2 kena strok pulak nanti bibik tak tau nak buat cemana. eh even aku pun tak de pengalaman org kena strok tapi masa attend kursus ape tah dulu, org tu ajar la cemana nak buat kalau org kena strok.

lepas sampai rumah, aku discuss dulu dgn anakbuah cemana nk bawak gi hosp. sebab tengok mak da lembik sangat. nak angkat pun da daya... pastu nak ke hosp ampang tu, konfem jammed jalan. so aku try call ambulans. malangnye luar kawasan ampang so ambulance tak leh datang. kalau panggil yg kajang punye nanti dia bawak ke hosp kajang je la. then aku decide, bawak la naik kete je. So kami cuba sedaya usaha utk angkat mak, macam2 cara la. sebab badan mak besar, bila dia lemah badan lagi jadi berat. akhirnya berjaya jugak masukkan dalam kereta anak buah aku. then aku follow belakang dgn kete aku menuju ke hosp ampang.

mak sampai hosp jam 7.24pm. aku sampai kul 8.10pm. stuck kat traffic lite. yg anak buah aku dok sms/call suh cepat, bapak dia da bising coz nak daftar kena ada ic mak. relax la... daftar je pun. mak dah masuk zon kuning (separa kritikal) so doc n nurse tgh buat la ape yg patut. lepas daftar, aku masuk tengok mak. masa ni mak dah ok sikitttttt je, boleh tanya kat mana. tapi still lagi macam susah nak cakap. lidah macam bergulung. then doc pun tanya la apa yg patut kt aku ni ha. aku tunggu gak sampai kul 10 lebih, coz doc kata diorang akan buat x-ray n cek jantung, then baru dia panggil waris. tp dah kul 10.30 pun tak panggil2 lagi, aku pun kena la balik.....

anak buah aku dari melaka sampai kul 9pm. mujur gak la dia bole dtg, mmg harapkan dia la nak jaga mak. kul 3pagi dia call n update, doctor kata mak kena jangkitan kuman kat paru-paru. then mak pun admit ward. fuhhhh gile lama dok kat zon kuning tu kan. insyaallah petang nanti aku gi tgk mak lagi. hosp ampang ni, budak2 tak leh masuk. so tak dpt la nk bwk damia ngan khalish.

aku sampai rumah malam tadi, kejut damia suh masuk bilik, pastu damia mula merengek..

ibu.. pakcik kata opah tak balik lagi. tapi kenapa opah takde.. (semlm kan abg aku dtg, then dia nk dtg sabtu nak bawa mak balik)

pagi tadi,

ibu... nape opah tak duduk sini...?
opah kat hospital. opah sakit...
ye la... nape...? iskkkk iskkkkk (sedih gile dia time ni.....)

hope mak cepat sembuh, amin...


p/s: kadang2 sambil duduk sebelah mak aku suke tengok jari-jari mak. kedut.. makin hari makin berkedut. pandang di muka tak nampak kedut sangat. tapi bila tengok jari mak, aku sedar yang mak sebenarnye memang dah tua. kesian mak. sambil memandu ke hospital, fikiran aku boleh berimaginasi, kalau lah itu.. kalau lah ini... kalau lah mak tiada, aduhai.. sedih. bergenang air mata. cuba utk menidakkan imaginasi aku. tapi aku tau, satu hari nanti aku pasti akan menempuhinya jua. Mak dah tua. Dah 73 tahun umurnya. Apa pun aku syukur kepada Allah, kerana mengizinkan mak melalui kehidupan sehingga 73 tahun. Insyaallah, ia akan menjadi 74,75 dan seterusnya dalam keadaan sihat walafiat............................. sayang mak!

1 comment:

A.H.A.D said...

harap ur mom cepat sembuh dan panjang umur