Friday, October 28, 2011

cuba utk bahagi kasih sama rata pada anak2, namun tetap dia terasa hati..aduhai...

Lately Damia asyik mintak aku hantarkan dia ke sekolah. Aku pulak tak nak ajar gitu, nanti da biasa, satu keje pulak nak gi hantar hari2. Kalau time takde meeting ke kursus ke, tak kisah la kan. Nak pergi sekolah pun jenuh nak pujuk. Maybe da sedap bercuti sejak dia demam ari tu... on/off je gi sekolah skang ni.

Apa yang aku perhatikan pada damia, dia memang nakkan perhatian. Mungkin jugak dia cemburu dengan adik2. Mungkin dia rasa kurang kasih sayang. Oh tidak!! Aku seboleh2nya nak bahagikan kasih sayang sama rata pada semua anak2 aku. Mungkin aku terlalu menganggap yang damia dah besar, dah boleh berdikari, dah boleh buat itu ini dengan sendiri..... Mungkin silap aku jugak la kan... Ibu minta maaf banyak2. Ibu terlupa yang anak dara ibu ni baru berumur 4 tahun. Baruu 4 tahun. Dan ibu tak boleh expect macam2 dari damia.

Mungkin damia cemburukan Khalish. Itu aku akui, sebab aku perasan jugak perubahan riak air muka damia bila khalish datang dekat aku, bila khalish bermanja2, meleser2 badan.. itu semua sebab dia nak tekkkkkk..... ye, sampai sekarang khalish masih menyusu badan lagi, walau tak sekerap dulu, kurang2 sehari sekali mesti nak. Bila khalish datang menggesel, peluk2, aku pun balas pelukan dan cium dia. Nanti aku nampak damia pandang je....... dan aku pun terus panggil damia dan aku peluk n cium dia jugak. Padahal sebelum ni, damia ok je... mungkin sekarang ni baru dia terasa kot.

Bila diorang main2, pastu bergaduh, seboleh2 aku akan buat tak tau. Aku senyap. Diorang menjerit la macamana pun, aku cuba utk diam. Dulu, pantang bergaduh mesti aku dah marah. Dulu, damia yang selalu kena marah sebab buat adik. Khalish dulu jenis diam, tak banyak melawan. Tu yang selalu kena buli dek kakak. Sekarang ni, khalish da pandai melawan, da pandai jerit. So aku ambil pendekatan utk berdiam. Seboleh2 aku diam. Tapi bila sorang datang mengadu, kemudian sorang lagi datang, atau bila keadaan tak boleh di kawal, baru aku bersuara. Dua-dua kena...... Adil. Sekarang aku tak boleh menangkan sorang anak je. Sebab dua-dua sama naik!




Damia suruh aku hantar gi sekolah setiap hari. Bila aku kata tak boleh... ada meeting.. ada keje.. nanti dia akan bandingkan dengan babysitter dia dulu. Babysitter tu, ibu min, tak keje. Dok rumah mengasuh anak orang. Tak ramai pun.. Damia penah ikut hantar anak2 ibu min gi sekolah. Sedih jugak aku bila damia mula bandingkan aku dengan ibu min. Aku tau, damia nak aku selalu ada dengan dia. Kalau boleh dia nak aku duduk rumah, hantar dia gi sekolah, jaga dia... tapi tak boleh la macam tu.. serius, sedih sebenarnya..

ibu hantar la mia gi sekolah..
tak bole..ibu kena keje...
ala ibu min tu bole je antar kak ain gi sekolah
ibu min tak keje..
ibu tak yah la keje....


kesian kan? jenuh jugak nak explain bagi dia paham kenapa aku n ayah dia kena keje.

Ibu min tak keje, ayah dia je keje, so ayah dia je ada duit. kalau ibu keje, ayah keje... kita ada duit banyakk.. ada duit ibu, ada duit ayah...

Still, dia tak boleh nak faham. Dan dia tak boleh nak faham kenapa ibu min tak keje, duduk rumah je.. dan kenapa ibu damia kena keje, tak boleh duduk rumah je.... Kesian anak ibu..

So weekend yang lepas, ayah balik. Tetiba pulak ayah ada plan nak bawak anak2 berjalan. Ibu suke je... seronok tengok diorang happy! Cuti sekolah nanti, ibu dah kecek2 kat ayah, nak bawak diorang gi holiday. Tak tau la mana nak pegi lagi... Kalau boleh gi tempat yang takat sejam dua je perjalanan nye. Letih la nak duk dlm kete lama2..... Rasa2 nak naik Cameron lagi, tapi musim hujan ni takut pulakkk.. tengok la camana nanti.

Ni tepek 2 kpg je dulu. Nak tunggu Mamalieyna ajar camana nak setting advance kat blog, nak up gambo besar sket, baru puas mata memandang!! hehehhe










AQUARIA!!!

3 comments:

Amiizaa2001 said...

Sue, anak sulung perangainya memang terlebih manja...mcm allysha dah 9thn tapi jeles dan manja terlebih tu kalah balqish yg baru 2thn.

Ingatkan dapat adik gap jauh2 cukup kasih sayang tp sbrnya manjanya lagi terlebih :):)

dalilarahmad said...

kak,
itu damia yang dah besar, boleh pikir..saya waktu seminggu pantang anak sulung dah nmpk dia diabaikan sebab ummi asyik dok pegang baby je..babahnya takde lak tu..time tu dia nanges je, bagi susu taknak, ajak jalan taknak, semua taknak..bila pelok, terus diam dan tak mau lepas..huhu..sayu hati..kecik2 dah ada adik..terasa mcm dia diabaikan..

sejak hari tuh, sebolehnya saya akan mandikan dia, suap makan, tidokan dia walaupun time tu mmg luka jahit pun masih ngilu2 lagi..

sisdee said...

cian anak2 kan..tapi tak pe slowly dia paham..dulu masa syahmi pun ada gak terkucil tapi kita kena alert sebaik mgkin..

tingat last year g aquaria :)