Sepanjang minggu lepas aku bercuti. Bebas dari kerja. Bebas dari sakit kepala memikirkan hal-hal kerja. Bebas. Tapi tidak bebas. Apakah maknanya? kenapa aku bercuti tapi tidak bebas?
Kerana dia....
Damia muntah-muntah, cirit-birit dan demam panas bermula sabtu 3hb. Panas naik tinggi sangat sampai aku takut. Naik sampai 40.3 degree. Aku takut sejarah berulang semula. Takut sangat................ Sabtu jam 1.30pm bila panas sangat, terus aku bawa gi klinik.
Ahad, demam masih tak kebah2... Jam 9pm aku bawa gi hospital kajang pulak. Doktor cuma bekalkan ubat-ubatan. Tapi sebelum tu buat test darah, tak ada masalah apa-apa cuma kurang garam. Pulang ke rumah jam 4 pagi! Huhuhu... macam ni lah kalau berurusan di hospital kerajaan pada lewat malam di bahagian kecemasan. tak boleh nak salahkan sesiapa. Sebab doktor ada kes-kes utama yang perlu diberi perhatian. Nak dapat keputusan test darah aje kena tunggu 2 jam. Sampai tertido2 la kat situ....
Isnin, masih demam lagi. Masih cirit lagi. Badan dah lembik.... makan tak nak. minum tak nak. Selasa pun macam tu jugak. Badan masih lemah. Suruh makan ubat macam kena pergi berperang. Bergaduh-gaduh mak ngan anak. Hehehhe... Aku pulak gerammmm je tengok dia. Suap ubat, dia boleh muntahkan pulak. 3 jenis ubat, tunggu sampai satu jam pun tak setel-setel. Last2 malam tu jugak aku bawak dia gi KPMC. Sebab risau, badan da makin kurus. Makan minum tak nak. Sekali kat kpmc, doctor suruh warded coz dehydration. Aku ok je....... cuma terbayang tidur malam ku tanpa sikecik.. Sedih sungguh.
3 hari jugak berkampung di hospital. Jumaat boleh discharge. Sabtu ok tapi asyik buat aku pening sebab merengek tak tentu hala. Silap sikit, nangis. Memang itu pun perangai dia. Tambah pulak Khalish membuli kakaknye. Alahaiii kesian kakak. Ahad, kan dah demam balik.... Adoiiii............
Pagi tadi, demam lagi. Hope cepat lah sihat. kesian dia.................
2 comments:
laaa..tak sihat rupenye si damia..siannya die..hope now dh kuranglah demam die tuh..kdg2 budak2 nk baik skait mmg lg banyak raham..huhu
get well soon damia!!
Post a Comment