Tuesday, November 29, 2011

Budak-budak memang suke gi taman, tak kisah la taman permainan ke taman bunga ke.... kan?

Dulu masa sebelum kawen... masa baru-baru kawen... aku siap planning kalo ade anak nanti aku akan bawak dorang gi playground tiap-tiap minggu. Kasi dorang happy dan boleh eratkan family bonding, gituu....

Tapi terus-terang la aku cakap, memang tak tercapai angan2 aku tu. Bila da kawen... da ada anak.. rupanya banyak tugas2 sebagai isteri dan ibu yang harus aku buat. Contohnye mengemas rumah, memasak etc.... bila dah penat, mana la larat nak keluar lagi.. nak bawak anak jenjalan... pulak tu husband bukannye ada sama tiap hari. Kadang dia balik weekdays, kadang weekend. Bila dia balik weekend tu, sedaya upaya aku jugak la utk herett dia sama gi bawak anak2 kuar.



Budak-budak mana yang tak suka taman? Even taman bunga pun diorang still rasa happy :)

Ni masa kitorang gi Aquaria ari tu.. pastu masuk Homedec. Ramai sangat orang, so biar husband je masuk. Kitorang kuar balik, lepak kat baby's room la... boring2 bawak keluar..
















Da boring kat luar, masuk dalam pulakk. Mana laa ayah dorang ni.......




Bibik layan dak kecikkk...




Mujur kat Aquaria ada beli colouring book. So damia bizi mengaler...






Eh mana anak lagi sorang?? Ce tekee.. ce tekee.....
































Ce tengok plakkkkkk.... apa dia buat?
















Bfeeding time!!!

Hahaha... dah haus sangat lah tu...




Pastu weekend bila tah, tak ingat dah aku bawak budak2 gi playground. Masa ni ayah dorang tak balik. Kesian da lama sangat tak gi playground...
























































Balik dari playground........





"Tomelllll takk tayeeee????"











3 beradik






p/s: Semalam bawak khalif gi kat pakcik urut kat Beranang. Nak cek samada tulang punggung dia tergeliat lagi ke tak coz last 2 week bawak gi urut kat makcik bidan. Lagipun khalif punye demam belum betul2 kebah, muka pun masih nampak tak sihat... bila dokong kadang2 dia nanges macam sakit. Pakcik tu cek, tulang punggung ok takde pa pe, khalif pun tak nangis masa pakcik tu tekan2... then pakcik tu pegang perut pulak. Ada something yang keras kat perut khalif. Dia tanya 'ada tak budak ni nangis n tak tido malam2?' Ye memang pun... Pakcik tu kata 'dia kena ketegur, dah 3minggu benda tu dok sama dengan dia'. Masa pakcik tu pegang perut, khalif tak nanges pun. Then masa pakcik tu baca-baca sambil pegang perut, khalif da start nangis.... pakcik tu keluarkan 'benda ketegur' tu, alhamdulillah baru dapat tengok muka khalif yang ceria.. baru lah khalif aktif kembali. ALhamdulillahhhhh.... Syukur..

Friday, November 25, 2011

Kisah Serrrrammmmm wo0

Salam...

Macam dah lama je tak update blog kan? Macam bizi sangattt je kan? Ngehngehngehhhh... Ni ada benda nak cite ni... pasal anak, pasal ehem-ehem..... *ehem-ehem di sini bukannye apa2 ye*

Hari Selasa, kiranya rabu pagi la ni, terjaga jam 5pagi coz khalif ehek-ehek nak susu. Panas badan dia.. Aihh tetiba je demam budak ni apa hal? Lepas bfeed, cek suhu 38.9C. Terus bagi ubat demam... pastu dalam ngantuk-ngantuk tu boleh pulak aku temankan dia main-main sementara tunggu mata dia ngantuk. Siang/petang dah tido lama... tu yg bulat je mata dia. Masa ni aku on torch light kat henfon so cahaya pun samar-samar je la... masa dia kat riba aku, khalif sambil ehek-ehek tu tertoleh ke belah kiri. Terus dia terperanjat dan nangis. Masa ni memang aku nampak badan dia dgn reaksi terkejut. Aku selawat dan tiup kat ubun-ubun sambil pujuk dia diam..... Dalam seminit lepas tu aku dengar bunyi anjing kat jalan depan rumah, menyalak panjangggg je.. orang kata menyalak hantu. Waaa gile meremang wehhh.. tapi aku buat2 cool je. Lagipun masa ni suami takdak kat rumah. So kena la buat2 berani. Tak lama pastu khalif pun tido....

Masa kat opis pulak, petang tu aku ada meeting. Dalam kul 4.45pm, bibik missed call. Aku return call balik. Bibik cakap khalif terperanjat dan mata asyik tengok atas. Aku risau gile la.. aku cuma pikir dia kena sawan tarik je since dia demam pagi tadi. Aku confirmkan betul2 dgn bibik, macamana keadaan khalif - badan, tangan, kaki mengeras ke tak... mata mmg ke atas je ke.... tapi bibik pun agaknye panik n tak pandai nak explain kat aku. Terus aku zasss keluar dari bilik meeting. Call kawan kat tgkt bawah, ajak temankan balik kot ape2 hal ke kan....

Mujur dia terus call husbd dia mintak tlg dtg rumah aku kejap. Hsbd dia pulak baru lepas solat asar kat surau taman tu... oh husbd dia imam masjid. Tak lama pastu aku sampai rumah. Hsbd kawan aku da balik, dia da tawarkan air buat sapu kat muka n minum... kesiannn sangat budak kecik tu. Aku tanya bibik ape dah jadi sebenarnya... Bibik kata..

Khalif asyik terperanjat. Bila dibaringkan kat tilam, mesti terperanjat dan nangis. Bila bibik dah dodoi kat bahu, tido dan masukkan dalam buai, tak sampai seminit dia terperanjat lagi sampai buaian tu terbuai kuat. Bibik terus angkat, pastu nak mandikan dia. Sambil dokong khalif, bibik nak masuk bilik amik baju khalif. Masa melangkah nak masuk bilik tu khalif terperanjat sangat2 dan terus nangis. Bibik pun panik, tu yg dia terus call aku. Yang kelakar bibik cite, masa tu dia terus cakap2 'heiii hantu.. aku bagi anu aku biar aku tengok siapa kau.. aku cakap indon pasal aku orang indon....' tapi ade la dia selawat, ambil surah yaasin... masa ni khalish tido, damia lak ikut opah gi rumah makngah dia..

Tak lama pastu opah dan damia pun balik. Pastu dorang citer.. eh rupanya masa aku gi keje mak ngan bibik dah bercerita. Malam tu damia tido dgn opahnye.. masa tido tu tak tau la pukul berapa, damia terjaga dan kejut opah... 'opah..opah...mia takut.. mia nampak hantu'. Opah peluk mia dan pujuk yg mana ada hantu, opah suruh baca la al-fatihah, doa...

Aku tanya mia nampak apa.. dia kata hantu rambut panjang kaler putih. Pastu sebelah opah ada budak kecik, kat baju budak tu ada ulat... banyak kali aku tanya. Aku taknak dia buat-buat citer.. tapi citer dia tu macam ada efek dari citer2 seram kat tv je... tu yang aku nyampah asal malam jumaat je nak tayang citer hantu. bodoww....

Malam tu jugak aku bawak semua, termasuk bibik ngan mak gi jumpa ustaz. Ustaz scan n kata kat rumah tu memang ada lembaga hitam. So ustaz pun buat la.. dia suh husbd tabur garam kasar dan lada hitam yang ustaz bagi tu. Mula2 sampai rumah, yang lain dok dalam kete dulu. Husbd buat, campak benda tu dari pagar, pintu rumah.. masuk terus bukak pintu dapur. patah balik ke depan dan campak garam n lada hitam kat setiap penjuru rumah, bilik. bawah katil, toilet sampai tabur ke pintu dapur. Pastu call ustaz, ustaz scan dan kata clear, baru tutup pintu dapur dan baru lah kami yang lain ni boleh masuk........

Btw, kat rumah tu memang aku penah nampak pun lembaga hitam. Cuma tak sangka lak skang 'dia' nak main-main dengan anak aku pulak kan..... Harap2 lepas ni dah takda ape yang mengganggu.

Ohh lagi satu aku ada tanya gak kat ustaz pasal family matter. Alhamdulillah ustaz scan kami semua especially mak aku. Ustaz kata tak ada apa. Mak pun sama... Eermm pasal ape tu aku tak leh citer la. Family matter kan...... Cuma maksud ustaz tu kami adalah dipihak yang benar. Ustaz nasihat buat solat taubat, insyaallah nanti dapat lah petunjuk siapa dalangnya nanti. Insyaallah.. mudah-mudahan.

Ustaz yang aku pegi ni, kat prima saujana. Ustaz ishak... aku tau ustaz ni pun dari abang aku yg sulung... dulu dia rajin gak jumpa ustaz ni.

Eh ok la... nak balik. bye...

p/s: Khalif da 8bulan hari ni. Happy besday cayang.. heheh

Wednesday, November 16, 2011

Gambar yang dah jadi jeruk zuchini :p

Aku ingat nak setting bagi gambar ni besar dulu baru upload. Tapi tak reti la.. So aku upload jugak la gambar2 ni. Macam da lama je blog ni tak berupdate, kan. Gambar raya haji pun belum lagi...


Kami ke sini:




Susunan gambar memang berterabur. Malas aku nak susun balik ikut kronologi.







Menantang obor-obor ni jumpa masa da nak keluar. cantik kan? Aku sukeee sangat tengok. Cantik betul. Kalau dapat bela kat rumah pun best gak ni.. taruk lampu macam2 kaler, perghhh mesti cantik!












Dah, malas nak caption bagai. Cuma gambar khalish kurang coz dia tak duduk diam. Sana sini dia pegi. Mujur je la ayahnye melayan. Dan mujur jugak bawak 2 camera. sebijik dah khalish pegang tak lepas2, sibuk amik gambar tah ape2....




























Dalam akuarium bulat tu ada ape tah.. macam belut tapi kecik sangat. duduk dalam pasir pastu tetiba keluar tegak je dari pasir tu. Khalif nak pegang.. hehe comel je tgk dia terkial2 tangan nak amik binatang tu.


























Masa ni nak amik gambar diorang bertiga. Tapi Khalish tak nak. Alaaaaa.. dah la takde gambar bertiga yang cantik.























Excited budak kecik ni tengok ikan2 yang banyak tu.... tak berkelip mata dia tengok.



eh tu je la gambar kat aquaria yang aku up. cukup2 la tu... Hmmmm lagi bape hari je nak cuti sekolah. Sabtu ni sekolah mia buat graduation day. Tak sure damia ada perform ke tak. Tapi aku pegi jugak la...


eh mia skang ni da pandai cakap indon. Bila tengok adik dia menyulur.. mia cakap 'ibu..tengok adik ni dah maju... majuuu lagi sampai sini'


Wahh MAJU!!


lagi satu, masa tgk gambar dia gi KL bird park dulu, mia tanya selipar sape yang dia pakai. So aku ckp, selipar mia la.. tau ape kata dia??????



KOK SELIPAR MIA KALER BELLUUUU?????? *biru*


Wakakakkakak... bahana maid indon dan bahana sinetron. Ampehhh!!

Tuesday, November 8, 2011

TANDA TERKENA GANGGUAN SAKA @ JIN @ ILMU HITAM

Petanda Petandanya Adalah :-

1) sukar hendak tidur di waktu malam dan sering terjaga di waktu tidur.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) rasa berdebar debar apabila waktu senja

4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.

5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.

10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17) Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan dan kerap bertengkar.

18) Tanda-tanda lebam di peha kaki apabila bangun pagi.

19) Semakin berkurangan mengerjakan solat/Malas beribadat.

20) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Melihat jin secara terus.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid tidak teratur.

31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.

38) Sakit kepala,mata berpinar, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.

39) Tetiba bau busuk dalam rumah kemudian hilang, begitu juga bau wangi tetiba datang dan kemudian hilang begitu sahaja.




p/s:

saja berkongsi ilmu. Sharing is caring, right? Kalau dah pasti ada petanda2 terkena saka ni, cepat2 lah berubat dengan yang pakar @ pengamal perubatan yang bertauliah seperti Darul Syifa', atau Pusat rawatan al-hidayah (bole jumpa ustaz amirul :p) atau Darul Ruqyah.. jangan pulak pergi jumpa bomoh, kang bertambah2 sakit la pulaknye. tak pasal2 je nanti... Lagi satu, bomoh2 ni bukan leh percaya sangat. Apa yang dia cakap semuanya berasaskan kepada soaljawab bersama kita. Maknanya apa yang bomoh ni cakap sebenarnye tekaan dia aje. Tak pasal2 je nanti jadi fitnah pulak bila kita menuduh2 orang yang tak bersalah. Sebab tu lah aku sarankan jumpa yang pakar. bukan bomoh tauu!

Renung-renungkan.. dan Selamat Beramal :)

Friday, November 4, 2011

Salam Aidiladha

Aidiladha kali ni insyaallah kami beraya di Bentong, Pahang. Mujur jugak la raya jatuh hari ahad, so isnin cuti.. tak payah nak apply cuti lagi dah. Teringat raya tahun lepas.. masa tu kami baru je dapat maid. Raya tahun lepas kat perumahan sini je.. 1st time la merasa beraya sendiri tanpa keluarga. Cewah.. ye la kan masa tu baru pindah, dulu duduk dgn mak aku.







Alalala khalish masa ni slimmmmmmm je! Sekarang masyaAllahhh... lagi berat dari kakak dia. Mana taknye, asyik makannn je. Sampai satu tahap aku terpaksa kontrol makan dia. Kontrol bukanlah tak bagi makan langsung. Aku kontrol, nasi sesenduk saiz budak punye makan. Kalau nak tambah just bagi sup n sayur @ lauk2 je... masa tu nampak la susut badan dia. Lepas tu bila opah dia duduk dgn aku, nafsu makan dia menjadi2 balik. Kalau dah suapkan dia makan, nanti bila opah @ bibik nak makan, dia pun join sekali. Susu pun kerap jugak budak ni....






Damia masa ni belum sekolah lagi. Baru 3thn lebih. Comel je.. tembamm! Skarang dah kurus.. dah gelap sket sbb tiap2 selasa ada swimming class kan...



Harap kali ni dapat la otak lembu lagi. Ada kawan teringin nak merasa otak lembu masak lemak cili api. Kalau ada rezeki nanti aku bawak balik KL dan masakkan utk ko ye, linda... Leceh nak mengerjakan otak lembu ni. Bukan senang2 je main masak gitu je tau. Kena buang dulu urat2 darah tu, kalo tak hanyirrr laaaa nanti!







Salam AidilAdha ....




Thursday, November 3, 2011

Kak di punye.......

Tadi baca blog kak di green apple. Hari ni besday rayyan rupenye... terus aku teringat sesuatu. Sesuatu yang ada dalam simpanan aku.





Bukan budak dalam gambar tu maksud aku. Benda ni sebenarnye.... oh mengimbau kejap kenangan lalu. Masa tengah sakit2 kat dalam ward. Masa tengah tunggu bukaan demi bukaan. Aku pun berjalan2 dalam ward. Tengok/baca apa2 lah yang tergantung kat dinding ward. Sampai kat noticeboard. Banyak sangat kad-kad ucapan utk nurse n doktor. Aku telek satu persatu. Aku baca satu persatu. Ye la kan.. boring katakan... sambil2 menahan sakit, sambil2 excercise tu, aku baca la......



Tetiba nampak ni:










Macam kenal je nama tu. Pastu baca sekali lagi. 28hari? Dianawathy? owh yesss.. konfem arrr ni kak di. Aku pun kuarkan henfon dari poket, terus snap. Tak dapat jumpa tuan badan, dapat baca kad ucapan ditulis tuan badan, seorang blogger femes pun jadik la kan..... hehehe...


Tu je sebenarnye nak cite. Kot2 la kak di baca, sure terimbau kenangan dan hazabb dia bermastautin selama 28hari dalam hospital. Aku yang bersalin n duduk wad 7 hari je tu pun dah macam hapeeee, ini kan org yg duk dekat sebulan dlm hospital. Gile ahhh.. tekanan mental dibuatnye!


Ok la. Happy besday to Rayyan!

Wednesday, November 2, 2011

Khalif mamam

Dek kebizian yang melanda, aku sampai lupa nak update satu benda.



Khalif da start makan! Wehuuuu... Aku bagi dia makan masa umur dia 6 bulan 2 minggu. Dimulakan dengan makan bubur yang di blend halus. Macam puree buah. Mula2 dia tak pandai. Kelakar. Comell sangat. Tapi skang da pandai, pantang nampak je mula la dia... mammmm..mammm.. ihihih...


Ni masa 1st time nak bagi dia makan.












tak duduk diam punye pasal, sampai ke pipi la jawabnye. hahahhaha...





Sibuk nak capai sudu. Hepppppp!!!




Skarang ni aku dah bagi dia makan 2x sehari. Pagi dan petang. Kalau pagi, bagi bubur yang dimasak campur sayur dgn ayam @ ikan @ ikan bilis. Petang lak, bagi puree buah. Bubur tu aku masakkan beras segenggam aje. Cukup la untuk makan 2x, pagi dan petang. Kalau bagi puree petang tu, bubur balance tu Khalish yang sebat.. Bagus, takat ni belum ada pembaziran lagi. Tawar hebehhh pun dia sebat. Damia je tanak. Siap geli2 je makan bubur takde rasa. Siap tanya aku, apa ibu masak ni...? Hahahhaha.. mana taknye, bubur + carrot + ikan bilis goreng yang ditumbuk halus. Garam memang aku tak bagi.



Alamak, stock puree buah da abes. Nak kena beli lagi.... ari tu bagi apple dgn pear. Sedap! hehehe...



Pic : google!