Friday, December 16, 2011

Maid ni mula2 je baik, lepas tu ke laut!!!

Sekarang ni hati aku berbelah bagi. Ada maid, susah.. takde maid lagii susah. At least bila ada maid kat rumah, tak la aku keseorangan dgn anak2 je... Nak harap husband, payah la sikit bila PJJ ni kan. Walaupun seminggu sekali dia balik, tapi balik lepak sambil layan anak je la... nak tolong buat keje umah, payah sikit. Aku pun lagi rela dia dok main2 layan anak. Biar aku buat housechore sorang-sorang pun tak pe.


Maid aku ni dah setahun keje ngan aku. Mula-mula ok la... baik.. rajin.. pulak tu masa tu aku pregnant. Tapi aku perasan kalo dia ada prob sikit ngan laki dia, mesti sikit-sikit sentap. Aku cakap ape pun dia tak bole ingat. Dan lately ni pulak memang lagi banyak dia punye khayal. Maybe ingat anak2 kat indon kot. Tapi kalau nak kerja tu kerja je la kan.. sampai masa, ko balik la. Kalo tak, balik skang. Tak yah keje.

Tapi yang buat aku lagi sentap adalah dia asyikkkkkk nak marah damia. Dah la tu sorang je anak pompuan aku. Walaupun damia ni agak nakal sikit, tapi itu semua sebab dia nak perhatian. Damia ni kalau dia nak, time-time tu jugak dia nak. Tak macam khalish, lembut sikit hati dia. Boleh bersabar.. Pernah sekali aku tak ingat bila, aku balik keje tumpang kawan. Budak2 n bibik pun tak perasan aku dah ada depan rumah. Pastu aku dengar bibik dok carik kunci. Yang sakit hati nye dia boleh marah n tengking anak aku.

Masa mak aku ada kat umah aku pun, dia tetap marah2 anak aku. Tapi mak taknak la sound ke ape ke kan. Kang bibik lari susah pulak. Mak siap cakap, time aku balik bibik bertukar jadi baik. Wahhh ini sudah lebeyyy... Pastu pernah la mak aku cakap, dalam kul 4pm tu bibik siap2 masak utk malam. Damia balik sekolah sure lapar. So dia bukak tudung saji nampak pulak ikan bawal goreng. Memang feveret dia so dia meratah la ikan tu. Bole pulak si bibik ni sound n marah kata camni 'lepas ni aku tak nak masak lagi. Itu untuk malam tau tak..... aku malas nak masak lagi'

Wahh wahh wahhhh..kemain kau kan. Masalahnye bukan takde ikan lagi dalam freezer tu. Pernah ikan tu dah 2minggu tak masak2. Itu bab makan. Kalau bab mengemas pulak, kalau menyapu atau vacuum tu, sapu yang mana nampak je. Yang celah kerusi, bawah meja bila aku cek penuh dengan habuk. Kalau mengemas peti ais pulak, aku rasa baik damia yang kemas lagi bersih dan teratur. Bekas bawang pulak kalau aku tak cakap, sampai penuh dengan habuk la jawabnye...

Kalau aku cuti, memang aku la tukang masak. Aku tak kisah lagipun aku memang suke masak. Tapi bole tak aku ketung-ketang kat dapur, baby tido dalam buai, damia ngan khalish main-main.. bibik boleh plak duduk kat depan tengok t.v. Ampeh kan.... Asyik2 aku kena panggil bagi dia keje.. Kot ye da tau time masak, tolong2 la kupas bawang ke..ape ke..

Tapi yang paling paling palingggg aku sakit hati, Mak aku cite masa dia dalam kete nak balik.. damia kan nak main-main tapi gurau dia kasar sikit la.... sekali bibik cakap camni:

eh aku bukan budak-budak tau. Aku ni orang tua. Aku tak suka main dgn budak2. Aku pun ada anak tapi anak aku tak macam ini. Hati aku sakit... kalau aku tak kesian sama baby, sudah lama aku lari. Tinggal kau sorang biar mati di rumah.


Waaaaa.. melampau kan? Tak pe. Aku simpannn je dalam hati aku. Tapi baru ni dia sentap lagi dan dia pun aku rasa dia perasan yang aku tak macam dulu. Sabar aku pun ada limit deeerr... Ada satu malam tu, dalam kul 10pm. Semua da standby nak tido. Aku tgh breastfeed khalish (bukan khalif tau hehe).. damia pulak nak susu cepat. Khalish tak nak lepas tek dia. So aku cakap ngan mia, mintak bibik buatkan dulu. Siap pesan cakap elok2 dgn bibik.. Tak lama pastu mia lari masuk bilik sambil nangis2. Aku tanya apa hal... mia cakap:

Mia dah cakap elok-elok dgn bibik, mia nak susu....(sambil nangis2 ni cite)
tapi bibik cakap SUSU-SUSU-SUSU!!!


Waaa... kalau tak nak buat pun jangan lah nak sound anak aku gitu. Melampau sgt la kan. Aku suruh khalish stop bf, aku ckp dgn mia biar ibu yg buat. So mia dgn penuh kesedihan berlari2 gi dapur cakap nak suruh ibu buat susu. Sampai mak aku kat bilik sebelah pun terkejut apehal nangis2 macam hape je... Aku ape lagi.. sound terus kat bibik la, terus dia sentap masuk bilik.


Ok malam tadi dia sudah tanya bila aku nak buat permit dia. Kalau aku takbuat, dia nak buat sendiri. Aku cakap nanti tanya suami aku dulu. Tapi kalau dia perasan air muka aku masa tu.. memang air muka kata taknak buat la! Kesian memang kesian. Aku ni memang cepat kesian. Tapi aku lagi kesian kat anak2 aku esp damia yang dah faham ape yang orang buat kat dia. Damia asyik dipersalahkan. Bibik pun macam suka je kalau damia kena marah. Dulu apa2 bibik mengadu pasal damia, mesti aku marah damia. Tapi skang ni apa bibik cakap pasal damia pun, aku diam je. Macam pagi tadi, api bubur khalif dah tutup rupanya. Tapi bubur belum masak. Aku tanya la sape yg tutup. Terusss je bibik cakap damia yg tutup. Aku tanya damia kata tak. Sekali ada orang mengaku ..... ISH tupppp.... Haa kan. Bukan damia, tapi khalish. Ampeh tak sikit2 nak kata damia??? Aku pun tensen camni...


Skang ni tengah pikir cemana nak bentikan dia n carik ganti lain. Aduhh.. suma mau duit. Dah la kami baru je settlekan deposit rumah. adoyai.... pastu niat dihati nak amik filipino yg islam. Ok takk? ade sape2 leh bagi pendapat tak.. please...please....

6 comments:

Marsha~ said...

hindon shilaka semua mmg tak tahu untung... tak sedar diri.. samalah yg ade kat rumah tu sekor.. cite psl diorg mmg takkan habis..

Amiizaa2001 said...

sue,

tgk dari cara dia berkerja dgn sue, dia tak hormat anak-anak sue sbg anak2 majikanya. sepatutnya dia layan anak2 sue samarata, mana boleh tengking2 mcm tu...

pada pendapat akak, berhentikan aja. Sebab dia merosakkan akhlak anak2 sue..kalaou dia educated, tutur bicaranya tak akan seprt itu terhdp anak2 sue especialy damia.

Dia sudah kurang ajar.

Sue said...

marsha,
indon ni bangga diri pasal dia dok pikir yg kita org msia ni mmg nak sgt dorg keje ngan kita. dorg pikir kalau kita bentikan pun, ramai lagi nakkan dorg. padahal kalau dapat majikan cina, baru dia tau cemana nk idup. cina tak bagi chance punye....

******

k.mieja,
tersentuh sue bila baca komen akak. betul la kak.. damia byk berubah lepas ada maid. Sebabnya dia mmg da rasa tekanan kat rumah bila sue tak keje.. smpaikan dia penah cakap 'bibik suka marah-marah, tapi kalau ibu balik keje, bibik tak marah dah..' kesiannyeeeeeeeee anak2 sue, kak..............

Sue said...

k.mieja,

ada pembetulan. *sebabnya damia mmg da rasa tekanan kat rumah bila sue gi keje*

Lily@MamaZaraZareef said...

salam sue..yg sue tanye pasl avilion tu kan kite tak surelah.sbb kebetulan kite kalu pi pool mane2 mmg pakai bj mandi tu. tp aritu kt sana x nampak pn ada org hotel jaga kaw pool tu.just ada org kt pondok towel je. so assume bolehlah kot kn. mcm tak strict je..^-^

Anis Rafie said...

salam..

saya silent reader your blog seblm ni sbb google psl BBIM and happened to see your blog.

So sy mmg ader pengalaman dgn bibik saya.. dia pun lebih kurang jer dgn perangai bibik you.. and i pernah tekad utk hantar dia balik sbb dia buat perangai blur tak tau buat kerja after a year working.. So I decided to sent her back until dia minta maaf and dia still nak kerja lagi..

my advice;
1) jgn tunjuk yg kita perlukan dia sgt sbb dari situ dia pijak kepala kita

2) tolong keraskan hati (sy dulu pun cpt kesian kat maid sy) tp bila dah mcm ni mmg menyampah..

3) doa banyak2 Allah lindungi kita dan anak2 (bertawakal sentiasa)

So if you rasa 'instict' keibuan you perlu dia stay, then just let it be.. or else you bole buat solat istikhorah.. tu jelah kot.. hehe hope it works.