Friday, February 24, 2012

Pesanan Abah Arwah Adik Faris - This is related to previous post

Pesanan dari Shamrulismawi Abah BlackPearl, ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...

Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she doe...s that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.



Insyallah .... Al-Fatihah buat Adik Faris Nur Daniel, Semoga rohnya dicucuri rahmat

(bila baca kisah yg sedih, terus terbayang kalau aku di situasi ibubapa adik faris, kalau adik faris itu adalah anakku, aduhaiiiiiiii... mohon Allah beri kesempatan kpd aku untuk menyayangi, mendidik dan membesarkan anak2 dgn penuh kasih dan sayang, Amin...)

Anak mendidik kita bersabar




Sabar itu tercermin melalui tiga kategori iaitu sabar dalam berkata, perbuatan dan hati. Sabar dalam berkata ialah tidak mengucapkan kata – kata kesat dan kasar. Sabar dalam perbuatan ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak baik kepada orang atau objek di sekeliling kerana marah. Sedangkan sabar dalam hati ialah bersangka baik dengan setiap yang berlaku.

Saat anak baru dilahirkan, dia hanya mampu menangis untuk menyatakan segalanya tanpa batas waktu dan keadaan. Terkadang sang ibu terutamanya yang baru menimang cahaya mata merasa rimas dan kurang sabar dengan tangisan yang belum dapat dipastikan apakah solusi terbaik untuk bayinya. Lapar, sakit, tidak selesa atau inginkan perhatian ? Rasa letih, mengantuk dan kesibukan dengan kerja rumah yang ada sekurang – kurangnya akan menimbulkan rasa kurang senang di hati seorang ibu sehingga meleteri anaknya bahkan mungkin kurang sabar dalam perlakuannya.

Saat anak telah mencecah usia kanak – kanak. Dia makin lincah, memanjat, menconteng dinding, memecahkan gelas dan meneroka setiap inci dunia yang berada di depan matanya. Jatuh bangun, adalah rencah kehidupannya. Si ibu sekali lagi kepenatan melayan kerenah anak – anaknya, apa yang pasti sebolehnya digari anak kecil itu agar dunia si ibu kembali aman.

Masa terus berlalu, zaman remaja dan dewasa terus ditempuhi oleh si anak dengan kerenahnya sendiri. Walaupun sudah lanjut usia, si ibu semakin kurang sabar dengan perangai anak – anaknya. Lisannya selalu menyatakan kesalahan anak – anaknya. Ingin dipukul, semuanya sudah pun dewasa.


Sedar atau tidak, anak itu menjadi sebahagian ujian Allah untuk kita yang bergelar ibu bapa meningkatkan kesabaran dalam hal – hal yang tidak kita senangi. Sedangkan Allah beserta orang – orang yang sabar dalam mengharungi segala musibah yang melanda hidup mereka. Saat kita menghadapi situasi yang kurang menyenangkan, cubalah untuk berbaik sangka terhadap apa yang terjadi. Cukuplah yang keluar dari lisan kita ialah doa – doa kebaikan dan kejayaan untuk si anak. Cukuplah pukulan sekadar menginsafkan dan peluk cium dengan penuh kasih sayang.

Anak kita adalah cerminan peribadi kita. Saat anak kelihatan menderhakai kita, semaklah kembali kederhakaan kita kepada perintahNya. Saat anak mulai enggan untuk mentaati kita, ukurlah kembali nilaian ketaatan kita kepadaNya. Kerana anak bukan sekadar diberi makan untuk terus hidup tapi perlu juga diberi didikan dunia dan agama untuk menjadi insan yang berbakti ketika di dunia dan penyelamat kita di akhirat sana
********

Sharing is caring, rite?

Anak2 memang menguji kesabaran. Bila mood aku ok, aku biarkan aje apa diorang nak buat. Nak sepahkan toys...nak panjat sofa buat macam slide pun ada..nak main bola sampai nak jatuh frame gambar kat wall tu..nak main2 air paip kat bathroom @ luar (aiseyyy naik la bil air aku)..

Bila mood aku tetiba nak strict, sume tak bole. Cepat sungguh naik angin. Mood berubah2. Lepas 5minit rasa sangat kesian kat anak2. Pastu rasa menyesal dan bersalah. Aku gembira bila tengok anak2 gembira. Rasa bahagia...

Walaupun kadang2...




.... habis bedak berbotol-botol, lantai yg bersih dah jadi kaler putih, tikar dah bertompok2... muka anak da macam antu cina...


... ibu tetap sayang. Sebab itu lah budak2.. nak menerokai dunia. nak cuba apa saja. Ada masa aku biarkan aje.. biar dia rasa macamana sakitnya. Kalau cakap je, dia tak faham :) bila dah terjatuh, nangis, lebam sana sini..baru la dia tau kenapa ibu tak bagi panjat2... bila da terluka jari, berdarah, baru lah dia tau kenapa tak bole main pisau....





Yang kecik pun da pandai buat perangai sekarang. Tapi sebab dia kecik..so nampak comellll sangat. Tampar2 muka ibu.. tarik rambut kakak.. cium2 abang... pastu jerit2 tak puas hati.. nasib baik kecik so nampak comel je..





Tapi dalam diam, aku salute pada suami. Sabar melayan karenah anak2. Anak meragam macamana pun tetap layan. Tapi kalau da dilayan makin buat perangai... hati2 ya wahai anak. Ngehngehngehhhhh.... bila ayah naik angin, baru korang tau, angin ayah lagi hebat dr ibu. Kwang Kwang Kwang... :p


ALhamdulillah..damia dah mula ikut aku bersolat. Terharu rasanya tengok damia ambil wuduk. Basic dah ada..cuma perlu guidance saja lagi. SOlat, tak pandai baca tak pe.. ikut aje dulu apa yg ibu buat. Sambil ibu bersolat, damia meraba2 tangan ibu, just nak pastikan kedudukan tangan macamana... masa tahiyat akhir pun damia raba2 tangan ibu. Nak tengok tapi tak nampak sebab pakai telekung kan... so raba je la.. ALhamdulillah syukur..

Wednesday, February 15, 2012

Jom tengok gajah dan rusa kat Kuala Gandah


Cuti tanpa dirancang!!! Actually kitorang takde plan apa pun masa CNY bulan lepas. Macamana pun aku memang ada plan aku sendiri. Masa tu baru dapat maid. So CNY kan kira cuti panjang. Aku plan nak mengajar maid baru cara2 bagi khalif minum susu. Since khalif fully breastfeed, so proses nak menyediakan susu dia memang lain la kalo compare kakak n abang yg minum FM tu.


Jumaat tu ayah balik. Tetiba dia ajak balik kampung. Ok memang da lama tak balik, last balik masa raya haji. Even cuti sekolah hari tu pun tak balik kg. Aku pulak da ada plan sendiri - nak mengajar maid cara bagi susu, mandikan khalif, aku nak mengemas kain baju dlm almari- phewww.... memula tu berat gak nak balik kg. Sebab aku pikir bila lagi nak buat2 keje tu kan. Maid ni pulak still
bachelor uuuu... even da 34 kot umur dia, tp belum kawin. Dan for sure tak reti nak mandikan baby. Tapi kesian pulak kat budak2.. so aku pun ok je la. Jom balik kampung.. yeahhhh!!!! Kebetulan mak aku masa tu dok rumah aku. Mak nak gi rumah kakak tapi sabtu tu pulak akak aku tah ke mana, so time kitorang nak gerak tu dia pun tak konfem da balik rumah ke tak kan... Mak nak balik rumah Cheras tapi takde orang coz abang n anakbuah aku gi Melaka tgk anak
dia masuk spital nk bersalin. So aku bawak gak mak balik kg.... Tak leh tinggal sorang2 kang pa pe jadi kang bahaya.

Rupenye husband da ada plan nak bawak budak2 gi Kuala Gandah. So ahad tu kitorang gi pun da lambat. Husbd kata show kul 3. Dlm kul 2 kitorg gerak dari Bilut. Tak jauh pun, aku rasa tak sampai sejam da sampai kot ikut jalan Mempaga. Sampai2 rupenye show da abis daaaa... baru je abis.
ahahahha...show kul 2pm rupenye. Eh pastu nak salahkan aku plak lambat siapppp... Ceh...


Last time aku pegi masa tu damia baru setahun lebih. Dah cantik dah Kuala Gandah ni. Gajah2 pun dah pindahkan ke site yang lain. Dulu belah kanan.. now belah kiri.... Skang aku tgk dah bertambah la gajah2nye...





Seronok diorang ni dapat tgk anak gajah. Walaupun anak tapi kan besar. Belom tengok mak bapak gajah lagi tu.. Yang anak je pun dorang da takut. Hiiiiii..... Khalish paling takut!







Aku suke gambar ni. Tengok la budak kecik tu. Mesti dia kata 'apehallll ibu nampak lain ni? Owhh pakai sunglasses yea. Poyo'











Pastu beratur nk bergambar dgn gajah. Mula2 dorang kuarkan anak gajah tu

berderet orang beratur. Tak kose mak!! Tapi da lama sket aku tgk line pun da huru hara. Sume orang da tak reti beratur nak bergambar. Tu la trademark orang kita..... Malu dgn foreigner yg dtg...







Damia pun takut nak pegang. Khalif je terrerrr.. Khalish lagi la tak nampak mana pergi. Penakut betul sorang tu. Dia bole tengok dari jauhhhhhhh je.



Kitorang gi sini dgn SyikinAzril&co. hehehe... Azril adalah besfren husbd dari kecik sampai badan masing2 da besar esp perut. Ngegeggegeggege..... Last kitorang gi jalan sesama rasanya gi Langkawi tahun 2008.

Lepas tengok gajah, kita gi tengok rusa pulak. Deerland kat Lanchang. Tak jauh pun. Jalan yang sama jugak cuma masuk simpang lain. Dulu aku datang ada beruang besar... skang da takde dan tempat tu pun da makin cantik. Dulu macam tanah selut je lagi......





Mula2 bagi makan dulu... rusa belah dalam, orang belah luar. Damia, Iman n haiqal elok je suapkan kat rusa.. Tapi khalish punye takut tapi nak tunjuk berani, dia main campakkkk je. Sabar je la...







Pastu masuk dalam main kejar pulak dgn rusa. Banyak... Sumenye jinak2... dan kadang2 agresive jugak sbb dia nakkan makanan...





Ce tengok si khalif..... sibuk betul menggagau tangan nak memegang rusa.


Khalish macam biasa, sebab takut so dia tanak masuk. Hehehe...



Lepas pujuk2 baru la dia nak masuk.... tu pun mengelak2 dia dari rusa. Orang dok pegang2 rusa tapi khalish di soroknye tangan kat belakang.. bila rusa datang kelam kabut dia nak menyorok.. hahaha...













Hahaha kan da kena aimed ngan rusa 3-4 ekor ni. Lambat sgt nak bagi makanan so si rusa2 ni followwwww je ayah.. sekali tengok da macam pekerja kat ladang ni je.. hehe


Bukan takat rusa je yang ada... tapi ada burung, ayam, arnab, ular... kira mini zoo la kat sini. Yang lagi bestnye sebab deerland ni dalam hutan. So memang redup dan sejukkkkkkk je. Budak2 pun boleh main dgn rabbit..siap kejar2 lagi.

Balik tu gi isi perut kat Oldtown Bentong... 1st time aku order prawn mihun + mee, air mcm biasa feveret aku je la, Hazelnut White Coffe kot nama dia. Eh sedap laaa prawn mee. Ada udang besar 2-3 ekor. Sedap sangat......

Tapi last week aku gi Oldtown Kajang. Order prawn mee gak tapi udangnye aduhaiiiii... kecik je! Tapi sedap gak la.. eh mcm kat bentong lagi sedapppp je.. ni tiap kali balik bentong mau pekena oldtown lg la nampaknye. hehehhehe...


Comel kan ANGRY BIRD ni... Gewaaammmm tauu!!! Muahhs.....

Friday, February 10, 2012

Aku dedahkan rahsia demi kebaikan untuk semua orang




RAHSIA APA ITU?





SILA TERUSKAN PEMBACAAN ANDA






JENG JENG JENGG.......





1) Ni gambar aku semasa Khalish berumur 10 bulan. Berat aku tatau berapa sebab aku memang menyampah nak timbang-timbang..









2) Ni pulak gambar masa Khalif berusia 2minggu. Kembang semangkuk emaknye kan?




(Bersalin pada 25/3/2011, gambar ni dlm mggu pertama bulan April 2011)




3) Masa ni Khalif baru 3 bulan. Badan aku masih begitu......




Gunung Nuang @ 9/7/2011






4) Gambar diambil pada 29/10/2011 :






Gemok gile kan??? Asal bergambar je mesti nak amik gambar atas je... tak suke amik gambar full. Sedeyy gile tauu.. huhuhu... Muka da macam bulan, takde shape. badan pun sama. Pegi keje pakai la PB, baru ada shape sikit. Tapi apa maknanya, tetap tak natural beauty kan? PB cuma penyelamat saja kalo nak bergaya sementara.




Tapi sekarang aku sangat2 happy. Thanks to my personal wellness coach, yang aku kenal masa gi Aquaria dulu. Kenal pun masa gi toilet sama2. Dia tegur aku dan invite datang ke club dia. Dia bagi namecard, dan dari kad dia aku terus kata:

'U buat HERBALIFE yea????'


Ok greatttt!! Aku da lama tau pasal produk ni. Cuma hati belum terbukak betul2 utk mencuba. Lagipun tak berani nak suka2 beli kat website. Belum tau after sales service macamana.....



DAN SEKARANG,



LIHAT LAH DONIAAAAAAA






10 hari selepas bersama HERBALIFE. Gambar pada 19/11/2011



- muka da kecut dan ada shape
- lengan dah kecik
-lemak kat tepi2 (spare tyre) dah terasa kosong






Sebulan selepas amalkan Herbalife. Gambar pada 11/12/2011







Selepas 2 bulan:






TOTAL WEIGHT LOSS ALMOST 10 KG !!!!!!!



Alhamdulillah.... Badan lebih sihat dan bertenaga. % lemak dalam badan dah turun. Dan yang penting, aku lebih berkeyakinan. Herbalife, insyaallah aku akan terus gunakan selamanya kerana inilah MAKANAN PALING SIHAT!!!





Tau tak kenapa makanan baby tak perlukan garam?


Can I put salt in my baby's food? This will also include the ever famous ikan bilis

I've just reviewed a good article about why we should give salt or anything salty to babies who are weaning and starting solids.

You should not add salt to your baby's food in the first year as this may damage her kidneys. At this age, your baby's kidneys are not mature enough to handle the salt loading. Besides, salt exists naturally in the foods you feed your baby.

In the first six months of life your baby needs less than 1g of salt per day, which she will usually obtain from breastmilk or formula milk. Between seven and 12 months this increases slightly to around 1g. Toddlers aged one to three years need less than 2g (this is the equivalent of 0.8g sodium per day).

To stay within these recommendations you should aim to:
• limit salty foods in your baby's diet
• don't add salt during cooking
• avoid processed foods, such as ready meals, pies, biscuits, crackers, soups, gravies, sauces, pizza, tinned vegetables, cheese, bacon and crisps, which are all very high in salt, and offer low-salt alternatives.

Foods made specifically for babies, such as jar foods and infant cereals, have a low salt content, as salt is not added during processing. These should not be confused with foods aimed at older children. These can be highly processed and have a high salt content and are therefore not suitable for your baby.

If you do choose to offer your baby or toddler high-salt foods, it is recommended that you only offer small amounts occasionally.

Salt is usually labelled as sodium on food labels: 1g of sodium is equivalent to 2.55g of salt. Read food labels carefully and aim to choose those foods with a sodium content of no more than 0.1g of sodium per 100g.

Suitable low-salt foods for your baby include fruit, vegetables and salad, plain meat, poultry and fish, eggs, pulses and milk. Whether they are fresh, tinned or frozen shouldn't make a difference as long as they have no added salt (tinned vegetables often have salt added so be especially careful to check these). Rice and dried pastas are also low in salt provided they have had no salt added during cooking. Make a habit of reading food labels, and you will soon get to know which are the most suitable foods to buy.

Reviewed by Dr Tan Siew Pin

*artikel from http://foods4tots.blogspot.com (thx)


************


Aku dah lamaaaa nak share pasal ni. Dah bertahun, sejak Damia mula makan dulu lagi. Tapi aku rasa tak perlu la, masa tu. Skarang ni aku rasa apasalahnya aku share kat sini. Benda yang baik.. lagi2 untuk anak2 kecil kita kan...

Damia, Khalish, dan skarang Khalif. Diorang start makan masa umur 6bulan lebih. Aku mula dengan puri buah2an... pastu bubur. Step by step. Dari 1 sesi makan sehari... slowly aku upgrade ke 2 sesi.. 3 sesi....... Slowly upgrade bukannya bermakna hari pertama aku bagi makan sekali, hari ke-2 aku bagi 2 kali.. BUKAN Begitu yea.....

Dan yang paling penting dalam tahun pertama mereka, aku langsunggg tak letak garam. Biaq pi la owang nak kata apa... tak sedap ka... tak dak rasa ka... biaq pi! Janji anak aku sihat walafiat... Aku pun dok heran la.. haaaaa dok bercerita ni sedap kalu guna loghat utara.. Aku heran tang manaaa kita sbg mak bapak nak detect, nak tau makanan anak kita lagi2 untuk baby bawah umur 1 tahun ni... sedap ka dak? Tang mana kita tau yang anak kita hat kecik cinonet ni, hat dok menyulur laju-laju ni.. hat dok 'baaa..baaa..tehh..tehh..' ni tau yang makanan depa ni tak sedap? cuba cakap sikit......

Kalu anak hat umur 2-3tahun tu memang boleh la kalu kita nak detect.. sure depa bole habaq kat kita 'ehhh tak sedap la nasik ni, rasa kopi'

Kalu anak hat menyulor2 tu... hat umur 6bulan, 8bulan....lagu mana kita nak tau depa kata sedap ka dak? Budak2 besaq ni makan apa saja kita bagi. Sedap ka dak ka.. makan sesaja! Kalu depa ketap mulut tu maknanya depa tak lapaq... bukan makan tu tak sedap kawan2 oi.... Budak2 besaq ni kalu hang dok bagi cikedis ka.. bagi choki-choki ka... semua dia makan. Hang letak la sebijik batu depan dia pun, kalu boleh dia nak makan perabih!

Tau dak kalau kita masak bubuq, letak ayam sikit... letak carrot sikit..letak broccoli sikit.. minyak sesudu (hat ni penting supaya ada lemak. lemak utk bagi tenaga) uihhhh da sedap dahhh!! Tak yah buh garam lagi dah...... Dalam ayam, dalam carrot, broccoli tu suma da ada garam semulajadi.

Apa tak sedap lagi tatau la aku. Cuma pemikiran kita ja yang kena ubah sikit. Tok nenek kita dulu kalau depa makan suma taruk garam.. abih dalam makanan anak cucu umoq 7bulan pun depa letak garam. La ni bila anak kita..... wajib ka kita dengaq cakap depa suh tarok garam dalam bubuq anak kita? Wajib ka... padahal hari-hari hang dok internet..dok google sana sini... cuba la hang google pasai garam dalam makanan bayi. Haa melambak2 kuar.... Semua kata jangan!!!

Bulan lepas budak2 aku antar pi taska. Bubuq khalif memang aku bekalkan. Satu hari damia cakap 'ibu, teacher kat taska kata suruh ibu taruk garam dalam bubur adik. Baru la sedap, baru la adik nak makan'. Sorrrrrryyyy!!! Hang ingat anak aku baru sehari ka makan bubuq takdak garam? Anak aku masa tu dok batuk, berhinguihhhhh sampai hilang selera makan. Kena antaq pulak kat nursery, mau tak meragam.

Tang mana lagi bubuq+ayam+carrot+broccoli (contoh lauk jaa) yang takdak garam ni tak sedap? Aku bagi kat Khalish ngan damia pun depa makan perabih!!!! Siap berebut lagi pasai bubuq sikit sangat. Tu diaaaaa....... Tak payah garam aih, ayaq tangan ibu yg masak tu lah yg buatkan makanan sedap hang tau dak? Hehhehehe......

********
Moral of the story:

  1. Makanan bayi bawah umur 1 tahun adalah tidak memerlukan garam tambahan. Sebab buah pinggang (kidney) bayi masih belum matang untuk memproses lebihan garam dalam badan.
  2. 6bulan pertama bayi (newborn sampai umur 6bulan) bayi cuma perlukan kurang daripada 1gram garam sehari, yang mana garam2 tersebut boleh diperolehi daripada susu badan atau susu formula.
  3. Bayi berumur 7bulan hingga 12bulan, cuma memerlukan garam 1gram sehari, yang boleh diperolehi daripada rasa semulajadi makanannya iaitu dari daging ayam, ikan, sayur2an, buah2an....
  4. Kanak2 umur 1thn hingga 3thn cuma memerlukan kurang dari 2gram garam sehari (bersamaan dengan 0.8g sodium sehari)

Kita yang dewasa ni pun dinasihatkan kurangkan garam... inikan pulak budak2 kecik? Aduhaiiiii...... Lagi satu, aku kalau memasak memang kurang garam. Nasib la kan kalo orang kata tawar, tapi pada aku da cukup sedap dah tu. Dulu suami komplen jugak, makanan tak berasa garam. Tapi lama-kelamaan dia dah biasa, siap bertambah lagi. Ape ade hal........ dan aku selalu kata camni:

'memang ayang saje kurangkan garam. Sebab nak keluarga yang sihat. Kalau kuat garam nanti macam2 penyakit yg datang, sape yg susah....?'

So ibu-ibu sekalian... percayalah cakap aku. Kesihatan keluarga kita adalah ditangan kita sendiri. Apa yang mereka makan, adalah tanggungjawab kita kerana kita yang menyediakan makanan tersebut. Hebat mana seseorang itu bukan diukur dengan berapa banyak atau berapa lama dia makan garam. Hebat seseorang itu adalah kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.... Ingat tu!!! :)


Wednesday, February 8, 2012

Maid baru


Salam.. terasa lamaa sangat tak update. Skang ni dah jarang-jarang. Eh dulu pun jarang jugak. Ngeeee :D Cuti panjang. Aku apply cuti dari 1 Feb, sampai lah semalam 7 feb. Seminggu. Sebab nak train maid baru jaga n uruskan budak2 esp si kecik tu. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan kami utk dapat maid baru. Dan terutamanya Allah tunjukkan dan berikan rezeki buat suami yang menanggung kos utk dapat maid baru. Terima kasih Ya Allah...... Syukur alhamdulillah.

Sikit cerita pasal maid baru. Yang ni maid yang ke-2 kami. Maid memula tu aku amik masa pregnantkan khalif. Tapi bulan 12 hari tu aku dah bagi cuti 5 hari, rupanya dia plan nak cuti terus.. ok fine. Mujur aku pun dah berdolak dalik nak buatkan permit dia. Sebab aku pun da tawar hati nak dia terus stay dgn kami. Maid 1st adalah bibik. kalau dah namanya bibik, mesti lah dari In*do*nesia. Setahun lebih dgn kami, ujung2 baru aku dpt kaji sikit perangai bibik ni. So disebabkan aku ni jenis serik dan malas nak makan hati lagi, jadi maid yg ke-2 ni adalah bukan bibik. Tapi Auntie. Yes..anak2 aku panggil dia 'Auntie'.

Maid baru aku ni dari Filipina. Mulanya macam takut gak nak amik filipin punye. Almaklumla..... kami baru je setelkan almost 20k utk byr deposit rumah n legal fees. Kos nak amik maid filipin pun almost 10k. Phewww berpeloh!! Tapi disebabkan aku dah meluat dgn bibik, so suami pun da setuju amik filipin. Alhamdulillah... kat rumah skang ni sume dah kena speaking, ahahahah... tapi paling best bila tgk damia speaking dgn auntie. Cam tak cayeeee anak i yg umo belum 5thn bole speaking. Aku dulu? 15 tahun pun gila malu2 nak ckp omputih tau.




Khalif dgn Auntie masa gi Kuala Gandah baru2 ni... next2 entry pasal jalan2 ke kuala gandah plak ok!!