Thursday, October 25, 2012

Esok dah Hari Raya Qurban. Hari ni aku kerja lagi. Macam biasa tiap2 tahun pun tak amik cuti kalau raya haji. Melainkan raya tu jatuh hari Khamis @ Selasa ke.. sure aku apply cuti jumaat @ isnin tu.. heeee....

Plan dan sepatutnye tahun ni turn raya kat sini je... Masa ni la nak bercampur dengan penduduk taman kan... dah la husband balik weekend je, kenal pon jiran 2-3 buah rumah. So masa ni la sepatutnye digunakan sebaik2nya, berkenal2 dengan penduduk setempat.. So kalau apa2 hal berlaku senang juga kita..ada tempat nak minta tolong.. 

Semalam husband kata, nak raya kat kg dia. Ermmm.. memang la kat sana meriah. Macam pesta. Aku pun suke.. Tapi kan tahun lepas dah raya kat sana... Tengok la nanti. Hati aku ni nak raya kat sini je. Lagipun budak2 ni demam. Dah 3-4 malam aku tak tido... mujur malam tadi dapat gak tido sebab khalif tak meragam. Kalo tak tu.. dari kul 1am sampai la ke 4am, dok menjaga dia. So bila cuti panjang ni nak la berehat kat rumah. Sebab ingatnye nak panggil tukang urut, sakit2 dah badan ku ini... mana tak nye, kat opis dah 8 jam duduk je.. balik rumah dari malam bawak ke pagi pun dudukkkkk je.. sakit urat pinggang n pinggul ku tau! 

Nway.. salam AidilAdha.. 



p/s: gambar raya aidil adha tahun 2010. Masa ni tengah peknenkan khalif.... 









p/s: okeyyy.. nak pegi pasar jap carik kaki lembu yang da siap bakor! sedapppnyee buat sup...

Thursday, October 18, 2012

Betul ke nasi putih yang buat kita gemuk??




Sejak kenal herbalife, apa yang aku nak makan mesti terpikir dulu khasiat dia.. teringat kat seorang artis ni, mek kelate. Kurus sebab diet nasi putih. Tapi kat sini aku nak share sikit ape yang saudara Allen Peter utarakan dalam blog beliau. Owhh selalu jumpa dia dalam HOM dan STS. Setiap apa yang dia ucapkan tu mmg sangat2 memberi inspirasi....



Saya nak share pengalaman snacking pulak!! Ramai orang takut terlebih makan nasi putih. Diaorang ingat nasi putih tu menggemukkan. Ada yang kata... "Akak tak makan banyak pun, tapi badan akak naik, nasi sikit je" ada pulak yang kata... "memang dah badan akak macam ni, makan sedikit pun badan naik". Malah ada yang ber-ye-ye nak control makan sampai breakfast pagi skip, makan tengah hari skip. Tapi ada benda yang tak skip.... Apa dia tu? Sepanjang pengalaman saya, ramai juga yang tak turun berat badan. Alasan 'easy way out' mereka sering.... "produk tak serasi..." "badan saya tak boleh turun..."  hah!! Give up lah tu... cepat sangat lah mereka nak give up.
Actually banyak sebab kenapa tak turun. Posting kali ini saya nak share mengenai snacking. Actually, ramai orang tak perasan makan cebis2 ni, sedikit sini, sedikit sana yang sebenarnya menggemukkan. Contoh:
Goreng pisang, kuih muih, apa2lah yang bergoreng (makanan hidangan petang), BISCUIT!, kacang, keropok, maruku. pendek kata... apa2 makanan yang berasaskan TEPUNGLEMAK (MENTEGA) DAN GULA... ini adalah menggemukkan. kalau makan sedikit tak pe, ni kalau sambil nonton tv, atau sembang2, semangkuk habis. Tu dia!! Hari2 pulak tu. Saya ambil contoh biscuit. 





Cuba perhati, kalau kita ambil 3 keping je, kita dah masuk 114kcal. Saya nak tanya, berapa keping biscuit selalu kita makan? Saya rasa paling kurang 9 keping. Berapa kcal? 345kcal.




Cuba perhati aktiviti yang perlu membakar 345kcal tadi... Awak kena main tenis 1 jam.... untuk bakar 9 keping biscuit tadi. ATAU jogging 50 MINIT tanpa berhenti. Aaahhh... fikir-fikir sebelum makan. Tanya diri sendiri, boleh ke aku bakar carbo tu bila aku makan nanti. Kalau kita ni jenis duduk opis, atau jenis tak begerak whole day, memang susah.
Itu baru cerita makan biscut!! Belum air manisnya, kacangnya, dan banyak lagi makanan luar biasa di Malaysia ni..... SEPANAJANG HARI..... 24 jam pulak tu!!

                       

Percaya tak? Kalau saya tinggalkan awak di satu pulau di tengah lautan, tak wujud makanan proses, tepung, gula, pengawet dan ape2lah makanan murah yang moden ni, GUARANTEE!! badan awak pasti turun. Makanlah ikan, pisang, dan pelbagai herba yang secara aslinya yang ada di pulau tersebut. Tak kiralah awak keturunan gemuk kah, keturunan kencing manis kah, insyaAllah berkesan!! Nak cuba?
Ramai tak sedar bahawa snacking lah yg mengagalkan sesuatu program menurunkan berat badan.
Snacking saya pulak bagaimana? Ini saya nak share...
Semasa turunkan berat badan... saya amalkan...

                         
Telur 'hard boil'


                         
ikan bakar atau tempe


                          
Roasted almond (tanpa gula, garam atau madu)


                          
Sayur dan buah2an 


Saya tak ambil snacking bila2 masa je. Ada time dia. Saya akan ambil in-between meals. Spt, antara breakfast dan lunch, agak jam 10 pagi. Saya akan amalkan ambil snacking. Then antara lunch dan dinner, agak jam 3-4 petang. Makna disini, 2 shakes, 2 healthy snacking dan 1 regular meal. 5 kali makan sehari!! Mana ada program turun berat badan boleh makan 5 kali sehari? 
Saya sedih, bila orang bertanya pada saya... "makna kalau saya nak turun, saya terpaksa tinggalkan burger atau nasi lemak saya hari-hari?" Saya kata kat mereka, dah itu yang menjadi pasal awak tak sihat, lebihan berat badan, tinggalkan je lah. Serious ke nak turun berat badan ni?

Herbalife luarbiasa!! Pasal dengan program turun berat badan ikut Herbalife, awak akan mendapat ilmu baru... iaitu ilmu makanan sihat. Dulu semua pun belasah!! Pisang goreng, roti canai, nasi lemak, teh tarik, rojak... sekarang selepas dah ikut program Herbalife ini, baru saya tau semua itu (yang sedap dimulut) akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Lengkapkan diri dgn ilmu. Ilmu tu penting. Beramal tanpa ilmu... sesat!! 


Kredit to : http://allen-peter.blogspot.com/2011/06/bukan-nasi-putih-yang-buat-aku-gemuk.html


Apa tunggu lagi....

Nak tau lanjut pasal program herbalife?

Call/sms/whataapp : 019-2289693

email: sue.qaisara@gmail.com




Tuesday, October 16, 2012

Rumahku Syurgaku - 1

Mode: Berangan!!! 

Bila dah beli rumah.. dah tau nanti satu hari kita bakal duduk rumah pertama.. mesti hati berbunga-bunga kan? Akhirnya mampu juga beli sebuah rumah. Moga rumah tu nanti menjadi rumahku syurgaku.... home sweet home gitu... ;)

Setelah refer sana sini.. kemungkinan CF boleh dapat bulan Februari 2013. Tak lama je lagi tu... Dalam hati dan kepala ni dah ada macam-macam.. Nak kitchen cabinet la.. nak tv rack la.. sofa n meja makan baru la.. build in wardrobe la.. macam-macam!!! Tapi nak di adakan kesemuanya serentak tu susah sikit la kan.. so kena la pikir yang paling2 penting dulu, yang lain-lain buat la kemudian.. 

Ada masa terluang tu.. memang rajin la dok belek2 magazine Dapur Impiana, tak pun Magazine Impiana tu... pastu google la kot ade gambar2 yang berkenan di hati. 

meh tengok hasil google yang menawan hati:





Dapur aku tak la besar mana pun. Lebih kurang macam ni je la nanti agaknye. Ruang belakang pun kecik je. So design ni agak menarik jugak, sebab kat hujung dekat tingkap tu bole buat satu ruang utk letak washing machine. Sambil masak, bole membasuh jugak... dan lebih selamat daripada diletak kat luar tu.. Cuma breakfast counter macam tu kurang gemar la.. mengganggu perjalanan aku nak ke sana sini.. kang nak masak.. nak amik barang dlm peti ais... lambatt...  :D





Ini pun cantik. Aku suke gak sinki kat tingkap tu. Nampak lagi kemas la rupe kitchen cabinet ni. Tapi washing mashine nak letak luar ke? ermmmm... kena pikir betul2.. dan aku suke KC yang tinggi sampai siling. Nampak sangat2 kemas... Dan yang penting aku nak KC yang takde pemegang tu.. invisible handle la kot... so takde la nanti terlanggar *sakit kaki i nanti* dan takde risau terkena mata anak2 ke kan... Pemilihan warna tu.. belum pikir lagi. Kena tengok dulu ruang dapur yang sebenar. Sebab warna ni memang memainkan peranan penting sebab aku nak nampak dapur yang luas....

Lagi satu, aku mesti nak ada breakfast counter ataupun island counter. Senang nak memotong sayur ke hape nanti, tak la semak kat tepi dapur masak tu je.. lagipun best la nanti, aku masak2 sambil damia pot pet kat kaunter tu. hehehhehe mesti best kan?




Porch tak la besar sangat.  Tapi bole muat la 2 buah kereta. Tapi aku suke nak ade landskap kecil. yang paling suke kalau ade water features. Ni antara yang menarik, simple yang aku rasa boleh la n sesuai kalau nak buat nanti.  Tapi lokasi letaknya bukan tepi gate macam dlm gambar tu. Aku nak letak dia tepi sliding door. So ade ruang nak berehat kat tepi sliding door tu.

Owh sliding door tu nanti ade rezeki nak buat folding door. So bila ada event ke kan like bday party ke.. event damia bertunang ke *cewahhh maknye yg lelebih plak, anak baruuu 5thn* boleh lipat je pintu tu, besar sikit ruang nak lalu tu. Macam gambar bawah ni.. best kan?




Pastu dalam master bedroom kena buat wardrobe yang besar dan banyak ruang penyimpanan. kalau bilik besar nak je buat walk in closet. Tapi standard la rumah teres.. besar mana sangat kan.... Macam ni aku suke..tapi tiang2 tu tak sepatutnya ada kat situ la kot. Sebab nanti kuar bathroom kena lalu jauh sikit baru sampai kat wardrobe. patutnye dari bathroom bole sampaike wardrobe tanpa gangguan. Cewahhh.. macam pakar sangat la kannn... Tapi nanti plan nak buat L-Shape wardrobe. Tapi pa pe pon kena tengok interior rumah n bilik la dulu,  Tengok kat plan layout je mana laaa nak nampak sgt kan. Kalo aku ni arkitek lain la cite...



Ruang tamu. Nak yang sweet n simple je. Sofa taknak yang bulky sangat. Nanti ruang jadi sempit.. Plan aku, kalau nak menonton tv ke kan..nanti lepak2 la kat family hall kat tingkat atas. Tapi sebab budak2 n maid memang 24jam duduk rumah, nak tak nak kena bagi tgk kat hall bawah jugak la. Yang penting ruang yang selesa dan selamat...




Haa ini contoh kitchen yang siap dgn island counter. Kalau dapur aku besar gini je.. ermm agak sempit la jadiknye kan.. kena pikir sedalam2nya sebelum buat keputusan.

Eh ye-ye je berangan kan. Duit ade? hehehehhehehe... tak pe..dari berangan tu la nanti jadi kenyataan. Insyaallahhhh.....

Friday, October 12, 2012

6 bulan pregnant dengan herbalife ;)

Alhamdulillah... my pregnancy dah masuk 26 weeks. Maknanya dah 6 bulan setengah ;)

Sepanjang 6 bulan mengandung, kawan2 tegur; kenapa badan tak kembang macam dulu2? kenapa muka pun tak kembang? Mereka pulak yang risau..... tapi pada aku; ini yang aku mahu. tak nak badan membesar bagai johan macam dulu2..sebab 3 kali pregnant mesti BP naik atau tak stabil di hujung2 hari nak due.. mujur je tak kena induce. Maybe bukaan dah bermula n BP pun naik... 


Ini masa aku mengandungkan Khalif. Masa ni tgh pregnant 6 bulan lebih. Semuanya kembang ;)
Pipi kembang.. mata nampak sepet, hidung kembang... padahal masa pregnant ni jugak kawan2 kata aku nampak kemas, tak selebet.. sebab baby boy katanya! Kalau baby girl, kawan aku kata seri ibu tu jatuh pada baby dalam kandungan. Tak tau la aku....








Kembang sungguh! hahahaha... tengok lah jari2 pun kembang2 semuanya...


Tapi kali ni.........  :)





Ini gambar terbaru!




Pipi pun tak sekembang dulu kan... muka memang shaping lagi.. cuma dagu tu yg ari tu dah hilang lapis nye.. kini mula menampakkan diri, Tapi still dalam gambar ni takde nampak double chin kan? kan?????





Nak tengok gambar penuh pulak?








(pic dipadamkan untuk elak disalah guna oleh pihak lain)









Sukeeeeeeeeee.. sebab belakang tu masih nampak cantik je shape dia. Hehehehhe...  And yess.. ni gambar terbaru at 6months pregnancy...

Dan aku kasi pecah rahsia sendiri.. yang selama ini punye la maluuuuu nk cakap kalau orang tanye berat badan berapa.... masa last pregnant Khalif, sebelum deliver berat badan aku 115kg. yessss you heard me! 115kg wo0oo0o... Masa Khalish dulu, last berat sebelum deliver dalam 113kg!!!!!
Tapi berat sebelum pregnant aku tak ingat.. tp dekat 100kg la rasanye...

Kali ni aku berjaya turun dari 104kg ke 89kg sebelum pregnant ari tu.. ALhamdulillahh aku jumpa herbalife awal. Bayangkan lah kalau berat aku static 104kg tu... konfem 9bulan pregnant  nanti  berat 115kg tak lariii.. hehehehe...

Aku lepas bersalin n habis pantang berat static 104kg or lebih sikit sampai laaa khalif umur dalam 7-8bulan. Minum herbalife, dalam masa 10minggu turun ke 89kg. Of cozzzz sukeeee... *tepuk tangan sikitttt*







So kepada u all yang rasa-rasa nak sihat, nak shape kan badan, nak turunkan berat badan.. pilihlah produk yang terbaik - Herbalife. Sebab produk ni bukan semata2 ubat kurus kata orang.. tapi kandungan nutrition dalam setiap produk adalah paling penting. Kita nak kurus bukan setakat nak buang segala lemak dan toksin dalam badan. Tapi kita nak bagi nutrition secukupnya pada badan kita..baru la sihat! Nanti takde la masalah badan menggeleber bila da kurus.. Bila cukup nutrisi, badan jadi sihat, kulit tak menggeleber dan raut wajah pun sihat... Cuba tengok sesetengah produk kurus yang lain tu.. badan memang slim tapi raut wajah nampak kusam tak bermaya. Sebabnye... produk tu hanya dibuat utk bagi orang kurus tapi takde nutrisi secukupnya....


Dan apa bagusnye HERBALIFE jika dibandingkan dengan produk lain? Tengok ni...







Sooooo.. kalau nak sihat dan cantik... apa tunggu lagi? Bertindak sekarang! Jangan biarkan lemak2 dalam badan terus diternak dan beranak-ranak.... heeeeee... dan paling penting produk ni memanggg sesuai utk ibu mengandung, ibu menyusukan baby dan kanak-kanak juga....


Nak jadi macam saya? Call/sms/whatsapp : 019-2289693 atau
email sue.qaisara@gmail.com


Friday, October 5, 2012

aktiviti hujung minggu


Salam pagi Jumaat!! 

Wah bestnye dah hari Jumaat... :) Sebab hari ni time rehat panjang..so bolej bertukar jawatan kepada surveyor. Plan hari ni nak ke JJ Balakong. Surveyor katakan...heheheh

Yang lagi best, esok cuti! Takde plan utk esok. Tapi biasa lah..time cuti ni bole masak sedap2 sikit ikut tekak sendiri.. Pastu boleh bermalas-malasan kat rumah..nanti petang2 sikit bawak anak2 gi playground... kesian asyik memerap je dlm rumah kan. 

Ni aktiviti weekend yg lepas-lepas. 



















Happy bila kita tengok anak-anak happy kan?

Ni aktiviti hand painting pulak. Damia rasanya kurang sikit bab seni.. tapi khalish nampak khusyuk dan berminat.. tapi damia paling suke mewarna buku. Lagi satu pada aku, Damia ni kena ada guide. Nak buat apa semua kena orang guide. Dia tak pandai nak create something guna imaginasi... contohnye, nak main masak-masak pun kena ada carrot n sayur yg betul2. ada pisau yg betul. kena taruk air...

aku dulu, amik je daun2..amik batu tepi jalan buat batu lesung.. amik la daun yg mcm mangkuk tu buat periuk.. heee




Dan masa last2 raya ari tu sempat gi Kuala Kubu Bharu. Rumah kakak. Balik tu singgah kat dem ulu yam... sebenarnye aku ngantuk nak drive. Tu yg singgah tu....









Dan last weekend, kami round area rumah baru. Wahhh jalan da siap. Da bole masuk lalu depan rumah. Bestnye....

Ni masa ni macam konfiden je rumah ni rumah kitorg. Hehehe... sbb ingat nombor lot. Tapi esok tu bila tgk SNP, eh rasa rumah kitorang bawah sikit. hahahahah... tp deret yang sama la.. dan memang camni pon rumah kitorang... heheheh....




Anak-anak yang paling happy bila weekend datang. Damia tak yah gi sekolah. Ibu tak keje.... nanti ayah pun balik walaupun balik hari ahad.. pastu asyik tido je.. aku pon boring. Tu yang paksa2 gak ajak kuar jalan2 - gi pusing2 taman pon jadik la...


Ok.. tgh pikir esok nak buat pe ek.... ermmm... :)