Thursday, October 25, 2012

Esok dah Hari Raya Qurban. Hari ni aku kerja lagi. Macam biasa tiap2 tahun pun tak amik cuti kalau raya haji. Melainkan raya tu jatuh hari Khamis @ Selasa ke.. sure aku apply cuti jumaat @ isnin tu.. heeee....

Plan dan sepatutnye tahun ni turn raya kat sini je... Masa ni la nak bercampur dengan penduduk taman kan... dah la husband balik weekend je, kenal pon jiran 2-3 buah rumah. So masa ni la sepatutnye digunakan sebaik2nya, berkenal2 dengan penduduk setempat.. So kalau apa2 hal berlaku senang juga kita..ada tempat nak minta tolong.. 

Semalam husband kata, nak raya kat kg dia. Ermmm.. memang la kat sana meriah. Macam pesta. Aku pun suke.. Tapi kan tahun lepas dah raya kat sana... Tengok la nanti. Hati aku ni nak raya kat sini je. Lagipun budak2 ni demam. Dah 3-4 malam aku tak tido... mujur malam tadi dapat gak tido sebab khalif tak meragam. Kalo tak tu.. dari kul 1am sampai la ke 4am, dok menjaga dia. So bila cuti panjang ni nak la berehat kat rumah. Sebab ingatnye nak panggil tukang urut, sakit2 dah badan ku ini... mana tak nye, kat opis dah 8 jam duduk je.. balik rumah dari malam bawak ke pagi pun dudukkkkk je.. sakit urat pinggang n pinggul ku tau! 

Nway.. salam AidilAdha.. 



p/s: gambar raya aidil adha tahun 2010. Masa ni tengah peknenkan khalif.... 









p/s: okeyyy.. nak pegi pasar jap carik kaki lembu yang da siap bakor! sedapppnyee buat sup...

1 comment:

mamaarifakeemaisy said...

hee..gambar tahun 2010, kiut je dua beradik nih~ ^_^

eina pun raya haji selalu raya kt sini jer.. tp 2 tahun berturut ni balik johor, kebetulan, cuti bersambung kan..