Monday, August 30, 2010

Merdeka!

Tahun ni genap 53 tahun negara kita merdeka. Aku.. kalau nak ingat umur my big brother adalah dengan mengingati tahun ni merdeka yang ke berapa. Sebab dia lahir pada tahun 1957, tapi bulan 6 la...

Dan lagi satu, kalau hari merdeka ni aku teringat anak cousin aku. Yang sama2 berkawan masa kekecik dulu. Sebab birthday dia adalah pada hari merdeka. Best kan... satu negara cuti.

Berangan jugak kalo next baby nanti lahir pada hari merdeka. Kalauuuuuu.... heheheh... jenuh la nak plan cenggitu. Eh tapi kalo dapat bulan 3 jugak pun senang gak. Celeb je birthday semua anak2 satu kali harung.





Selamat Hari Merdeka!!!

Ikhlas dari:

Damia & Khalish
p/s: sedikit cuma... badan lemah, kepala pusing. Aihhh.... sedapnye nak berbuka nanti, menu ape yea? hihi

Thursday, August 26, 2010

Surat untuk suami tercenta





*Image source : pakcik google*

Abang,

Ini namanya LEMANG PERIUK KERA

Yang Ayang idam-idamkan semenjak mengandungkan Khalish

Tapi sampai sekarang tak dapat²

Sebab abang tak tahu nak cari kat mana

Atau malas nak cari kat mana²? :p

Abang,

Meleleh dah air liur ni

Please...please...

Harap sangat dapat hidangan ini di pagi raya

Makan dengan rendang itik

Sedapnye........

Abang,

Air liur dah meleleh lagi ni

Nak lemang dalam periuk kera jugak

Bukan lemang dalam buluh macam lemang Pak Ali tu tau

Nak lemang periuk kera jugaakkkk..

Please..

Yang mengharap;

Isterimu :D





Wednesday, August 25, 2010

Permulaan ramadhan yang penuh dugaan

Salam Ramadhan.... :)

Starting puasa je amat meletihkan badan. Bukan sebab puasa. Tapi masalah kesihatan yang tak tentu musim sekarang ni. Puasa ke-3 je, Damia dah mula demam. Bawa ke klinik dan dapat ubat. Tapi budak nama Damia ini, bukan jenis yang mudah nak makan ubat. Hanya ubat berperisa strawberry yang sedap dan manis je yang dia dengan rela hati nak makan. Antibiotik, jangan harap. Dah di picit masuk mulut pun dia boleh muntah belahak sampai aku pun da malas nak bagi. Asal bagi je muntah belahak.

Puasa ke 5, damia semakin ok. Tapi khalish pulak dah berjangkit. Demam lak dia. Isnin tu damia da sihat. Tapi aku perlu cuti lagi sbb khalish masih demam panas. Hari rabu, pagi tu masih demam tapi alhamdulillah menjelang petang khalish dah sihat. Senang sikit hati ini.

Hari sabtu (puasa ke 11) damia diserang demam panas lagi. Panas sampai 40.2 degree. Ubat masuk punggung je la jawabnye. Tahan 6jam. Dalam tempoh 6jam itu damia boleh berlari sana sini. Tergelak ketawa. Tapi lepas tu, demam panas balik. Sampai la hari ini. Aku pun jadi pelik. Kenapa eyh? Pernah..masa hari ahad malam tu dah bagi ubat punggung pukul 10pm. Tapi jam 1am dia demam panas. Baru 3 jam masuk ubat. Terus bawa ke hospital tapi seperti kes2 dahulu, doktor ambil ringan je kes2 mcm ni.

Hari Isnin, aku bawa ke Az-zahrah. Doktor suruh admit ward sbb damia demam panas dan tak makan ubat dgn betul. Aku cadang nak ke KPJ. Tapi ayahnye kata baik ke hospital ampang memandangkan kat sana dah ada rekod damia. So kami ke sana. Tapi doctor yang cek tu kata takde apa pun. Aku request utk buat blood test. Hasilnya, bacteria dalam darah 90%. Tinggi. Dan doctor pun bagi antibiotik. Tapi kali ni mmg aku bagi betul2. Dia nak muntah ke hape ke aku dah tak peduli. Asalkan cepat sihat.

Tapi damia pandai. Bila nak bagi ubat, macam2 alasan dia bagi, sakit perut la.. sakit telinga la... nak tidur la.. sampaikan nak bagi 1 jenis ubat pun tunggu 1/2jam. Aku pulak bukan lah jenis yang penyabar bangett. Tapi memandangkan dia demamm tak sihat je la aku buat2 sabar. tu pun tiap kali nak bagi ubat, sikit lagi aku nak naik antu. Hehhehehe.... anakk... anak... macam2 karenah ngkorang ni tau.

Takpe lah. Itu rezeki aku. Orang yang hanya pandai berkata2 tentang orang lain.. tentang kehidupan orang lain... tentang keburukan orang lain yang belum tentu betul, belum tahu rezeki masing2 pulak kan..? Ye la... Mentaliti orang sekarang ni, suka nak tuding jari pada orang lain, suka nak jaga tepi kain orang lain. Padahal kain sendiri terkoyak dia tak pandai nak jahit. Ni kes kat pejabat aku la ni. Ramai sangat kepochi. Syukur lah di Ramadhan yang penuh keberkatan ni, Allah tu tunjuk tembelang mereka yang sebenarnya. Kawan yang dulu makan kawan, sekarang ni dah menyesal dan tak pasal2 kite tahu pulak cerita jahat orang lain tu. Haihh... jangan lah dengki dengan rezeki orang lain. kalau nak, kita usaha lebih. Kalau tak usaha.. jangan pulak kita mengata tentang kekayaan atau kemiskinan seseorang itu. Bile tembelang dah pecah, sila lah masukkan muka dalam beleza. Eh blazer. Macam kura-kura. Maluuu... :)

Thursday, August 19, 2010

Family Getaway - day 2,3 & 4

Sekali harung!!! Sebabnye sekarang ni malas sangat nak update blog. Asyik tengok je blog sendiri yang tak ber update. Pastu blog-hopping tgk blog2 orang yang lajuuu je update. Hehe.. tak tau la kenapa. Rasa macam nak klik kat 'New Post' tu macam susahhnyeeeee laaaa...!!

So kali ni mmg penuh dgn gambar. Caption ikut dan je la ye.

To Damia & Khalish, sorry sbb entry ni gambar bercampur2 dan ibu tak buat pun jalan cerita sepanjang kita kat sana. Takpe, Insyaallah ibu akan ingat sampai kalian besar dan boleh cerita kat kalian bila tiba masa kalian bertanya kelak :)

Ok. Gambar bermula dengan hari ke-4. ahaha.. terbalik la sbb malas nak adjust2 kedudukan gambar. Tengok je la ye...



Main bowling lepas check-out sementara tunggu masa nak ke airport. Bola masuk longkang je punn... hehe


Ensem tak saye? ehheh...
*topi adalah dari OKINOKIYO.com







Damia tengah interview akak jual ayam. Tah ape yg dia tanya ntah la...
Ada gaya Menteri buat lawatan kat pasar cek harga barang tak???





Adik asyikkk dok membelek ikan tu.














Muzium

















Memula lambung adik. Pastu damia nak jugak.. cramp la gamaknye lengan ayah tu.. ahha


Adik hepii je!!



Budak yang tgh boring tunggu ibu ngan ayah abiskan makanan..




Damia sibuk betul nak pegang lobster
*oh.. menu makan malam kami ialah terubuk goreng garing, lobster goreng butter, sayur midin dan sup sayur campur. Makan macam 5 orang punye.. jenuh nak abiskan. rasa nak muntah pun ade*








Jumping Crocodile!








Ini namanya BUJANG SUDIN ok...



Memula sampai adik tidur. Tapi bile dengar memerang ni bising kelaparan terus terjaga.




Eh da abis? Heheh... ni sambungan dari entry yang lepas. Tapi gambar terbalik. Apa pun kami enjoy sepanjang percutian kami. Next vacation pulak tak tau lagi bile. Maybe 2012 pulak la... ermmm HK Disneyland ke... best gak kan? Kena kumpul duit ni..
Tapi ade rasa macam nak g Bali pulak la. Honeymoon. Bole? Tunggu ade bibik laaa baru nk merasa gi honeymoon berdua-duan.. Ahahahha...

Wednesday, August 11, 2010

Family Getaway - 1st day

Kami ke Kuching, Sarawak!! Actually takde yang seronok pun pada aku. Sebab dah biasa ke sana... tapi kali ni membawa anak2 dan suami, so boleh la konon2 terer jalan2 kat Kuching tu. Ngehehehe....



Ni 1st time damia & khalish naik flight. Sangat2 excited! Kejap2 damia tanya mana aeroplane... Bila dah check in dan nak masuk boarding gate so nampak la kapal2 airasia ni.. happy sakan budak 2 orang tu. Khalish pun excited macam terpegun gile dapat tengok plane besar2 depan mata... hihi..


Kami booking 4 seats. Dapat 3 in same row dan satu kat depan. Tapi ayah kata dok je la 3 seat tu je.. So khalish ngan damia berebut2 nak tengok kat tingkap yang kecik tu. Bertolak-tolak sesama diorang. Aku da pening da... nasib baik ade standby asam. Apa2 nak gi memana pun even balik kg pun mmg kena standby asam.





*sila abaikan sesuatu di situ*



Bole imagine tak.. sepanjang flight KUL-KUCH tu.. budak 2 orang ni tak tido! Mak bapaknye da membuta dah.. hehehhe... tapi tak la lena sangat sbb kejap2 dorang gaduh. Bukan gaduh ape.. berebut nak tengok ke tingkap tu. Pastu khalish pulak dpt main cak-cak dgn passenger seat blkg. Senang hati aku ada org layan.,. ehehhe

Masa sampai airport Kuching, plan telah bertukar. At first place, aku decide tak yah la nk sewa2 kereta bagai. Takat nk pegi pasar satok tu naik teksi je la. Sebab Waterfront tu dah ada macam2. Lagipun aku da booking hotel mahal. Ye la kan.. plan bercuti nak relax so nak la room yang cozy. Pastu husband kata tak yah, hotel utk tido je. So kami pun tukar la kepada Tune Hotel, instead Grand Margherita. Nasib baik tak de bayar any booking fee lagi kat GM tu. Huhu dekat sejam lebih juga la nak decide benda ni. Ngeehehe...

So dari airport ke Tune Hotel kami naik shuttle service. Cuma bayar RM7.99 seorang one-way. Damia & khalish f.o.c. Kami ber empat je dalam shuttle tu. Selesa gile.




Disebabkan stroller ada satu saje, dan damia mmg tak bagi adik naik stroller, maka adik kena la duduk dalam trolley. heheh comelll.. muat2 je dia dalam tu.



Dah check-in hotel, lepak2 dan tido sekejap. Dalam pukul 5petang kami jalan2 ke Waterfront. Khalish dan damia pulak mmg teruja tengok sungai yang besar tu. Time tu pulak ada orang training untuk Sarawak Regatta, lumba perahu....












Ada kucing2 batu... seronok budak 2 org ni membelek2 kucing ni. damia siap bercakap2 dgn kucing2 situ..


Pastu ayah ajak naik boat penambang. Aku tak pernah naik sbb takut. Hihii.. tapi kali ni naik jugak la. Risau je takut boat ni tak mampu nak tampung berat badan kami laki bini. mUahahhha....



Kat seberang sungai ada food court jugak. Sedapp je bau ikan bakar situ. Tapi husband nak try ayam pansuh sbb dia nampak org tu bakar buluh kat kedai tu. So try la.. owner tu adalah bekas manager hotel dulu. tapi aku paling suke adalah fruit cocktail dia. Mmg mavellessss lagi2 time aku tgh pening2 melayan 2 orang kanak2 riang.





So itu lah cerita 1st day kami di kuching. Balik ke hotel masing2 kepenatan. Pastu mula la boring sbb Tune Hotel takde tv. Basic gile la......
Hari ke-dua, tetiba je kami plan nak sewa kereta. So sementara tunggu kereta sampai kami pun breakfast kat McD. Ada playground so takde la dorang boring nk makan2 tu.




Wajib amik gambar kat tugu kucing ni kalo da sampai sini, kan?








Destinasi pertama adalah Muzium Kucing kat DBKU. Nasib baik dalam kereta dah ada map. Sebab aku tak ingat jalan. hehhe...




Miow yang comelllll....



Adik masa sampai ni dia masih tido. Tapi bila da terbangun mula la taknak duduk dalam stroller. kasut pulak tinggal dalam kereta. So berkaki ayam la dia sambil tengok kucing2 comel..




Nampak tak dia tgh panggil kucing tu... hihi




Ok, lepas lunch *lega sbb dapat nasik campur* kami ke Crocodile Farm. Bapak jauhhhh perjalanannya. Letih dalam kereta. Ayah drive pun dah ngantuk2 dah...



Ok satu je gambar intro. Nanti next entry pulak ok.. heheh...


Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya. Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAUBAT-lah ubatnya. Jika seluruh hari adalah nista, maka JUMAAT-lah pensuciannya. Dan jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN-lah pemutihnya. Marhaban Ya Ramadhan. Selamat mengerjakan ibadah puasa....


Thursday, August 5, 2010

Family Getaway - Intro


2 cheeky monsters having
Breakfast at Marry Brown, LCCT Airport






My Big-Big Girl excited to fly....




2 cheeky monsters with 2 loving cats :)



Sorry kawan-kawan. Tak sempat nak update lagi. Taknak lah setakat letak gambar je, tapi takde jalan ceritanya. At least ada full story, baru seronok lagi-lagi kalau di baca semula pada tahun2 yang akan datang. Kot2 Damia & Khalish pulak nak baca pengalaman diorang kan.....

Nanti yea.... :)

Monday, August 2, 2010

Take Off - Shop - Touch Down


Sorry sebab blog bercuti lama.
Alhamdulillah, percutian kami sangat menggembirakan walaupun memenatkan.
Hehe.. bawa anak2 kecil tak semudah yang dijangka.
Dulu damia sorang.. senang la jugak. Tapi bila dah ada khalish, agak meletihkan sebab melayan kedua-duanya... merajuk.. bergaduh, berlari sana sini. Tapi yang penting, mereka sgt menghiburkan!!!
Nanti ada masa, kita cerita pulak pasal holiday itu.. walaupun tak pergi jauh, yang penting Damia & Khalish sudah merasa naik flight di usia yang masih muda... *dekat pun mau pengsan, kalau jauh tatau la apa nk jadi pada i nanti * huhu...