Wednesday, August 11, 2010

Family Getaway - 1st day

Kami ke Kuching, Sarawak!! Actually takde yang seronok pun pada aku. Sebab dah biasa ke sana... tapi kali ni membawa anak2 dan suami, so boleh la konon2 terer jalan2 kat Kuching tu. Ngehehehe....



Ni 1st time damia & khalish naik flight. Sangat2 excited! Kejap2 damia tanya mana aeroplane... Bila dah check in dan nak masuk boarding gate so nampak la kapal2 airasia ni.. happy sakan budak 2 orang tu. Khalish pun excited macam terpegun gile dapat tengok plane besar2 depan mata... hihi..


Kami booking 4 seats. Dapat 3 in same row dan satu kat depan. Tapi ayah kata dok je la 3 seat tu je.. So khalish ngan damia berebut2 nak tengok kat tingkap yang kecik tu. Bertolak-tolak sesama diorang. Aku da pening da... nasib baik ade standby asam. Apa2 nak gi memana pun even balik kg pun mmg kena standby asam.





*sila abaikan sesuatu di situ*



Bole imagine tak.. sepanjang flight KUL-KUCH tu.. budak 2 orang ni tak tido! Mak bapaknye da membuta dah.. hehehhe... tapi tak la lena sangat sbb kejap2 dorang gaduh. Bukan gaduh ape.. berebut nak tengok ke tingkap tu. Pastu khalish pulak dpt main cak-cak dgn passenger seat blkg. Senang hati aku ada org layan.,. ehehhe

Masa sampai airport Kuching, plan telah bertukar. At first place, aku decide tak yah la nk sewa2 kereta bagai. Takat nk pegi pasar satok tu naik teksi je la. Sebab Waterfront tu dah ada macam2. Lagipun aku da booking hotel mahal. Ye la kan.. plan bercuti nak relax so nak la room yang cozy. Pastu husband kata tak yah, hotel utk tido je. So kami pun tukar la kepada Tune Hotel, instead Grand Margherita. Nasib baik tak de bayar any booking fee lagi kat GM tu. Huhu dekat sejam lebih juga la nak decide benda ni. Ngeehehe...

So dari airport ke Tune Hotel kami naik shuttle service. Cuma bayar RM7.99 seorang one-way. Damia & khalish f.o.c. Kami ber empat je dalam shuttle tu. Selesa gile.




Disebabkan stroller ada satu saje, dan damia mmg tak bagi adik naik stroller, maka adik kena la duduk dalam trolley. heheh comelll.. muat2 je dia dalam tu.



Dah check-in hotel, lepak2 dan tido sekejap. Dalam pukul 5petang kami jalan2 ke Waterfront. Khalish dan damia pulak mmg teruja tengok sungai yang besar tu. Time tu pulak ada orang training untuk Sarawak Regatta, lumba perahu....












Ada kucing2 batu... seronok budak 2 org ni membelek2 kucing ni. damia siap bercakap2 dgn kucing2 situ..


Pastu ayah ajak naik boat penambang. Aku tak pernah naik sbb takut. Hihii.. tapi kali ni naik jugak la. Risau je takut boat ni tak mampu nak tampung berat badan kami laki bini. mUahahhha....



Kat seberang sungai ada food court jugak. Sedapp je bau ikan bakar situ. Tapi husband nak try ayam pansuh sbb dia nampak org tu bakar buluh kat kedai tu. So try la.. owner tu adalah bekas manager hotel dulu. tapi aku paling suke adalah fruit cocktail dia. Mmg mavellessss lagi2 time aku tgh pening2 melayan 2 orang kanak2 riang.





So itu lah cerita 1st day kami di kuching. Balik ke hotel masing2 kepenatan. Pastu mula la boring sbb Tune Hotel takde tv. Basic gile la......
Hari ke-dua, tetiba je kami plan nak sewa kereta. So sementara tunggu kereta sampai kami pun breakfast kat McD. Ada playground so takde la dorang boring nk makan2 tu.




Wajib amik gambar kat tugu kucing ni kalo da sampai sini, kan?








Destinasi pertama adalah Muzium Kucing kat DBKU. Nasib baik dalam kereta dah ada map. Sebab aku tak ingat jalan. hehhe...




Miow yang comelllll....



Adik masa sampai ni dia masih tido. Tapi bila da terbangun mula la taknak duduk dalam stroller. kasut pulak tinggal dalam kereta. So berkaki ayam la dia sambil tengok kucing2 comel..




Nampak tak dia tgh panggil kucing tu... hihi




Ok, lepas lunch *lega sbb dapat nasik campur* kami ke Crocodile Farm. Bapak jauhhhh perjalanannya. Letih dalam kereta. Ayah drive pun dah ngantuk2 dah...



Ok satu je gambar intro. Nanti next entry pulak ok.. heheh...


Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya. Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAUBAT-lah ubatnya. Jika seluruh hari adalah nista, maka JUMAAT-lah pensuciannya. Dan jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN-lah pemutihnya. Marhaban Ya Ramadhan. Selamat mengerjakan ibadah puasa....


4 comments:

mamaarifakeemaisy said...

waaah bestnyer kak damia n khalish..dpt jenjln tmpt org, naik aeroplane lagi haa...comel piccas diorang! arif taktau bila nak merasa ni..huhu..

Selamat berpuasa ye!

Lily@MamaZaraZareef said...

ohooo..bwk anak2 pi kuching rupenyer yek..nmpak diorang berdua sonot sgt..kite pon tgh tunggu nak berfamily vacation kat kuching.b4 ni pnh gi gak tp ngan Zara jek + ikut rombongan sepupu..bosan sbb diorang tk berjalan2 sgt..ehehehe

Sue said...

mamalieyna,
alhamdulillah ada rezeki diorg tahun ni.. :) tapi mau patah pinggang jugak la sbb 2-2 lasak! tapi we had fun...

****

lily,
yup mmg seronok. sbb cuti seminggu dapat gi jalan2. yg bestnye kite nk gi pasar satok je la. tp syg sbb kalau gi pasar hari ahad lagi meriah, mcm2 ada!

A.H.A.D said...

byknye kucing kt kuching tu hehe..sonok dorang bergambar ekk..

sue, belon tu i amik kt ikano.booth dia dpn starbucks tu.
kek pulak oder online tp i dah xingat link dia hehe..hp no ada la kalo nak