Wednesday, August 25, 2010

Permulaan ramadhan yang penuh dugaan

Salam Ramadhan.... :)

Starting puasa je amat meletihkan badan. Bukan sebab puasa. Tapi masalah kesihatan yang tak tentu musim sekarang ni. Puasa ke-3 je, Damia dah mula demam. Bawa ke klinik dan dapat ubat. Tapi budak nama Damia ini, bukan jenis yang mudah nak makan ubat. Hanya ubat berperisa strawberry yang sedap dan manis je yang dia dengan rela hati nak makan. Antibiotik, jangan harap. Dah di picit masuk mulut pun dia boleh muntah belahak sampai aku pun da malas nak bagi. Asal bagi je muntah belahak.

Puasa ke 5, damia semakin ok. Tapi khalish pulak dah berjangkit. Demam lak dia. Isnin tu damia da sihat. Tapi aku perlu cuti lagi sbb khalish masih demam panas. Hari rabu, pagi tu masih demam tapi alhamdulillah menjelang petang khalish dah sihat. Senang sikit hati ini.

Hari sabtu (puasa ke 11) damia diserang demam panas lagi. Panas sampai 40.2 degree. Ubat masuk punggung je la jawabnye. Tahan 6jam. Dalam tempoh 6jam itu damia boleh berlari sana sini. Tergelak ketawa. Tapi lepas tu, demam panas balik. Sampai la hari ini. Aku pun jadi pelik. Kenapa eyh? Pernah..masa hari ahad malam tu dah bagi ubat punggung pukul 10pm. Tapi jam 1am dia demam panas. Baru 3 jam masuk ubat. Terus bawa ke hospital tapi seperti kes2 dahulu, doktor ambil ringan je kes2 mcm ni.

Hari Isnin, aku bawa ke Az-zahrah. Doktor suruh admit ward sbb damia demam panas dan tak makan ubat dgn betul. Aku cadang nak ke KPJ. Tapi ayahnye kata baik ke hospital ampang memandangkan kat sana dah ada rekod damia. So kami ke sana. Tapi doctor yang cek tu kata takde apa pun. Aku request utk buat blood test. Hasilnya, bacteria dalam darah 90%. Tinggi. Dan doctor pun bagi antibiotik. Tapi kali ni mmg aku bagi betul2. Dia nak muntah ke hape ke aku dah tak peduli. Asalkan cepat sihat.

Tapi damia pandai. Bila nak bagi ubat, macam2 alasan dia bagi, sakit perut la.. sakit telinga la... nak tidur la.. sampaikan nak bagi 1 jenis ubat pun tunggu 1/2jam. Aku pulak bukan lah jenis yang penyabar bangett. Tapi memandangkan dia demamm tak sihat je la aku buat2 sabar. tu pun tiap kali nak bagi ubat, sikit lagi aku nak naik antu. Hehhehehe.... anakk... anak... macam2 karenah ngkorang ni tau.

Takpe lah. Itu rezeki aku. Orang yang hanya pandai berkata2 tentang orang lain.. tentang kehidupan orang lain... tentang keburukan orang lain yang belum tentu betul, belum tahu rezeki masing2 pulak kan..? Ye la... Mentaliti orang sekarang ni, suka nak tuding jari pada orang lain, suka nak jaga tepi kain orang lain. Padahal kain sendiri terkoyak dia tak pandai nak jahit. Ni kes kat pejabat aku la ni. Ramai sangat kepochi. Syukur lah di Ramadhan yang penuh keberkatan ni, Allah tu tunjuk tembelang mereka yang sebenarnya. Kawan yang dulu makan kawan, sekarang ni dah menyesal dan tak pasal2 kite tahu pulak cerita jahat orang lain tu. Haihh... jangan lah dengki dengan rezeki orang lain. kalau nak, kita usaha lebih. Kalau tak usaha.. jangan pulak kita mengata tentang kekayaan atau kemiskinan seseorang itu. Bile tembelang dah pecah, sila lah masukkan muka dalam beleza. Eh blazer. Macam kura-kura. Maluuu... :)

4 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

alahai..kesiannye damia..demam berulang2 yek..harap cpt sihatlah..Zara pon jenis susah makan ubat gak..kena paksa br nak telan..itupon klu orng luar dgr die ingat kite tgh dera anak padahal soh makan ubat jek..hehehe

Sue said...

betul.. org sure pk kita dera anak sbb dgr anak ngan mak sama naik menjerit. ehhehe... mmg menguji kesabaran sungguh budak2 ni tau.

kmieja said...

alahai kesiannnyaaa sue....dugaaan anak-anak tak sihat di bulan mulia...harap-harap cepat sihat...khalish dah ok ker sue?

Sue said...

tu lah kak... harap cepat la sihat. hari ni damia masih demam. khalish dah sihat. sue try email akak semalam tp tak lepas. alhamdulillah dia da ok... dah boleh bfeed direct.