Friday, September 3, 2010

Persiapan raya 2010

Lagi seminggu je nak raya.

nak cerita pasal persiapan raya ni... teringat jugak zaman kanak-kanak dulu. Masa dulu, hal-hal baju raya ni tak kisah sangat. Ye la kan... yang menyara kita pun cuma mak seorang je. Tapi seronok jugak sbb tetap ada baju raya dan kasut raya. Biskut raya tu.. yang wajib ada setiap tahun adalah bahulu. Warisan emak. Sedap tak terhingga. Tapi sekarang ni dah bertahun-tahun emak tak buat bahulu.. dah tak larat.
Dulu, tiap kali masuk bulan ramadhan, emak pun sibuk la jemur tepung dan gula. Dari pagi dah start pukul telur dan gula dalam tempayan besar. Dengan pemukul yang berputar-putar tu.. Dari agak2 sebesen kecil telur dan gula..sehinggalah pekat dan likat memenuhi tempayan besar tu. Mak tepuk sorang-sorang. Kadang-kadang aku pun tolong... tapi tak kuat. Tak guna pun mixer. Bila dah bertahun2 buat.. barulah mak pandai nak guna mixer. Tapi bile dah pekat, tetap kena tepuk guna tangan jugak.
Bila dah masuk petang, mak pun mulakan operasi membakar bahulu. Guna dapur arang ok. Yang bawah tu isi minyak tanah. Tapi kat penutup acuan tu ada bara api. Panas.. berpeluh2 kalau nak membakar bahulu. Kalau tak puasa masa tu, memang rezeki la kan nak makan yang panas2. Sedappp sangat. Sampai sekarang tak jumpa lagi bahulu sesedap emak buat. Cukup telur, gula dan tepungnya. Lembut sangat2. Dulu ada sorang pakcik kat area rumah mak order beribu-ribu biji bahulu utk dijual di chow-kit. Kiranya mak mmg dah ada supplier la tiap tahun. Dan memang dah ada customer tetap. Tak payah nak pegi menjual sana sini.

Aihh rinduunye dengan bahulu emak. Sedap. Lembut. Tapi nak mewarisi tu aku sendiri tak tahu lah nak cakap.. malas kot. ehhehe...

Ok berbalik pada persiapan raya tahun ni. Baju raya untuk damia dah ada 2 pasang baju kurung. Cukup lah tu. Yang lain2, pakai aje ape yang ada. Rasanya ada lagi baju dan jeans dia yang belum di pakai. Untuk Khalish pulak, belum ada baju melayu. Yang tahun lepas punye sure dah tak muat. Ari tu ada gak tengok2 kat kedai kat tesco kajang ni. Last year beli kat situ. Cantik kainnya, harga pun berbaloi. Sepasang baju melayu saiz 1-2 tak sampai rm40 pun. Kain memang cantikk... Bukan brand tesco ye. Tapi kat lot-lot kedai dalam tesco tu.

Tapi rasanya nak jugak sambar sepasang dua lagi baju untuk diorang. Tengok lah karang. Hari jumaat kan.. panjang sikit langkahnye. :)
Aku dan damia, sedondon lagi tahun ni. Ada 2 pasang yang kami sedondon. Sepasang tu skang ni tgh dijahit manik. Damia punye pun aku suh manikkan jugak. Kang dia tgk aku punye ade manik... tak pepasal di pagi raya meraung aku nak jahit manik kat baju dia. Dah la tak reti.......

Untuk ayahnye pulak, katanya tahun ni tak payah la nak berbaju melayu. Aku suruh pakai je baju melayu tahun lepas. Hehehe... Dah 4 tahun beli baju melayu setiap kali raya. Tapi pakainye sekali je... So tahun depan nak ulang balik lah ikut kaler2 baju melayu ayahnya.

Tahun ni kami beraya di Pahang, Insyaallah... Mesti meriah sebab kat sana ramai budak2. Family pun besar... So pagi raya tu biasanya memang kecoh la. Tak tahu la macamana khalish nanti sbb tahun ni dia beraya dengan rendang dan ketupat. Tahun lepas tak pandai lagi nak makan2 tu. ehhe...

Bagi aku pulak... tahun ni bajet memang tight. Banyak yang harus dipikirkan sebelum membazir. Dengan plan kami yang akan datang lagi, banyak pakai duit. So harus berjimat dari sekarang. So duit raya tahun ni takde la nampaknye. ahahahha.... tunggu bigboss punye duit raya je la kalau nak bagi budak2 pun. Ok tak bang? ngeeeeeee :D
Kuih raya pulak, tahun ni beli secara online je. Ada la dalam 6 jenis. Saje nak try. Sebab tgk kat blog macam sedapppp je. Owh.. untuk anak2 buah ku atau kawan2, kalau nak merasa kuih raya Mak Hanis Zalikha, meh la dtg beraya rumah i ye... hihihi... Dah amik dah kuihnye. Bukan takat kuih je cantik2... kak nani pun cantik juge. Oh tapi tak jumpa la Hanis Zalikha sebab dia belum balik dari segamat lagi.. Terima kasih kak nani. Sungguh baik hati kak nani sebab bagi saya beli extra kuih yang tak di order hari tu. Tetiba pulak berkenan kat kuih nan satu tu.... huhu...
Untuk kawan2.. terima lah kad raya ikhlas dari kami anak-beranak:

1 comment:

mamaarifakeemaisy said...

Selamat menyambut lebaran! maaf zahir n batin! yeee..balik kg nk cari bahulu! ^_^