Thursday, September 29, 2011

SOFIYYA dan mia sara ;)

Sape tengok Sofiyya? Aku, dari episod pertama dah start follow dahh.. asalnye nak tgk Kasih Alia. Sekali rupanya da abes ekk.. last episod tu aku tgk sebenarnya tapi tak perasan lak da abis. Sekali bukak, ada citer baru. Layan jugakk..

Cuma dari episod pertama aku da rasa tertekan. Psiko gila ahhh bapak yaya tu. Kot gersang sangat pun agak-agak la kann...... pegi la carik makan kat luar. Ni tak, yang depan mata gak dia belasahnye. Aku tengok citer, perasaan aku bercampur baur. Geram, marah, sakit hati, sedih, tertekan.... emosi gile ahhh... Sampai la episod 4, lepas mak yaya meninggal, masa yaya dalam bilik pastu bapak dia dok kat kusi. Siap cakap yang mak yaya pesan macam-macam.... pastu ajak yaya keluar bilik konon nak tunjuk apa yang mak yaya rahsiakan selama ni. Sekaliiii....... bole pulak dia kata mak yaya pesan suh yaya ganti tempat mak dia. Cinabenggg betul!!! Sakit atiii aku tau tak? Aku yang mengadap tv tu rasa berdebar-debar, marah semua ada... sampai la si yaya tikam bapak dia, terus aku rasa.... co0ol sangat2. Lega rasanya... bole? Heeeee....

Pa pe pun, Sofiyya memang best..selepas nur kasih, arahan Khabir Bahtiar jugak kan? Lagi satu drama yang aku tengok - Cinta Elyssa. Aku tak la suka sgt di Fasha tu tapi memang aku admit la dia punye lakonan mantap. Muka cas ayu... Tapi dalam citer tu aku lagi suka tengok si Aril a.k.a Johan. Puas aku dok pikir memula citer tu start sape la budak tu.. rupanya yang berlakon Juvana tu ekkk... Gangster tapi comel ahh! Hehehe... tah hape yang comel aku pun tatau..

.

.

.

Ok da cukup la review drama. Ari tu pegi Ikea so aku beli la pinggan utk kids yang 1set ada 3 pcs tu. Sabtu masa breakfast, damia ngan khalish makan guna plate tu. Ni conversation kitorang (aku dan damia):


Ibu, kaler biru mia punya, kaler green khalish punye.. kaler orange khalif punye. Nape beli 3 je?

Cukup la tu.. sorang satu.

Nape tak beli 4?

Untuk sape pulak lagi?

Untuk MIA SARA laaaaaaaaa... yang dalam perut ibu tu! Ahahahahaha...

****

Comeyyy je dia gelak.

Waaaaaaaaaaaaaaa.. nangesss hokeyy!!! ada hati lagi nak adik ke? Siap da bagi nama, Mia sara! Kalu yang kuar Mia Sara ok jugak. Kalu yang keluar kang ustaz amirul lagi, camno???? Hehehheheee........... cukup2 la rasanya. Tunggu khalif pandai berlari baru pikir balik. Ok cayang..?

Wednesday, September 21, 2011

Dilema sekali lagi : SK @ SJK(C)

Seminggu dua ni kepala aku dok memikirkan satu perkara. Tahun lepas pun camtu jugak. Since next year Damia dah 5 tahun, so aku kena pikirkan betul-betul hala tuju persekolahan dia. Aku dari awal, instead dari sebelum kawen lagi aku da plan, anak2 aku nanti nak antar dia gi sekolah cina. Tahun lepas, plan nak enroll dia kat tadika cina tapi dia macam kecik je lagi, baru nak masuk 4yrs kan.. then aku pun register dia kat montessori Islam.

Ok before tu, aku just nak highlight sikit progress dia kat montessori islam ni. Kalau ada yang refer balik post aku tahun lepas bertajuk 'confirm dah..montessori islam', dan kalau ada yang baca komen2 orang kat post tu, aku tak salahkan pendapat diorang. Itu pendapat masing-masing la kan.

Damia punye school kat branch Kajang. Progress dia setakat ini:

1. Dah boleh hafal surah2 asas like al-fatihah..
2. Dah boleh mewarna, ada minat utk mewarna, padahal sblm ni mmg payah nak tgk dia pegang color n mewarna...
3. asas-asas dalam kehidupan - aku tak tau term apa nak diguna so aku guna ni. Ermmm macam, lipat baju, hold something, carry something (all in a right way), ikat tali buat ribbon, etc
4. lain-lain la yang aku tak reti nak explain kat sini
5. yang paling penting, damia dah bole speaking english padahal kat rumah kitorang mmg tak speak english pon.
6. Swimming pun ada good progress cuma damia ni penakut. Kalau pool kecik utk children tu dia ok. Tapi bila masuk adult pool dia taknak lepas teacher dia.

so pada aku, progress dia kat school memang sangat2 bagus. What do u expect for a child that is just 4 yrs old? Aku enroll dia kat situ pun pada asalnye just nak bagi dia playschool. Bukan nak bagi dia push diri utk belajar sampai pandai. Dengan fees cuma rm250.00 per month. Tapi damia join swimming class (once a week) dgn extra fee rm50. Dan swimming class ni so far aku tak pernah dengar lagi damia cakap main2 bola. Memang takde. Kalau ikut kata komen dlm post last year tu anak dia kat branch Semenyih, swimming just playing a ball. Tapi bukan di branch Kajang. Anak kawan aku yang dah 6yrs tu memang dah boleh swim pun. N aku selalu tanya dia macamana damia masa swimming. Dan dia sendiri cakap damia boleh swim tapi takut masuk pool besar.

Tak silap aku ada sorang yang komen ni, tak ingat nama, sorry.. dia ada enroll anak dia jugak kat situ, tapi lepas sebulan kot dia tukar balik ke tadika lama anak dia. itu hak dia, apa2 yang dia tak puas hati pun itu hak dia. Cuma pada aku, of course la tadika yang sebulan kena bayar fees about rm500 tu adalah lebih bagus dari tadika yang cuma bayar sebulan rm250. Nampak tak? Kalau aku afford pun aku akan antar anak2 ke tadika yang sangat2 bagus. Kalau aku kat tempat dia, pun aku antar kat tadika yang 500 tu. Sebab ada duit. Teringat satu wording blogger ni, MONEY IS NOT EVERYTHING BUT EVERYTHING IS MONEY. Kalau aku salah sorang pemilik rumah kat Country Heights tu of course laaa aku byk duit kan. Tapi aku tidak. Ngehngehngehhhhh.....

Pastu ada lagi satu komen, dia pun antar anak kat montessori sama cuma branch berlainan. Pada aku, mana2 tadika pun macam Real kids ke, Q-dees ke yang byk2 branch ni, tak semua branch sama tahap dia. Maybe branch A ni bagus, tapi branch B ni tak mencapai tahap macam branch A. Betul tak? Memang pengasas sama.. tapi operator berlainan. SO far, branch Kajang ni bagus la pada aku.

Ok now, the problem is, aku kan nak antar anak aku kat sekolah cina. So patutnye kena register kat tadika cina start 5yrs old. Kenapa aku nak sekolah cina?

1. bila aku tgk budak2 melayu skang, apa nak jadi laaaa dgn dorang ni. Pegi sekolah ke pegi menggedik?

2. kat sek.cina, akademik memang no.1 la. sport tak byk. tapi still ada la ko-ku. Pastu aku tgk budak melayu kat sek.cina tu tak la segedik budak melayu kat sek.melayu.

3. Nak anak pandai mandarin, so akan datang mudah nak keje. Ni exp sendiri je la, betapa susah nak carik keje dulu, asal tgk iklan je 'keutamaan kepada yang fasih bhs mandarin'. WTH?

4. sebab-sebab yang aku pun tak reti nak taip kat sini.


Cuma kalau sek.cina ni, aku kena rajin la tgk dia punye homework. Pastu kena byk tuition. Pastu agama kena belajar lain. Haihh... Kalau reason no.1 tu maybe ada yg kata, itu depends pada individu sendiri. Tapi kawan-kawan adalah paling berpengaruh, kan?

Staff aku pulak, ada 2 org anak yang bersekolah. Yang sulung, sekolah kebangsaan. Yang no.2, sekolah cina. So aku rajin la tanya2 dia pasal anak2 dia ni kan. Dia kata ada beza produk sek.keb. dgn produk sek.cina ni... Pa pe pun, dia memang prefer sek.cina n utk anak dia yang baru umur 5bulan tu pun dia plan nak register sek.cina nanti.....

Hal ni aku try gak bincang dgn husband. Tapi jawapan dia berbalik pada aku pulak. Baik aku tak yah bincang camtu.... Hmmm... Montessori pulak dah remind suh reserve place utk damia kalau still nak sekolah situ lagi nextyear. Coz diorang da start bukak reg baru ni takut full ke kan... camno ni??????

Kalau ada sape2 yang bole bagi pendapat, amatt la aku hargai.

Thursday, September 15, 2011

Gambar dalam gambar

Gambar ni masa sehari sebelum raya. Sambil tunggu rendang kering, sambil tunggu ketupat masak, aku pun gantung2 frame bagi berseri sikit rumah.. ada pulak frame yang dah tercabut. Last-last jadi bahan anak dara dan anak bujang beraksi sakan... heheh... comel jugak!




Masa ni hari dah meninggi, da nak masuk ke petang dah. Tapi anak dara tu sebenarnye time ni tak mandi lagi. Suruh mandi, macam-macam alasan dia bagi.









Yang anak bujang pulak elok2 dah mandi, main-main, dah berpeluh-peluh balik.... last-last dia suruh bukak baju. Tinggal suar je ngan pampers. Sukati la bangggg.......


Malam raya, ayahnye ikut orang bertakbir. Anak-anak baru lahh jumpa kawan sebelah2 rumah, yang mana cucu balik rumah neneknya. Selalu tinggal org tua je sebelah2 rumah tu. Jam 1 pagi, masih main bunga api lagi. Janji ayah dia ada kat luar, ok je......


Hari ni aku dah buat satu langkah. Insyaallah.. mudah-mudahan, kalau ada rezeki yang baik untuk aku, apa salahnya, kan? Tapi belum masanya untuk cerita. Sebab benda belum pasti. :)


Utk kawan2 rapat, dah..korang jgn cuba nak tanya apa2 yea.....!!!!! heheheh...

Tuesday, September 13, 2011

Bulan makan, makan dan makan....

Ahad, kami pergi beraya. Mula-mula gi rumah jiran, ada open house. Seronok sebab tak payah nak masak-masak. Ayah budak2 ni pun tak balik, so laju je laa aku nak berjimba. Heheee.....








*adik da ngantuk giler tu, cian diaa*





Kul 1.30ptg lak zasss ke Batu 9, Cheras. Rumah kawan masa sekolah teknik dulu. Kitorang memang closed macam adik-beradik. Aku along. Dia angah. Pastu ada ateh, achik, alang dan asue. Tapi yang datang cuma aku. Pastu 2 org junior kitorang. Kalau asrama lain student dok dalam dorm. Tapi kitorang duk aspuri luar which is rumah teres yang sekolah sewakan utk dijadikan asrama. Bila berjumpa ni, macam-macam cerita kuar. Cerita seram2 pun ada. Aku dari dulu nak tulis dalam blog ni pasal experience aku kat sekolah tu, tapi belum ada kesempatan.....




Menu sangat memberangsangkan. Thx to angah selaku tuan rumah coz menyediakan juadah yang menjilat jari! Sayang nak tinggalkan meja makan tu coz semuanya sedap... paling sedap adalah ayam goreng special.. Pastu kreatif la bibik dia, siap ada deko kat tembikai tu.



Pastu budak2 duduk kat meja kecik. Alaalalla comelll je aku tengok! Pastu aku nak makan pun tercekik-cekik bila budak-budak berebut kicap. Anak aku pulak suka2 buat macam rumah dia. aiseyyyy... sorry la yea ngah.. hehehehhehheheheee....







Pas makan, borak-borak lagi pasal live masing-masing. Junior 2 orang tu still single n available. Pastu ada pulak acara grooming. Hahah bole? Pastu macam2 la idea aku utk budak2 tu 'promote' diri memasing. Ehhh zaman skang ni, da tak kisah timba ke perigi ke... tu sume tolak tepi. Mujur pulak tuan rumah adalah pengedar Tudung Fareeda. Haaa kauuuu.. apa lagi, kami pun naik ke tingkat atas dan tuan rumah mula la membongkar segala stock yang ada. Semata2 nak kasi grooming. Ada gambar before n after. tapi aku tak letak la sini.







Ok. Yang baju purple tu tgh nak amik gambar 'after'. Aku pulak berdiri depan cermin tiba2 rasa jatuh cinta dgn cermin tu sbb nampakkan aku mcam slim sikit. Terus snap gambar. Hahahaha!!!






Ct - Angah - Zara (anak angah) - Along (wif Khalif) - Nana







Angah tengah sarat pregnant anak ke -4. Wow!!! Anak dia yang sulung dah darjah 1 tak silap aku. Angah kawen cepat, umur 23tahun da gatall... hahahahhaha sorry beb, macam tak kenal aku kannnnnn?? Ct, tu wajah 'after'. heheheh... baru nampak berseri-seri. Nanti datang rumah along, kita main mekap2, nak???








Budak ni pun kemain tergelak2 lagi.. suke sangatt!!




Kemain lama lagi kat rumah angah. Tapikan ngah.. kalo zadil ade sure aku tak lama2 cenggitu. ahahah segan la aku. Nasib la dia kuar gi beraya, kan. Pastu nasib la laki ku pun tak de hari tu. So senang sket aku nak beronggeng dgn korang... Dah la aku patutnye nak gi rumah mak aku pulak. My bro buat open house. Sekali jam da dekat kul 5. Huhuhu.... lama gile kat umah kau, ngah!



Masa kat rmah mak pulak, aku ternampak sesuatu :





Trophy ni hadiah wedding aku. En.Saiful Nang yang bagi..... Opsss.... sekarang yang kecik tu ada 3 dah, bukan 1. Pastu cutting badan pun da banyak lariiii.. hahahahhahahahhaha....


Weekend ni pun dah ada jemputan open house. errmmm ada 3 tak silap aku. Oh, rumah aku memang tadek open house. Hari-hari open. Tapi kalau nak datang sila 'hello' dulu. Tu pesanan penaja utk kawan-kawan. hehhehe...

Monday, September 12, 2011

Kotak inai tapi bukan inai

First of all, aku nak bagitau yang apa yang bakal aku ceritakan dalam entry ini tidak bermaksud lucah atau apa2... walaupun _______ (isi tempat kosong). Just nak share sesuatu yang buat aku tergelak bila teringatkan kisah malam tadi.

Malam tadi kitorang kuar, cadang nak gi tesco beli pampers ngan susu. Tapi hsbd nak jumpa customer dia dulu kat rumah orang tu. Wahh teruja aku tgk rumah baru dia. Belakang hospital kajang je..... tak mampu dee aku nak beli rumah kat situ. Lepas hsbd setel dia punye hal, jam dah kul 11pm. Tesco pun da tutup. So singgah je la ka KK Supermart. Aku tunggu dalam van. Kami naik van company hsbd, budak2 yang beriya-iya sangat nak naik van. Aku ok je..lagipun ada ekon. Hehe...

Sampai kat KK, budak2 sibuk nak turun gi kedai tu jugak. AKu da ngantuk. So ayah dia la layan anak 2 orang tu. Baby tinggal kat rumah, da tido.. Bila da setel membayar dan masuk dalam van, damia excited sangat bagi tau aku:

'Ibu... ayah beli inaiii.......' - laki aku da sengih-sengih pandang aku. Apa hal plak ni. Dalam hati aku kata sejak bila dia pandai nak pakai2 inai ni...? Aku cuma pikir inai serbuk buat bancuh sapu kat rambut tu je..

'Mia nak pakai inai jugak... bole tak bu?' - laki aku sengih-sengih lagi. Pastu dia korek2 dalam plastik, jumpa, terus dia pass kat tangan aku suh simpan dalam henbeg. Aku pikir ape hallll la plak inai pun nak sorok2? Pastu aku tengok...............











Tau takk ape tu?






Nak konfem lagi? Nak lebih jelas?







































































































Ampeh! Patut la anak kata kotak inai. Gambar kat depan pun gambar jari kaler pink. Sabarr je la bapak diorang ni. Balik rumah aku simpan dalam almari aku. Tinggi. Tapi kalau mia panjat memang bole bukak.


So pagi tadi aku nak gi keje, kelam kabut damia nak bukak almari tu, nak pakai inai.... terus aku amek bawak masuk dalam henbeg gi keje..... Haaa kan tak pepasal jadi entry blog hari ni. Hahahahhahahahahaaaa!!!!!!!

Friday, September 9, 2011

Raya kami...

Tahun ni kami beraya di sini dulu. Turn family aku la gitu. Dulu masa duduk dgn mak, kira raya rumah mak la.. tapi since dah move out, so decide nak raya rumah sendiri dulu. Then baru raya rumah mak. Tapi plan dah bertukar since lepas mak operate mata bulan puasa ari tu dia terus duduk kat rumah aku. So raya pun dia raya dgn kami. Seronok sikit. Macam-macam cerita la raya kali ni. Maklumla....

Dulu tiap kali raya, nak buat rendang mesti mak la ketuanya. Bila kat rumah sendiri, dengan kuali besar pun takde.. haru la sikit kan. Time tu la baru nak gi beli kuali bagai. Sekali kuali yg nak dibeli tu, takde... yang ada kuali pesen lain pulak. Husband kata itu kuali utk menggoreng. Ahh da beli, belasah je la. Ahad malam tu dah start merendang. Nak buat awal.. Masa merendang tu, habis berasap satu rumah. Pelik la aku rasa. Selalu buat rendang tak pernah pulak sampai satu rumah berasap! Rendang tu sendiri kuar asap berkepuk2 macam kawah gunung berapi. Bila da siap, aku pun nak merasa la rendang tu... sekali, bukan rasa rendang, tapi macam makan asap!!!! Pahit kemainnnn lagi. Mak aku pun pelik pesal rendang rasa asap. Bibik kata maybe sebab kuali baru. Sedihh wehh... aku rasa macam, ahhh.. sayangg nye ayam2 tu.

Esok pagi bangun, tengok2 kat dapur rupenye bibik dah kerjakan rendang aku. Dia kata rendang tu hangittt dan berkerak. Patut la pon... kacau tak betul. Kuali tu pulak 'ke dalam' so nak menggaul rendang tu susah sikit. So bibik ngan mak aku buat bumbu yang baru, ayam tu basuh balik... merendang la semula. Jadik la elok sikit walau ada rasa pahit2. Tapi ini lah pengalaman kan? Heeeeee.................

Ermm nak cite banyak2 pon mood tak 'mari', so biar lah gambar je berbicara sambil aku menyampuk sikit2...

















Pagi raya........




Takde orang lain utk diharapkan mengambil gambar yang proper.. cik damia pun jadik la!! Ok whattt....













Sian aku tengok yang tetengah tu.. terkepittt je dia!


















Petang tu family kakak dari Kuala Kubu Bharu datang segerombolan. Meriahh pulak tengok rumah aku penuh gitu. Yang kecik2 tu sume pangkat cucu aku dah... Maknye anak kakak aku, sebaya je dgn aku tapi anak dah 5. erkk telan air liur... (memikirkan tahun2 akan datang.. yuran sekolah, duit belanja sekolah, yuran tuisyen, baju sekolah..arghhhh 3 org da cukup lah bang!)





Khalif 1st time jumpa makteh... tapi masa ni dia rimas coz dah time mandi. Bole pulak air takde time2 raya ni.. ampeh betul. Ni masalahnye kawasan rumah aku, bila sume orang ada kat rumah, bila sume orang byk pakai air paip, nanti terputus lah bekalan air. Khalif dapat mandi segayung je air.. jadik la buat basah2..





Kemudian kami beramai2 ke Semenyih, rumah kakak pulak.....







Carca-marba kan gambar ni. Bukan yang tengah posing tapi yang kat belakang nu... Yang duduk kat sofa rambut pjg tu anak buah ku yg sebaya dgn ku, yg anak dah 5 org. Sila tgk yang bergosip atas tangga tu. Khalish dgn anak buah dia.... kemain lagi!

Mujur jugak masa kat rumah kakak ni ha perut aku buat hal. 4 kali ulang alik gi toilet.. memang aku kasi buang habis2 punye supaya balik rumah takde kes nak gi toilet lagi... Sekali balik rumah memang air pun tadak! Nak wee wee pun cebok dgn air mineral yg hsbd beli sekotak besar. hehe...



Esoknya bangun pagi nasib la dah ada air. Basuh sume pinggan mangkuk... kemas2.. dan pack2 baju utk balik kg. Oh lupa nak habaq, bibik pun bercuti gak sehari sblm raya. Lepas dia siapkan rendang, dia pun zasss bercuti. Tu yg payah gak kalo bibik ada suami kat Msia ni ha. Sibuk la dia pun nak beraya dgn laki dia... Tahun depan, siap la ko bik.. aku akan bagi jadual kau bercuti supaya aku tak sengsara kat rumah time raya! huhuhuhu....







Celamat Aghi Ghayeeeeee!!!!



Tuesday, September 6, 2011

Sume orang citer pasal raya. Aku?

Hari ni mula kerja. Macam biasa kalau cuti panjang mesti aku siap2 drag cuti sampai Isnin. Hehehe.. sebab tak nak rasa Monday Blues..

Hari ni baru dan nak usya blog2 orang. Rupenye memasing dah update citer raya yea.. Seronok pulak aku membacanya. Lagi2 blog Little Parlour. Asyik cerita makannn je. Jeles haku... seronok kan orang balik kg, dapat makan macam2. Kalau aku balik kg kat Perak tu pun, sure macam2 makanan aku jumpa.. seronokknyeeeeeeeee....

Raya pertama kami just beraya kat Kajang. Pastu gi Semenyih rumah kakak. Raya ke-2 sempat la beraya rumah kawan yang dekat je ngan umah tu. Pastu terus shoot balik pahang. Ok takde nak update apa sangat. Jam dah 5.30pm ni. Nak balik dah.. perut pun da lapar, silap la pulak tak bawak kerepek2 yang ada kat rumah dtg ke opis ni. Plan nak berpuasa.. konon nak terus berpuasa sebab boleh turunkan berat badan. Tapi memandangkan keperluan susu badan untuk si kecik, jadi untuk minggu ni aku tak jadi puasa pasal nak up kan production dulu.

Ok. gambar belum donlod masuk pc. kendian2 ok..... bye