Friday, November 25, 2011

Kisah Serrrrammmmm wo0

Salam...

Macam dah lama je tak update blog kan? Macam bizi sangattt je kan? Ngehngehngehhhh... Ni ada benda nak cite ni... pasal anak, pasal ehem-ehem..... *ehem-ehem di sini bukannye apa2 ye*

Hari Selasa, kiranya rabu pagi la ni, terjaga jam 5pagi coz khalif ehek-ehek nak susu. Panas badan dia.. Aihh tetiba je demam budak ni apa hal? Lepas bfeed, cek suhu 38.9C. Terus bagi ubat demam... pastu dalam ngantuk-ngantuk tu boleh pulak aku temankan dia main-main sementara tunggu mata dia ngantuk. Siang/petang dah tido lama... tu yg bulat je mata dia. Masa ni aku on torch light kat henfon so cahaya pun samar-samar je la... masa dia kat riba aku, khalif sambil ehek-ehek tu tertoleh ke belah kiri. Terus dia terperanjat dan nangis. Masa ni memang aku nampak badan dia dgn reaksi terkejut. Aku selawat dan tiup kat ubun-ubun sambil pujuk dia diam..... Dalam seminit lepas tu aku dengar bunyi anjing kat jalan depan rumah, menyalak panjangggg je.. orang kata menyalak hantu. Waaa gile meremang wehhh.. tapi aku buat2 cool je. Lagipun masa ni suami takdak kat rumah. So kena la buat2 berani. Tak lama pastu khalif pun tido....

Masa kat opis pulak, petang tu aku ada meeting. Dalam kul 4.45pm, bibik missed call. Aku return call balik. Bibik cakap khalif terperanjat dan mata asyik tengok atas. Aku risau gile la.. aku cuma pikir dia kena sawan tarik je since dia demam pagi tadi. Aku confirmkan betul2 dgn bibik, macamana keadaan khalif - badan, tangan, kaki mengeras ke tak... mata mmg ke atas je ke.... tapi bibik pun agaknye panik n tak pandai nak explain kat aku. Terus aku zasss keluar dari bilik meeting. Call kawan kat tgkt bawah, ajak temankan balik kot ape2 hal ke kan....

Mujur dia terus call husbd dia mintak tlg dtg rumah aku kejap. Hsbd dia pulak baru lepas solat asar kat surau taman tu... oh husbd dia imam masjid. Tak lama pastu aku sampai rumah. Hsbd kawan aku da balik, dia da tawarkan air buat sapu kat muka n minum... kesiannn sangat budak kecik tu. Aku tanya bibik ape dah jadi sebenarnya... Bibik kata..

Khalif asyik terperanjat. Bila dibaringkan kat tilam, mesti terperanjat dan nangis. Bila bibik dah dodoi kat bahu, tido dan masukkan dalam buai, tak sampai seminit dia terperanjat lagi sampai buaian tu terbuai kuat. Bibik terus angkat, pastu nak mandikan dia. Sambil dokong khalif, bibik nak masuk bilik amik baju khalif. Masa melangkah nak masuk bilik tu khalif terperanjat sangat2 dan terus nangis. Bibik pun panik, tu yg dia terus call aku. Yang kelakar bibik cite, masa tu dia terus cakap2 'heiii hantu.. aku bagi anu aku biar aku tengok siapa kau.. aku cakap indon pasal aku orang indon....' tapi ade la dia selawat, ambil surah yaasin... masa ni khalish tido, damia lak ikut opah gi rumah makngah dia..

Tak lama pastu opah dan damia pun balik. Pastu dorang citer.. eh rupanya masa aku gi keje mak ngan bibik dah bercerita. Malam tu damia tido dgn opahnye.. masa tido tu tak tau la pukul berapa, damia terjaga dan kejut opah... 'opah..opah...mia takut.. mia nampak hantu'. Opah peluk mia dan pujuk yg mana ada hantu, opah suruh baca la al-fatihah, doa...

Aku tanya mia nampak apa.. dia kata hantu rambut panjang kaler putih. Pastu sebelah opah ada budak kecik, kat baju budak tu ada ulat... banyak kali aku tanya. Aku taknak dia buat-buat citer.. tapi citer dia tu macam ada efek dari citer2 seram kat tv je... tu yang aku nyampah asal malam jumaat je nak tayang citer hantu. bodoww....

Malam tu jugak aku bawak semua, termasuk bibik ngan mak gi jumpa ustaz. Ustaz scan n kata kat rumah tu memang ada lembaga hitam. So ustaz pun buat la.. dia suh husbd tabur garam kasar dan lada hitam yang ustaz bagi tu. Mula2 sampai rumah, yang lain dok dalam kete dulu. Husbd buat, campak benda tu dari pagar, pintu rumah.. masuk terus bukak pintu dapur. patah balik ke depan dan campak garam n lada hitam kat setiap penjuru rumah, bilik. bawah katil, toilet sampai tabur ke pintu dapur. Pastu call ustaz, ustaz scan dan kata clear, baru tutup pintu dapur dan baru lah kami yang lain ni boleh masuk........

Btw, kat rumah tu memang aku penah nampak pun lembaga hitam. Cuma tak sangka lak skang 'dia' nak main-main dengan anak aku pulak kan..... Harap2 lepas ni dah takda ape yang mengganggu.

Ohh lagi satu aku ada tanya gak kat ustaz pasal family matter. Alhamdulillah ustaz scan kami semua especially mak aku. Ustaz kata tak ada apa. Mak pun sama... Eermm pasal ape tu aku tak leh citer la. Family matter kan...... Cuma maksud ustaz tu kami adalah dipihak yang benar. Ustaz nasihat buat solat taubat, insyaallah nanti dapat lah petunjuk siapa dalangnya nanti. Insyaallah.. mudah-mudahan.

Ustaz yang aku pegi ni, kat prima saujana. Ustaz ishak... aku tau ustaz ni pun dari abang aku yg sulung... dulu dia rajin gak jumpa ustaz ni.

Eh ok la... nak balik. bye...

p/s: Khalif da 8bulan hari ni. Happy besday cayang.. heheh

4 comments:

sisdee said...

mcm2 kn...mudah2an u sekeluarga berada dalam lindungan Allah sntiasa insyaallah...budak2 mmg mudah nmpk benda2 camnie :(

Unknown said...

gulp! geerun.

nkniessa said...

seramnyaaa.... dah lah saya ni mmg takut citer2 seram ni.... saya pun x suka kat tv tu yg selalu mainkan citer2 hantu ni.....

Sue said...

sisdee,
yup... budak2 mmg nampak. terima kasih atas doa sisdee..

****

Jujue,
hihihi ngeri wo0.. dah jgn takut2. Kat penang takde kot..ngeee

******

nkniessa,
tu la pelik, produser sume mcm berebut2 nak buat citer seram. byk unsur2 tahyul..pastu bukan je budak yg takut, makbapak budak pun sama. bukan takut, tapi tah la... bosan tiap malam jumaat dok tayang cite seram. tah pa pe...