Friday, February 10, 2012

Tau tak kenapa makanan baby tak perlukan garam?


Can I put salt in my baby's food? This will also include the ever famous ikan bilis

I've just reviewed a good article about why we should give salt or anything salty to babies who are weaning and starting solids.

You should not add salt to your baby's food in the first year as this may damage her kidneys. At this age, your baby's kidneys are not mature enough to handle the salt loading. Besides, salt exists naturally in the foods you feed your baby.

In the first six months of life your baby needs less than 1g of salt per day, which she will usually obtain from breastmilk or formula milk. Between seven and 12 months this increases slightly to around 1g. Toddlers aged one to three years need less than 2g (this is the equivalent of 0.8g sodium per day).

To stay within these recommendations you should aim to:
• limit salty foods in your baby's diet
• don't add salt during cooking
• avoid processed foods, such as ready meals, pies, biscuits, crackers, soups, gravies, sauces, pizza, tinned vegetables, cheese, bacon and crisps, which are all very high in salt, and offer low-salt alternatives.

Foods made specifically for babies, such as jar foods and infant cereals, have a low salt content, as salt is not added during processing. These should not be confused with foods aimed at older children. These can be highly processed and have a high salt content and are therefore not suitable for your baby.

If you do choose to offer your baby or toddler high-salt foods, it is recommended that you only offer small amounts occasionally.

Salt is usually labelled as sodium on food labels: 1g of sodium is equivalent to 2.55g of salt. Read food labels carefully and aim to choose those foods with a sodium content of no more than 0.1g of sodium per 100g.

Suitable low-salt foods for your baby include fruit, vegetables and salad, plain meat, poultry and fish, eggs, pulses and milk. Whether they are fresh, tinned or frozen shouldn't make a difference as long as they have no added salt (tinned vegetables often have salt added so be especially careful to check these). Rice and dried pastas are also low in salt provided they have had no salt added during cooking. Make a habit of reading food labels, and you will soon get to know which are the most suitable foods to buy.

Reviewed by Dr Tan Siew Pin

*artikel from http://foods4tots.blogspot.com (thx)


************


Aku dah lamaaaa nak share pasal ni. Dah bertahun, sejak Damia mula makan dulu lagi. Tapi aku rasa tak perlu la, masa tu. Skarang ni aku rasa apasalahnya aku share kat sini. Benda yang baik.. lagi2 untuk anak2 kecil kita kan...

Damia, Khalish, dan skarang Khalif. Diorang start makan masa umur 6bulan lebih. Aku mula dengan puri buah2an... pastu bubur. Step by step. Dari 1 sesi makan sehari... slowly aku upgrade ke 2 sesi.. 3 sesi....... Slowly upgrade bukannya bermakna hari pertama aku bagi makan sekali, hari ke-2 aku bagi 2 kali.. BUKAN Begitu yea.....

Dan yang paling penting dalam tahun pertama mereka, aku langsunggg tak letak garam. Biaq pi la owang nak kata apa... tak sedap ka... tak dak rasa ka... biaq pi! Janji anak aku sihat walafiat... Aku pun dok heran la.. haaaaa dok bercerita ni sedap kalu guna loghat utara.. Aku heran tang manaaa kita sbg mak bapak nak detect, nak tau makanan anak kita lagi2 untuk baby bawah umur 1 tahun ni... sedap ka dak? Tang mana kita tau yang anak kita hat kecik cinonet ni, hat dok menyulur laju-laju ni.. hat dok 'baaa..baaa..tehh..tehh..' ni tau yang makanan depa ni tak sedap? cuba cakap sikit......

Kalu anak hat umur 2-3tahun tu memang boleh la kalu kita nak detect.. sure depa bole habaq kat kita 'ehhh tak sedap la nasik ni, rasa kopi'

Kalu anak hat menyulor2 tu... hat umur 6bulan, 8bulan....lagu mana kita nak tau depa kata sedap ka dak? Budak2 besaq ni makan apa saja kita bagi. Sedap ka dak ka.. makan sesaja! Kalu depa ketap mulut tu maknanya depa tak lapaq... bukan makan tu tak sedap kawan2 oi.... Budak2 besaq ni kalu hang dok bagi cikedis ka.. bagi choki-choki ka... semua dia makan. Hang letak la sebijik batu depan dia pun, kalu boleh dia nak makan perabih!

Tau dak kalau kita masak bubuq, letak ayam sikit... letak carrot sikit..letak broccoli sikit.. minyak sesudu (hat ni penting supaya ada lemak. lemak utk bagi tenaga) uihhhh da sedap dahhh!! Tak yah buh garam lagi dah...... Dalam ayam, dalam carrot, broccoli tu suma da ada garam semulajadi.

Apa tak sedap lagi tatau la aku. Cuma pemikiran kita ja yang kena ubah sikit. Tok nenek kita dulu kalau depa makan suma taruk garam.. abih dalam makanan anak cucu umoq 7bulan pun depa letak garam. La ni bila anak kita..... wajib ka kita dengaq cakap depa suh tarok garam dalam bubuq anak kita? Wajib ka... padahal hari-hari hang dok internet..dok google sana sini... cuba la hang google pasai garam dalam makanan bayi. Haa melambak2 kuar.... Semua kata jangan!!!

Bulan lepas budak2 aku antar pi taska. Bubuq khalif memang aku bekalkan. Satu hari damia cakap 'ibu, teacher kat taska kata suruh ibu taruk garam dalam bubur adik. Baru la sedap, baru la adik nak makan'. Sorrrrrryyyy!!! Hang ingat anak aku baru sehari ka makan bubuq takdak garam? Anak aku masa tu dok batuk, berhinguihhhhh sampai hilang selera makan. Kena antaq pulak kat nursery, mau tak meragam.

Tang mana lagi bubuq+ayam+carrot+broccoli (contoh lauk jaa) yang takdak garam ni tak sedap? Aku bagi kat Khalish ngan damia pun depa makan perabih!!!! Siap berebut lagi pasai bubuq sikit sangat. Tu diaaaaa....... Tak payah garam aih, ayaq tangan ibu yg masak tu lah yg buatkan makanan sedap hang tau dak? Hehhehehe......

********
Moral of the story:

  1. Makanan bayi bawah umur 1 tahun adalah tidak memerlukan garam tambahan. Sebab buah pinggang (kidney) bayi masih belum matang untuk memproses lebihan garam dalam badan.
  2. 6bulan pertama bayi (newborn sampai umur 6bulan) bayi cuma perlukan kurang daripada 1gram garam sehari, yang mana garam2 tersebut boleh diperolehi daripada susu badan atau susu formula.
  3. Bayi berumur 7bulan hingga 12bulan, cuma memerlukan garam 1gram sehari, yang boleh diperolehi daripada rasa semulajadi makanannya iaitu dari daging ayam, ikan, sayur2an, buah2an....
  4. Kanak2 umur 1thn hingga 3thn cuma memerlukan kurang dari 2gram garam sehari (bersamaan dengan 0.8g sodium sehari)

Kita yang dewasa ni pun dinasihatkan kurangkan garam... inikan pulak budak2 kecik? Aduhaiiiii...... Lagi satu, aku kalau memasak memang kurang garam. Nasib la kan kalo orang kata tawar, tapi pada aku da cukup sedap dah tu. Dulu suami komplen jugak, makanan tak berasa garam. Tapi lama-kelamaan dia dah biasa, siap bertambah lagi. Ape ade hal........ dan aku selalu kata camni:

'memang ayang saje kurangkan garam. Sebab nak keluarga yang sihat. Kalau kuat garam nanti macam2 penyakit yg datang, sape yg susah....?'

So ibu-ibu sekalian... percayalah cakap aku. Kesihatan keluarga kita adalah ditangan kita sendiri. Apa yang mereka makan, adalah tanggungjawab kita kerana kita yang menyediakan makanan tersebut. Hebat mana seseorang itu bukan diukur dengan berapa banyak atau berapa lama dia makan garam. Hebat seseorang itu adalah kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.... Ingat tu!!! :)


4 comments:

A.H.A.D said...

amik dr blog kak farah yer?
aku nak letak kat blog gak la...
hubby aku tu suka sgt nak suh letak garam...geram!

Sue said...

yups.. letak, jgn tak letak! hehehe... org laki memang.. sama je cam husbd aku.

mrs adam said...

a'ah kan tak bole letak garam kat mknn baby bawah 1 tahun.kdg2 jadi ibu ni kena tak pedulikan kate2 org lain.anak kita,kita tahu la yang terbaik tuk diorang kan.

Anna said...

Btl tu...aq mmg xnk letak garam..tp mak mertua aq senyap2 letak garam..esknya ank aq berak pastu melecet la anu die..nangis2 die...aq rse sbb letak garam kot...aq ckp dgn laki aq..tp laki aq ckp xkn la dsbbkn letak garam sikit dh leh jd mcm tu....eeee...e2 yg ssh klu mak mertua tegur sana sni sal didik n cara jga ank...ingt kita nie zaman dulu2 ke...skrg nie zaman dh moden..mak bpk pn lg byj info tgk dr tenet je...eeee...geramnya ....byk bersabar dh aq nie huhu