Friday, June 27, 2008

Baru nak update cite dah basi..

Yea.. memang kena ngan tajuk hari ni. Dah sebulan lebih dah tapi baru nk upload. Apa yek? Cerita holiday kat Langkawi tu la... Peginye da sebulan yang lalu tapi tak sempat nak edit2 pic bagai.. hari ni jumaat, rehat panjang, malas nak kuar even baru je gaji.. maka dpt lah nk edit pic dan upload sikit.

Percutian bagi kami kalau hanya aku-abang-damia cam boring sket la kan. Sebab kitorg dari zaman U dulu, masa bujangan lagi memang suke xtvt yg adventure. Adventure bukan lah berdua jek. Bahaya tuu.. Hahaha.. Kitorg b4 kawen mmg aktif la camping sana-sini. So dah biasa dengan kawan2. Jadi percutian ni pun kitorg g dgn kawan. 2 family la maknanya. Lagi satu kapel tu besfren abang.. iaitu azril-syikin-haiqal.

Kitorg bertolak kul 11pm dari Gombak, naik keta baru aku yang masih bau kedai. Sampai Kuala Kedah kul 5am. Lepas bekpes sikit, kul 7.30 naik ferry. So gambar2 di bawah ni menceritakan la perjalanan destinasi kami sepanjang percutian tersebut. Owh ya.. Plan awalnye, sampai sana pagi Sabtu 17 mei, dan balik pada 19mei. Tapi bila sampai kat jetty Kuala Kedah tetiba bapak2 orang ni extend plak lagi 1 day. Wah wahhh.. takut bini masing2 tak cukup masa ke nk shopping? Apa pun.. mekasehh yea. Even 4hari 3malam pun rasanya penattt sangat dan tak cukup masa. Rupanya masih ade lagi tempat yg kami belum pergi.. ada la dlm 20% daripada semua tempat2 menarik yg tersenarai dlm holiday map. Tunggu la anak2 besar sket, then kita gi lagik. Baru lah boleh ber-adventure di air terjun etc.



1st day-17th May 2008
-Lepas check in dan lunch kat Restoran Nasi Ayam yang macam glamer tapi hampehh kitorg wat lawatan rasmi ke Makan Mahsuri dan Beras Terbakar. Malam, rehat dan tido sebab kesian kat driver2 ni. Sampai kitorg pun tak makan malam dek kerana driver2 tertido tak sedar diri. Lapar bini masing2.

2nd day-18th May 2008
-eh tersesat lak gambar 1st day. Ok, lepas breakfast kul 10am, heading to Gunung Mat Cincang. Singgah kat tempat kapal2 ni. Aku lupa la plak apa nama tempatnye.. Ade petronas situ. Turun dari GMC pun da petang, balik apartment dan siap2 mandi utk kuar dinner lak. Sambil tu sempat la gi town, singgah Rams dan Idaman Suri.



3rd day-19th May 2008
-Lepas bekpes merangkap lunch, check in kat Nadias Inn kat Pantai Cenang. Kul 2pm heading to Porto Malai coz nak gi Island Hopping. Damia sgt suke masa naik bot bila angin menerpa muka dia. Tak nanges langsung! Destinasi pertama ke Tasik Dayang Bunting, then Eagle feeding and finally ke Beras Basah Island. Balik ke nadias masing2 berendam dlm pool plak. Damia sampai tanak kuar pool. Malam kuar town utk shopping lagi dan dinner. Balik bilik masing2 melepekk..





4th day-20th May 2008
-Lepas bekpes, bawak damia jalan2 kat pantai cenang. Pagi lagi so tak ramai orang. Lagipun weekdays kan. Rupenye damia takut laut. Hahahaha... sampai tanak turun main2 air pun. Pastu siap2 check-out dan balik...






Thursday, June 26, 2008

Am I an independent Person?




You Are 62% Independent



You've cultivated your own independent interests and personal style.

But you're open minded enough to also embrace anything trendy that strikes you.


Owh yess.. at least 62%. Hehehe... Even tak pernah lagi (rasanya la..) gi cinema sorang2, tapi aku ni kira independent gak arr coz bole jek makan sorg2 kat restaurant ke.. boring2 leh jek round2 shopping complex sorang2. Ermm.. kera sumbang? Tak ahh.. bila masa aku bela kera! Hehehe.. tapi kan.. for the 1st few times i met with somebody, he/she will tot me sgt sombong or whatsoever. Lantak la kan.. Yang pasti aku slalu jek cover2 kesopanan diri ku.. Aku tak reti la nk protokol2 neh. Ngan bos pon aku tak reti nak mengipas. Ade sape2 leh ajar? heheh..

Wednesday, June 25, 2008

Child's cough

Tadi my husband's bestfren's wife called. Syikin. Lama tak jumpa since we ols balik dari holiday bulan lepas. Her son - haiqal- start batuk2 since our holiday trip till now, tak elok2 lagi. So Syikin ask me for an advice. Cam doctor plak kan? So aku pun info la dia -

-jgn bagi ubat yg beli kat kedai, baby n toddler below 6yrs (ke 4yrs ekk? aku belasah je, da lupa) shd not be medicated that way unless got an advice from prof.doc

-Jmp la paed. In my case, will bring damia to kpj kajang maybe this evening or tomorrow la since damia pun da sebulan batuk2. da bagi ubat klinik pon still tak sembuh. sama kes la ngan haiqal.

Ubat batuk damia yg kaler ijau tu (dpt kat klinik Mazni cheras baru) langsung tak membantu. Ade lagi 1/2 botol dok simpan dlm fridge. Abang kan tiap kali damia batuk, mesti tanya aku 'tak bagi ubat batuk ke..' aku pon jawab 'bagi...' padahal tak bagi pun. Sebab apa aku tak bagi?? Sebab.. damia mesti lalok lepas minum ubat tu, aku takut efek kat otak ke ape ke.. so better bwk jmp paed. Tapi kat cheras tu aku tak tau la pulak klinik paed kat mana. Kpj jek la, dekat ngan opis.

Pastu tadik aku surf and jumpa satu website, very informative. 'dia' kata ada different types of cough. Maybe damia mengalami barky cough, tu hasil pendengaran aku masa dia batuk la. So ade advice on home medication iaitu :

1. Take a child who wakes up with a "barky" or "croupy" cough in the middle of the night into the bathroom, close the door, and let the shower run on hot for several minutes. After the room steams up, sit in the bathroom with your child for about 20 minutes. The steam should help ease breathing. Try reading a book together to pass the time.

2. A cool-mist humidifier in your child's bedroom might help with sleep. Cool beverages like juice can be soothing; avoid carbonated or citrus drinks, however, because they can be painful on raw areas.

3. You should not give your child (especially a baby or toddler) OTC cough medicine without specific instructions to do so from your doctor.

4. Cough drops, which are fine for older kids, are a choking hazard for young kids. It's best to avoid them unless your doctor says that they are safe for your child.

Ha kan betul aku info syikin tu pasal bolded sentence tu.. OTC means on-the-counter okeh. For more info plz click here. Okehh.. ni pic masa balik keje, memandangkan damia kena tinggal kat umah ngan opah, so terpaksa la bwk dia jalan2 naik keta balik dr keje tu. Singgah kat gerai makan pulak coz nk minum/makan2.






Huh.. lapaq sungguh haihhhh.. terjelirrr lidah anak aku nampak teh 'o' ais. Bukan dia nk minum pun tapi sibuk nak mengacau straw dlm air tu sampai tertumpah2 atas meja.

Ni masa gi kedai buku kat tesco. Excited dia tengok poster animals ni. So beli la, nk tempek kat dinding umah nanti..

Ada lagi 1/2jam time rehat ni. Nak menziarah Linda kat tkgt 6 la.. nak anyam ketupat sebelum raya. Hhahahahah... adios.. wait for me okeh linda..

Monday, June 23, 2008

My 10 most SIGNIFICANT 1st times..

Been tagged by Pn. Iszan lagik.. :p
Waa.. bole ingat ke lagi 1st time aku neh..? Aku cuba okeh, ticer..
1. 1st time gunting rambut
Masa darjah 5, tahun 1991-masa nak raya. Memang potong pendek paras bahu. Yeaa.. dari kecik sampai umur 11 tahun, rambut pun panjang sampai ke montot. Asal buat salah je.. kena ugut potong rambut oleh mak aku. Penah lari keliling rumah pasal takut rambut kena gunting. Hehehe...
2. 1st time naik flight
Masa tahun 2004, gi Sarawak umah akak aku yg baru pindah ikut asben dia. Tu pun Air Asia jekk.. Ok la kan.. Mak aku pun 1st time naik dgn aku tu.. kesian kitorg kan? At least merasa la.. Pastu start keje, bole kata tiap tahun akan fly la ke Sabah/Sarawak/ Langkawi etc.
3. 1st time kenal/jumpa asben
KLCC - masa beday member chatting MIRC tahun 1999. Nickname dia aku lupa sudah.. Masa berkumpul kat pintu tepi Dome's tu, perasan la sorang mamat ni tersengih2 kat aku. 'Apahal plak ni kan...' Aku dgn slamber terus je tanye 'Aku kenal kau ke? Ke.. kau kenal aku?' Dan2 tu la sorg brader chatting ni yg baik ngan aku bgtau 'Haa sue.. kenalkan, ini BILUT.' Aku pon.. 'erkkk bilut?? Sape ekk.. mcam kenal' Aku pon salam pastu tanye..'kenal aku ke?' Yess.. dia pon kata 'Ala.. kenal.. tun^ teja' .. Hak hak hak... glamer sungguh aku rupenye..... dan saat itu telah berlarutan ke saat ini dan insyaallah ke saat2 seterusnya.. huhu..
4. 1st time berpisah dengan keluarga esp mak aku..
Masa Form 4, masuk teknik tuanku ja'afar. Ni memang harapan aku le pasal masa darjah 6 dulu ade ke aku gi doa tiap hari supaya UPSR aku takdpt 4A, supaya aku tak masuk skolah asrama.. hahaha kelakar betul..
5. 1st time admit ward
Masa preggy masuk 37th week. Aku cirit-birit dan muntah2. BP naik mendadak. Bosan giler dok dalam wad. Baru aku tau betapa tak best nye admit ward ni.
6. 1st time mengandung dan bersalin
Alhamdulillah, sebulan lepas bernikah aku buat urine test dan +ve. Pengalaman yang menyeronokkan! My EDD was on 10th march 07. Bole kata tiap hari asben akan cakap dgn baby 'kuar la 9hb ekkk.. kita celebrate bday sama2' Then on 39week, 7hb aku check up kat hosp Ampang. Bp naik 139/80 kot.. Doc kata mayb bcoz of aku jalan2 dan penat. (padahal aku duduk tunggu da sejam kat situ) 8hb checkup kat KKIA cheras baru. BP still high. Dapat surat suh g spital terus. Ok la kan.. siap pi the store belikan pressie utk my fren yg bsalin kat hosp serdang ( I was planned to deliver there)
Lepas visit my fren, turun nk ke Wad Bersalin sebelah Wad kecemasan. Siap salah masuk, terpaksa kuar balik.. Then masa doc wat ctg ape sume (siap dlm kepala ni nk pi tgk wayang...) doc scan n kata 'eh..kepala baby da engaged' Pastu aku rasa panasss je.. rupanya doc pecahkan ketuban. At that time da 4cm bukak rupanye.. hehehe.. maka my baby pun lahir jam 12.22am, 9th March!!! Jimat duit aku tak yah beli pressie utk asben. hehe
7. 1st time dapat bunga
Tak ingat bila.. tapi masa bulan puasa. Tahun 1999 ke 2000 tah. Jalan2 kat Masji India ngan pakwe (skang asben la..) Pastu benti kat nyonya jual bunga. 'Nak bunga tak..' Aku pun malu2 kucing...'err.. tak yah la...' Dalam hati... nakk..nak... Akhirnya dapat la jugakk.. bangga gak aa masa tu coz budak2 ppuan yg lalu sebelah mesti kata 'eee besnye dpt bunga' Skang ni, jgn harap la nak dpt pasal asben aku bukannye mat bunga.. mula2 jekk.. poyos sungguh. hahahaha..
8. 1st time rasa diri ini cantik
Masa tahun 1998/1999. Pasal masa ni aku memang kurus. Bole pakai baju saiz M. Skang ni XL /XXL. Uwaaaaaaaaaa... nk kurus balik.......!!!
9. 1st time beli jeans
Aku dulu orang susah.. (sungguh sedar diri) kumpul duit sekolah tauu nak beli jeans. So jeans pertama adalah brand Lee tak silap. Harga seratus lebih la.. Anak yg baik takkan susahkan org tua. Hehehe...
10. 1st time beli handphone
Tahun 2001, dapat duit ptptn. Yea.. kan da kata tadi, anak yg baik takkan susahkan org tua. Hehehe.. Hp Nokia 3310. Hp tu pun da takde pasal org ragut beg skolah aku (masa nk g klas kat shah alam) dengan buku2 aku skali diangkutnya. Lagi skali beli 3310 gak, pastu simpan kat dlm kain cover peti ais. Aku gi mana tah time tu tak bwk hp, seminggu gakla.. balik2 tgk da ilang. Frust la kan.. Terus bodek mak aku belikan yg baru.. Samsung pulak. Hehehe... Pastu beli sndiri balik la..
Yeaa.. itu la dia 10 most significant 1st time dalam idup aku. Tu je yg ingat.. Okeh ticer.. bape markah nak bagi neh??

Apa dah jadi?

Aduuuyaiii.. rasa mandom sekejap. Pagi2 lagi da tak best. Apa tak nye, excited bangun pagi hari ni - tak sabar nk g keje - pasal ade meeting post-mortem apc - leh hentam2 org yg bijak pandai tu. Tengah betul2kan urat badan, hp bebunyik. Ada msg le plak pepagi buta kul 6.30 neh. Ingatkan asst. yg msg bgtau dia EL lagii (diulangi..LAGI - bape byk ko nk EL tahun neh, baik ko benti jek) Sekali tengok nama KAK MIN. Alamak.. mana aku nk letak damia?? Konfem! Kak min nk g spital plak coz kaki dia berdarah terantuk kat dinding mlm tadi. Aii.. baik baling2 pinggan dari cederakan diri sendiri. Hahahaha.. tu tohmahan aku jek. Tak baik kan?? :p

Atas request mak, maka aku tinggalkan la damia ngan opah dia. Lagipun cousins damia ade kat rumah tu cuma petang nnt la bila dorg g skolah, tinggal la damia ngan opah jek kat umah. Opah suapkn soto nasi impit tadi, pastu aku pon selambe je la babai damia, dia pon ok jek. Pastu masa nk naik kete, tetiba nmpk damia meluru ke pintu. Aiyooo.. dia sula tau wa mau kije la. Terpaksa la anak buah aku bwk dia jejalan kat area umah tu pepagi ni. Hahaha..

Masa odw tadi, da masuk hiway grand saga dah ni.. tetiba aku terasa something wrong somewhere lah! Aduuuuuyaiii.. Nak nanges rasanye. Takkan nk patah balik? Mau tersangkut dalam jammed yg macam laut tu! Muka abang da bengang da kot2 aku kata nk patah balik. Da la kuar lambat ari ni. Maka nak tak nak terpaksa la jugakkk meneruskan perjalanan. Hahaha da la ade meeting ari ni..

Sampai opis tengok kete my best buddy tadek. Aikk.. MC ka ari ni? Kata ada meeting. Then sampai opis aku, aku kol la LELA tanye jadi ke tak meeting. Sekali jawapan dia ' kak sue, meeting postponed ke 7hb la.. Dato' decide last minit jumaat ari tu. Coz Dato' nk masuk sama....'
Hiyaarrkkkkhh!!! Rasa nak karate je dinding bilik aku ni. Tapi ok la gak kan..Drpd dok umah, baik aku dok opis study, lusa nk exam. Hahahaha...


Ada rupe org bengang tak?? Dari atas memang da cun dahhhh..
Sampai tang kakii.... LU PIKIR LA SENDIRI...
.
.
.
.
.
.
.
.
TADAAAAAAA.......!!

Aku pakai selipar gi keje!!!!!! Uwaaaaaaaaaaaaa... nasib la selipar baru. Kalo aku pakai selipar jepun tadi, mau aku patah balik umah walopon muka abang masam dan muncung!


Friday, June 20, 2008

Entry selepas mlm jumaat.. hahaha

Ermm cemana nk start ni ek? Cam da lama plak tak blogging. Waduhh ~! Okess.. Entry kali ni saje je nk up pics ngan zubye. Dah lama terperuk baru nk upload. Hihihi.. Very tired la this week. Attend a course at Akademi Audit Negara for the whole week. Baru hari ni relax sket coz da abes course kan.. Byk lagi pics actually but i'll upload later aa..



Hmm.. byk story-mory nk tempek kat sini. Nak buat sesi luahan perasaan. Hahahaha.. ye ke? Tah aar tapi yg penting aku dah nyampah kat org2 yg suke memfitnah dan memburukkan org lain semata2 nk bagi naikkan klas diri sendiri yg sememangnye lebammm iteww.. Nak tau ayat keji aku??? Haa... ditujukan utk org tu..



Ko da la keringg.. itamm plak tu.. org kg mana tahh.. dtg keje kat sini baru naik sket da belagakk. abes ko jaja cite konon aku dan kekawan ni bodoh.. Helloo.. sape yg bodoh? Ko ! tau takk.. ko tu tak layak pon nk pegang post tu.. Pasal degree ko tu 3rd klas.. pulak tu course yg tak menjamin masa depan. Lenkali amek la course yg power2 mcm aku dan kekawan aku. Opss.. sowie, lupa lak aku yg ko pon sbnrnye tak layakkk nk sambung degree. SPM gred 3 gamaknye. Huhu.. Owh gred 1 ke? Ala kalo gred 1 cukup2 makan wat hape???? Meh sini tgk SPM aku gred bape.. bole ke nk banding kan dgn spm ko yg da keronyok mana ko simpan tahh.. Bodow punye olang. Ko ingat asal ko dok bagi ekon kat montot bos2, dorg vote ko ke?? Hahahah ko tu la bodow, tak tau bos2 tu sbnrnye pon dok hanginnn ngan ko. Tu la... kalo ko vote kitorg ni, kan ke selamattt ko keje sini selama2nya. Hahaha ! Adios~





Phew~~! Lega skettt.. tu pun selepas ditapis2 punye ayat. Aku kan baik... hahaha...

Okehh.. go thru the pics la, lagi bestt!



Hoho.. tengok la damia beraksi nakal. Jenuh nk kejar satu padang. Aku yg tak larat nk kejar..



Siap berangan atas batu lak tu. Ingat boiprennn ke??




Gerammm tgk anak ibu ni la.. hari2 kena cium. Tak leh miss punye. Tido pon pandai peluk ibu skang ni.. Pagi2 bangun tido, bukak peti ais.. 'hisss..hiss...' Hahaha.. antu cheese gak nehh cam Nasya

Monday, June 16, 2008

Happy Father's Day, Ayah....

"Daddy, daddy let me say
I love you in every way
I love you for all you do
I love you for being you
Daddy, Daddy let me say
Have a happy Father's Day!"

-DAMIA-


"With the start of each new day
I find myself thinking of you...
In the middle of my busy day,
my mind wanders and I think of you...
Out of nowhere I see your smile,
hear your laugh and I think of you...
Life is beautiful now because
I fall in love all over again
each time I think of you..
Happy Father's Day"

-YOUR WIFE-

Monday, June 9, 2008

CuteFam 2008 Photo Contest

We're selected as Top 30 Semi Finalist CuteFam 2008 Photo Contest! Thanks God. Will it be my besday pressie? Hopefully yes... But U guys.. I need ur vote to win a chance to be Top 10 and hopefully to be a WINNER!


The voting period has been divided into 3 schedules :


9th June - 13th June 2008

For the first 5 days, everyone can vote for their favourite photo(s), every seconds of the day, without limit. To do this, simply rate the photo(s) and refresh the page to re-vote. For each star you will see the number of votes and once you have placed your vote, you will see the total votes for all stars up to that moment.

14th June - 23rd June 2008

For the next 10 days, voting will be limited to only ONE vote for each photo in every 24 hours per IP address. For each star you will see the percent of votes and once you have placed your vote, you will see the percent for selected star and total votes up to that moment.
Vote for Your Favourite Photo(s) Now!


24th June - 28th June 2008

Starting 24th June, total votes will be hidden. For each star you will only see the title and once you placed your vote, you will get a Thank You message. Voting is still limited to only ONE vote for each photo in every 24 hours per IP address.The voting system will be down after midnight of 28th June 2008.

The easiest way to vote is -- just CLICk the STARS above, then REFRESH the page and u may vote lagi..lagi.. dan lagi.. Sila la sebar/gembar-gembur/hebah kan berita ini. hehe.


Thanx in advance...


*************************

Owh.. saya kenal orang ini. Kenal masa sama2 ber-island hopping di Langkawi baru2 ni. Tak sangka pulak leh jumpa balik walaupun jumpa gambar jek. Hehe..

Nampak tak brader ni kata belakang kitorg? Wife dia baik sgt.. Lembut je orang nye. Tak macam aku.. nampak lembut tapi ganas di belakang tabir. heheh.. Kalau akak ni terbukak / terjumpa blog aku ni.. aku ucapkan happy voting la kak..


9 June 2008 - My Birthday!!

Happy Birthday To ME...


Happy Birthday To ME...


Happy Birthday To Myself..


Happy Birthday To Me..

Syukur alhamdulillah.. Hari ini - 9 Jun 2008- genap umurku 28tahun. Syukur sangat2 di atas pelbagai anugerah yang Allah berikan. Syukur alhamdulillah kerana hari ini aku masih di izinkan untuk menyambut ulang tahun kelahiran ku. Semoga Allah memanjangkan usia ku dan memberkati semua rezeki yang di beri.
Terima kasih buat suami yang telah memberi sepenuh kasih sayang sejak perkenalan kita hampir 10 tahun lalu. Dan terima kasih buat Damia yang selalu menceriakan hati ibu..
Okey, stop ayat2 skema tuh! Malam tadi before tido, seperti biasa aku tukar pampers damia, pakaikan socks apa sume. Pastu aku pon siap2 tido. Abang kat luar - tengok tv. Baru je mata nak lelap tetiba abang call. Dalam hati aku kata -Aik.. dekat pon nk call2??- Jam masa tu kul 12.01am.
Abang : Ayang wat pe?
Ayang : Ermm nk tido ler.. nape
Abang : Happy birthday..!
Ayang : Mekacehhh.. ingatkan abang lupa!
Abang : Tak ah.. mana leh lupa..
Ayang : Ye la, mana la tau. Ayang saja je diam, nk tgk abang ingat ke tak. Hihihihi...
Abang : Ok lah.. gi tido. Babaii.. heheh
Wahh.. hari ni rasa bahagia sangat2. Dalam keta tadi saje jek cakap kat damia - Hari ni besday ibu... - Damia pun sengih2 macam paham. -Hepi besday jugak kat damia- Yea.. hari ni pon damia genap Setahun 3 bulan. Pastu damia terus suap biskut kat aku. Hehe.. hadiah utk ibu ekkkk.. pandai anak ibu.
Ok la.. nk wat keje. Keje..keje....

Friday, June 6, 2008

Pagi yang gelap-kini sudah terang

I dunno why. Lately i always in a swing mood. Temper tak tentu pasal. Pantang silap sket berangin satu badan. Only then i noticed, my period dah overdue. Supposed tengah bulan 5 tp until now tak dtg2 lagi. Pregnant?? Owh tidak sama sekali kerna aku da test pon. -VE!!

Kadang2 rasa senggugut, tu yg tambah lemah je badan.


Pagi tadi, aku tak tau la nape. Tapi aku bersalah sgt dgn Damia. Maafkan ibu... Jam 7.30am, aku da bersiap2 nk g keje, then nk tukar pampers damia - sekali ade 'kuih' la pulak.. Dlm toilet plak masa nk cuci2, damia main air sampai basah baju dia. Masa nk pakai pampers-baju-suar plak kemain ligat nk turun. Dapat lak dia capai plastik ubat aku, dia masukkan tgn dan amek krim ubat aku, then... aku nmpk ubat tu laju je masuk bwh katil. Arghhhh.... tensen! Damia pulak tak dok diam.. Mulut aku pon pot-pet-pot-pet macam ketapi yg terjatuh sungai kat sabah tu. Pastu terkeluar dr mulut aku -Damia, leh diam tak? Kang ibu cubit kang!- (dgn nada yg kasar dan tinggi) Pastu damia senyap, pandang aku mcm blur, mcm dlm hati dia kata -nape ibu ni? pagi2 da marah2? tak penah pun camni.. nape???-


Dalam keta even damia aktif, tapi aku dpt rasa jurang antara kami. Ke.. aku yg terasa sbb mood aku masih tak betul lagi walaupun aku cuba gelak tawa dgn damia?? Masa singgah beli nasi lemak damia, aku nmpk damia lambai2 senyum kat aku. Kesiann dia.. Aku je kot yg terasa kan?? Masa kat umah kak min, damia babai aku. then dia pandang je ayah, n babai ayah... pandangan dia kat ayah seolah2 cuba menyatakan sesuatu. Apa tu?? Apa maknanya?? Damia nk bgtau ayah yg ibu marah ke? Ahhh.. perasaan aku je kot. Sebab aku nmpk bila kete bergerak, damia senyum pandang aku dan lambaikn tangan..


Ampunkan ibu, sayang. Ibu tau ibu salah.. Ibu sayang damia lebih dari segalanya... Balik nanti kita gi jalan2 yea.. Ibu 'bayar' balik hutang ibu kat damia, okey!! till then.. bye