Saturday, March 28, 2009

Detik Kelahiran Khalish Amsyar

PIsnin 16hb mac 2009



Jam 8 pagi



aku bersiap2 untuk ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Rutin check-up just utk check BP je pagi tu. Damia telah di'rasuah' dgn Upin & Ipin di laptop bagi mengaburi matanya drp mengikut aku ke klinik. Nasib baik ayah ada...



Sementara tunggu no. dipanggil, aku terima beberapa sms dr rakan sekerja.



'Yea.. kat klinik ni. Pasni terus gi keje. Jmp kat opis yea'

'Owh sy kat klinik. Ada sape2 cari ke? Tghari sy masuk opis'

'Rehat..? tak bole la.. byk keje lagi. Kena masuk opis gak hari ni. See u.."



1st check bp, 140/80. Nurse suh rest kejap before repeat check. Jantung aku berdebar2 pulak.

2nd check bp, 140/90 (kalo tak silap la). Nurse suh masuk bilik doctor pulak.



Doctor check bp, 150/90. Makin naik... terus doctor bagi surat refer ke hospital. Takut pa pe berlaku pulak.



Terus aku sms staff utk maklumkan bhw bosnya tak dpt masuk opis.



Jam 10.30am



Sampai di Hospital Serdang. Lengang. 'Biar betull??'



Masa urusan di kaunter aku pon beramah mesra dgn kerani tu



'Labour room tgh renovate kak. Kita guna labour room sementara kat tgkt 6'



Owh patut la.....hmmm.. tak pe. Aku duduk sementara tunggu encik suami sampai (dr parking kete). Bila abg sampai, aku serahkan handbag dan brg kemas sume.. sempat minum air selusuh..



Masuk kat dalam. Nurse n doctor check dulu. Check bp.. tanya itu ini. Ada pulak trainee doctor 2 org. Lelaki. Yg melayu tu diamm je. Yg cina tu peramah la pulak. Tanya berkali2 benda yg sama. Rasanya nak je aku ckp 'ko da tanya tadi kan? tak paham2 lagi ke??'



Lama gak kat dlm tu. Mcm bilik saringan la... ade beberapa org ibu/bakal ibu di katil sebelah/depan.





Jam 12tgh



Doctor senior dtg.



'Bila due? Owh esok yea.. ermm BP awak naik turun ni. So kita admit ward dulu. Esok kita induce sbb kalau BP tinggi, mmg kita takkan tunggu lebih dari duedate'



Aku pon.. ermm.. ok la.. induce?? sakit ke...?



2nd doc (ppuan, muda) pulak kata b4 admiit ward, kita nak check bukaan dulu yea..



Doc ppuan mula check bukaan aku. Dah la ada trainee doc melayu lelaki tu. Aku nk kangkang pon tersepit2 rasanya. Last2 pejam mata tutup mata ngan tgn.. kosongkan fikiran.... naahhhhhhh..



'eh..ermmm..mcm lain je? Betul ke awak tak de contraction?



'Takde.. mengeras mcm biasa ada la. tapi yg sakit tuuu takde pon'



Dtg nurse yg agak senior. Dia pon check. Lagi ganas dr doctor tadi.



'Konfem.. 4cm' nurse tu kata... so tolak labour room la jawabnye. Alhamdulillah...







Jam 2.30pm



Aku dibawa ke labour room sementara. Macam dlm wad je. yg 4-bedded. Masa sampai, penuh. Maknanya ada 4 org tgh tunggu turn bersalin. Aku dihantar ke bilik sebelah (pemerhatian). Bila ada kosong, baru aku di bawa ke labour room tu.



Memang old-version punye. Hanya tutup dgn tirai je. Siap dgr dgn jelas org sebelah/depan mengerang dan meneran.



Owh.. husband tak dibenarkan masuk. Ye la.. sbb tirai je kan??



So aku sorg2 menahan sakit. Jam 4.30ptg, doctor check bukaan. Masih 4cm. So doctor pecahkan ketuban...



Pastu tgn kena drip, masuk air. Dan masuk ubat bagi bukaan cepat.

Nurse dtg tak lama kemudian, cucuk kat montot. Katanya ubat tahan sakit. Tapi bukan epidural yea..




Aku da target dari bilik saringan tu lagi, sure aku bersalin dlm kul 6-7 lebih gitu. Ye la.. kul 12.30 da bukak 4cm kan. So kira tiap sejam bukak 1cm la aku kira. Ni dah kul 4.30 still 4cm, tak tau la nak kata... tapi aku yakin je..

Bila sorg2.. time sakit tu..takde la mengada sgt. Ye la..sorg2 kan? Lain la kalau husbd ada kat sblh. Konfem mengada2!

Bila contraction makin kuat.. aku tak tau kul bape.. yg aku tau, mulut aku tak lepas dr membaca ayat nabi yunus dlm perut ikan tu..(nabi yunus ke? sorry kalao silap).. yg doa 'La ilaa ha illa anta subhanaka inni kuntumminazzoliminnn..' dan jugak surah (lupa ;) ) yg start 'alam tarokai fafa 'ala robbuka bi ashabilfill..'

Makbidan yg aku mintak buatkan air selusuh ajar suh baca Alam tarokai tu utk cepatkan bukaan. Alhamdulillah... berkat air selusuh dan ayat suci tersebut, aku tak rasa kesakitan mcm yg pertama dulu.

Jam 6pm

Agaknye la.. pasal aku tak pakai jam pon. Dgr org depan aku mengerang kesakitan mcm da nk beranak sgt. Aku relax lagi. Bila contraction dtg, makin kuat.. mata makin bulat. Rasa tak nk tido. Tapi bila contraction ilang..terus je mata ni pejam. Nape ek? Ubat tu kot..kan?

Pastu aku dgr org depan aku (lagi) panggil2 nurse. Ingtkan da nk bersalin. Nurse kata belum lagi.. hehhehe...

Aku pulak rasa perut ni keras sgt2. Pastu rasa tekanan kat bontot. Alahai.. da nak bersalin ke? Aku relax lagi. Dlm hati 'nak panggil nurse ke tak?'

2-3 kali gak rasa tekanan kat bontot tu. Kali ni aku tak yakin sgt da tiba masa nk bersalin. Sbb masa damia dulu mmg terasa sgt baby nak kuar. Kali ni tak pulak.

Bila sakit kuat, kebetulan ada nurse jengok aku. Apa lagi...

'Nurse..tolong.. Nak berakkkkkkkkk rasanyee'

'Nurse..cepat..sakitttttt sgtt ni'

Dan nurse serta doctor pon datang. Prepare itu ini. Dia suh aku teran.

Tak lama pastu kuar la Khalish Amsyar.

Part paling seksa adalah masa doctor nak kuarkan uri, darah beku dan nak jahit. Adoiii.. rasa nak sepak2 je doctor tu. Dah la doctor lelaki!!!

Apa pun, alhamdulillah.. lega rasanye!!!

Err.. no.3 nanti dulu kalau ada rezeki pon biarlah 3-4thn lagi. Seriauuuuuu gile!!

Friday, March 27, 2009

Kemuliaan Ibu dalam Islam

Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan
1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.

Dua rakaat sholat wanita yang hamil lebih baik dari delapan puluh
rakaat sholat wanita yang tidak hamil.Wanita yang hamil
dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah SWT. mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah SWT.Wanita yang bersalin dapat
pahala tujuh puluh tahun sholat dan puasa serta setiap kesakitan
pada satu uratnya, insyaa Allah bagai mendapat satu pahala haji.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti saat ibunya melahirkannya.
Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa empat puluh hari
selepas bersalin ia dianggap sebagai mati syahid.

Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya
akan dapat satu pahala dari pada tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis
maka Allah beri pahala satu tahun pahala sholat dan puasa.

Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempo dua setengah tahun
maka malaikat di langit khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesai
karena menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan
dua puluh orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya
yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri dua belas tahun pahala ibadah.




**Besar sungguh pahala buat ibu seperti aku. Alhamdulillah....

Thursday, March 26, 2009

Damia oh Damia...

Damia... ibu rinduuuuu sgtt kat damia.
Damia wat pe kat kg skang? Tak ingat ibu ke...?

Ibu dah sihat ni. Balik la sini cepat, sayang... boleh main dgn baby khalish.

Setiap waktu ibu teringat damia.

Tgh menyusukan baby khalish, tiba2 ibu terdengar 'Ibuuuu..'. Terngiang2 suara
damia panggil ibu kat tangga. Tapi bila ibu toleh, damia tak de...

Ibu rindu...........

Ikut hati ibu, tak mau ibu lepaskan damia ikut nenek balik kg ari tuh. Tapi bila difikirkan keadaan ibu yg tak sihat lagi.. dgn baby khalish lagi.. ibu terpaksa relakan..

Opah tak kuat nk jaga damia. Damia nak main kat luar kan? Ibu tau......

Ni ibu da kuat sikit. Baby khalish pon tak meragam sgt. Ibu yakin ibu boleh jaga damia..

Balik la sini, sayang..

Sepatutnya ayah da janji nk bwk balik damia, semalam. Tapi ayah ada keje pulak.

Ayah kata ahad ni baru ayah bwk balik damia. Ibu tak sabar sgt. Hidup ibu kosong tanpa damia..

Ibu sunyi... kalau lah damia ada.. mesti seronok(walaupun penat)

Owh.. rindunye ibu pada damia..

Monday, March 23, 2009

Hello, world!!

Alhamdulillah.. Ibu damia telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 16hb Mac 2009 jam 7.48malam di Hospital Serdang.


Berat baby 3.3kg. Kurang 0.05kg berbanding damia dulu..

Dan alhamdulillah jugak, pengalaman kali ke-2 ni boleh dikatakan kurang sakitt berbanding yg pertama dulu.
Keesokan harinya, ayah bwk damia dtg melawat. Dari luar pintu da boleh agak bunyik derapan kasut milik damia. Bila dia masuk je ke dlm bilik, 'IBUUU......IBUUUU..' dan damia terus meluru kat ibu yg terlantar atas katil.
Bila ayah ckp ada baby, baru dia perasan dan mula la sibuk nk tgk baby. Tgk pulak baby guna selimut yg sama dgn damia masa damia lahir dulu. 'Mia nye....mia nye..' sibuk tarik selimut tu. Tapi damia da faham bila ibu kata 'Bagi baby pinjam yea...'
Pengalaman yg dialami dari awal hingga akhir, insyaallah akan diceritakan di post akan dtg ;)
Dan kini mempersembahkan kepada dunia........................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KHALISH AMSYAR BIN KHAIRULL AKBAR

Sunday, March 15, 2009

Yeayyyy!!!

Finally, dpt jugak berinternet kat umah. Thx, abang.....





Actually tak kisah pon tak surfing kat umah since dok umah lagi byk keje yg leh mem-bz-kan aku. Tapi memandangkan da nk hampir bersalin dan dan lebih suke surf info berkaitan baby-confinement etc, maka mmg harapp sgt ada internet connection kat umah.






Selain itu, lagi senang aku nk online shopping masa dlm tempoh pantang nanti. Ermm.. actually aku tatau pon kewujudan mende ni. Yg aku tau Maxis Usb broadband tu jek. Abg kata yg tu coverage tak power. Ye gak kot coz dia penah try member punye n tak dpt pon nk surf pa pe. Tapi yg ni memangggg lajuuuuu!!! Sukeeeee!

Okeh..mcm biasa nk tepek gamba damia. Dia sibuk punggah laci dan kuarkan tudung2 aku. Berkenan sungguh dgn anak tudung yg aku pakai masa kawen dulu tu. Bila aku kata 'damia mcm ct nurhaliza laaa...' (mcm la dia kenal ct) makin lebar sengehhh dia.




Gambar harus blur coz anak dara tak reti diam



Thursday, March 12, 2009

Damia di usia 2thn

1. Da tak pelat 'S' 2-3 hari b4 birthday.

Dulu : bash, nanash
Now : bas , panas

2. Makin bam-bam... tapi berat tak naik sgt, just around 12-13kg je dlm bape bulan ni

3. Makin noti. Kalau suh wat pa pe cth: wash hands ke.. dia akan kata 'OK... JAP!' tapi lamaaaaa nk tunggu dia dtg kat sinki.

4. Owh..org lain tak leh kiss my belly (adik dia) even ayah pun tak leh peluk/kiss. Dia akan kata 'Ya (mia) nye baby.., no-no-no'

5. Bila berlari, ada gaya tersendiri. Sgt comelllllls!! dan gedikkk je aku tgk. hehe.. Opah pon tergelak tgk damia berlari..

6. Susahhh nk pakai pampers. Sampai ibu naik angenn dibuatnya!!

7. Kalau ibu bising2, damia akan test samada ibu marah ke tak kat dia. Dia akan panggil 'ibuuu...ibuuu..' berkali2 sampai ibu menyahut. Tapi kalau ibu serius je dan tak sahut panggilan dia, terus menangis. Maknanya dia tau ibu tgh marah..... Tapi kalau ibu ckp 'YEA....' lepas berkali2 dia panggil, damia akan peluk aku sbb dia tau ibu da tak marahhhh.... :d

8. Sgt sukee dan syggg dgn baby! Kalau g mana2 n nmpk org dokong baby, damia akan gi kat baby tu.

9. Apa lagi yea? Ermm mcm biasa, mulut tak penah berenti bercakap!!

10. Dan lain-lain

Tuesday, March 10, 2009

Happy 2nd Birthday to Damia


HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO DAMIA

HAPPY BIRTHDAY TO YOU



MMUAHHHHSS!!!




Suke sgt pic atas ni tp sayang, coz ayah snap masa ibu tgh bukak kotak cake. Damia genap 2 tahun pada 9 Mac 2009. Majlis sambutan birthday dibuat awal iaitu pada 8mac dgn harapan hari isnin 9mac tu (cuti Maulidurrasul) bole la berehat2..

Damia hepi sgt2. Masa tiup belon utk buat deko.. dia sibuk menyanyi lagu birthday. Sampaikan ibu nak gantung belon pun dia tak bagi coz nak main lambung2 belon. Sabo jek la....

Majlis dijadualkan bermula kul 5pm. So ayah gi amek cake kul 4.15pm dgn damia. Sekali balik2 umah, damia da tertido da.. alahai..pengantin tido di saat tetamu da mula memenuhi ruang tamu. Takpe, ibu bagi chance 15mnt damia tido. Pastu kejutkan dia. Mula2 merengek sbb tak puas tido. Tapi bila ibu kata nak buat birthday, kawan2 da dtg, terus dia bangun n nak sikat rambut. Damia kata 'malu kannn? ' ---Malu coz rambut serabai




Sila abaikan background dinding tu yea. Ni hall yg under construction. :p





Damia kata 'Tco Tco Yo' bila tgk cake ni.. (kaki pocoyo da terpotong masa cake cutting)



Ni design pocoyo yg aku bagi kat kedai cake tu utk draw atas cake.

Damia masa cake cutting. Sempat tangan dia meluncur lajuuuu atas gambar pocoyo tu dan terus lickin' d fingers. Sabo jek la....





Damia mengedarkan gift kpd tetamu sambil ibu memegang bakul gift tuh!



Alhamdulillah, murah rezeki damia tahun ni. Ramai budak2 dtg. Ada la dlm 30 org kot... penuh rumah! Food pun ngam2 ho jek. Tak lebih tak kurang. Mula2 bajet mihun 2pek cukup la coz jemput tak ramai. Akhirnye abes gak 4 peket mihun!!


Thx to my beloved sister, kak normah yg dtg awal. Sib baik dtg awal. Harapkan mak buyung ni, alamatnye tak siapppp le!! N thx to ajan ngan fasha yg byk tolong2. Aku jadi mandooor sajekk!

Dan tak lupa utk ayah damia....


HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO ABANG

HAPPY BIRTHDAY TO YOU..





Birthday girl ke boy ni????? Hehe.. Ni damia punye keje. Ayah kena pakai crown gak coz bday ayah gak kan.....?



Pagi 9Mac.. damia bangun dulu. Dalam mamai2 dia, sempat dia kata :


Scene 1 :

"Ibu..nak bibitt'
"Wat pe.."
"Nak main bibit' <---ayah, anak mu ini nak RABBIT ke sbg hadiah bday? Pagi2 da mintakk ni


Scene 2:
"Ibu.. jom..naik kete"
"Nak gi mane...?"
"Gi alan..." <------ujan la sayang... mata ibu tak leh bukak! :)



Scene 3, damia da sedar dari mamai. Ibu malas2 nak bangun coz hari ujan.


"Ibu... anyunnn'
"Tanakkkk'
'Ibu..anyun la..'
"Tanak.. ujan!'


hehe... pastu damia bukak lampu dan main dgn anak patung dia sambil mulut menceceh sambil suh ibu ngan ayah bangun. Hihi...


Sunday, March 8, 2009

Mari buat dadih...


Dadih - my feveretttt dessert okeh!!! Yummyyy~~!


Sempena majlis utk menyambut birthday damia, aku -mcm tahun lepas gak- buatkan dadih sbg pencuci mulut di majlis tu nanti. Senang sgt nak buatnya dan kos amat2 murah.... yang penting SEDAP! Since aku tak pernah post apa2 resepi ke ape ke..so kali ni saje jek la nk post cara2 aku buat dadih segera tuh. :)



1. Mula2 didihkan 3000ml air, satu tin susu sejat dan 100gm gula.



2. Sambil dok tunggu air mendidih, susunkan bekas2 utk isi dadih. Kali ni aku guna cup kecik je. Jimat..hehe..




3. Gunakan dadih brand Happy Grass ni. Mcm2 flavour ada. Harga RM4.90 camtu la.. paling mahal kat kedai pun RM5.20 kot..ikut kedai la dia nk up bape harga nya. Brand lain tak penah try.




Dalam peket tu..mende ni la. Yg besar tu utk jadik dadih dia. Yg kecik tu adalah gula buah2an.




4. Bila air tadi da didih, tutup api. Masuk campuran dadih, kacau 5minit. Pastu masuk lak gula buah2an dan kacau rata. Da siap tu leh la tuang dlm cup dan biarkan sejuk kejap b4 masuk dlm peti ais.



Mango flavour

Cappucino Flavour
**Both flavour ni 1st time try. Yummyy~!! Biasanye buat flavour strawberry, corn & Chocolate. Tapi tadek stok kat kedai..
Sekian



Wednesday, March 4, 2009

Bday Present Hunting (On9 sajekk)

Tadi called Toys'r'us KLCC. Asking whether diorg ade Fisher Price Kitchenette ke tak. Emmm.. Nampaknye takde la!! Yg ada, private brand diorg je - Just Like Home. Dah surf website dia, ada 2 jenis kitchen.

Kelmarin gi Tesco, tgk2 ada set kitchen gak. Price dlm RM75+ la kot.. besar gak kotak dia tapi aku malas nk menjalankan misi mengorek kotak nk tgk material dia. Beli mahal2 kalau sekali hempuk dek damia, berkecai, nk wat pe kan....

Maybe Isnin ni (cuti sempena Maulidurrasul) nak gi Toys'r'us KLCC la.. Sungguh lama tak pegi KLCC. Kena standby RM lebih2 la.. sbb Damia akan pegang tu pegang ni - menanges2 nak tu nak ni..- Aiyooo.. kalau tiap2 bulan dpt bonus tak pe gak!!

Damia tak sabar2 nak celebrate Birthday. Dia mcm tauu je la. Da paham kot. Tiap hari ckp 'Ibu..nak epi beday to uuuu' (dlm pelat dia la..)

Dan tiap hari.. kalau naik kete sepanjang perjalanan sampai naik kebasss tinge aku mintak nak naik bas la.. nak naik lori la.. nak naik van la.. Sampaikan dia cakap 'Ibuuuuu.. nak naik oyi ampah'

penatttt ibu ngan ayah belajar pandai2..keje bagus2.. anak nak naik LORI SAMPAH plak. Bole?????

Tuesday, March 3, 2009

Damia

Lagi beberapa hari lagi genap lah usia Damia 2 tahun. Cepattnye.. rasa mcm baruuu je kuar labour room. Sakit pon masih terasa (dan nak merasa lagi sekali tak lama lagi..addeehhh..)

Dulu, sgt suke dgn camera. Pantang suh pegang camera @ hp, mesti dia smile sendiri atau suh snapkan pic dia. Pantang org suh 'smiiileeee' panjang lah senyum dia dan body pun freeze supaya senang amik gamba.

Tgk la gamba2 kat bwh ni..



*GEDIX kan???*
Tapi skang ni, makin susah pulak nk amik gambar dia. Bila tau org nk snap gambar..mula la buat aksi tak pandang kamera. Konon2 model la tuuhh... ceitt!!

Gambar atas ni - elokkk je dia pandang kamera, pastu masa nk snap cepat2 dia alih muka.. agak2 org da tak amek gmbr, baru dia toleh semula..



Yg ni pulak.. tiap kali pas snap gmbr damia akan mintak nk tgkkkk.. so acah2, tipu2 dia konon nk bukak gallery dlm fon nk bagi tgk, tapi sbnrnye nk snap.. baru dptt muka tersengih ni...


Weekend lepas, kemas2 bilik n prepare katil baby (utk kali ke-2) lepas damia da menggulaiiikan katil tu. Penat... Bila da tukar bedsheet, pasang kelambu, susun bear sume.. Damia mintak nak tido dlm tuh. Adoiiihhhh... Nmpknye kena kemas lagi la nanti.



Badan statik, tapi muka blur.. coz dia alihkan muka masa nk snap gambar.



Ni betul2 model beraksi. Saboo je la..




Last2.. jadik cenggini.
Ermmmph.. da besar anak dara ni. Suka menyakatt org esp opahnya. Asal opah nak dok depan tv, mesti dia conquer ruang tu.. berdepang tangan, terkangkang kaki tak bagi opah duduk. Pastu bila opah da duduk n tgk tv.. tak lama pastu tetiba je damia bangun n blok tv dgn tgn.. pastu sengih2 nakal.. bole??
geramm je tgk. Rasa nak geget2 pipi dia!!! Mcamana la keadaannya bile da ada adik nanti yea..
"Damia, nak baby girl ke baby boy?"
"Baby boy"

Tak sabar nak tgk reaksi damia masa melawat ibu kat hospital nanti. Happy? Terkejut? Merajukkk...?
Tapi ayahnya da konfem, kalau baby nangis je sure damia org pertama nak suapkan susu botol dia.. hehehhe..

Monday, March 2, 2009

Apa nk beli utk bday present ekk?

Cepat sungguh masa berlalu. Kejap je da masuk bulan Mac. Sambil2 menghitung hari utk bersalin, sambil tu jugak menghitung hari utk meraikan hari jadi Damia dan abang. Asyik pk bday present apa nak dibeli utk damia, baru aku teringat yg aku tak pk langsung bday present utk ayahnye.


Tahun lepas, ayah beli basikal utk damia. Ibu beli buku2 Grolier (yg masih dlm kotak lagi.. bukak sikit je baru). Tahun ni pulak..memandangkan damia sgt rajin tolong ibu kat dapur.. sgt rajin punggah periuk belanga bagai.. sgt rajin berimaginasi masak ikan stim dlm periuk kukus (tah sape ajar tah...) maka ibu rasa, ibu nak belikan kitchen set utk damia la. Tgh survey2 skang ni. Berkenan sungguh Fisher price Kitchenette tapi kat mana ade jual? Setakat survey online je mampu skang ni. Nak window shopping, harap maklum le dgn keadaan diri yg sarat ni.


Utk suami tercinta pulak.. ermm.. knit boxer ari tu leh kira sbg bday present tak??? Hehehe.. Nak kena tgk dulu apa yg diperlukan. Sbb suamiku ni bukan leh bagi sebarang benda. kena bagi yg dia betul2 nak guna. Teringat dulu, bagi jam yg besi tu.. brand ape tah aku beli kat Chain City, JJ Bukit Raja. Time tu di alam percintaan lagi. Rupa2nya dia tak suke jam mcm tu. Nak yg jenis sport punye je... last2 jam tu berkecai masa dia accident dulu. Nasib orgnye ok, jam je berkecai.


Tahun 2007, tak bagi bday present pon kat abg. Coz da bagi present yg sgt MAHALLLL tau!! Iaitu Nur Damia Qaisara. **sempat wish hepi beday kat abg tepat kul 12 mlm, then 21mnt pastu kuar si kecik**

Pa pe pun... tak kesah la present ape pun.. yg penting ikhlas. Hehehe...