Wednesday, November 25, 2009

Ujan2 pon tetapppp melawatt jugak

Yeahhh..sempat melawat Zoo Negara okehh!


Last 2 weeks, pagi2 lagi Damia kejutkan ayahnya ajak pi playgorund. Time tu tak hujan pon tapi da bole agak la bakal hujan coz cuaca sejukkkk je. Tetiba plak ayah kata 'Joommm gi Zoo!'

Alamak aiihh.. biar betul laki aku neh. Tak plan pa pe pon tetiba je ajak. Tapi aku ikutkan jugak la coz Damia excited sgt dahh nk gi zoo.

Dah siap2 tu hujan turun selebat2nya. So tunggu laaa hujan reda then baru gerak ke zoo. Ni 2nd time visit for Damia. 1st time visit utk Khalish. Tapi khalish tak paham pa pe pon lagi. So takde efek sgt la..hehe



Encemm takk?


Hehe masa ni lepas tgk show sealion. Dia tak nmpk pon sealion tu coz jauh. Khalish dok meraba2 dan menggabai2 rambut org je kejenye. Jenuh aku pegang tgn dia. hehe



Damia & Mr.Nelson



Damia yang request nk bergambar ngan patung ni. Comell je bila dia cakap2 n ajak patung tu bergambar.


Teruja tgk burung bangau yg besar2 dan sungguhhh banyak.




Damia tgk elephant dari jauh je coz takut.





Lajuuuuuuu je budak ni lari2.




Kali ni pegi tak jalan ke semua tempat la. Sebab da petang pon. Dan hari da start nk hujan. So 1st sampai tu kul 3.30pm sempat la tgk show sealion. Pastu jalan2 tgk ungka dan kawan2. Pastu pegi tgk badak air...lebah..


Damia excited nak tgk elephant. tapi bila smpai kat tempat tu, dia jadi takut pulak. Agaknye dah la nmpk zirafahhh yg tinggiiii. Pastu elephant besar bagak. Hahaha..tgk dr seberang jalan je! So banyak gambar Khalish je la nmpaknye... tu pon cranky tanak dok dlm stroller! Penatt la weiihh nk berdokonggg je. Lenguh tangan ibu, tau tak.





Budak tanak dok dlm stroller...



Owh lupa. Lepas tgk badak air n lebah tu, kitorg masuk kat zoo mini kanak2. Ada kambing.. pelanduk ke kancil ntah.. ade burung.. ada keldai.. Last time pegi ada spesis tikus besar bagak. Kali ni tak nmpak pulak..




Cakk~~!

Khalish buat muka selambeee je. Takde perasaan langsung!



Sebelum balik, kitorang sempat naik tram, round keliling zoo. Ehh tram tu baru tau. kena bayar lak tu. Dulu nye tram yg old-skool tu dah takde dah. Kami balik dalam keadaan hujan lebat. Sib baikk laaa sempat naik tram. Dan-dan naik terus hujan lebat. Huhu..


Khalish menanges2 nk kuar.

Lapar pun yea. Dan ngantuk jugekk



Damia nampak cam budak tadika la.. hehe


And last but not least... my faverettt photo!!!!


.


.


.


.



.



.


.


.


.


.



Harus di print at least size 8R nih!!!

So0o comelll tgk akak ngan adik ni!! Love both of u laahhh

By the way,
ade sesape interested dengan Premium Beautiful??
Ada 2 set saja yang available.
Free PB Wash okeh!!
Contact me for the price & discount ;)

Sunday, November 22, 2009

D&K @ Birthday Bash Zara

D&K = Damia & Khalish.

Waah..mcm best pulak guna D&K tu. Huhu.. Actually event ni awal bulan ari tu.. Tapi disebabkan kebizian tahap gaban, maka baruu la nk buat entry pasal Birthday si YAYA ni. hihihi..


Dyan Zara Emelyn binti Mohd Ruhaifi. Admire gileeeerrr lahh! dgn nama dia. Ingat lagi masa Linda pregnant dulu, dia mmg sukeee sgt dgn nama Zara masa wedding Raja Nazrin ngan Tuanku Zara yg cantikkk tu. And dia berhajatt sgt kalau dpt baby girl nk bagi nama Zara.


Actually Zara ni sebaya je ngan Damia. Cuma damia lahir awal tahun. Zara hujung tahun. So Zara masih nmpk mcm baby lagi compared Damia. Ye la kann.. Lagi bape bulan je Damia nk cecah 3thn.


Cite pasal Linda pulak, dia ni opis-mate aku. Kenal masa aku baru2 keje kat sini la.. INgat lagi..kami berkenalan dlm toilet. Hahahhaa.. dia yg ramah, tegur aku dulu. Nak harapp aku??? Aku kan pemaluuuu..hikhikhik. Tu yg penah ade sorang umat tu, marah pulak bila aku tak tegur dia masa dia turun dr tangga bak seorang Permaisuri. Macamanalaaah aku nk tegur. Kenal pun tak! Pulak tu aku baruuuu je keje tak smpai seminggu. Hihi..kelakar.


Okeyy..kita enjoyy la beberapa pic yg sempat aku snap. Sowie ye kualiti gambar adalah kurang memuaskan. Tunggu lah aku kaya sikit hari lagii.. aku sambar DSLR pulak. Owhh impiann ku!!



Deco yg simple tapi menarik. Suke kombinasi warna balloon tu.


Ruang khas utk makanan kanak2.

Alamak.. ayah budak pon amek food kat sini. hehe



Hepiii besdayy to uuu..hepi besday to Baby Doll!! Ehh...


Cake-cutting with mummy yg vogue walau pregnant dan letih!




Birthday Girl






Ada pinata game. Damia excited nk join.



Tapi susah gile nk pecahkan pinata ni.


Damia sgt admire princess cake ni.

Nak makan pon cam sayangg je kan?





Finally, of coz la ade gambar kami!!
Nasib baik aku tak nmpk terlalu besar dlm ini gambar. Hahaha.. thx to Zara n perut u yg buat u nmpk lebarrr..n thx to khalish yg buat pinggang i jadi tak nmpk. :p

Kami meninggalkan majlis pada pukul 3pm kot rasa2nya. Khalish da penat sgt. Pas cuci dia nye poo poo, terus nenenkan dan dia tertido tanpa pakai suar. keciannn sgt!



Apa2 pun, kami mmg enjooooyyy sgt2 kat party Zara tuh! Thx to Linda & Pitt yg sudi menjemput kami sekeluarga. Dan thx to akak2 dan adik2 serta mak Linda yg rajin melayan kami. Baik hatii sungguh family dia. Suka tgk hubungan akrab Linda & Family..

Owh lupa pulak. Damia sukeee sgt nak kawan ngan Zara, Alesya dan Zalia. Tapi tak sempat nk main lama2. Huhu.. Tahun depan jemput la lagi yea!!

Tuesday, November 17, 2009

"Apple" vs. "Pear"




Sebagai seorang wanita, mana satu yang anda mahu? Apple atau Pear? Dan kalau2 lah ada para lelaki bergelar suami atau tunang atau boyfren yang baca blog ni, pattern manakah yg anda mahu ada pada isteri/tunang/girlfren anda?



Pasti ada yang berkata "saya suke bentuk HOUR-GLASS" O-yeahhh??? Tapi suke tak kalau badan yang berbentuk Apple di transform kepada Pear?? Dan tak mustahil Pear menjadi Hour-Glass pulak nanti.... \(^^)/



Tak kiralah apa jua bentuk badan anda, anda masih mampu utk mempercantikkannya lagi. Nak tau bagaimana? Premium Beautiful lah jawapannya... Mampu merubah bentuk badan hanya dalam masa 5minit. Tak percayaa...? Cuba la....






CREDITED:

*1st pic from here

*2nd pic from here

Monday, November 16, 2009

Inikah rupanya yang aku minum selama 29tahun?? OMG!!!

Semalam lepas kemas2 dapur, terdetik pulak di hati ni nak membuka dan mencuci filter Bio Aura utk pertama kali. Actually kalau ikut dalam manualnya, kena cuci tiap 3bulan. Tapi aku baru pakai dlm 2bulan.. ahh tapi tak pe la kan? Sebab rasanya mcm da tebal sgt kot smpai air yg kuar dari tap tu pon kecik gile n slow!
Nahhh..bukak2 je mak aiihh... kuning+hitam.. geliiiii...



Filter A yang menapis segala lumpur, pasir, batu2 halus, klorin etc.



Nampak cantik bukan? Yeaa..ini lah yang ada dalam
air paip di rumah kita kalau kita tak pernah filter sblm digunakan.
Benda ni yang akan sebati dlm badan kita. Mauuu??


*this pic is credit to Mai*



Hanya perlu dicucikan dibawah aliran air paip dengan menggunakan span jek..
Tapi aku lupa plak nk guna span, bole je...





Clear!! Kesan2 kuning tu bole hilang kalau aku cuci dgn span.
Ape le sengal..nk cepat punye pasal la ni coz nak jumpa customer yg order Bio Aura, nk g pasang kat umah dia..

Aku tunjuk kat mak.. Mak pun terkejut bila tgk 'kandungan air kita'. Ini lah yg dah sebati dlm badan aku selama 29thn ni. Kalaulah dari awal tau pasal produk ni, dah selamat lah at leat 2tahun usia aku dari segala kekotoran tu.

So kepada kawan2 yang sayangkan keluarga, apatah lagi yang ada anak2 kecil.. bayangkan lah kita kat rumah bukak tap dan tadah air dlm cerek. pastu bila mendidih, kita prepare utk buat minuman ataupun bancuh susu anak2. Air tu pulak tanpa ditapis dahulu... bagi anak minum???

Eiii Yucckss!!

Kesian budak2... Apalah sangat harga duit kalau nak dibandingkan dengan kesihatan dan kesegaran tubuh badan kita esp kanak2 kecil? Dan produk Bio Aura ni pun bukanlah mahal sangat. Masih mampu dimiliki. Kalau Astro pun boleh dilanggan dengan harga RM100 sebulan yang entah akan diguna selama mana dan di bayar tanpa ada apa2 peningkatan kepada kesihatan kita... FIKIRKAN LAHH!

Thursday, November 12, 2009

Cerita milestone Khalish

Khalish masih di usia 7 bulan. Lagi beberapa hari nk genap 8 bulan. Kali ni just nk cerita milestone Khalish...


* Masih meniarap dan dah laju menyulur ke depan.
* Da bole jalan tapi guna walker la...
* Tapi masih belum merangkak apatah lagi duduk tanpa di sokong.
* Kuat Makan!
* Suke makan bubur + carrot + ikan goreng (tanpa kunyit & garam)

* Bole je ngan sapa2 pon, takde stranger anxiety lagi
* Tapi suke nanges2 cari ibu bila tak nmpk ibu depan mata, lg2 kalau kat umah.. tensi je rasanye. Nak kencing pon susah wo0o..
* Hobi: tarik rambut org esp kak damia nye rambut.
* suke mengacau kak damia lagi2 kalau terjaga dari tido n nmpk kak damia tgh sedap tido sblh dia. Siappp arrr.. abes kena tarik rambut n gagau muka..
* Pantang nmpk org tgh makan, berjujuran air liur kuar n mulut berkelicap2 smpai kite rasa tak smpai ati nk makan kalo tgh pegang dia.


* Da takut makan ubat sejak demam ari tu. Mulut akan di katup serapat2 yg boleh.
*Pantang bukak pampers, cepat je tgn nk pegang be-bird dia smbil gelak2. Eisyyy.. sape ajar nehh???




apa lagi ekk? Ok la tu kot. Tapi di usia mencecah 8 bulan ni, Khalish masih belum merangkak dan duduk sendiri??? Salah kan walker, pls....... isk isk isk.. aku tak mo ajar dia duk dlm walker sbnrnye sbb da tau akan jadi camni. Dia akan bergantung pd walker tu sbb da sedapp duk n jalan laju. So bila biarkan dia meniarap, kejap je la tak smpai 10minit dia menanges2 nk dokong.


Damia dulu.. bole tgk gmbr2 kat belah kanan ni, usia 5bulan dia da start merangkak.. 6 bulan da pandai duduk tanpa disokong.. so aku sbg ibu ni pon expect the same la kat Khalish kan.. Risau jugak bila perkembangan dia tak sama n lambat sket dr akak dia. tapi tiap budak tu kan lain perkembangannya. Dan dari pengamatan aku dan experience kwn2, anak yg sulung ni mmg berdikari dan cepat progress milestone dia. Yang 2nd, cam ni la.. manja terlebih sudahh.. So aku tak la risau sgt coz ade lagi kwn2 yg anak 2nd dorang pon mengada2 dan manja, tanak belajar merangkak n what so ever..... haiiihhh..





Salu aku biarkan dia main2 camni, nk bagi dia belajar merangkak




Auummmcakk~!




Alahai..panjang dah anak ku. Kena tukar carseat pulak dohhh~!



Cam da besar pulak bila pakai kemeja ni. hehe.. alahai anak ibu!!

Tuesday, November 10, 2009

Da nak raya haji dah tapi baru nk upload gambar raya aidilfitri - sowie yekk!

Mintak maaf yea. baru la ni sempat nk upload gambar raya. Orang da nk masuk raya haji da ni... hehe.. Sila la bagi laluan utk gambar ni di tepek kat blog ni. Utk tatapan Damia & Khalish di masa depan.
Ishh.. banyak dosa ngan mak ni.
Tu yg abes mekap, berjujuran air mata. Hak hak hak...
Damia pon pelik asal la ibu menanges2 ni? Terus dia tanak salam org dah!




Bersalaman ngan abangku yg sgt2 bizi skang ni
sejak bergelar pelakon (extra pon jadikla...)


Khalish salam raya ngan Opah.
Alahaiii asal mata tu dik?? hhihi

Kami sekeluarga dengan Mak dan Abang dan anak2 dia...

Dan seterusnye adalah sesi untuk mengambil gambar keluarga kecik ku:

Yg 1st:

Ishhh adik lak tak reti dok diam, owang lain da ready ni!

*
*
Yang 2nd:


Blur pulak. Pastu adik pandang ke mana pulak tu?
Damia pulak da huru hara


*
*

Yang 3rd:


Pun blurr jugak..


*
*

Yang ke-4 dan terakhir coz dua budak kecik da cranky:





Okehhh..kira pass la jugak. Comell kan tgk dua beradik pandang sama sendiri.
Hehe...


Haa.. ni sbnrnye entry spesel utk MAMALIEYNA ni, coz u yg request kan nk tgk gambar raya kami yg sedondon dondang sayang...

Baju i ngan damia adalah dari material yg sama. beli kain n then tempah kat tailor yg aduuhaiii... smpaikan aku amek balik la 2-3pasang kain yg dia tak jahit lagi tuh. Konon tahun ni nak sama2 dondon ngan damia. Nasib baik sempat siap. Tu pun sehari sebelum raya baru dpt, tau! Tempah punye la awall...
Khalish dan ayah nya pun aku sedondang sayang kan mereka. tak penah2 ayahnye pakai baju melayu teluk belanga.. sekali ha.... amek! Hehehe...
Material dan design mereka adalah sama, beli siap kat sebuah kedai dlm Tesco Kajang. harga amat berpatutan dan lagi berpatutan compare ngan material kain kat bazar2 tuh! Puas ati la tahun ni tak pegi Jalan Tar pun tak pe. Baju melayu tu pon materialnya standard la mcm Den Wahab punye, mcm yg tahun2 sudah punye la... Harga baju dewasa tu pon dekat 200 gak la. Tapi yg khalish punye cuma RM29.00 sajek. Best kan? Save bajet sikit. Huhu..
Weekend lepas kitorg sempat attend satu birthday party. Excited sungguh damia. Dari pagi aku da ckp kat dia nk g besday Zara. Tak sudah2 dia, bole kata setiap minit dia ajak aku.. 'jom la ibu..gi bday Zara' dgn pelat2nye la... Penat haku nk explain yg bday tu kena gi kul 11am. Tp kul 8am dia da start ajak. Camno???
Nway, thx Linda coz invite aku n family ke Birthday Bash Dyan Zara Emelyn. Next post i will upload a few piccas yg sempat aku snap, okeh!!

Wednesday, November 4, 2009

Damia menang pekej penginapan 2d1n - fully sponsored by Msian Gov!!!

Last week tanpa disangka2.. hari Selasa malam tetiba Damia demam. Suhu terus naik tinggi smpai 39. Jelum2 dgn air. Tapi suhu susah sgt nk turun. Ubat demam da bagi tapi mood tgh tak baik, abes dia muntahkan balik.


Malam tu tido pun tak lena. Kejap2 cek temp. Tinggi. Tapi ubat masuk bontot takde pulak. Aduss... Kul 4.45am lebih kurang aku tersedar lepas dgr suara damia. Tgk badan dia menggigil. Aku tak sure dia kena sawan tarik ke apa. Tapi maybe ye. Aku nanges2 panggil damia. Sib baik akak ipar aku sblh umah dengar n dtg tgk wat hapen. Pastu mak aku pon turun sama. Pastu panggel abg sebelah umah mintak buatkan air penawar. Aku da seriauuu. Teringat peristiwa tahun lepas. Kalau boleh, tanak berulang lagi.

Pagi tu badan damia mmg panas sgt. Aku nk bawa g klinik tapi aku kena siap2 mandikan khalish. pas aku mandi, amek breakfast dulu. Pastu bagi damia minum air.. n dia kata nk makan kek bday anak buah aku mlm sblmnye. 1st suap kek, damia terus muntah air. Pastu dia relax2 kejap n makan kek lagi. Masuk suapan kali ke 2, damia terus menggigil. Dan aku terus mengucap dan panggil2 nama damia. Pastu panggil mak. Damia kena sawan tarik lagi. Ya Allah......




Mak dtg n selawat n baca ayat Qursi. Aku basahkan kepala damia ngan air. Kurang 5minit rasanya.. pastu dia mcm tersedar n lemahh sgt badan. Terus dia ngantuk. Mak suh bawak gi hospital. Tapi anak buah sblh rumah skolah pulak. Sape nk tgkkan damia nnt. Aku takut coz aku sesorang, nanti damia kat seat blkg tak tau apa jadi pulak. Ni yg susah bile suami keje jauh2 ni.. Hmm...

Mak suh call Kak Zarah (sedare jugak, dkt2 je umah) tapi dia nk kuar, tak dpt follow. Last2 aku call 999. Mintak antar ambulance. Dorang suh sape2 (sape lagi.. aku je la yg ada) tunggu kat jalan luar coz area umah aku tu susah sket, takut terlepas simpang. So aku angkut khalish yg da start rengek2 tadek sape peduli kat dia. Gi beli top up kat kedai Pakcik Noh (ayah Jemah Viruspadu) n u-turn kasik tunggu betul2 kat simpang.


Call abang tak dpt2. No fon family pahang tadek pulak. Call adik ipar, dia tgh keje tak leh jwb call. Tgh2 tunggu.. sib baik khalish behave je, syok dok dlm ekon. Dengar bunyi ambulance n aku terus bagi signal tangan suh dia follow aku. Sampai2 kat umah, angkut khalish n masuk lam rumah.


Brader (assistant doc la kot..) masuk cek temp damia. Dia pon tekejut coz terlalu panas. So dorang decide bawak gi hosp. Merasaa la damia naik ambulance nenong-nenong... Aku pulak kelam kabut, bila keluar nk follow tu aku bole lupa kat khalish. Tgk2 anak buah yg baru abes pantang tgh dokong khalish kat luar. Tah bila masa dia amik khalish tah. Aku pegi pun tak sempat nk kiss hug khalish. Smpai hosp. baru teringat. Cian....


So pas itu-ini, doctor suh admit ward. Sib baik tak lama. So dpt la damia penginapan 2hari 1 malam fully sponsored by Kementerian Kesihatan Malaysia. Hospital Ampang. Masuk je kat Wad4B, nurse2 sume da kenal dia. Siap ada yg kata 'Ehh..ni da penah masuk wad kan? masuk lagi.?'

Malam tu jugak, Khalish yg aku tinggal kan kat umah anak buah, demam. Patutnye aku jaga damia kat hosp. Pastu call ayah damia (dia smpai petang tu n jaga damia kejap sementara aku balik umah kejap tgk2 khalish). So kul 3pagi aku balik umah n amik khalish. Panas juga badannya. kesiann anak ibu.

Kisah khalish pulak. Dekat 6hari dia demam. Bila bagi ubat, suhu turun dan tak panas. Elok je main2. Pastu panas mendadak smpai tah bape banyak kali dah masuk ubat bontot. Ada sekali tu smpai 40 dgree. Kesian sgt2.

Pas demam da agak2 kebah, skang ni pulak kuar bintik2 mcm demam campak tu. Hmm.. kena demam campak la kot. Tapi esok kena keje jugak sbb da seminggu cuti. Lagipun biar la khalish ubah angin pulak. Da seminggu dok umah je. Hope dia cepat sihat.






kerja..kerja... banyak kena setelkan. Susah juga kalau tiba2 cuti ni. Bos mmg cari jugak la. Kawan2 pun carik.. Yang busy body pun tetiba mencari, tu yg payahhh nk ckp tuh. Apa pun, mekasih la kalau2 prihatin. Kalau tak prihatin pun, tak kisah la. Susah2 je cari2 saya dlm meeting ke.. ape ke.. hehe.