Wednesday, February 24, 2010

Bila anak banyak tanya sampai tak terjawab

Damia memang seorang yang banyak tanya. Pernah dari rumah babysitter di Kajang ke klinik Az-zahrah Bdr Teknologi hingga ke Kajang semula dan terus pulang ke rumah di Cheras (dekat pandan indah) dia bercakap tak henti-henti dan tanya macam-macam.

Satu hari di kedai makan.. tak ingat restoran apa tapi rasanya restoran makanan segera. Selang 2buah meja ada satu grup kawan2. Ada lelaki ada perempuan. Tengah makan sambil sembang2. Biasa la kan.. orang muda dan jiwa muda. Dan biasa juga kita tengok trend pakaian orang sekarang. Pernah terdetik dalam fikiran, agak2 satu hari nanti damia tanya tak bila tengok dress up orang lain?




Nah... satu soalan keluar dari mulut damia :




'Ibu..nape orang tu tak pakai baju?'




Aku toleh. Perempuan tu pakai baju yang terdedah, cuma bertali halus. Aku nak sebut pon tak reti la... Sentap aku. Risau kalau orang dengar anak kecil tanya hal tu. Jawapan ku...

(gambar hiasan ;) )


'Tak tahu la.. dia tak de duit kot nak beli baju' -sebenarnye aku sendiri tak tau nak jawab apa.


'Dia takde duit? Mana duit dia? Dah habis ke duit dia?'

'a'aah.. dah la.. makan..'
Macam pagi tadi masa on the way nak ke rumah babysitter. Damia nampak satu van tepi jalan, tak silap ada orang tengah repair van ke atau van tu mcm da rosak ke ape ke sebab aku tak nampak langsung (focus ok.. focus on driving).
'Ibu, nape orang tu? kenapa van dia?'
'entah.. tak nampak. Rosak kot'
'Bukan... nape pintu van dia?' - masa ni aku agak2 je mcm org tu duduk luar van sambil belek2 van dia
'o0..dia nak repair kot?'
'nape dia nak repair? nape pintu van dia &%&% (ni aku tak reti sbb damia sebut dgn gaya2 sekali tapi tak pasti ape)
'dia tak pandai la tu nak repair'
'nape dia tak pandai repair?'
'sebab dia tak pegi sekolah'
'O0o0o0o0o...PATUSSSS LAAAAAAA!!'
Nampak tak? Banyakkk dia nak tau. Tapi agak2 bila aku cakap org tu tak pegi sekolah, so damia bole bayangkan atau dapat ilmu tak bahawa kalau tak pegi sekolah, nanti tak pandai? harap2 nya dia faham....
Kadang2 dengan anak2 ni kita kena pandai cakap. Menipu bukan caranya. Aku paling tak suka menipu. Sebab nanti satu hari akan kena balik pada kita.. Contohnya kalau hari cuti tapi ayah damia terpaksa kerja. So damia akan menangis2 dan berguling2 nak ikut. Dulu.... aku akan pegang damia yang meronta2 nak ikut. Sekarang, aku biarkan aje. Tapi pada masa sama aku cakap kat dia yang ayah kena kerja..nak cari duit beli susu mia, beli pampers mia..pampers adik.. ok. pastu janji la yg nanti bila ayah cuti kita pegi taman (playground) sama-sama. Lepas aku cakap tu... damia diam dan datang kat aku. Elokk je. Tak pedulik langsung nak tanya atau ikut ayah dia lagi.
Hmm.. kadang2 kena guna psiko juga. Anak2 perlu tau kebenaran dari kecil. Biar dia faham erti kebenaran. Kalau asyik menipu anak2, tak guna. Minda diorang tak akan berkembang. Dan lagi satu, aku suka membiarkan anak2 aku bermain dgn segala mainan yang ada. Kadang2 sepahh satu rumah. Memang sakit mata. Tapi janji diorang diam dan main, aku tak kisah. Cuma aku tak suka kalau ada orang yang bising pasal rumah sepah la... ape la.. pada aku, rumah boleh dikemas.. tapi KREATIVITI DAN ILMU ANAK2 kalau kita terlepas peluang, RUGI YANG AMAT...
Tu je la.. tak tau nk citer ape sbnrnya.
Oh ya.. baru2 ni ada pertukaran (reshuffle) berlaku melibatkan pegawai2 di pejabat. Aku tidak termasuk la... Ada juga dengar2 bunyi.. nak tgk org tu bole buat keje ke tak.. nak tgk org ni boleh handle ke tak.. Pada aku, boss tidak akan mempertaruhkan sesuatu jabatan kepada orang yang salah. Sebab apa2 yang bakal terjadi kepada jabatan dan organisasi akan terpalit pada boss itu sendiri. Yang penting, kita belajar dan bersemangat untuk memajukan jabatan yang baru. Kalau aku, aku tidak akan mendabik dada hanya kerana kerja aku mudah, kerja orang lain teruk. Aku lebih suka kalau boss mempertanggungjawabkan sesuatu yang besar kpd aku.. sebab aku akan berpandangan bahawa aku boleh..sbb tu diberi tanggungjawab itu. Apa pun.. APA YANG PENTINGGG..KERJASAMA!!!!

Monday, February 22, 2010

Picnic di Tanjung Biru sempena cuti CNY

Plan asal adalah ke Bagan Lalang, untuk bersiar-siar dan kemudian pekena ikan bakar. Tapi tengok en.suami macam nak ke PD, jadinya kami ke PD aje lah. Singgah di Pelangi Semenyih menjemput 2 org anak dara. Pentinggg sebab diorang akan jadik bibik yang cun sepanjang percutian tersebut. Cewahh ayat tak bole blahh. Hehe..

Masa sampai kat Pelangi Semenyih pun da pukul 1ptg. Singgah lunchie kat Ani Sup Utara dulu. Kasi perut kenyang dulu baru sedap nak berjalan. Anak2 pun tak la meragam. Bubur bekalan Khalish memang da prepare awal2. So suap kan aje la kat kedai tu.


Ini budak kecik sibuk nak sedut air. Tapi tak pandai lagi la... tu yang berani je bagi air yang penuh dgn ais tu. Eksen je lebih. Gaya mau ada. Bila tak bagi, merajuk....






Bole tahan la sup kat situ. Ok la jugak dengan harganya. Cuba tengok gambar atas tu. Cuba teka damia pakai baju apa?


Sampai area Teluk Kemang, da start jammed. Sempat call cousin just utk inform yang kami berpicnic di PD. Kot2 masa nak balik nanti bole singgah rumah dia. Takpun kot2 dia nak picnic sekali. Ni antara perbualan antara mak dengan abg mat (cousin aku):

'mat kat mana? kami ada di PD. nak berkelah'
'ha..mat tgh on duty ni. nak bekelah di mana?'
'tasik biru'
'owh blue lagoon ka? Kalu situ tak pa la.. toksah mai Teluk Kemang naa. Kami dok operasi carik org lemas ni. Tak jumpak lagi'

*abg mat ni pegawai polis kat PD*
Aku macam..wattt? Org lemas? eishh..takut la pulak. Tapi masa lalu kat Teluk Kemang, mak aihhh banyak betul kereta parking. Sure tak bestt sebab penuh sangat dengan org. Pastu polis dok jaga laluan keluar masuk. Ada jugak yang kereta tak dapat masuk situ. Mesti diorang merungut ape hall la polis tak bagi masuk, kan? Nasib baik kami dapat berita awal.

Sampai aje kat Tg.Biru, carik la pot baekk punya. Tapi macam da penuh. So bentang aje lahhh tikar kat mana2. Depan org punye pot pun jadik la... Tempat public, takyah mintak izin. Hehe sukati aku je....
Tapi yang kelakar masa nak turun kat tepi pantai tu, Damia da nanges2 dahh sebab pasir masuk dalam selipar. Haaa kan aku da cakap. Anak aku memang cerewet.... Tak boleh silap langsung. Tak mau pijak pasir tu pulak. Dahhh kena berdokong bawak ke tikar. Haruu je.


Haru tak haru, tengok la gambar atas tu. Main pasir tepi tikar. Gara-gara damia taknak pijak pasir. Sabo je la aku. Khalish pulak tido dari dalam perjalanan, bawak turun pun tak sedar2 lagi. Penat sgt la tu.

Tengok pic bawah. Ayah ngan kak ika (kezen mia) dok main pasir tapi damia wat derkk je. Lama jugak la nak bagi dia 'panas' dgn pasir2 tu.



Akhirnya berjaya!!! Siap mendengki ngan istana pasir ayah dia. Abes dirobohkan. Hahaha








Siap dengan google. Kelakar betul anak dara sorang ni. belum apa2 hal lagi da pakai google. Tak lama pastu Khalish pon bangun. Mula2 macam blur je 'kat mana aku ni?' pandang sekeliling. Pas da warm tu (means da bagi susu) baru bawak ke pot damia main pasir.




Ok la.. pandai jugak dia nak scoop pasir tu bawak ke kanan ke kiri tapi tak masuk pon dalam lori tu. Aku je yang tolong tuangkan. Tapi tak leh lama. Tangan kena pasir, asyik nak masuk mulut aje lah..


Pastu start bawak damia masuk laut. Masa ni air surut lagi. Banyakkk betul siput kat tepi pantai tu. Damia excited tengok siput tu bergerak2.




Aku, macam biasa la... nak tutup aurat pakai la suar panjang katakan. Tapi bila da kena air tu mula la rimas. Mahap la ye. Tudung tu masih pakai lagi. Tu pun sebab nak bagi awning kat muka supaya tak kena pancaran matahari. Jahat betul niat.



Khalish excited merangkak2 dalam air. Pastu sibuk dok kejar daun yang berenang dalam air. Rasa bebas je dia, takde sempadan.











Ayah mia sempat booking kayak lagi. Melepas gian la tu. Tengok pic tu, damia naik kayak pon pakai google. Hahaha... kelakar.





Ini lah cerita kami berpicnic. Overall memang besttt sebab dapat expose kan damia dan khalish pada dunia luar. Dapat main pasir. Bina istana pasir. Dapat swim kat laut. Dapat tengok siput. Dapat tengok umang-umang dalam cengkerang. Dapat tengok ombak. Dapat main kayak.... Yang penting, damia yang sebelum ni memang takuttt dgn laut, sekarang da bole mandi-manda.
Cuma yang tak best, bila picnic time cuti ni tau je lahh azab kalau kat toilet tu. Air sampai habis la dibuatnye. Tak sempat kami nak mandi. Tukar baju aje lah. Tapi nasib baik Damia ngan Khalish dapat mandi. Yang syok, ayahnya pon dapat mandi sebab toilet lelaki tak ramai org.
Balik tu singgah rumah cousin. Sempat juga mandi kat situ. Baru sedapp nak balik. Owh cerita pasal org lemas tu, cousin kata, 2 org lemas dalam kul 11am kat Teluk Kemang. Sampai masa kitorg kat rumah dia tu, masih belum jumpa. Dia balik pun sekejap je sebab jemput wife balik dr kg. Semalamnya (1st day CNY) katanya 3 org mati lemas. kedua-dua kes tu, org in*dia. Yang kelakar tu dia kata, kalau org tu, tau je la dia punye meraung macamana.
Pasal kes buaya kat PD tu, dia ada juga cerita. Katanya yang kena gigit tu, kemungkinan kena gigit dek ikan alu-alu. Sebab ikan tu memang giginya tajam. Kalau nak kata buaya, sure orang akan nampak libasan. kalau nak kata jaws, cara serangan tu tak mungkin jaws. Kes ni dah dibuat kajian. Tapi katanya juga.... pernah (tak tau la bila) ada buaya kat sana. Sepanjang 4meter. Eishhh gerun jugak la aku. Bila balik tu terbayang2 pulak la kalau time2 berkayak tu ade buaya ke ape ke sebab masa aku berkayak dgn anak buah, ada juga pergi kat area pokok2 bakau kat tepi sana tu. Eishh... ngeri pulak. (Ko la ni ajan... pasni jgn ngengada nak bagi idea bukan2)
Lagi satu information yang kitorang dapat, kat Tg.Biru tu pun ade kes mati lemas. Erkkkkk (lagi). Bulan lepas kot. Situ air lautnya macam berpusing (masuk kiri keluar kanan macam tu la) sebab tanjung kan.... Syukur masa kami mandi tak ada berlaku apa2. Pasni tah bile lagi la nak pegi. Hehehe...
Ok. Sekarang sape yang da jawab soalan kat atas tadi? Ini jawapannya...
*
*
*
*
*
*




DAMIA TAK PAKAI BAJUUUUU!!! HAHAHA

Anak bertuah... wat maluuu ibu je tau! Baju kena coklat cupcakes sikittttt je, da kecoh. Malas nak bagi baju lain sebab nanti kotor lagi. So aku biarkan aje sukati dia. Hehe









Friday, February 19, 2010

Hong Kong

Bukan saya.

Tapi kalau saya pun, apa salahnya kan?

Tahun lepas tak bercuti sangat pun. Jadi untuk tahun ni, dah plan nak cuti-cuti naik flight dgn family. Seronok sebab Damia selalu cakap nak naik aeroplane.... jadi sudah ada perancangan untuk bawa anak2 bercuti. Tapi sebelum itu, harus selesaikan tugas dan kerja2 yang ada. Baru bestttt...

Eh.. next week BFF saya sudah kembali bertugas. Kejap je da 60hari cuti. Huhu.. Sekarang tgh sibuk ajar bibik baru buat keje. Hope bibik ko leh buat keje la yea, Linda...

Yang bestnya, nasib baik dia tak jadi sambung cuti lagi. Ala.. lagipun tak elok bawak baby baru abis pantang pi bercuti2 jejauh tu. Kang dia nanges dalam flight kang.. mana nak landing? Msia dgn HK jauhh tu. Hehe.... So tahun ni kita da ada agenda percutian masing2 la yea? Bestttnyeeeeeeeee...........

**walopon aku cuti dlm mesia jek.. ko cuti luar mesia.. tapi aku tetap suke**

Ok, sbnrnye nk upload gambar dan cerita CNY tapi server macam lemauu je. Nanti2 lah..

(ok sudah bole upload 2pcs)


Oh lagi satu, HAPPY BELATED BIRTHDAY to my bff, ZALINDA, on 14th Feb yang lepas.... Sudah tua kamu. Jangan lupa tayang hadiah dari suami kamu, ya... kot2 aku dapat aura macam kamu, merasa la haku pakai designer handbag macam kamu. Hehehe...

p/s: tunggu cerita CNY kami oke.. takde la best bangatt..tapi mmg bestt la.. ahaha

Thursday, February 18, 2010

I Am Officially A Freestyler. Yeayyyy!!!





Akhirnya tercapai juga hajat dan impian untuk memiliki Medela Freestyle Breastpump. Terima kasih kepada Spectra3 yang telah berjasa selama 11bulan. Kesian kat S3 tu, penat menjalankan tugas secara heavy duty -setiap hari akan pam 4-6 kali- selama 11 bulan ini. Sekarang sudah ada kawan baru. Bergilir-gilir lah yea menjalankan tugas kalian ;)
12 Feb, jam lebih kurang 11malam, dapat call dari Khairul (husband Ereen). Breastpump da sampai, katanya. Wahhh cepat juga ya. Ingatkan hujung bulan baru dapat. Alhamdulillah... So sabtu malam diorang datang hantar ke rumah. Siap ajar lagi macamana nak guna. Thx Ereen.
Aku beli breastpump secara online dari website Ereen di www.letgoproduct.blogspot.com. Sebenarnya Ereen ni juga orang yang sama yang jadi photographer masa wedding anak buah bulan 12 lepas. Apa yang menariknya adalah sudah tentulah harga yang lebih murah dari harga pasaran. Kalau kat kedai, harganya RM2,299. Tapi letgoproduct menawarkan harga yang lebih murah iaitu RM 1,640. Siap dengan warranty sekali. Dan yang lebih baiknya adalah mereka juga menyediakan program kutu untuk medela freestyle dan swing. Kalau ada yang berminat boleh la jenguk blog diorang. Jangan risau.. diorang ni memang peramah orangnya.







Ops! Aku bukanlah anti Formula Milk. Sebab damia pun masih minum Isomil. Cuma aku support breastfeeding sebab kebaikan susu ibu itu sendiri. :)
Owh ya.. testimonial aku tentang Medela Freestyle ni - sangat memberangsangkan. Cewah... 1st time try, dapat 6oz dalam masa 26minit. FS ni ada skrin yang kita boleh tengok timing. Dalam masa 3-4minit da bole dapat letdown reflex. Kalau S3 lately ni sejak kes susu merudum tu (after raya puasa) kena tunggu dekat 10minit baruuu la nampak susu kuar dan ada letdown.
2nd time try, pam sambil vacuum rumah lagi. Haa..jimat masa! Dalam 21minit, boleh siap vacuum dan pam. Dapat 4oz. Ok la kan..lagipun time tu belum breakfast pun. Kalau S3, kena duduk je la dendiam kat power point tu. Fs ni kelebihannya, mobile! Huhu.. nak pegi dapur ke nak ke depan ke, ke mana ke... laju je. Siap bole bagi Khalish makan ubat lagi. Bestt...!
Ok.. cuti sabtu ahad, layan anak2 mandi dalam bilik air adalah sgt best. sebab sejukkkkk je. Cuaca kan panas sekarang ni. Dengan aku sekali basah lencun kena percikan air. Seronok tengok anak2 gembira. Hilang lelah sekejap.

*Opss... maluuu la. Tutuppppp popott ngan totekk*


*Hoh... da beli pam mahal2, sila bf adik selama mungkin, ok, bu...*





Friday, February 12, 2010

Main pasir... kreatif atau kuman?

Cuti panjang kali ni. Aku siap sudah apply cuti tambahan gara-gara babysitter balik kg ada kenduri kahwin. So 17hb tu aku masih bercuti. Yahuuuu..... Apa aktiviti sempena cuti panjang ni ye? Balik kg? Ahhhhhhhhhhh... aku tak nak sebab baru je balik sana. Lagipun kalau kat kg nanti takde aktiviti menarik pon.
So dalam kepala ni nak bawa Damia ngan Khalish main pasir kat pantai. Mandi-manda kat laut tu bukan agenda utama sebab Damia takut mandi laut. Even nak jejak kaki kat gigi air tu pun dia da takut. Cuma aku nak bagi diorang rasa keseronokan bermain pasir pantai. Lagipun damia belum pernah main pasir lagi.




Ok, cuba kalau tengok khalish duduk tepi pantai sambil main scoop2 air atau pasir. Pastu boleh tengok apa pulak dia nak buat lepas tu. Kat situ je kan da ada point kreatif untuk anak2 kecil. Baru la minda terbuka, dan boleh asah skill co-ordination mata dgn tangan.







Tapi masa aku kekecik dulu mmg tak pandai nak main pasir ni. apatah lagi nak buat bentuk bangunan ke ape ke. Pernah masa study kat UiTM Segamat dulu, group komander ade buat camping kat Batu Layar. Sorang kawan ni, pandai pulak buat macam kereta F1 tu. Huhu..nanti la kalau rajin boleh punggah carik balik gambar tu. Seronok sgt. Alamak teringat pulak memori lepas. hehe




Okeh..untuk menjayakan misi ini, perlulah ada kelengkapan yang mencukupi. Maknanya poket akan sedikit rabak. Tips untuk berjimat adalah tidak membawa anak2 bersama semasa membeli-belah. Tapi memang macam boring sikit. Kalau boleh memang nak bawa anak2. Tapi kalau bawa ke kedai toys ni konfem ada barangan tambahan. Huhu...



Comel jugak sand play set Hello Kitty ni ek? Ok memandangkan anak ada sorang ppuan dan sorang lelaki, maka play set harus lah mempunyai warna yang sesuai untuk kedua-dua jantina. Tak perlu beli banyak2. Sebab bukan selalu nak pegi pantai pun.

Dan harap2nya bole la makan2 seafood nanti. Hehehe...

Thursday, February 11, 2010

Tips bijak pisahkan puting anak

  1. Tukarkan dengan mainan - katakan kpd anak anda bahawa mereka dapat membeli mainan pilihan mereka dengan 'membayar' menggunakan puting tersebut (dan sila lah bayar dengan wang secara diam-diam)
  2. Berikan kpd pari-pari puting - Dia merupakan adik-beradik kpd pari-pari gigi (Tooth Fairy aka THE ROCK ehhe) dan akan memberikan hadiah kpd si kecil sbg pertukaran puting tersebut.
  3. Ikatkan pada belon - Katakan bahawa anda mahu menghantar puting tersebut untuk mengembara ke angkasa lepas atau tinggal di awanan.
  4. Bawa mereka ke balai bomba - Katakan kepadanya bahawa ahli bomba akan mengumpul puting daripada kanak-kanak yang sudah dewasa.
  5. Tanamkannya - Jika boleh, letakkan benih bunga semasa menanamnya, anak anda akan fikir bahawa puting tersebut berbunga.
  6. Beri kepada bayi baru lahir - ia boleh diberikan kepada saudara mara terdekat atau rakan yang baru melahirkan anak. katakan kepadanya 'Sekarang kamu sudah besar, kamu boleh berikan puting kpd bayi ini'.
  7. Buangkannya - Jika semua cara tersebut tidak menjadi, kumpulkan semua puting anak anda dan buang pada tengah malam.


Tips no. 2 dgn no. 4 tu aku rasa macam tak relevant la kot. Sebab pari-pari puting? Even pari-pari gigi pon kita dalam Islam ni tak di dedahkan benda-benda macam tu. Tapi maybe boleh kot. Suruh la sape2 jadik pari-pari. Ok watt...?
Pastu kenapa balai bomba? Kenapa tak balai polis? Hehe... Cuma aku masih terpikir apakah relevannya di situ?
Tapi apa pun,tips ni ada gunanya... maybe boleh dipraktikkan. Dulu masa damia, aku penah taruk kopi nak bagi dia rasa pahit dan nampak kotor. Tapi budak2 sekarang ni kan bijak. Dia pulak yang suruh kita bersihkan sampai bersih dan takde rasa pahit. Damia dulu isap puting sampai la umur dia Setahun 9 Bulan macam tu la. Pernah puting dia pecah sebab kena gigit2 dia.. tapi masa tu aku kursus 3 bulan. Bila weekend balik ingatkan tak yah la bagi dia puting n rasa dia pun taknak. Tapi malam2 dia carik jugak n terpaksa beri. Esoknya terus belikan yang baru.
Tapi satu kejadian telah berlaku. Masa tu aku kat tempat kursus. Damia nak mandi dan dia bawa sekali putingnya. Sekali puting jatuh dan masuk lubang. Kakak aku pulak yang menjaga damia masa tu ingatkan masuk dlm toilet bowl. Terpaksa seluk tangan carik puting tapi tak jumpa. hahahah... kelakar je. Rupanya puting tu masuk dlm lubang air tu.. Sejak tu tiap kali damia mintak puting, aku tanya dia mana puting dia. Then bila dia jawab 'puting jatuh lubang' so aku kata 'ok da jatuh.. da hilang... so tak payah puting. ' Slow-slow jugak laa nk bagi dia lupa puting even masa tu mmg ada puting stand-by tapi aku tak bagi. Alhamdulillah.....




Cuba tgk gambar tu. Berani tak nak bagi puting mcm tu kat anak. Heheh... ngeriii je rasanya!! Haha...
**Tips dari MAMI & BABY**

Tuesday, February 9, 2010

Kasihnya Seorang kakak

Hari sabtu, tak plan apa-apa pun. Cuma mak je yang bersiap2 pagi tu sebab nak ikut akak ke Jerantut. Ada kenduri kahwin. Damia pulak bila tengok Opah da siap lawa-lawa, mula la dia melekatttt je kat Opahnya. Terpikir jugak, kalaulah damia nak ikut jugak, sape lah yang nak diharapkan utk menjaga dia? Dah la lasak........ Terpikir jugak kalau ikut mesti best, lagipun ayah damia kata Isnin baru balik.
Kemudian, mak pulak ajak sekali. Mak pun da dpt hidu damia konfem nak ikut nanti. So kami bersiap2 la sementara tunggu akak n suaminya sampai dari Semenyih. Aku pulak, selalunya call suami dulu. Tetiba plak da siap da kuar dah..baru nak call. Mendapat la kan? Ngehhngehngehh... last2, utk tidak memanjangkan cerita, ajak la dia sekali. So kena la masuk ke Bentong dulu nak fetch dia. Ok jugak tu. kalau tak jenuh la aku mendrive. Oh sepatutnya mak pegi naik kereta akak. Tapi sebab aku anak beranak ikut, maka naik kete aku adalah lebih selesa.
Gerak dari rumah kul 10.45am lebih kurang. Sampai ke Bentong dlm 12.15pm. Pastu en suami pulak jadik driver. Ke Jerantut ikut jalan Raub-Benta-Jerantut. Waduuhhh... peningg gile dalam kereta. Jalan memang best la..redupp je. Tapi hazabbbb tau tak? Sampai Jerantut kul 2.30pm. Sampai2 tengok orang da kemas-kemas khemah. Aikk biar betul? Huhu...memang majlis da abes pun. Cepat sungguh. Tapi masih ade la lauk2 yang banyak gak la....
Time ni la baruu bagi khalish makan. Kesian dia. Sepatutnya sampai kat Bentong tadi da bole keluarkan bekal dia. Tapi aku terlupa. Da rasa lapar dalam kereta baru nak teringat. Haa..akibatnya, kembong la perut budak kecik tu.



Damia memang excited kalau pegi wedding ni. Dia akan berjalan macam pengantin siap buat bunyi kompang sekali. Pastu pengantin masa tu da abes bersanding la kan. Sibuk la dia nak merenjis2 pengantin. So anak buah aku terpaksa la layannn kan damia ni. Masa tu aku makan kat luar. agaknye dia suruh pengantin duduk balik kat pelamin dan layan kan aje laaa tetamu kecik tu kot. Hehe..



Kalau ada orang perasan, hehe bukan aku yang pakaikan baju tidur itu yea. Tapi itu kehendak Damia sendiri. Baju tu baru beli kat Parkson tapi dia nakk jugak pakai. Nasib baik seluar dia labuh n besar. So damia pakai la seluar jalan dia tu. Huhu...



Adik pon tertoleh-toleh tengok akaknye kemain galakk atas pelamin. Malam tu, start pukul 1pagi, Khalish da muntah-muntah. Perut kembung. Tak tidur dibuatnya. Asal menyusu je..tak lama lepas tu sure muntah. Sampai lembik dan kuar muntah kuning. Kesian sangat2. Kul 4.30pagi aku tuamkan perut dgn air panas yang aku taruk dalam botol. Baru nampak dia lega dan lena tidur. Dah la dia selsema dan batuk. Kesian sangat....
Ahad, kami pegi klinik. Ubat khalish masih ada tapi aku nak pegi jugak. So doctor bagi antibiotik dan ubat kahak. Aku pun dapat mc jugak.
So Isnin, cuti la aku di rumah bersama anak2. Dah la panass gile!!!!! Masa ni rasanya macam nakkk je pasang ekon kat rumah. Khalish pun da lembik2 dahh... muntah still ada jugak la..tapi muntah kahak.
Bila time makan, aku cuba suap. Ditutupnya mulut rapat2. Pastu dia nampak damia nak makan jugak tapi dalam bekas lain la. Dia sahutt damia dengan bahasa sendiri 'Uuhh...uhhh...' so aku ingat dia nak makan bubur dlm bekas damia. Aku amik dan cuba suap. Tanak jugak. pastu damia kata 'Adik nak akak suap kot...?' lalu damia datang kat adik dan suapkan.
Ahaha..manja sungguh. Betul kata damia. Adik memang nak akak yang suapkan. Banyak jugak dia makan. ngada2 tauu...







Elelelelehhh...ngengada tauu adik ni. Geramm. pastu ada pulak kejadian tak di ingini berlaku. Sadisss sgt. Khalish jatuh katil. Sampai berdarah hidung. Akibat kecuaian aku la tu..aku ngaku. Huhu tanak citer kat sini. Sedih. Tapi alhamdulillah tak ada apa2. Darah hidung pun kejap je. Maafkan ibu ye dik...
hari ni terpaksa ke pejabat jugak. tak apa la. Biarlah damia dan khalish ubah angin pulak lepas 3hari duk kat rumah je. Hehe.


Friday, February 5, 2010

Kalau orang putih boleh, Kita lagi boleh.. Malaysia boleh!

** Kalau askar yang bertugas beribu batu jauhnya dari anak bole mengepam dan bekalkan stock susu kepada anaknya..kenapa kita yang bertugas di pejabat tak mampu buat? Fikir-fikirkan lah... Ini juga sbg dorongan dan semangat untuk teruskan memberi yang terbaik untuk anak saya. Yea... Terbaik dari Ladang! Ops bukan.. Terbaik dari Badan!!!


Long journey for mother’s milk
By ANGELA SHAFFER, Special to the Standard-Times
Wednesday, January 9, 2008


Every two weeks since early September 2007, young Silas Bohl has received a special package from halfway around the world. His mother, Capt. Ginger Bohl, is deployed with the Air Force in Afghanistan. The packages contain 30 to 40 pounds of frozen breast milk that travels in a convoluted, globe-trotting shipping route from the war zone to the Bohls’ home. Ginger Bohl’s deployment wraps up in mid-January, and she hopes to be back in San Angelo in time for Silas’ first birthday.



Mike Bohl unpacks a cooler of frozen breast milk with his son Silas in their San Angelo home. The milk comes from Bohl’s wife, Air Force Capt. Ginger Bohl, who is deployed in Afghanistan. Toddler Silas Bohl gets special deliveries every two weeks from his mom halfway across the globe, and he just eats them up.
Silas turns 1 later this month. His mom, Ginger Bohl, is deployed overseas and sends her breast milk home from a war-torn land.


“It’s my wife,” says Michael Bohl, her husband and Silas’ father. “She is an amazing woman - her spirit, her faith, everything about her just shines.”
Ginger Bohl, an Air Force captain, is an active-duty doctor deployed in Afghanistan from Goodfellow Air Force Base. Since leaving in late August, Bohl has sent home biweekly shipments of her breast milk, frozen and shipped in 30- to 40-pound quantities directly to the Bohl family.


Thirty-five pounds of milk is about 4 gallons’ worth. This delicate commodity makes it halfway across the planet, a distance of more than 8,000 miles, in just three short days. While Michael Bohl and the children have spent the majority of the recent months in Michigan visiting family, Ginger made time each day to pump milk using a Medela breast pump. Michael said she had reservations about being able to pump and store the milk on a daily basis.
Electricity and a working freezer were a must - what if the necessary facilities weren’t available?

“My wife left with faith that everything would be provided for,” Bohl said. “And it has.”

Ginger sends the breast milk to her stateside family in one of several Igloo Ice Cube coolers using DHL shipping services. Michael then packs the cooler with items he thinks she might want or need and sends it back. He recognizes that not every family is as fortunate as his, as the shipping costs could be prohibitive.

“We’re really blessed that we can afford to make these shipments so often,” Bohl said. “But it can get quite pricey, and because of that, it’s cost-prohibitive for a lot of military families.”

On a recent day at the Bohl home, Olivia Bohl, 3 1/2 years old, squealed with delight as she played with her toys and listened to music. Her brother Silas was down for his daily nap, and Michael Bohl took a breath of temporary relief known only to those who have the important job of raising children.

Since no moratorium exists on training exercises or deployment for breast-feeding mothers, Michael Bohl said, he feels that the military should make more of an effort to provide facilities for mothers who choose to breast-feed.

“What I’d really love to see the military do is provide compensation for families who choose to breast-feed their children,” he said, “even though the mother is away on deployment.”

However, the problem is not simply cost-related: Bohl said he recognizes that what some take for granted in the U.S. is simply not an option in many parts of the world.
“Something as simple as an electrical outlet and a freezer can make all the difference,” he said.


Lt. Col. Susan Baker at Goodfellow Air Force Base said that there has been no moratorium on deployment for breast-feeding mothers beyond the first four months of a child’s life since late 2006. Baker acknowledged that deployed breast-feeding mothers can encounter obstacles. “It’s highly dependent on where a person is deployed,” she said. “Some places are better-equipped than others.”

Help with wrangling bureaucracy would help many families that share the Bohls’ desire to breast-feed. Bohl says his family encountered a lot of red tape when trying to ship the breast milk.
Shipments have been held up by customs and the USDA because of the potential for infectious diseases.

“There’s one guy at JFK (airport in New York City) who is now very informed about the benefits of breast-feeding and why we needed the milk right away,” Bohl said. “I was even sent to the IRS to get the milk because they thought we were running some kind of Afghani breast-milk ring.”


Through all the mishaps and difficulties, Ginger Bohl has been able to provide vital nutrition for Silas.
In an additional contact provided by the United Through Reading military program, Ginger also has been able to read to her children. Through the use of a webcam, the children are able to see their mother whenever they wish.

Ginger Bohl returns to her family in a few days. Whether Silas will be able to resume breast-feeding with his mother is unclear.

“She’s been gone for so long, nearly half of his life,” Bohl said. “Every time he hears her on the TV, he crawls up to touch it. He knows her face and her voice. He knows his mommy. I know it won’t be a problem.”



Tuesday, February 2, 2010

Medela Harmony utk dijual.... sudah dijual!

Tick Tok Tick Tock....
Bulan depan umur damia - 3tahun
Bulan depan umur khalish - 1 tahun
Ahhh cepatnye masa berlalu. Berkira-kira utk adakan majlis hari jadi. Kecil-kecilan pun jadi la kan? Teringat majlis hari jadi Damia tahun lepas. Masa umur 2 tahun. Masa tgh sarat mengandung. Nak pengsann pun ada walaupun cuma nak goreng meehun dan menu kanak2 mcm nugget, fries etc. Cuma jemput jiran-jiran terdekat dan keluarga aje. Tapi nasib baik masa tu kakak datang awal dan tolong. Hehe tak sangka pulak sepenat itu... Gile punye penat. Habis je acara, terus terbongkang dalam bilik melegakan pinggang. Huuuhh...
Minggu lepas bawa Khalish ke klinik utk check up. Ayahnya datang kemudian naik motor sbb nak terus pegi kerja. Sementara tunggu turn, minta ayah bawa damia pi breakfast kat kedai. Bila khalish tengok akak nye naik motor dgn ayah, terus dia bersuara:
'UUhhhhh...UUhhhh...'
Memanggil ayah atau akak la tu kot. Terus je bawak dia ke motor. Excited. Nak ikut naik motor sekali rupanya......







Akak damia pakai tudung ikut mood. Aku tak pernah paksa. Tapi selalu jugak la aku kata 'tak payah la pakai tudung...' Tak baik kan? Bukan ape..kadang da sikat rambut cantik2 pas tu pakai tudung. Kejap je pakai, pastu bukak. Bila bukak.. rambut da serabai.... Huhu...







Bila pegi check up ni... yang utama nak tau adalah BERAT KHALISH. Huhu.. teruja sungguh. Yang kedua nak tau.. berat diri sendiri. Hihihihi... sebab kat rumah tak de penimbang. Tah mana pegi tah...








Nama : KHALISH AMSYAR
Umur : 10 BULAN
Berat : 9.5kg
Panjang: 77cm (dah lebih dari tikar ukur tu...)






Milestone achievement untuk 10bulan ni adalah :
- da pandai panjat tangga
- da laju merangkak
- da pandai berdiri sendiri dan berpaut
- da cuba untuk berdiri tanpa berpaut
- suka makan bubur yang dimasak dgn broccoli dan ikan salmon
- suka makan roti
- da pandai 'maaa.. mammaaa..abbbahhhh....'
- bila panggil orang 'uuhhhh...uuhhh..'
- da tak sesuai guna walker sebab ketinggiannya. tapi terpaksa sehingga dia pandai berjalan nanti baru stop.
- banyak lagi la....
Tiap malam, khalish tido dalam baby cot. Kakak damia tido sebelah ibu. Tapi tengah malam pasti khalish bangun menyusu dan kemudian refuse utk tido dlm cot. So terpaksa letak tengah. Berlaga la dua beradik tu. Bila adik terjaga.. tangan cepatt je pegang kepala akak dan tarik rambut akak. Sabar je la. Akak pulak kalau terjaga, cepat je peluk adiknya. Sejuk hati ibu tengok anak2 macam tu.
Pagi semalam lepas mandi dan masuk bilik.. terlihat satu kejadian. Kelakar sungguh. Tak caya? Cuba tengok ni.... ganas ke tak ganas?




Selamba je kan? ni kena simpan n tunjuk bila da besar nanti.... ;)


owh ya. ada satu PENGUMUMAN nak dibuat di sini

Medela Harmony Breastpump untuk dijual.
Cuma digunakan kurang dari tempoh 1 jam untuk percubaan
Alasan untuk jual : Family telah hadiahkan breastpump yang dual pumping.
Pemilik : kawan saya :)

Price : RM200 (nego)

Sila hubungi jika berminat