Monday, February 22, 2010

Picnic di Tanjung Biru sempena cuti CNY

Plan asal adalah ke Bagan Lalang, untuk bersiar-siar dan kemudian pekena ikan bakar. Tapi tengok en.suami macam nak ke PD, jadinya kami ke PD aje lah. Singgah di Pelangi Semenyih menjemput 2 org anak dara. Pentinggg sebab diorang akan jadik bibik yang cun sepanjang percutian tersebut. Cewahh ayat tak bole blahh. Hehe..

Masa sampai kat Pelangi Semenyih pun da pukul 1ptg. Singgah lunchie kat Ani Sup Utara dulu. Kasi perut kenyang dulu baru sedap nak berjalan. Anak2 pun tak la meragam. Bubur bekalan Khalish memang da prepare awal2. So suap kan aje la kat kedai tu.


Ini budak kecik sibuk nak sedut air. Tapi tak pandai lagi la... tu yang berani je bagi air yang penuh dgn ais tu. Eksen je lebih. Gaya mau ada. Bila tak bagi, merajuk....






Bole tahan la sup kat situ. Ok la jugak dengan harganya. Cuba tengok gambar atas tu. Cuba teka damia pakai baju apa?


Sampai area Teluk Kemang, da start jammed. Sempat call cousin just utk inform yang kami berpicnic di PD. Kot2 masa nak balik nanti bole singgah rumah dia. Takpun kot2 dia nak picnic sekali. Ni antara perbualan antara mak dengan abg mat (cousin aku):

'mat kat mana? kami ada di PD. nak berkelah'
'ha..mat tgh on duty ni. nak bekelah di mana?'
'tasik biru'
'owh blue lagoon ka? Kalu situ tak pa la.. toksah mai Teluk Kemang naa. Kami dok operasi carik org lemas ni. Tak jumpak lagi'

*abg mat ni pegawai polis kat PD*
Aku macam..wattt? Org lemas? eishh..takut la pulak. Tapi masa lalu kat Teluk Kemang, mak aihhh banyak betul kereta parking. Sure tak bestt sebab penuh sangat dengan org. Pastu polis dok jaga laluan keluar masuk. Ada jugak yang kereta tak dapat masuk situ. Mesti diorang merungut ape hall la polis tak bagi masuk, kan? Nasib baik kami dapat berita awal.

Sampai aje kat Tg.Biru, carik la pot baekk punya. Tapi macam da penuh. So bentang aje lahhh tikar kat mana2. Depan org punye pot pun jadik la... Tempat public, takyah mintak izin. Hehe sukati aku je....
Tapi yang kelakar masa nak turun kat tepi pantai tu, Damia da nanges2 dahh sebab pasir masuk dalam selipar. Haaa kan aku da cakap. Anak aku memang cerewet.... Tak boleh silap langsung. Tak mau pijak pasir tu pulak. Dahhh kena berdokong bawak ke tikar. Haruu je.


Haru tak haru, tengok la gambar atas tu. Main pasir tepi tikar. Gara-gara damia taknak pijak pasir. Sabo je la aku. Khalish pulak tido dari dalam perjalanan, bawak turun pun tak sedar2 lagi. Penat sgt la tu.

Tengok pic bawah. Ayah ngan kak ika (kezen mia) dok main pasir tapi damia wat derkk je. Lama jugak la nak bagi dia 'panas' dgn pasir2 tu.



Akhirnya berjaya!!! Siap mendengki ngan istana pasir ayah dia. Abes dirobohkan. Hahaha








Siap dengan google. Kelakar betul anak dara sorang ni. belum apa2 hal lagi da pakai google. Tak lama pastu Khalish pon bangun. Mula2 macam blur je 'kat mana aku ni?' pandang sekeliling. Pas da warm tu (means da bagi susu) baru bawak ke pot damia main pasir.




Ok la.. pandai jugak dia nak scoop pasir tu bawak ke kanan ke kiri tapi tak masuk pon dalam lori tu. Aku je yang tolong tuangkan. Tapi tak leh lama. Tangan kena pasir, asyik nak masuk mulut aje lah..


Pastu start bawak damia masuk laut. Masa ni air surut lagi. Banyakkk betul siput kat tepi pantai tu. Damia excited tengok siput tu bergerak2.




Aku, macam biasa la... nak tutup aurat pakai la suar panjang katakan. Tapi bila da kena air tu mula la rimas. Mahap la ye. Tudung tu masih pakai lagi. Tu pun sebab nak bagi awning kat muka supaya tak kena pancaran matahari. Jahat betul niat.



Khalish excited merangkak2 dalam air. Pastu sibuk dok kejar daun yang berenang dalam air. Rasa bebas je dia, takde sempadan.











Ayah mia sempat booking kayak lagi. Melepas gian la tu. Tengok pic tu, damia naik kayak pon pakai google. Hahaha... kelakar.





Ini lah cerita kami berpicnic. Overall memang besttt sebab dapat expose kan damia dan khalish pada dunia luar. Dapat main pasir. Bina istana pasir. Dapat swim kat laut. Dapat tengok siput. Dapat tengok umang-umang dalam cengkerang. Dapat tengok ombak. Dapat main kayak.... Yang penting, damia yang sebelum ni memang takuttt dgn laut, sekarang da bole mandi-manda.
Cuma yang tak best, bila picnic time cuti ni tau je lahh azab kalau kat toilet tu. Air sampai habis la dibuatnye. Tak sempat kami nak mandi. Tukar baju aje lah. Tapi nasib baik Damia ngan Khalish dapat mandi. Yang syok, ayahnya pon dapat mandi sebab toilet lelaki tak ramai org.
Balik tu singgah rumah cousin. Sempat juga mandi kat situ. Baru sedapp nak balik. Owh cerita pasal org lemas tu, cousin kata, 2 org lemas dalam kul 11am kat Teluk Kemang. Sampai masa kitorg kat rumah dia tu, masih belum jumpa. Dia balik pun sekejap je sebab jemput wife balik dr kg. Semalamnya (1st day CNY) katanya 3 org mati lemas. kedua-dua kes tu, org in*dia. Yang kelakar tu dia kata, kalau org tu, tau je la dia punye meraung macamana.
Pasal kes buaya kat PD tu, dia ada juga cerita. Katanya yang kena gigit tu, kemungkinan kena gigit dek ikan alu-alu. Sebab ikan tu memang giginya tajam. Kalau nak kata buaya, sure orang akan nampak libasan. kalau nak kata jaws, cara serangan tu tak mungkin jaws. Kes ni dah dibuat kajian. Tapi katanya juga.... pernah (tak tau la bila) ada buaya kat sana. Sepanjang 4meter. Eishhh gerun jugak la aku. Bila balik tu terbayang2 pulak la kalau time2 berkayak tu ade buaya ke ape ke sebab masa aku berkayak dgn anak buah, ada juga pergi kat area pokok2 bakau kat tepi sana tu. Eishh... ngeri pulak. (Ko la ni ajan... pasni jgn ngengada nak bagi idea bukan2)
Lagi satu information yang kitorang dapat, kat Tg.Biru tu pun ade kes mati lemas. Erkkkkk (lagi). Bulan lepas kot. Situ air lautnya macam berpusing (masuk kiri keluar kanan macam tu la) sebab tanjung kan.... Syukur masa kami mandi tak ada berlaku apa2. Pasni tah bile lagi la nak pegi. Hehehe...
Ok. Sekarang sape yang da jawab soalan kat atas tadi? Ini jawapannya...
*
*
*
*
*
*




DAMIA TAK PAKAI BAJUUUUU!!! HAHAHA

Anak bertuah... wat maluuu ibu je tau! Baju kena coklat cupcakes sikittttt je, da kecoh. Malas nak bagi baju lain sebab nanti kotor lagi. So aku biarkan aje sukati dia. Hehe









10 comments:

mamaarifakeemaisy said...

woooo bestnye...! suka tengok aksi khalish n kakaknye damia dok main2 pasir, main2 air laut...best3x..nnti2 harus bwk dak rif lak ni... ^_^..sure dia suka eh!

hehe...kak damia cekci, tak pakai baju! takpe...kecik lg, bes0 sket, malu weeeh..:p

atikah said...

hooiihhh...bontot i 2.... korg tgkp pic sume m'hala bontot i kan... i tau la bontot i cun.. sengal jeee

Sue said...

mamalieyna,

wohooo... mmg best n fun!! pegii jgn x pegi. jgn lupa diri udahh laa.. hehehe

damia mmg cekci x bertempat... bykkan mengucap je laa ibu dia ni.. haha

Sue said...

atikah,

mmg fokus tang situu. kata seksiiiiii... muahahaaa

Lily@MamaZaraZareef said...

alalala..khalish kecik2 dh pndai main pasir n air laut..suka plak tgk gelagat die merangkak2 tepi pantai..hehe..kakak damia plak lh tahan cerewet ye..tknak pijak pasir, tknak pakai baju kena coklat..very2 the pembersihla..=D

Anonymous said...

best.. best...kalo panas2 p mandi laut..hehehe
suka bebudak tuh.... sakan mandi nyer... khalish kemain lagi epi...
akak dia pun aper kurang nyer
hehehe...mujur nampak blakang jer... kak mia

mamaelly said...

ish damia seksi la..tak malu...

cute la gambar khalish merangkak kat laut tu..hehehe

Sue said...

lily,

huhu kak mia mmg cerewet. tapi ada baiknya dia jd cerewet so that tak nmpk la dia comot2. biar pembersih dari tak suka bersih :)

khalish mmg excited. hehe

Sue said...

As,

mmg best. tp mulanya risau gak takut sunburn kang makin gelap lak..ehhe tp hari tu cloudy, so ok la kan.. tak terik pon

Enis said...

Wah.. bestnya dapat pegi picnic mcm tu. Kak dah lama tak mandi kat PD, masih phobia dgn kes tsunami tu..ditambah pulak dgn citer pasal buaya tu..Si Lisa selalu gak ajak mandi laut, last2 bawak di mandi kat pool je..

Family Su realyy "happy together". Good, good, good...