Friday, February 12, 2010

Main pasir... kreatif atau kuman?

Cuti panjang kali ni. Aku siap sudah apply cuti tambahan gara-gara babysitter balik kg ada kenduri kahwin. So 17hb tu aku masih bercuti. Yahuuuu..... Apa aktiviti sempena cuti panjang ni ye? Balik kg? Ahhhhhhhhhhh... aku tak nak sebab baru je balik sana. Lagipun kalau kat kg nanti takde aktiviti menarik pon.
So dalam kepala ni nak bawa Damia ngan Khalish main pasir kat pantai. Mandi-manda kat laut tu bukan agenda utama sebab Damia takut mandi laut. Even nak jejak kaki kat gigi air tu pun dia da takut. Cuma aku nak bagi diorang rasa keseronokan bermain pasir pantai. Lagipun damia belum pernah main pasir lagi.




Ok, cuba kalau tengok khalish duduk tepi pantai sambil main scoop2 air atau pasir. Pastu boleh tengok apa pulak dia nak buat lepas tu. Kat situ je kan da ada point kreatif untuk anak2 kecil. Baru la minda terbuka, dan boleh asah skill co-ordination mata dgn tangan.







Tapi masa aku kekecik dulu mmg tak pandai nak main pasir ni. apatah lagi nak buat bentuk bangunan ke ape ke. Pernah masa study kat UiTM Segamat dulu, group komander ade buat camping kat Batu Layar. Sorang kawan ni, pandai pulak buat macam kereta F1 tu. Huhu..nanti la kalau rajin boleh punggah carik balik gambar tu. Seronok sgt. Alamak teringat pulak memori lepas. hehe




Okeh..untuk menjayakan misi ini, perlulah ada kelengkapan yang mencukupi. Maknanya poket akan sedikit rabak. Tips untuk berjimat adalah tidak membawa anak2 bersama semasa membeli-belah. Tapi memang macam boring sikit. Kalau boleh memang nak bawa anak2. Tapi kalau bawa ke kedai toys ni konfem ada barangan tambahan. Huhu...



Comel jugak sand play set Hello Kitty ni ek? Ok memandangkan anak ada sorang ppuan dan sorang lelaki, maka play set harus lah mempunyai warna yang sesuai untuk kedua-dua jantina. Tak perlu beli banyak2. Sebab bukan selalu nak pegi pantai pun.

Dan harap2nya bole la makan2 seafood nanti. Hehehe...

1 comment:

mamaarifakeemaisy said...

best gak kan sesekali lepak n tengok anak2 main pasir..best2x..nnti2 nak la ajak si arif lepak main pasir..tgk kreativiti anak2 kan..jgn di suapnye pasir masuk mul0t sudah..hikhik..