Wednesday, February 24, 2010

Bila anak banyak tanya sampai tak terjawab

Damia memang seorang yang banyak tanya. Pernah dari rumah babysitter di Kajang ke klinik Az-zahrah Bdr Teknologi hingga ke Kajang semula dan terus pulang ke rumah di Cheras (dekat pandan indah) dia bercakap tak henti-henti dan tanya macam-macam.

Satu hari di kedai makan.. tak ingat restoran apa tapi rasanya restoran makanan segera. Selang 2buah meja ada satu grup kawan2. Ada lelaki ada perempuan. Tengah makan sambil sembang2. Biasa la kan.. orang muda dan jiwa muda. Dan biasa juga kita tengok trend pakaian orang sekarang. Pernah terdetik dalam fikiran, agak2 satu hari nanti damia tanya tak bila tengok dress up orang lain?




Nah... satu soalan keluar dari mulut damia :




'Ibu..nape orang tu tak pakai baju?'




Aku toleh. Perempuan tu pakai baju yang terdedah, cuma bertali halus. Aku nak sebut pon tak reti la... Sentap aku. Risau kalau orang dengar anak kecil tanya hal tu. Jawapan ku...

(gambar hiasan ;) )


'Tak tahu la.. dia tak de duit kot nak beli baju' -sebenarnye aku sendiri tak tau nak jawab apa.


'Dia takde duit? Mana duit dia? Dah habis ke duit dia?'

'a'aah.. dah la.. makan..'
Macam pagi tadi masa on the way nak ke rumah babysitter. Damia nampak satu van tepi jalan, tak silap ada orang tengah repair van ke atau van tu mcm da rosak ke ape ke sebab aku tak nampak langsung (focus ok.. focus on driving).
'Ibu, nape orang tu? kenapa van dia?'
'entah.. tak nampak. Rosak kot'
'Bukan... nape pintu van dia?' - masa ni aku agak2 je mcm org tu duduk luar van sambil belek2 van dia
'o0..dia nak repair kot?'
'nape dia nak repair? nape pintu van dia &%&% (ni aku tak reti sbb damia sebut dgn gaya2 sekali tapi tak pasti ape)
'dia tak pandai la tu nak repair'
'nape dia tak pandai repair?'
'sebab dia tak pegi sekolah'
'O0o0o0o0o...PATUSSSS LAAAAAAA!!'
Nampak tak? Banyakkk dia nak tau. Tapi agak2 bila aku cakap org tu tak pegi sekolah, so damia bole bayangkan atau dapat ilmu tak bahawa kalau tak pegi sekolah, nanti tak pandai? harap2 nya dia faham....
Kadang2 dengan anak2 ni kita kena pandai cakap. Menipu bukan caranya. Aku paling tak suka menipu. Sebab nanti satu hari akan kena balik pada kita.. Contohnya kalau hari cuti tapi ayah damia terpaksa kerja. So damia akan menangis2 dan berguling2 nak ikut. Dulu.... aku akan pegang damia yang meronta2 nak ikut. Sekarang, aku biarkan aje. Tapi pada masa sama aku cakap kat dia yang ayah kena kerja..nak cari duit beli susu mia, beli pampers mia..pampers adik.. ok. pastu janji la yg nanti bila ayah cuti kita pegi taman (playground) sama-sama. Lepas aku cakap tu... damia diam dan datang kat aku. Elokk je. Tak pedulik langsung nak tanya atau ikut ayah dia lagi.
Hmm.. kadang2 kena guna psiko juga. Anak2 perlu tau kebenaran dari kecil. Biar dia faham erti kebenaran. Kalau asyik menipu anak2, tak guna. Minda diorang tak akan berkembang. Dan lagi satu, aku suka membiarkan anak2 aku bermain dgn segala mainan yang ada. Kadang2 sepahh satu rumah. Memang sakit mata. Tapi janji diorang diam dan main, aku tak kisah. Cuma aku tak suka kalau ada orang yang bising pasal rumah sepah la... ape la.. pada aku, rumah boleh dikemas.. tapi KREATIVITI DAN ILMU ANAK2 kalau kita terlepas peluang, RUGI YANG AMAT...
Tu je la.. tak tau nk citer ape sbnrnya.
Oh ya.. baru2 ni ada pertukaran (reshuffle) berlaku melibatkan pegawai2 di pejabat. Aku tidak termasuk la... Ada juga dengar2 bunyi.. nak tgk org tu bole buat keje ke tak.. nak tgk org ni boleh handle ke tak.. Pada aku, boss tidak akan mempertaruhkan sesuatu jabatan kepada orang yang salah. Sebab apa2 yang bakal terjadi kepada jabatan dan organisasi akan terpalit pada boss itu sendiri. Yang penting, kita belajar dan bersemangat untuk memajukan jabatan yang baru. Kalau aku, aku tidak akan mendabik dada hanya kerana kerja aku mudah, kerja orang lain teruk. Aku lebih suka kalau boss mempertanggungjawabkan sesuatu yang besar kpd aku.. sebab aku akan berpandangan bahawa aku boleh..sbb tu diberi tanggungjawab itu. Apa pun.. APA YANG PENTINGGG..KERJASAMA!!!!

9 comments:

mamaarifakeemaisy said...

wooo masa kita tak sampai lg tuk menjwb persoalan yg macam2 dr anak..bakal tiba jua ye..huhu...tp dak rif ni nmpak pendiam jek,,ekeke..dia kecik tak pandai ckp lg lol..^_^

yeee yg penting jgn menipu eh, jwb dgn jwpn yg betul kpd anak! yee i blajar sesuatu! :)

Sue said...

mamalieyna..tunggu la time u nanti. hehehe... kecik2 tak pandai ckp lagi.. nnt besar baru tau!! hehe

A.H.A.D said...

amboi petah nye dia berkata2...tp sonok kdg melyan dorang ni..

erm btul tu jgn di ajar menipu

Unknown said...

ha a kan sue.. kite pon tak kisah kalau diorg sepah2 rumah asalkan diorg diam. kalau die tunjuk something drp lego ke megabloks ke, kite kene ckp good job boy!! good boy/girl..br diorg happy kan..
tp kene ajar jugak diorg utk berkemas. selalunye, kalau die nak susu kite suruh die kemas dulu toys die baru boleh dpt susu.
hehe..panjang plak komen kite nih.. by the way kenal tak kite fiza mybayi nie

leeya said...

ur kids so0o comel!

Diana Ishak said...

so cute.

Sue said...

gee ryder, memang sonok. sampai kadang tak terjawab. ehhhe

***********

hafiza, kenal...penah jumpa kat bday anak mai kan?

*********

leeya, thx...

*********

green apple, hehe...thx

Misbehave said...

hahahahaha mmg da time damia bertanya soklan.semangat ingin tahu yg sangat tinggi.

layankan je la sue . tp kalo da bertubi2 mmg x tau nak jawab apa lagi.hahahahha.

nanti turn alya camne la agaknye.hehe.

Sue said...

misbehave..

tu la pasal. layan sampai sakit kepala tauuuu!!! aku tgh tunggu dia tanya soklan ni:

cemana ibu leh mengandung?
atau
cemana ibu bersalin?

ngehngehngehhhh... sediakan jwpn dr sekarang... :D

u standby je any jwpn. sok alya tanya leh terus jwp. ahhaa