Thursday, February 18, 2010

I Am Officially A Freestyler. Yeayyyy!!!





Akhirnya tercapai juga hajat dan impian untuk memiliki Medela Freestyle Breastpump. Terima kasih kepada Spectra3 yang telah berjasa selama 11bulan. Kesian kat S3 tu, penat menjalankan tugas secara heavy duty -setiap hari akan pam 4-6 kali- selama 11 bulan ini. Sekarang sudah ada kawan baru. Bergilir-gilir lah yea menjalankan tugas kalian ;)
12 Feb, jam lebih kurang 11malam, dapat call dari Khairul (husband Ereen). Breastpump da sampai, katanya. Wahhh cepat juga ya. Ingatkan hujung bulan baru dapat. Alhamdulillah... So sabtu malam diorang datang hantar ke rumah. Siap ajar lagi macamana nak guna. Thx Ereen.
Aku beli breastpump secara online dari website Ereen di www.letgoproduct.blogspot.com. Sebenarnya Ereen ni juga orang yang sama yang jadi photographer masa wedding anak buah bulan 12 lepas. Apa yang menariknya adalah sudah tentulah harga yang lebih murah dari harga pasaran. Kalau kat kedai, harganya RM2,299. Tapi letgoproduct menawarkan harga yang lebih murah iaitu RM 1,640. Siap dengan warranty sekali. Dan yang lebih baiknya adalah mereka juga menyediakan program kutu untuk medela freestyle dan swing. Kalau ada yang berminat boleh la jenguk blog diorang. Jangan risau.. diorang ni memang peramah orangnya.







Ops! Aku bukanlah anti Formula Milk. Sebab damia pun masih minum Isomil. Cuma aku support breastfeeding sebab kebaikan susu ibu itu sendiri. :)
Owh ya.. testimonial aku tentang Medela Freestyle ni - sangat memberangsangkan. Cewah... 1st time try, dapat 6oz dalam masa 26minit. FS ni ada skrin yang kita boleh tengok timing. Dalam masa 3-4minit da bole dapat letdown reflex. Kalau S3 lately ni sejak kes susu merudum tu (after raya puasa) kena tunggu dekat 10minit baruuu la nampak susu kuar dan ada letdown.
2nd time try, pam sambil vacuum rumah lagi. Haa..jimat masa! Dalam 21minit, boleh siap vacuum dan pam. Dapat 4oz. Ok la kan..lagipun time tu belum breakfast pun. Kalau S3, kena duduk je la dendiam kat power point tu. Fs ni kelebihannya, mobile! Huhu.. nak pegi dapur ke nak ke depan ke, ke mana ke... laju je. Siap bole bagi Khalish makan ubat lagi. Bestt...!
Ok.. cuti sabtu ahad, layan anak2 mandi dalam bilik air adalah sgt best. sebab sejukkkkk je. Cuaca kan panas sekarang ni. Dengan aku sekali basah lencun kena percikan air. Seronok tengok anak2 gembira. Hilang lelah sekejap.

*Opss... maluuu la. Tutuppppp popott ngan totekk*


*Hoh... da beli pam mahal2, sila bf adik selama mungkin, ok, bu...*





10 comments:

mamalieyna said...

Waa bagus3x..sungguh bersungguh2 demi anak tersayang! hehe...

weii pandai lak dak berdua tu mengcover eh, comei jer aksi si khalif tuuu..muaaah ceket! ^_^

Sue said...

huhu....

tu la pasal. malu le wehhhh!!

lin muhamad said...

waaaa best dpt pakai freestyler.:)

eRaY said...

syioknye dh jadi freestyler...:)
nk jugak jd freestyler ni

gee ryder said...

hrp2 preggy kali ni byk susu..bole gak la beli..

Sue said...

lin,

yups... bestt.. hehe betul2 free style

Sue said...

Eray,

jom..jom... seronok jd freestyler ni. bole buat mcm2 keje sambil pumping.

Sue said...

gee ryder,

insyaallah byk susu nanti. 3rd trimester nnt rajin2 la urut breast (urut sendiri je) utk stimulate susu

hafizayusoff said...

hai sue.. ingat kite lagi tak? fiza (mybayi) lame tak bace blog sue.. wah dah ade freestyle BP.. best2..

Sue said...

fiza,

ingat.. penah jmp masa bday nasya kan?? hehe... mekasih dtg jengok blog ni.