Thursday, February 11, 2010

Tips bijak pisahkan puting anak

  1. Tukarkan dengan mainan - katakan kpd anak anda bahawa mereka dapat membeli mainan pilihan mereka dengan 'membayar' menggunakan puting tersebut (dan sila lah bayar dengan wang secara diam-diam)
  2. Berikan kpd pari-pari puting - Dia merupakan adik-beradik kpd pari-pari gigi (Tooth Fairy aka THE ROCK ehhe) dan akan memberikan hadiah kpd si kecil sbg pertukaran puting tersebut.
  3. Ikatkan pada belon - Katakan bahawa anda mahu menghantar puting tersebut untuk mengembara ke angkasa lepas atau tinggal di awanan.
  4. Bawa mereka ke balai bomba - Katakan kepadanya bahawa ahli bomba akan mengumpul puting daripada kanak-kanak yang sudah dewasa.
  5. Tanamkannya - Jika boleh, letakkan benih bunga semasa menanamnya, anak anda akan fikir bahawa puting tersebut berbunga.
  6. Beri kepada bayi baru lahir - ia boleh diberikan kepada saudara mara terdekat atau rakan yang baru melahirkan anak. katakan kepadanya 'Sekarang kamu sudah besar, kamu boleh berikan puting kpd bayi ini'.
  7. Buangkannya - Jika semua cara tersebut tidak menjadi, kumpulkan semua puting anak anda dan buang pada tengah malam.


Tips no. 2 dgn no. 4 tu aku rasa macam tak relevant la kot. Sebab pari-pari puting? Even pari-pari gigi pon kita dalam Islam ni tak di dedahkan benda-benda macam tu. Tapi maybe boleh kot. Suruh la sape2 jadik pari-pari. Ok watt...?
Pastu kenapa balai bomba? Kenapa tak balai polis? Hehe... Cuma aku masih terpikir apakah relevannya di situ?
Tapi apa pun,tips ni ada gunanya... maybe boleh dipraktikkan. Dulu masa damia, aku penah taruk kopi nak bagi dia rasa pahit dan nampak kotor. Tapi budak2 sekarang ni kan bijak. Dia pulak yang suruh kita bersihkan sampai bersih dan takde rasa pahit. Damia dulu isap puting sampai la umur dia Setahun 9 Bulan macam tu la. Pernah puting dia pecah sebab kena gigit2 dia.. tapi masa tu aku kursus 3 bulan. Bila weekend balik ingatkan tak yah la bagi dia puting n rasa dia pun taknak. Tapi malam2 dia carik jugak n terpaksa beri. Esoknya terus belikan yang baru.
Tapi satu kejadian telah berlaku. Masa tu aku kat tempat kursus. Damia nak mandi dan dia bawa sekali putingnya. Sekali puting jatuh dan masuk lubang. Kakak aku pulak yang menjaga damia masa tu ingatkan masuk dlm toilet bowl. Terpaksa seluk tangan carik puting tapi tak jumpa. hahahah... kelakar je. Rupanya puting tu masuk dlm lubang air tu.. Sejak tu tiap kali damia mintak puting, aku tanya dia mana puting dia. Then bila dia jawab 'puting jatuh lubang' so aku kata 'ok da jatuh.. da hilang... so tak payah puting. ' Slow-slow jugak laa nk bagi dia lupa puting even masa tu mmg ada puting stand-by tapi aku tak bagi. Alhamdulillah.....




Cuba tgk gambar tu. Berani tak nak bagi puting mcm tu kat anak. Heheh... ngeriii je rasanya!! Haha...
**Tips dari MAMI & BABY**

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

hee..tips2 tu ade yg klakar, ade gak yg boleh dipraktikkan..tp wat mase ni mesti Zara lom nk paham klu guna ayat2 tu sume..yg die paham..klu nk tdo kena ade puting kat mulut..huhu..hopefully aft 2 yrs die nk sto sndirila..

Sue said...

lily,
hehehe... takpe slow2 la..