Saturday, April 2, 2011

Our new bundle of joy!!!

Syukur Alhamdulillah.. segalanya selamat :) Aku kongsikan sedikit pengalaman bersalin anak ke-3 di sini. Kali ni memang berbeza dari 2 pengalaman yang lepas. Kalau masa Damia ngan Khalish dulu, pengalaman bersalin lebih kurang sama, tapi kali ni aku merasa satu kelainan. Kelainan yang aku memang mohon daripada Allah untuk merasainya. Alhamdulillah.. Allah itu Maha Mendengar. 24/3/2011 Aku perlu admit ward untuk di induce atas sebab BP tak stabil. Jam 4 petang sampai kat hospital. Sepatutnyna kena datang tengahari, tapi aku sempat la jugak gi tesco beli barang2 dapur dan sempat temankan hubby gi beli barang untuk kerja dia. Sampai hospital, nurse cek BP = 149/97. Agak tinggi. Masa tu ada beberapa orang nak bersalin jugak la kot. SO tunggu la giliran untuk diperiksa oleh doktor pulak. Nurse pasang mesin CTG. Agak lama nak tunggu doktor. 2 kali gak aku turun katil gi toilet. Dalam pukul 5 lebih, doktor datang n cek bukaan. Dia kata belum bukak lagi. Ok fine... induce jugak la agaknye nanti. Jam 6 lebih scan baby pulak, doktor pakar estimate berat baby 3.5kg dan siap tanya samada nak bersalin normal atau operate. Huhu.. berdebar2 aku. Aku kata terpulang pada doktor. Gedebak gedebuk doktor tu pun bagitau la kalau baby besar ni risiko bersalin normal tu memang ada la. Macam ngeri la pulak sebab dia cakap tangan baby boleh terkehel la, macam2 la... Tapi aku kata try normal. Pastu doktor 1st tu request doktor pakar seluk n cek kepala baby sbb dia kata tak jumpa. Doktor tu pun seluk, n finally dia kata 'already 2cm. SO tak payah induce'. Alhamdulillahhhhhhh.. Malam tu aku tido di ward n berharap bukaan cepat berlaku. 25/3/2011 Jam 5pagi nurse kejut bangun n pergi ke bilik rawatan. Doktor cek bukaan, baru 3cm. Jam 9 pagi sekali lagi doktor seluk, still 3cm. Start jam 10pagi aku mula rasa sakit. Mild contraction tapi still boleh tahan n rasa takde pa pe pun. Aku kerapkan berjalan dalam ward. Bila penat aku tido. Hehe.. Jam 2.50pm gi toilet n ada spotting kat panties. Bila cek, konfem dah kuar lendir bercampur darah. Masa ni sakit dah mula kuat sikit. Contraction every 15-20minit. Lepas minum petang aku tido kejap. Jam 6.20pm aku bangun n tiba2 terasa contraction yang sakit sangat. Masa tu dinner dah di serve. SO aku pun bangun nak makan. Baru je nak suap nurse datang. Katanya lepas makan nanti pergi labour room n prepare baju baby siap2. Ok nurse.....! Aku pun makan walau sakit makin kuat. 2 suap je yang aku mampu sebab tak dapat nak tahan dah sakitnya. Dalam 10 minit tu contraction berlaku 2-3kali. Aku pun tutup makanan n bangun nak panggil nurse. Belum sempat kuar bilik aku dah tak leh jalan. Nasib baik ada pelawat katil sebelah tu, aku minta tekankan interkom panggil nurse. Nurse datang n aku cakap dah tak bole tahan sakit. Nurse gi amek wheelchair n aku kuarkan baju, pampers n kain bedung baby. Sempat gi toilet kencing dulu... Call hubby mintak datang labour room cepat. Masa ni dia kat puchong. SIb baik aku call cepat sbb dia dah nak ke Kota Kemuning.. Sampai labour room jam 7pm. Sekali lagi aku call hubby, dia on the way n aku informkan no.bilik labour room. Bilik no.14. Nurse pasang ctg n cek BP, agak tinggi jugak. Contraction makin kuat. Tak lama pastu aku nampak hubby masuk. Aku rasa da tak boleh bernafas dah. Sakit tak tau la nak cakap cemana. Doktor cek bukaan, baru 5cm tapi dia kata tak lama nak kena tunggu. Ok. AKu bajet 4-5 jam nak tunggu buka sampai 10cm. Tapi sakit tersangat2 kuat. Nurse suruh sedut gas kalau sakit tapi aku rasa makin sakit pulak kalau sedut. Aku prefer bernafas biasa. Nurse/doktor kerap masuk cek BP aku yang makin naik. Dorang nak pantau sebab kalau tinggi sangat maybe dorang akan bagi ubat. Jam 9 lebih terasa gerakan baby menurun. Tapi aku tak pikir da sampai masanya.. Tapi pastu aku terasa nak terberak. Kebetulan nurse masuk cek ctg n BP. AKu cakap 'nurse... nak terberak sangat da ni'. Nurse suruh angkat kaki n mintak hubby keluar kejap. Pastu aku terasa nurse cuba 'memudahkan' bukaan. Hehe.. dengar macam kelam kabut panggil nurse n doktor. N dengar dia panggil hubby masuk. Masa angkat punggung nurse nak letak pad alas tu aku terasa nak meneran sangat dah. Eh da teran sikit pun. Pastu aku rasa da tak bole tahan n terus teran. Tak sangka lak terus kuar kepala baby. Pastu aku pun terus teran sekali lagi n terasa badan baby kuar. Legaaa...... Hilang segala kesakitan. Alhamdulillah.... baby boy! Tapi sakit aku tak setakat itu. Doktor n nurse berusaha pulak kuarkan uri. Masa uri kuar, memang aku terasa sangat benda tu terkeluar. Doktor n nurse pun terkejut sbb dorang kata 'besarnye urii..' Hehe... Lagi satu seksa masa nurse jahit. Uihh rasa nak bagi sepakan kuda je! Eh lagi satu masa kuarkan darah beku. Sorang doktor ni mentang2 tangan dia kecik, selamba dia seluk 5 jari dia, nak patah pinggang aku dibuatnya! Tapi kalau tak buat camtu nanti aku gak yang seksa sebab darah beku banyak gile.......... Dan alhamdulillah........





KHALIF UQAIL BIN KHAIRULL AKBAR

25/3/2011

9.25PM

3.8KG

8 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Alhamdulillah..dh selamat deliver..congrats for the new born bby yek..comey sgt baby khalif!!!..=D

alamaya said...

sue..tahniah dah selamat...jelesnya tgk orang dah selamat bersalin ni...turn saya bulan 6 ni....risau betul la....mesti sakitt gile....huhuhu....tahniah ye sue...happy breastfeeding tau...take care

Marsha~ said...

kus semangat.... tembaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmm..... congrats SUe!

Marsha~ said...

kussss semangat... tembamnyeeeeeeee....

congrats sue!

mazzuana said...

Congrats sue, semangat baby. Aku wonder something la lepas kepala baby kuar, nak kuarkan badan baby kena gunting tak? Member aku anak ke3 tak kena gunting dah....

AMIIZAA@Mieja said...

tahniah sue:):)
khalish ada gang :):) nampak khalish mcm big boy sudah:)

___Mrs Suhaidi___ said...

congrats k.sue...chubby + cute bb akak...

Sue said...

lily,
thx... lega dah rasanya! hehe

****************

alamaya,
thx.. bulan 6 nanti due yea. semoga selamat semuanya!

******

marsha,
thx.. haha mmg kuss semangat!!

************

mazz,

aku anak no.2 n 3 ni tak gunting pun. masa khalish dulu tak koyak pun. Kali ni koyak sket sbb bby besar kot.

***********

k.mieja,
thx sesangat. khalish dah big boy tp still panggil dia adik. camno? hehe

******

mrs suhadi,
thx babe!! hhehe