Oh.. Hindmilk pulak susu yang mengandungi lebih banyak lemak. Macamana nak tau baby kita banyak minum foremilk atau hindmilk? Ok camni.. kalau baby kejap2 nak susu... atau nampak dia tak puas menyusu, atau berat badan tak naik banyak.. itu tandanya dia banyak minum foremilk. Kalau dia menyusu sampai dapat hindmilk, maka dia akan gembira dengan senang hati 'kayuh basikal' dengan tangan berkepak2. Oh itu lah Khalif kalo dia senang ati...
Nak senang, sila google. :D
Tengok gambar di atas. Sebelah kiri adalah foremilk. Dan sebelah kanan adalah hindmilk (sbnrnye fore + hindmilk). Saje nak tunjuk bagi ibu2 yang tak tau tu, nampak beza foremilk dgn hindmilk.
Itu beza susu. Di bawah beza warna pulak :D
Tangan si anak dengan tangan si ibu. Hohoho.... jauh sungguhhhhhhh bezanya!!! Agaknye tgn ibu masa kekecik putih melepak cenggitu agaknye. Tapi bila da besar, da berjemur masa jadik Komander Kesatria dulu, terus coklat. Sedehhh...
Comel tak sayaa??? Dah 3 bulan tauu...
Saya suke berborak 'aaaa-uuuu-geeeee'. Pastu saya suke jerit kuat2. kalau lambat bagi susu, laaaaggiii saya jerit kuat2. Saya tak suke lambat2 sebab saya laparrr tau....!
Alhamdulillah, pagi tadi sampai opis awal dan pam. Dapat 12oz. Syukurrrr.........
Semoga Allah permudahkan urusan menyusukan Khalif. Dan semoga rezeki susu Khalif sentiasa meriah!!