Wednesday, September 21, 2011

Dilema sekali lagi : SK @ SJK(C)

Seminggu dua ni kepala aku dok memikirkan satu perkara. Tahun lepas pun camtu jugak. Since next year Damia dah 5 tahun, so aku kena pikirkan betul-betul hala tuju persekolahan dia. Aku dari awal, instead dari sebelum kawen lagi aku da plan, anak2 aku nanti nak antar dia gi sekolah cina. Tahun lepas, plan nak enroll dia kat tadika cina tapi dia macam kecik je lagi, baru nak masuk 4yrs kan.. then aku pun register dia kat montessori Islam.

Ok before tu, aku just nak highlight sikit progress dia kat montessori islam ni. Kalau ada yang refer balik post aku tahun lepas bertajuk 'confirm dah..montessori islam', dan kalau ada yang baca komen2 orang kat post tu, aku tak salahkan pendapat diorang. Itu pendapat masing-masing la kan.

Damia punye school kat branch Kajang. Progress dia setakat ini:

1. Dah boleh hafal surah2 asas like al-fatihah..
2. Dah boleh mewarna, ada minat utk mewarna, padahal sblm ni mmg payah nak tgk dia pegang color n mewarna...
3. asas-asas dalam kehidupan - aku tak tau term apa nak diguna so aku guna ni. Ermmm macam, lipat baju, hold something, carry something (all in a right way), ikat tali buat ribbon, etc
4. lain-lain la yang aku tak reti nak explain kat sini
5. yang paling penting, damia dah bole speaking english padahal kat rumah kitorang mmg tak speak english pon.
6. Swimming pun ada good progress cuma damia ni penakut. Kalau pool kecik utk children tu dia ok. Tapi bila masuk adult pool dia taknak lepas teacher dia.

so pada aku, progress dia kat school memang sangat2 bagus. What do u expect for a child that is just 4 yrs old? Aku enroll dia kat situ pun pada asalnye just nak bagi dia playschool. Bukan nak bagi dia push diri utk belajar sampai pandai. Dengan fees cuma rm250.00 per month. Tapi damia join swimming class (once a week) dgn extra fee rm50. Dan swimming class ni so far aku tak pernah dengar lagi damia cakap main2 bola. Memang takde. Kalau ikut kata komen dlm post last year tu anak dia kat branch Semenyih, swimming just playing a ball. Tapi bukan di branch Kajang. Anak kawan aku yang dah 6yrs tu memang dah boleh swim pun. N aku selalu tanya dia macamana damia masa swimming. Dan dia sendiri cakap damia boleh swim tapi takut masuk pool besar.

Tak silap aku ada sorang yang komen ni, tak ingat nama, sorry.. dia ada enroll anak dia jugak kat situ, tapi lepas sebulan kot dia tukar balik ke tadika lama anak dia. itu hak dia, apa2 yang dia tak puas hati pun itu hak dia. Cuma pada aku, of course la tadika yang sebulan kena bayar fees about rm500 tu adalah lebih bagus dari tadika yang cuma bayar sebulan rm250. Nampak tak? Kalau aku afford pun aku akan antar anak2 ke tadika yang sangat2 bagus. Kalau aku kat tempat dia, pun aku antar kat tadika yang 500 tu. Sebab ada duit. Teringat satu wording blogger ni, MONEY IS NOT EVERYTHING BUT EVERYTHING IS MONEY. Kalau aku salah sorang pemilik rumah kat Country Heights tu of course laaa aku byk duit kan. Tapi aku tidak. Ngehngehngehhhhh.....

Pastu ada lagi satu komen, dia pun antar anak kat montessori sama cuma branch berlainan. Pada aku, mana2 tadika pun macam Real kids ke, Q-dees ke yang byk2 branch ni, tak semua branch sama tahap dia. Maybe branch A ni bagus, tapi branch B ni tak mencapai tahap macam branch A. Betul tak? Memang pengasas sama.. tapi operator berlainan. SO far, branch Kajang ni bagus la pada aku.

Ok now, the problem is, aku kan nak antar anak aku kat sekolah cina. So patutnye kena register kat tadika cina start 5yrs old. Kenapa aku nak sekolah cina?

1. bila aku tgk budak2 melayu skang, apa nak jadi laaaa dgn dorang ni. Pegi sekolah ke pegi menggedik?

2. kat sek.cina, akademik memang no.1 la. sport tak byk. tapi still ada la ko-ku. Pastu aku tgk budak melayu kat sek.cina tu tak la segedik budak melayu kat sek.melayu.

3. Nak anak pandai mandarin, so akan datang mudah nak keje. Ni exp sendiri je la, betapa susah nak carik keje dulu, asal tgk iklan je 'keutamaan kepada yang fasih bhs mandarin'. WTH?

4. sebab-sebab yang aku pun tak reti nak taip kat sini.


Cuma kalau sek.cina ni, aku kena rajin la tgk dia punye homework. Pastu kena byk tuition. Pastu agama kena belajar lain. Haihh... Kalau reason no.1 tu maybe ada yg kata, itu depends pada individu sendiri. Tapi kawan-kawan adalah paling berpengaruh, kan?

Staff aku pulak, ada 2 org anak yang bersekolah. Yang sulung, sekolah kebangsaan. Yang no.2, sekolah cina. So aku rajin la tanya2 dia pasal anak2 dia ni kan. Dia kata ada beza produk sek.keb. dgn produk sek.cina ni... Pa pe pun, dia memang prefer sek.cina n utk anak dia yang baru umur 5bulan tu pun dia plan nak register sek.cina nanti.....

Hal ni aku try gak bincang dgn husband. Tapi jawapan dia berbalik pada aku pulak. Baik aku tak yah bincang camtu.... Hmmm... Montessori pulak dah remind suh reserve place utk damia kalau still nak sekolah situ lagi nextyear. Coz diorang da start bukak reg baru ni takut full ke kan... camno ni??????

Kalau ada sape2 yang bole bagi pendapat, amatt la aku hargai.

7 comments:

A.H.A.D said...

memang kalau girl dekat sek melayu lagi ramai menggedik compared to sek cina.
i xreti sgt nak komen heheh.
anak buah ada sorang sek cina. sekejap je dah pandai cakap cina

Anonymous said...

Tak silap aku nak masuk sekolah cina compulsory tadika cina starts from 4 years old (non-chinese kena ada basic 3 tahun kindy aliran cina). Anak buah aku sekolah cina kat puchong, homework dia mak aiiiiiih seram tgk. Kalau boys kesian jugak la bila nak g smbhyg jumaat mmg x lepas sebab sekolah dh masuk kul 1.30 hari jumaat. For girls x kisah...tp bebudak melayu mmg struggle sikit la in the first year sekolah, cikgu x kan cakap bahasa lain sepatah haram, kecuali subjek BM. Advantagenya, anak buah aku quite fluent skrg ni, aku g beli brg kat kedai borong cina mmg hangkut dia jd translator. Sori komen terpanjang plak

Sue said...

gee,
tu la masalahnye. kita dulu pon ada gak yg gedik2 kan, tapi tak la mcm skang ni ha... ermmmm pening..pening!

****
anon aka mazz,
mmg kalo skola cina ni homework byk gila babeng. staff aku punye anak pon aku tgk mmg struggle laaa, tp dia minat so takde masalah. cuma aku tanya staff aku, masa tadika cemana. dia kata dia pun kena tolong ajar, tp masalahnye dia tak paham so terpaksa la ke sana sini carik org cina yg bole ajarkan. alamakk bab ni aku failed la kan. hehehhehe

Skrol Saya said...

Hurm...tiada salahnya hantar ke tadika atau sekolah Cina, cuma kemusykilan saya...erm makan minumnya nanti macam mana ye? Terjamin?

Anonymous said...

betul tu..nk masuk.sekolah cina kn basic dr 4 years..my son star4 4 years..next year 6 years..and now can speak fluently in mandarin...

Anonymous said...

Nak tanya ye.. Sekolah Montessori Kajang tu dekat mana ye.. boleh bg nama monteesori tu n tempat kt mana tak?.. sbb plan nk hantar anak tadika next year.. Btw anak kita sama plak nama... - FAIZ :)

Cik Lesung said...

hi, macam mana? hanatar anak sekolah cina tak?