Sunday, April 5, 2009

Sepi malam ini..

Sgt2 sepi rasanya. Keputusan yg aku buat sendiri. Untuk kebaikan anak tercinta.

Ahh.. Damia. Ibu terpaksa izinkan damia pulang ke kampung. Kesian anak ibu ni. Kat sini takde kawan2. Takde yang nak melayan 24hr. Ibu terpaksa bahagi kasih sama rata. Ibu tau damia belum biasa....

Ibu faham benar dgn anak ibu ni. Nak apa sume, kena terus bagi. Belum pandai bersabar lagi. Tapikan baby khalish masih perlukan ibu, masih sedang menyusu. Sabar2 la.. dah habis menyusu barulah ibu boleh bangun melayankan kehendak damia pulak..

Opah, tak kuat nak ikut damia ke mana2. Damia lari laju.. kejap je da sampai kedai. Kejap jee da sampai rumah deknor. Macamana kalau opah terlepas pandang..macamana kalau ada org jahat dapat damia dulu?? macamana? Ibu risauuu sgt2.

Damia masih belum faham , siapa org jahat, masih belum tau minta pertolongan. Ibu dah ajar, nanti ibu ajar lagi yea sampai damia faham..

Tadi ibu nangis.

Teringat masa ibu temankan damia ke pintu. Damia jalan depan ibu. Tiba2 damia pusing dan berlari kat ibu sambil...

'Sayanggggggggggg ibuuuuu' dan damia terus peluk ibu.

Ibu dah sebak masa tu. Tapi ibu kuatkan semangat.

Ibu bagi damia peluang berjalan2 dgn ayah malam ni. Balik kg. Jgn lupa ibu dan khalish yea, sayang.........

Paling lama ibu bagi seminggu jea. tapi kalau ibu tak tahan rindu, cepat lah nanti ibu paksa ayah bawa damia pulang....

jaga diri baik2. Ingat pesan ibu.

2 comments:

As said...

hmm damia balik kg lagi.. sure x best kan... alahai... x dpt la sue tgk keletah anak dara tuh...

Sue said...

ye la as.. terbayang2 je dia nanges, dia mintak susu... mcm2.
tp nk wat cemana.