Tuesday, December 8, 2009

Kisah kehidupan

Baca lah kawan2. Mungkin ada yg lebih bertuah, atau mungkin ada yang lebih kuat dr ibu ini. Semoga si ibu berjaya menjalani kehidupan bersama anak2 yang masih kecil........ :)
5.45am, waktu yg biasa ibu bangun. Memulakan tugas2 sbg seorang ibu yang bekerja. Kalau2 anak kecil terjaga dan mahukan nenennya, maka si ibu terpaksa melayani kehendak anak dahulu. Santak ke pukul 6.15am baru selesai. Puas hati ibu dpt menyusukan anak kecil. Dan menatap wajah kedua2 anaknya mohon supaya mereka tidur lena agar tidak mengganggu tugas sebentar lagi.

Terus menuju ke dapur, mula memasak bubur utk makanan si kecil di rumah pengasuh. Kembali ke bilik, pilih pula apa baju yg hendak dipakai dipejabat utk hari ini. Menuju ke ruang iron dan mula iron baju dan tudung. Siap. Gantung di almari di dalam bilik. Capai towel. Jam 6.30am. Mandi.

Selesai sudah, bersiap pula. Solek ala kadar. Sblm memakai tudung, perlu menyarung apron dulu. Kembali ke dapur. Tgk bubur da masak ke belum. Sambil tu tuang air panas dalam besen utk steril botol susu dan pam. Kemudian, cek beg anak2 takut ada yg tertinggal. Buka freezer, capai chiller dan masukkan dlm coolbox. Ambil pulak stock susu dan masukkan juga dlm chiller. Utk anak di rumah pengasuh.

Bubur da masak. Siapkan utk 2 bekas, utk makan di rumah pengasuh dan utk malam nanti hanya simpan dlm fridge. Owh, botol susu belum selesai. Buang air panas dan pasang siap2 botol susu dan botol pam. Botol susu masukkan dlm beg anak. Botol pam masukkan dlm cooler bag utk di bawa ke pejabat. Jam sudah 7.30am. Anak da bangun. Tukar pula diapers masing2. Kalau ada yang sudah poo poo, alahai..ibu Cuma berharap jam berhenti berdetik. Supaya tidak lambat sampai ke pejabat krn harus selesaikan yg ini dulu.

Kemudian, dengan 2tgn yg ada, ibu membawa beg pam sandang ke bahu, coolbag berisi stock susu, disangkutkan dibahu juga. Beg hitam mengandungi baju2 anak kecil. Diapers bag kaler kuning, baju2 si kakak pula. Semuanya hanya menggunakan tangan dan bahu kiri. Tangan kanan pula mencapai walker si kecil dan bawa keluar utk dimasukkan ke kereta.

Masuk semula ke dlm rumah. Buka apron dan pakai tudung. Capai handbag dan cek samada complete ke tak. Takut2 hp tertinggal pulak. Dokong si kecil sambil memegang handbag. Si kakak membontoti. Masukkan si kecil dan letak dlm carseat. Si kakak, masuk di seat belakang. Ada masa, sengaja dilengah2kan. Haiihh… ibu sudah lambat. Jam sudah 7.55am. Kemudian, start enjin kereta dan panaskan sekejap. Baru gerak.

8.15am sampai di rumah babysitter. Semua barang2 kecuali beg pam perlu diturunkan pula. Anak2 perlu juga diturunkan utk ditinggalkan sekejap di rumah pengasuh. Ada masa, si kakak buat perangai. Alamatnya terlambattt lagi ibu sampai ke pejabat. Haiihh…

Petang pula, pukul 6pm smpai dirumah pengasuh, ambil semula semua barang2 tadi. Termasuk walker. Kemudian, dokong adik sambil minta si kakak masuk ke dalam kereta. Paling cepat pun kena tunggu setengah jam utk dia masuk. Sebab masih leka dan ingin bermain2. Aduhaii... jauh lagi perjalanan kita. Jam 6.38pm baru bergerak pulang. Mujur jalan tak jammed. Cuma sesakkkkk di sesetengah tempat.

Sampai rumaah 7.05pm. Da hampir maghrib. Ibu bawa turun si kakak dan dokong anak kecil masuk ke dlm rumah. Kemudian, keluar semula mengambil semuaaaa barang2 tadi termasuk beg pam. Selalunye belah ptg, 2 trip sbb ibu da penat. Masuk rumah, capai towel dan terus mandi. Walau si kecil dah merengek2 hendakkan nenennya ini. Selesai solat barulah ambil si kecil. Kurang2 setengah jam menyusukan waktu ini sebab si kecil seolah2 melepaskan rinduuu.

Mujur tinggal bersama opah. Balik kerja, makanan malam da siap. Menu apa pun, terima sajalah janji perut tidak kosong. Kadang2 opah tak sihat, maka ibu perlu masak juga. Goreng telur atau lauk sardin, sudah! Itu yg terdaya...

Keluarkan makanan sikecil yg disimpan dalam fridge. Tuang air panas dalam bekas. Dan bekas makanan diletakkan dlm bekas berisi air panas. Si kecil da merengek2 kelaparan walau da menyusu tadi. Kena tunggu hampir 10minit utk suamkan makanan. Ahhh..kalau ada Baby Food Warmer, kan mudah. 4minit da siap.

Perut ibu sudah berbunyi. Tapi perut anak2 perlu di isi terlebih dahulu. Ibu suapkan sikecil. Sambil2 suap si kakak. Kurang2 setengah jam juga melayan mereka makan. Selesai, turn ibu pula utk makan. Ahh alhamdulillah.

Kemudian, ibu mulakan pula tugas utk mengepam. Utk mencukupkan bekalan si kecil esok hari. Si kecil sudah merengek2 pula hendak tidur. Aduuh... jam sudah 9.30pm. Selesai mengepam dan menyimpan susu, ibu ke dapur pula utk mencuci botol dan pam. Selesai. Ambil diapers dan baju, tukarkan utk si kecil. Menyusu dan mendodoi hingga terlena. Si kakak, selalunya akan ke rumah sebelah. Rumah paklong nya. Lega sikit ibu.

Sempat mengemas beg utk esok hari pula. Mengira2 stock susu juga utk bekalan esok hari. Ahh..dlm bilik pula berbakul2 baju yg sudah dilipat tapi belum disimpan. Penat. Esok sajalah, detik hati. Mata sudah mengantuk. Jam sudah 10.30pm. ahh..air perlu dimasak. Nak simpan dlm flusk. Selesai sudah, si kakak pun pulang. Merengek2 keletihan dan hendak tidur.

Selesaikan apa yg patut di bilik air. Solat. Buatkan susu si kakak, tukarkan diapers. Ajak tido. Itu kalau dia mahu tido. Andaikata dia menahan juga matanya, ibu sudah tak daya. Ibu Cuma biarkan saja... Pandai2lah bawa diri.

Ahh..dapat baring dikatil umpama syurga rasanya. Lega segala urat dibadan. Ermm.. jam sudah 11.30pm. Adik pula terjaga utk menyusu. Last2, jam 12 lebih juga baru lena.

Begitulah rutin kehidupan. Bila badan penat, mudah saja naik darah. Dan yg jadi mangsa adalah org yg buatkan darah naik. Bila cuba mengawal emosi, dan menangis sendiri... kemudian terdengar tangisan kecil dibawah bantal. Si kakak turut meratapi. Tak tahu kenapa. Puas memujuk. Sedih sgt. Sesedih ibunya... Bila sudah reda, ibu bertanya mengapa kakak menangis. Jawapan ringkas yg amat menusuk hati ibu:

’Nape ibu marahhhh....?” sambil menangis lagi... makin kuat tangisannya.

Ibu bukan sengaja, sayang.. Ibu letih, ibu penat.. tapi org tak faham. Ibu lalui semua seorang diri. Ibu bukannya ibu tunggal. Kita masih ada ayah. Tapi... ntahlah... bila agaknya kita dapat tinggal bersama setiap hari? Bila agaknya ibu dpt melihat ayah membantu ibu menguruskan anak2 dan rumahtangga? Ibu Cuma mahu kita BERSAMA. Tinggal bersama. Supaya anak2 ibu tak merasa kehilangan sementara ayahnya.

Owh...

Dan si kakak tertidur dalam tangisan yang telah reda setelah ibu berjaya memujuk untuk menghadiahkan basikal idaman.

Si ibu pula...harus menempuhi hari2 yg datang. Yang sama... Cabaran yang sama. Ahhh... berdoa saja lah supaya keajaiban akan terjadi.

6 comments:

~CanaryGalapagos~ said...

tanpa di duga..air mata saya jatuh mengalir membaca cerita saudari...honestly saya kerap juga lalui perkara yg sama tiap kali Hubby out station dan mash belum ader pembantu...memang agak sukar, tetapi terpaksa gagahkan..punch card memang dalam seminggu mesti ader sekali merahnya...

kerja pulak gomen, pernah punch card bertukar colour...gara-gara warning letter!..

tapi apakandaya, demi mereka yg kita sayang...

Alhamdulillah bila my daughter dah masuk 4 tahun, dia dh faham dan selalu jadi runner..n now, after we hire maid, agak mudah sedikit dan lebih banyak masa bersama anak-anak dan suami....

bersabar yerr

Lily@MamaZaraZareef said...

klu tk keberatan, nak tanye ini kisah kehidupan sue sndiri ker. mmg besar sgt dugaan membesarkan dua anak kecil seorang diri. sy yg duduk jauh ngan suami + br sorang anak ni pon selalu lalui perasaan yg sama. cume tak seberat yang diceritakan sbb sy hanya ada sorang anak yg tidak menyusu badan..semoga ibu ni sntiasa kuat dlm membesarkan anak2 yer..

mamaarifakeemaisy said...

herm..tersentuh hati..tergenang jua air mataku..rutin si isteri begitulah kan..tmbh2 si suami takde di sisi..harus lebih terasa kepayahan dan kesedihan tu..tabahkan hati!

Sue said...

CanaryGalapagos:

Yea..sama la kita. mmg punch salu merahhh je la. Huhu..Tapi kat sini nasib baik da pakai thumb print. Kalo tak sure org nmpk kad kite tiap bulan agaknye bertukar kaler. huhu...

Saya salute org2 yg kuat mcm ni.. harap sy juga sekuat mereka.

Sue said...

Mama zara :

Owh awak pun berjauhan dgn suami juga ye. Besar dugaan dan cabaran, kan?

Cerita ini ada juga kaitannya dgn saya. Sekadar meluah perasaan. Huhu..

Mamalieyna : yea..isteri tetap jalankan tugas demi anak2. huhu..

~ Jannatul Fadilah Syurga Takaful ~ said...

sedihnya citer ko makcu...ayah damia keje jauh ke? aku igtkan dia tinggal ngn ko...memang terasa letih sgt ada baby ni, aku yg dibantu hubby setiap hari ni pun terasa penatnya. apapun kita kena byk sabar, i'allah anak2 tu akan bawa kesenangan kpd kita bila dia dah besar nanti. aku penah gak nak nangis bila hubby aku taknak tlg basuhkan botol susu+pam aku masa jam dah pukul 11 mlm...sedih sgt kan walaupun bende remeh mcm tu...sabar ye, pahala yg besar menanti kita nanti....