Tuesday, February 9, 2010

Kasihnya Seorang kakak

Hari sabtu, tak plan apa-apa pun. Cuma mak je yang bersiap2 pagi tu sebab nak ikut akak ke Jerantut. Ada kenduri kahwin. Damia pulak bila tengok Opah da siap lawa-lawa, mula la dia melekatttt je kat Opahnya. Terpikir jugak, kalaulah damia nak ikut jugak, sape lah yang nak diharapkan utk menjaga dia? Dah la lasak........ Terpikir jugak kalau ikut mesti best, lagipun ayah damia kata Isnin baru balik.
Kemudian, mak pulak ajak sekali. Mak pun da dpt hidu damia konfem nak ikut nanti. So kami bersiap2 la sementara tunggu akak n suaminya sampai dari Semenyih. Aku pulak, selalunya call suami dulu. Tetiba plak da siap da kuar dah..baru nak call. Mendapat la kan? Ngehhngehngehh... last2, utk tidak memanjangkan cerita, ajak la dia sekali. So kena la masuk ke Bentong dulu nak fetch dia. Ok jugak tu. kalau tak jenuh la aku mendrive. Oh sepatutnya mak pegi naik kereta akak. Tapi sebab aku anak beranak ikut, maka naik kete aku adalah lebih selesa.
Gerak dari rumah kul 10.45am lebih kurang. Sampai ke Bentong dlm 12.15pm. Pastu en suami pulak jadik driver. Ke Jerantut ikut jalan Raub-Benta-Jerantut. Waduuhhh... peningg gile dalam kereta. Jalan memang best la..redupp je. Tapi hazabbbb tau tak? Sampai Jerantut kul 2.30pm. Sampai2 tengok orang da kemas-kemas khemah. Aikk biar betul? Huhu...memang majlis da abes pun. Cepat sungguh. Tapi masih ade la lauk2 yang banyak gak la....
Time ni la baruu bagi khalish makan. Kesian dia. Sepatutnya sampai kat Bentong tadi da bole keluarkan bekal dia. Tapi aku terlupa. Da rasa lapar dalam kereta baru nak teringat. Haa..akibatnya, kembong la perut budak kecik tu.



Damia memang excited kalau pegi wedding ni. Dia akan berjalan macam pengantin siap buat bunyi kompang sekali. Pastu pengantin masa tu da abes bersanding la kan. Sibuk la dia nak merenjis2 pengantin. So anak buah aku terpaksa la layannn kan damia ni. Masa tu aku makan kat luar. agaknye dia suruh pengantin duduk balik kat pelamin dan layan kan aje laaa tetamu kecik tu kot. Hehe..



Kalau ada orang perasan, hehe bukan aku yang pakaikan baju tidur itu yea. Tapi itu kehendak Damia sendiri. Baju tu baru beli kat Parkson tapi dia nakk jugak pakai. Nasib baik seluar dia labuh n besar. So damia pakai la seluar jalan dia tu. Huhu...



Adik pon tertoleh-toleh tengok akaknye kemain galakk atas pelamin. Malam tu, start pukul 1pagi, Khalish da muntah-muntah. Perut kembung. Tak tidur dibuatnya. Asal menyusu je..tak lama lepas tu sure muntah. Sampai lembik dan kuar muntah kuning. Kesian sangat2. Kul 4.30pagi aku tuamkan perut dgn air panas yang aku taruk dalam botol. Baru nampak dia lega dan lena tidur. Dah la dia selsema dan batuk. Kesian sangat....
Ahad, kami pegi klinik. Ubat khalish masih ada tapi aku nak pegi jugak. So doctor bagi antibiotik dan ubat kahak. Aku pun dapat mc jugak.
So Isnin, cuti la aku di rumah bersama anak2. Dah la panass gile!!!!! Masa ni rasanya macam nakkk je pasang ekon kat rumah. Khalish pun da lembik2 dahh... muntah still ada jugak la..tapi muntah kahak.
Bila time makan, aku cuba suap. Ditutupnya mulut rapat2. Pastu dia nampak damia nak makan jugak tapi dalam bekas lain la. Dia sahutt damia dengan bahasa sendiri 'Uuhh...uhhh...' so aku ingat dia nak makan bubur dlm bekas damia. Aku amik dan cuba suap. Tanak jugak. pastu damia kata 'Adik nak akak suap kot...?' lalu damia datang kat adik dan suapkan.
Ahaha..manja sungguh. Betul kata damia. Adik memang nak akak yang suapkan. Banyak jugak dia makan. ngada2 tauu...







Elelelelehhh...ngengada tauu adik ni. Geramm. pastu ada pulak kejadian tak di ingini berlaku. Sadisss sgt. Khalish jatuh katil. Sampai berdarah hidung. Akibat kecuaian aku la tu..aku ngaku. Huhu tanak citer kat sini. Sedih. Tapi alhamdulillah tak ada apa2. Darah hidung pun kejap je. Maafkan ibu ye dik...
hari ni terpaksa ke pejabat jugak. tak apa la. Biarlah damia dan khalish ubah angin pulak lepas 3hari duk kat rumah je. Hehe.


8 comments:

mamaarifakeemaisy said...

weee sweetnyer kakak damia suapkan adik khalish...adik nk bermanja dgn kakak eh! ^_^..comel sgt aksi tu..

waaa mmg seriau bab2 jatuh katil ni..takuttt..! hope tak berlaku lagi..sian khalish..

Lily@MamaZaraZareef said...

alahai..terharunye tgk gmbar damia menyuap khalish tuh..kelakar gak tgk khalish dh pndai memilih nk makan hasil suapan sape..smart boy la die..=D

Sue said...

mamalieyna,

tu la..rasa terharuu sgt2 bila khalish da pandai nak minta akak dia suapkan. sejukk hati tgk si kakak pandai jaga adiknya.

tapi kdg2 time mendengki, abes la adik kena marah. hehe. comel je tgk akak marah2, pastu adik terkebil2. kesian.

Sue said...

lily,

ye sgt2 terharu. dia nak manja2 dgn akaknya la tu.. huhu

Misbehave said...

awwwwwwww sweet sgt damia suap khalish tu :)

Sue said...

misbehave,

u r right!!!! so suweeeettttttttttttt. kejap2 bukak pic dlm hp nk tgk. huhu... pastu mcm comelll je muka damia, mcm anak patung pulak aku tgk. ahahha puji anak sndiri

A.H.A.D said...

cantik pelamin.
pndai damia layn adik dia ekk

Sue said...

gee,

yup cantik pelamin tu. tp actually simple je....

damia mmg pandai layan .. dan pandai cari pasal jugak dgn adik dia. hehe