Friday, May 28, 2010

4 tahun laaahhhhh!!!

Alhamdulillah... hari ini genap 4 tahun sudah. Masih baru lagi. Masih jauh perjalanan kami,insyaallah....

Syukur kerana kami telah dikurniakan 2 orang cahayamata.. Syukur sangat2.

Semoga Allah jadikan kami pasangan suami isteri yang berada dalam penuh kasih sayang, penuh perasaan sabar dan tolak ansur, semoga rezeki kami tiada putusnya dan Semoga hidup kami saling melengkapi antara satu sama lain. Amin ya Rabbal Alamin...


Majlis Resepsi 28 May 2006



Majlis Merisik & Pertunangan 28 Ogos 2005










*memang hover kannn? Mengalahkan perantin Ekekekeke...pedulik apa*

Sweet Memory
Tasik Kenyir




p/s: walaupun abang bukan lah type yg romantik, tapi ayang tetap sayang tauuu :D


Tuesday, May 25, 2010

Secret Recipe punye model baru.. ahahha

Ahad petang kemas2 kereta nak hantar ke carwash. Macam2 barang ada dalam kereta. Mostly barang2 damia. Mana taknya, setiap hari pasti ada sekurang2nya 1 barang atau toys yang dia bawa masuk kereta. Cadangnya nak ke carwash dan ke supermarket cari pewangi kereta. Kasik wangi2 sikit..

Ingat bawa khalish je sbb damia da ikut pakciknya ke Ampang, sesi teh tarik. Tapi masa nak keluar tu, dia da balik pulak. So bawak je la dua-dua sekali. Ayah takde. Ibu je la...

Bila da isi minyak dan pusing2, perut pun lapar. Ajak makan cake. Laju je Mia.. So pegi la kami ke Secret Recipe Pandan Indah.




Damia order blueberry cake. Sedap. Itu pun sebab dia tertarik dengan hiasan cherry. Macam2 gaya makan dia buat. dari guna jari, sampai la guna mulut macam tu aje. mana tak comot. nakal sungguh.



*ni la model yg dimaksudkan*
Pastu lasak mcm boboy. panjat sana sini sampai tergolek dog, dan nangis. hehehe..
Aku? Biasa order Fish n Chip. Sbb fikir khalish bole makan fries. Bila da order, sekali nampak ni:


melelehhh air liur. Terus tukar order. Sedapppp sangat2. Ikan pun lembut la kan compare fish n chip punye...
Waaa terliur lagi la..... sape mau belanja pulak ni?
Ajan ke? eehehhe

Monday, May 24, 2010

Shrek Forever & After


Dah tonton movie ini???







Kami sudahhh..... :D


Al-kisahnya, setiap hari on d way balik kerja lalu depan Plaza Phoenix, Cheras. Depan sikit ada billboard yang iklankan movie ni. Maka aku pun telah meracun Damia tentang nak tengok wayang. Sebelum ni tak pernah kami berjaya tonton wayang bersama2. Dah penah jadi 2-3 kes, dah beli tiket..last2 damia meraung tak nak masuk cinema sebab gelap. Tiket tu burn macam tu je....


Aku da lama sangat tak tengok wayang. Serius!! Last rasanya masa damia masih baby dulu.. bole la ditinggalkan kejap dgn opahnya kan. Jadi bila hari2 lalu depan billboard tu, hari2 aku tanya damia nak tengok wayang tak. Mulanya keluar la teori dia yang wayang tu gelap.. nanti mia takut. Tapi kena pandai psycho jugak la kan. Lepas tu, hari2 pulak dia tanya bila nak bawak dia pegi tengok wayang. Huhu..


Sabtu semalam, kami bawa damia dan adik pegi Cheras Leisure Mall. Tu yg paling dekat. Excited walau ada rasa takut2 dia. Belum apa2 lagi, dia da termuntah kat queue orang nak beli popcorn. Sabo je la.. heheeh...


Sape yang tak tengok lagi cerita ni, pegi la.. Memang best. Bawak budak2 lagi best. Enjoy. Khalish pulak start je movie dia lak nak tido. Lepas sejam kot baru dia bangun. Pastu sibuk je mulut dia 'UUhh...Eehhh..' sambil tunjuk kat Shrek.. Donkey.. Puss..


Abes je movie, ayah bawak ke tempat game pulak. Bagi damia n khalish main2 kejap.. ayah dan mia sempat karaoke lagi dlm karaoke jamban tu. Jam masa tu da pukul 8pm kot. Ayah ajak balik. Katanya masak n makan kat rumah. Ibu tak kisah (tak kisah la sangat...) sbb kalau malas+penat kang masak je telor ngan sardin. :D tapi damia macam da bole baca pulak fikiran ibu. Like Mother Like Daughter la kan.....


Damia beriya-iya nak makan kat kedai. Last2 masuk Kenny Rogers. Nyummm nyummm... Aku order mango juice (no ice), makan mcm biasa la; quarter meal original, side dish : macaroni cheese, rice n potato salad. Senang nak suap2 khalish. Damia punye share dgn ayah. Tapi air, dia order Strawberry Yogurt Smoothies. Sbb tertarik dgn gambar strawberry tu. Yea.. Damia mmg fanatik strawberry skang ni. Tapi yg perabihkan sape lagi kalo bukan aku? Hehe sbb itu pun my fav drink. Thx Mia.. sbb tlg orderkan ;)



Memang weekend yang best. Akhirnya dapat tgk wayang semula. Pasni takde masalah lagi la hendaknya. Untuk ayah, tima kasih byk2... seronok kan dpt luang masa sama2 dgn anak2. Walaupun sekejap sbb ayah kena balik ke Pahang atas urusan kerja. Tima kasih sbb belanja kami - isteri & anak2.

Friday, May 21, 2010

Photography di wetland, putrajaya

Ahad lepas gi ke Putrajaya. Plan mengejut je ni. Ingatkan nak gi Jom Heboh tapi lokasi pun tatau. Main redah je. Park keta, pastu terus naik ikut Cruise Putrajaya tu, terus kuar kat Dataran depan masjid. Rupanya kat situ sambutan hari belia. Ok la.. tak kisah. Nasib baik ade Upin & Ipin. Walaupun panas, sanggup tunggu disebabkan anak dara nan sorang nak jumpa U&I.

Sebenarnya, en.suami nak jumpa client dia kat Wetland. Tu yang kitorng pun ikut sekali. petang dalam kul 3 lebih, baru pegi wetland. Mulanya aku tunggu dalam kereta je, dengan Khalish & Damia. Tapi bila da sejam menunggu... kaki pon naik lenguh2.. perut lapar, tekak haus.. maka aku pun bawak la anak2 turun.

Sekali bila sampai kat coffee house tu (coffee house ke? kantin ke?) tengok en.suami tgh borak2 dgn client dia. Ok la..aku da tau sangat..dia selagi orang tak halau suh balik, selagi tu dok bertenggek kat situ cerita pung pang tah ape tah.. So pas minum2 n makan pisang goreng, boring2.. turun lah ke tepi tasik. Last2 dapat idea nak snap pic budak2 ni... Tada.....





Ok. Kini baru aku tau kat sini laaaa lokasi kak zubye selalu buat photography budak2 tu.
Memang cantik tempat ni. Kesian aku kan... 1st time turun wetland ni. ehhe


Kakak & Adik
Love both of u, very strong!!!




Dua-dua da masyamm.. da macam nak pengsan tapi tetap main




Satu2 nye pic yang damia camera-friendly





Gambar di edit guna photoshop. Skill main belasah.
Gambar asal, muka khalish gelap sbb background cerah.





Merenung masa depan kah?
Ok.. masa nak balik ke kereta, aku perasan ada kelisa pink comel je park kat situ. Terus tunjuk kat mia n dia nak amek gambar ngan kete tu. Yang bestnye, damia kata;
'nanti ibu beli kete mia macam ni tauu....'
Insyaallah...

Ini aksi gedix yang membuat ibu tergezut sebab kata2 damia :
'ibu..cepatt.. amek gamba montot mia'
Awwww... bakal jadi model kereta kahh kamuu wahai anak?
Ok.. ni saje je nak tanya kekawan. Kelab B*auhinia kat ofis ni buat pertandingan seiras wajah sempena Hari Ibu. So saje je la masuk dengan damia ni.



Seiras kah kami??



Monday, May 17, 2010

Sudah kembali ke pangkuan keluarga...

10hb mei, telah berangkat ke Kuching untuk menjalankan tugas-tugas sebagai penjawat awam. Hehe.. intro mcm baca berita. Isnin tu, pagi2 pukul 4.30 sudah mengangkut anak2 masuk ke dalam kereta. Mujur laaa en.suami ada. Sebab macam takut pulak nk drive pagi2 buta tu ke Kajang. Nak singgah kat rumah babysitter lagi untuk hantar anak2. Dengan skang ni mcm2 kes.. takut. So paksa jugak en.suami pulang dan hantar kami anak beranak.

Masa ayahnya dokong damia, dia terjaga dan tanya 'Nak pegi mana malam2 ni?' ehehe kesian... kesian sebab dia akan ditinggalkan di rumah org. Dalam kereta pun dia tak nak sambung tido. Sebab katanya, nak ikut ibu pegi kerja. Sampai di rumah babysitter, menangis2 dia sebab nak ikut ibu keje. Last2 bawa jugak la ke office, sebab takut terlambat.

Masa kat depan office dan turun dari kereta, damia da nangis2 lagi sbb nak ikut sama. Dia ajak masuk bas. So layan jugak la.. kesian nak masukkan dia balik dlm kereta. Pujuk2 akhirnya dia akur juga.....


Masa kat KLIA, snap dan sms gambar ni kat hp ayahnya. Tak lama lepas tu, damia called sambil menangis2 minta ibu balik. Dia tanya ibu gi keje naik kereta ke bas? bila ibu cakap naik kapalterbang, makin menjadi2 dia nangis...

Sampai di Kuching dalam pukul 10am. Lepas lunch, terus ke Riverside Majestic Hotel dan check-in. Sempat lena dalam 20minit sebelum ke ballroom. Aktiviti rasmi tak banyak... Jom kita cuci2 mata tgk gambar je la ye. Malas pulak nak citer panjang2.
Pic ni di ambil masa Dinner kat atas feri di Sungai Sarawak. Ada show lagi lepas makan2 tu. dan ada karaoke.
Hari ke-3 kami ke Kg budaya Sarawak. Tak jalan semua pun sbb macam boring dan penat. Boring sebab da penah pergi. Heheh..









Masa sampai kat rumah Iban, bole sewa pakaian etnik diorang. So aku pun try la sementara rombongan lain belum sampai. Sekali masa tgh bersiap2, ahli rombongan pun sampai. Maluuu nye... Yang best, Dato' YDP pun try sekali.. Huhu... Da laaa jadik pengantin Iban. Hehe.. Cutting tak cun langsung. Sebab tak sempat nak pakai PB.




Yang paling best masa show la.. Tapi kali ni mcm kurang meriah compare 2-3 tahun yg lepas. Show time macam pendek sikit. Last, aku dan kawan2 sempat naik stage memeriahkan tarian.. hehe.. mmg happening! Hilang pening..






Ni kat salah satu kedai kat Main Bazar, Waterfront. Macam2 ada....





Sebelum balik ke KL, kami singgah ke Pasar Satok. Beli terubuk masin.



Then ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Meriah macam hari raya.. Bole rasa dulu sebelum beli.



buat lawatan ke DBKU. Muzium Kucing ni rupanya kat DBKU. Comel2 belaka..




Ni stock susu yang dapat dipam sepanjang di Kuching.
Alhamdulillah..
*lesson learnt - kalo travel jauh2 sila la beli cooler BOX. jangan guna cooler bag*

Bila sampai di KL rasa lega dan tak sabar2 nak jumpa anak. Bila khalish sudah berada di pangkuan, berkali2 dia toleh tgk aku. Agaknye dia terpikir.. 'Eh ibu ke ni?' Heheh.. bila masuk dalam kereta, terus dia tepuk2 dada aku.. tandanya??? Sudah rinduuuu sama susuuuuu... hihi...




My baby boy with a pink bicycles n pink shoes. ahahha...
*pinjam shoes lama kak damia*

Sunday, May 9, 2010

Istimewa Hari Ibu

Aku teringat sesuatu. Masa muda2 dulu. Satu hari aku ke Kompleks Kotaraya. Mencari apa, aku pun dah terlupa. Oh tak silapnya, aku pegi satu kedai untuk mencuci rantai silver. Sedang menanti rantai siap dicuci, aku terpandang seorang lelaki yg bole tahan jugak la... dgn seorang anak kecil lelaki, usia lebih kurang 2 tahun. Comel. Macam ayahnya :)

Aku perhatikan mereka. Si ayah memilih2 kad.. bila da dapat dan bayar, diberi kpd anak kecil. Aku pandang pula tangan anak kecil yang memegang kad itu. Aku tersenyum.. Alangkah indahnya nanti satu hari bila aku berkahwin dan punya suami dan anak... *Masa tu aku masih study dan belum kenal lagi suami*

Kad itu barangkali dan semestinya adalah untuk isteri lelaki itu. Sebab kad itu tertera :

HAPPY MOTHER'S DAY



Hari ini, HARI IBU.
Tiada sambutan yang dirancang.
Entah2 en.suami langsung tak ambil tahu.
Dia masih di Pahang, mungkin dalam perjalanan pulang ke KL.

Tapi, pagi tadi Damia menonton tv. Ada iklan sempena Hari Ibu.
Dan Damia turut menyanyi.... sambil menggayakan tangan kpd ku.

Anak kecil yg belum tahu apa erti Hari Ibu.
Tapi aku gembira.. sebab selesai dia menyanyikan lagi Ibu, Damia cium pipiku..
Syahdu rasanya.... :)

Apa pun, nak ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk kawan2 semua......

Friday, May 7, 2010

SUSU IBU @ FM??

Malam tadi sempat kira stock2 ebm yg ada. Sejak balik dari kursus kat Awana & Genting View, stock ebm makin susut. Mulanya ingatkan cukup utk cover 4 hari aku ke Kuching nanti. Tapi rupa2nya mmg tak cukup! Dalam 2 minggu ni da puas mengepam, tapi masih tak dpt buat stock. Bila dpt sikit buat stock, esok lusa mesti kena curi frozen jugak utk cukupkan stok ke rumah babysitter.

Da try fenugreek seed. Tapi nan-ado!! Starting 1st day lagi da rasa yg production makin drop. Tapi macam.. tak pe la.. try lagi. So sampailah hari ke 5.. dan terus aku stop. Sbb tiap kali pam cuma dapat 2oz je... sedih wo0o... So dalam kepala, mesti la pikirkan FM utk cover susu yg tak cukup tu nanti.

So tadi try tanya kat forum SI.com, FM apa yg terdekat sekali dgn susuibu. Pertama, da tentu dari segi rasa. Sebab taknak anak confuse nanti. Pastu since Damia minum Isomil 1 tahun ke atas *bole juga utk kanak2 hingga umur 10tahun*, ingatkan just nak bagi isomil tu je. Means, cedok sikit akak punye. Tapi ada forumer yg cadangkan untuk cari penderma EBM.

Aku call suami. Ceritakan masalah. Dia pun mcm blur je bila aku kata nak cari penderma ebm.

Lynd. Dia forumer yang cadangkan utk cari penderma ebm. Dan rupa2nya dia ada stock ebm yang banyak dan berhajat utk mendermakan kpd Khalish. Sungguh suci niat dia. Dari forum, kami berhubung melalui sms pula. Bila nak cari penderma ebm ni, perkara paling penting kena fikir adalah:


  1. khalish akan jadi anak susuan seseorang.
  2. Khalish akan punye ibu susuan dan juga adik beradik susuan
  3. hubungan 2 keluarga harus tidak terpisah.

Dalam erti kata lain, perlu saling berhubungan macam adik beradik. Sebabnya, supaya khalish dan adik2 susuan saling mengenal sbg adik beradik. Supaya tidak terjadi percintaan di antara mereka yg akhirnya akan kecundang bila tau mereka adalah adik beradik susuan

Selepas berhubungan dgn Lynd.. rupa2nya anak dia adalah PEREMPUAN. Mmg perkara no.3 tu harus dititikberatkan!! Kemudian, baru aku tau yg anak Lynd baru berusia 2 bulan. Aduhai... masih kecil. Masih belum puas menyusu. Alasan Lynd utk dermakan susunya kerana peti ais sudah penuh dgn ebm. Dan dia kesiankan Khalish kalau terpaksa minum FM.

Jadi, aku yg telah berpengalaman selama setahun fully bfeed khalish ni, aku nasihatkan Lynd utk tidak mendermakan ebm tu. Aku cadangkan supaya Lynd beli deep freezer dan kumpul lagi stock seberapa byk yg boleh. Jgn jadi mcm aku.. bila da tak cukup stok baru la nak menyesal sbb dulu masa stock meriah, siap kurangkan pam sbb peti ais da penuh! Skang.... nganga je la tgk org punye stock byk gile.. bulan 10 tahun lepas punye pon ada lagi! kak mieja la tu... hehe

Tak pe la Lynd. terima kasih atas niat suci Lynd itu. Bukan menolak. Tapi baby Lynd masih kecil, belum puas menyusu lagi. Sekurang2nya Khalish sudah 1 tahun menyusu badan. Kalau topup FM utk 2 hari tu, insyaallah.. tak de aapa la kot. Cuma penerimaan dia je nanti tak tau la macamana.

Tadi sempat YM! dgn mama Miya. Dia kata, S26 punya rasa yg paling hampir dgn susu ibu. Thx Mama miya.



Utk Khalish, ibu terpaksa dik... Sedih ibu nak bagi adik minum FM. Kalau bole, ibu nk bawa adik skali pegi kuching. Tapi ini lawatan korporat. Tak sesuai utk bawa anak2 ibu bersama. Maafkan ibu.

Nanti mesti ibu rindukan adik.. rindukan kakak mia. pasti ibu rindu gelagat adik bila mahukan susu. Adik sudah pandai tunjuk ke arah dada ibu. Sudah pandai selak baju ibu. Dan sudah pandai pilih nak yang kiri atau kanan.Dan ibu akan rindukan adik yg menyusu sambil bermain2 dgn nenen..



Ahh sekejap je.. 4 hari saje!! *calm down pls*

Wednesday, May 5, 2010

Fresh milk in a cabin, anyone?

Saje nak kongsi cerita dgn kawan2. Dah banyak hari dok google pasal cara-cara nak transport ebm by flight. Kelmarin, terjumpa satu blog ni. Rasanya chinese lady. Memang dia fully bfeed baby dia sampai umor 2 tahun tak silap. Dan blog dia bole jadi rujukan jugak. Saya sukaa...

Dia ni memang kena selalu travel luar negara. Meeting sana sini. Dalam blog dia jugak ada mcm2 cerita dan pengalaman dia sepanjang bfeed kan baby dia. Mcam2 ragam org yg dia jumpa pasal bfeeding ni. Dan ada satu cerita yg buat saya tergelak besar. Cerita dia mcm ni...

1 hari tu dia kena travel dr KUL - Newark. Tapi transit kejap kat Alandra, Stockholm. Dtg sorang crew tu kata, dia bole je tinggalkan ebm yg dia pam 3kali dlm flight tu, dlm fridge diorg. Then pastu masa nk turun, dtg pulak sorang lagi crew dgn ebm2 dia skali kata yg dia kena jugak bw turun ebm tu. So fine la sbb dia mmg da agak pon kan. Then bila nak fly lagi, dia dibenarkan utk bw ebm tu masuk dlm cabin balik. Tapi utk fly ke newark tu bukan crew yg dr KUL tu, diorg tukar group yg lain pulak. So this lady kena la explain balik kat sorang crew tu utk membolehkan dia simpan ebm dlm fridge diorg. On half way dia explain tu, dtg sorang chief attendants dari jauh jerit 'Is that the breastmilk?'

This lady ingatkan chief attendants tu da di inform oleh crew sebelumnya pasal dia nk simpan ebm. Rupanya.... crew yg mula2 dtg kat dia tu yg kata bole cimpan dlm fridge tu da letak note kat fridge tu mcm ni:

'Do not remove the breastmilk in this fridge'

pastu 2nd attendant yg dtg bw ebm kat dia tu pulak lupa nk tanggalkan note tu. Apa lagi... caterer pulak dok carik2 atas bawah mana pegi ebm dlm fridge tu (yg da dikuarkan oleh attendant tu). Takut2 da di serve kepada penumpang. Ahahaha.....

So sape yg suka nk minum fresh milk dlm flight tu, hati-hati la yea. kot2 tak jumpa fresh milk, dorang guna je ebm yg ada. heheheh kelakar betul.

Sape yg nk tau cerita pasal this lady esp pasal bfeeding tips bole la gi blog dia : http://www.thesuzette.com

Salute kat dia pasal dia bole pegi luar negara selama beberapa hari (8 hari kot) dan bawa pulak hampir 250oz ebm. Salute gile. Meeting yg penting pulak tu. Dia tetap pam tiap 3jam. Huh..membakar semangat sungguh!!! Ok.. kat kuching nnt aku buat 3jam sekali ok! heheheh....

caiyokk..caiyokk.. kasi semangat utk diri sendiri!!

Tuesday, May 4, 2010

Sudah beli cooler bag!

Just nk citer pasal preparation utk ke Kuching nnt. *Kuching je....bukan abroad pon!* tapi since ini 1st time nk travel by flight dgn stock ebm, so preparation haruslah rapi. Dgn jadual yg tight jugak la masa hari balik tu nanti, so kena la sediakan cooler yg sesuai dan tahan 10-12jam.

Mulanya nak beli Coleman cooler box mcm kt gambar bawah ni. Yg ni 8liter. Macam muat jugak utk isi ebm dgn icepacks bagai nanti. Tapi kalau kosong je da berat apatah lagi da isi susu nnt. Harga tak cek lagi... tapi rasa2nya 100 ke atas la kot.





Pastu tadi pegi kat susuibu.com *skang ni da jadi ape tah nama dia, under Momslittleones* Plan nak beli techni ice tapi skang ni stok da takde. cuma techni ice yg pekej dgn cooler bag je ada. harga techni ice + cooler bag dlm rm60. tapi ada 1 cooler bag kecik, satu cooler bag besar gedabak yg kalo nk bwk travel byk2 ok la... tapi kalo sikit2, kena bubuh ice je yg byk bagi penuh. Pastu techni ice tu pon kena guna byk gak.

Then nampak beg mcm kt bwah ni. Mom's precious punya. Complete set dengan 6botol MLO + 3 icepacks + harganya RM140. Jimat hampir rm30 disitu.Tapi beg tu tak la besar sgt. cuma nampak smart. Lepas berfikir2 dan mengetest2.. beg tu muat la jugak utk simpan 8 botol MLO. Maybe cukup utk 10-15liners. Pastu aku punye medela cooler bag pon ada, so kalau tak muat, beg medela punye tu leh gak muat byk. So akhirnya aku beli je la cooler bag yg ni:






icepacks ni aku dah ada. yg guna dgn pam spectra dulu. tapi saje je la beli sbb yg tu pon da lama sgt... Icepacks ni tahan jugak 10-12jam atau lebih sikitt. Sebab aku mmg da test, dari 7am-7.30pm kadang ada lagi yg tak cair n masih sejuk. Bagus. Tapi kena bekukan at least 8jam la...lagi lama lagi bagus. So kat hotel nnt maybe akan tumpang freezer kitchen la. freezer ice cream, bukan yg ada meat bagai tu.. kang busuk pulak baunya.

Eh sape tau harga coleman cooler box 8 liter tu ekk?
Saje je la nk tau.. ehehe..
ok tadi pagi masa lalu kat satu tol tu, tollgate girl tu mcm sombong gak ar. sbb aku perasan dia mcm menjeling. tp tak tau ar kalo mata dia mmg camtu. Tapi aku wat tak kisah pon, bayar pastu pon tak pdg muka dia. tapi ada satu buat aku mcm tersedih ke terharu ke..sebak ke tah ar..
lepas je tol tu, damia cakap ngan aku camni:
Ibu, nape akak tu jeling mia?
Jeling macamana? *dia pun buat la muka tak puas ati sambil menjeling. mcm sedih pon ada org buat kt dia mcm tu*
O ye ke.. nape mia tak ckp tadi. bole ibu marah dia.
a'a.. tak baik kan jeling2. dosa.
ehehehe.. kesian dia tersentap pulak bila org tu jeling dia. ye la kan..selama ni dok lalu tol pon org dlm kotak tu mesti at least senyum kt dia.. ni tetiba plak menjeling perasan bagus. nasib la tadi je lalu tol tu sbb nk g bangi. tol simpang balak.
Ok la. Nak balik dan jemput putera dan puteri kesayangan hamba. Bye

Monday, May 3, 2010

Cooler bag!


Nak cari cooler bag macam ni. Besar. Hardcover.
Kat mana yea..... ada sape2 penah jumpa kat mana2 mall tak?
kalau kat mall, nk cari dept mana ye? help me pls....
Nak guna coleman box, tapi berat..
nak bawa naik flight nnt balik dr kuching
utk isi stock ebm
please...please..please... (kamu jgn nakal ;) )