Friday, May 7, 2010

SUSU IBU @ FM??

Malam tadi sempat kira stock2 ebm yg ada. Sejak balik dari kursus kat Awana & Genting View, stock ebm makin susut. Mulanya ingatkan cukup utk cover 4 hari aku ke Kuching nanti. Tapi rupa2nya mmg tak cukup! Dalam 2 minggu ni da puas mengepam, tapi masih tak dpt buat stock. Bila dpt sikit buat stock, esok lusa mesti kena curi frozen jugak utk cukupkan stok ke rumah babysitter.

Da try fenugreek seed. Tapi nan-ado!! Starting 1st day lagi da rasa yg production makin drop. Tapi macam.. tak pe la.. try lagi. So sampailah hari ke 5.. dan terus aku stop. Sbb tiap kali pam cuma dapat 2oz je... sedih wo0o... So dalam kepala, mesti la pikirkan FM utk cover susu yg tak cukup tu nanti.

So tadi try tanya kat forum SI.com, FM apa yg terdekat sekali dgn susuibu. Pertama, da tentu dari segi rasa. Sebab taknak anak confuse nanti. Pastu since Damia minum Isomil 1 tahun ke atas *bole juga utk kanak2 hingga umur 10tahun*, ingatkan just nak bagi isomil tu je. Means, cedok sikit akak punye. Tapi ada forumer yg cadangkan untuk cari penderma EBM.

Aku call suami. Ceritakan masalah. Dia pun mcm blur je bila aku kata nak cari penderma ebm.

Lynd. Dia forumer yang cadangkan utk cari penderma ebm. Dan rupa2nya dia ada stock ebm yang banyak dan berhajat utk mendermakan kpd Khalish. Sungguh suci niat dia. Dari forum, kami berhubung melalui sms pula. Bila nak cari penderma ebm ni, perkara paling penting kena fikir adalah:


  1. khalish akan jadi anak susuan seseorang.
  2. Khalish akan punye ibu susuan dan juga adik beradik susuan
  3. hubungan 2 keluarga harus tidak terpisah.

Dalam erti kata lain, perlu saling berhubungan macam adik beradik. Sebabnya, supaya khalish dan adik2 susuan saling mengenal sbg adik beradik. Supaya tidak terjadi percintaan di antara mereka yg akhirnya akan kecundang bila tau mereka adalah adik beradik susuan

Selepas berhubungan dgn Lynd.. rupa2nya anak dia adalah PEREMPUAN. Mmg perkara no.3 tu harus dititikberatkan!! Kemudian, baru aku tau yg anak Lynd baru berusia 2 bulan. Aduhai... masih kecil. Masih belum puas menyusu. Alasan Lynd utk dermakan susunya kerana peti ais sudah penuh dgn ebm. Dan dia kesiankan Khalish kalau terpaksa minum FM.

Jadi, aku yg telah berpengalaman selama setahun fully bfeed khalish ni, aku nasihatkan Lynd utk tidak mendermakan ebm tu. Aku cadangkan supaya Lynd beli deep freezer dan kumpul lagi stock seberapa byk yg boleh. Jgn jadi mcm aku.. bila da tak cukup stok baru la nak menyesal sbb dulu masa stock meriah, siap kurangkan pam sbb peti ais da penuh! Skang.... nganga je la tgk org punye stock byk gile.. bulan 10 tahun lepas punye pon ada lagi! kak mieja la tu... hehe

Tak pe la Lynd. terima kasih atas niat suci Lynd itu. Bukan menolak. Tapi baby Lynd masih kecil, belum puas menyusu lagi. Sekurang2nya Khalish sudah 1 tahun menyusu badan. Kalau topup FM utk 2 hari tu, insyaallah.. tak de aapa la kot. Cuma penerimaan dia je nanti tak tau la macamana.

Tadi sempat YM! dgn mama Miya. Dia kata, S26 punya rasa yg paling hampir dgn susu ibu. Thx Mama miya.



Utk Khalish, ibu terpaksa dik... Sedih ibu nak bagi adik minum FM. Kalau bole, ibu nk bawa adik skali pegi kuching. Tapi ini lawatan korporat. Tak sesuai utk bawa anak2 ibu bersama. Maafkan ibu.

Nanti mesti ibu rindukan adik.. rindukan kakak mia. pasti ibu rindu gelagat adik bila mahukan susu. Adik sudah pandai tunjuk ke arah dada ibu. Sudah pandai selak baju ibu. Dan sudah pandai pilih nak yang kiri atau kanan.Dan ibu akan rindukan adik yg menyusu sambil bermain2 dgn nenen..



Ahh sekejap je.. 4 hari saje!! *calm down pls*

7 comments:

~ Jannatul Fadilah Syurga Takaful ~ said...

nak buat mcmne.... tapi takut juga kalau khalish x sesuai dgn susu tu, dia cirit birit. tapi harap ok la.

weh, n*n*n ko enterframe lah! ;P

mamaarifakeemaisy said...

hukhuk..sedih jer bunyinya..memang sedih pun kan..tapi nak buat camno..! takpe wlupun FM still BF gak kan...khalish still dlm golongn anak2 bertuah! ^_^

Sue said...

atul,
tu la kan.. risau kot dia tanak fm tu pulak.. camno. ehehe yg tu mmg sengaja. sbb aku tau ppuan je yg baca blog aku ni. ehhe

mamalieyna,
mmg sedih. risaukan penerimaan dia dgn fm tu je.. hope ok la kan

Diarihatiku1976 said...

bestnya... teringin nak menyusukan baby

Sue said...

Diarihatiku,

Insyaallah kalu ada peluang nnt, jgn lepaskn ye....

Ima said...

sue...s26 toddler ade ke??..
x penah aku jumpe..
anak aku minum fm..
step 1 (sampai 6bln) - s26
step 2 (sampai setahun) - promil
step 3 (sethn keatas) - progress..
then, aku takut anak kompius...sbb bile aku rs, die nye original pon ala2 vanila...sedaaappp sgt2...
bile tuka susu lain, sumpah anak aku x mo...hik2...

Sue said...

ima,
tu la aku tak tau pun pasal s26 ni. bila tgk kat tesco baru tau step 1-3 tu lain nama dia. so aku beli je la progress tu. tapi alhamdulillah... kotak pun tak bukak lagi!

owh lagi satu aku dpt info dr steward masa ke kuching, susu kambing karimore ke karihome tah nama dia, bagus utk baby! so in case anak aku kena standby fm, aku nk beli yg tu je la..

eh ko nak tak beli progress aku tu? ehhehhe