Monday, May 24, 2010

Shrek Forever & After


Dah tonton movie ini???







Kami sudahhh..... :D


Al-kisahnya, setiap hari on d way balik kerja lalu depan Plaza Phoenix, Cheras. Depan sikit ada billboard yang iklankan movie ni. Maka aku pun telah meracun Damia tentang nak tengok wayang. Sebelum ni tak pernah kami berjaya tonton wayang bersama2. Dah penah jadi 2-3 kes, dah beli tiket..last2 damia meraung tak nak masuk cinema sebab gelap. Tiket tu burn macam tu je....


Aku da lama sangat tak tengok wayang. Serius!! Last rasanya masa damia masih baby dulu.. bole la ditinggalkan kejap dgn opahnya kan. Jadi bila hari2 lalu depan billboard tu, hari2 aku tanya damia nak tengok wayang tak. Mulanya keluar la teori dia yang wayang tu gelap.. nanti mia takut. Tapi kena pandai psycho jugak la kan. Lepas tu, hari2 pulak dia tanya bila nak bawak dia pegi tengok wayang. Huhu..


Sabtu semalam, kami bawa damia dan adik pegi Cheras Leisure Mall. Tu yg paling dekat. Excited walau ada rasa takut2 dia. Belum apa2 lagi, dia da termuntah kat queue orang nak beli popcorn. Sabo je la.. heheeh...


Sape yang tak tengok lagi cerita ni, pegi la.. Memang best. Bawak budak2 lagi best. Enjoy. Khalish pulak start je movie dia lak nak tido. Lepas sejam kot baru dia bangun. Pastu sibuk je mulut dia 'UUhh...Eehhh..' sambil tunjuk kat Shrek.. Donkey.. Puss..


Abes je movie, ayah bawak ke tempat game pulak. Bagi damia n khalish main2 kejap.. ayah dan mia sempat karaoke lagi dlm karaoke jamban tu. Jam masa tu da pukul 8pm kot. Ayah ajak balik. Katanya masak n makan kat rumah. Ibu tak kisah (tak kisah la sangat...) sbb kalau malas+penat kang masak je telor ngan sardin. :D tapi damia macam da bole baca pulak fikiran ibu. Like Mother Like Daughter la kan.....


Damia beriya-iya nak makan kat kedai. Last2 masuk Kenny Rogers. Nyummm nyummm... Aku order mango juice (no ice), makan mcm biasa la; quarter meal original, side dish : macaroni cheese, rice n potato salad. Senang nak suap2 khalish. Damia punye share dgn ayah. Tapi air, dia order Strawberry Yogurt Smoothies. Sbb tertarik dgn gambar strawberry tu. Yea.. Damia mmg fanatik strawberry skang ni. Tapi yg perabihkan sape lagi kalo bukan aku? Hehe sbb itu pun my fav drink. Thx Mia.. sbb tlg orderkan ;)



Memang weekend yang best. Akhirnya dapat tgk wayang semula. Pasni takde masalah lagi la hendaknya. Untuk ayah, tima kasih byk2... seronok kan dpt luang masa sama2 dgn anak2. Walaupun sekejap sbb ayah kena balik ke Pahang atas urusan kerja. Tima kasih sbb belanja kami - isteri & anak2.

2 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

Kami pon dh tengok!!! Best giler kan..paling suka ngan si Puss yg dh gemok buncit tuh..cute giler..kekekekke

Sue said...

lily,
ye ke... mmg best pun! heheheh comel je si perut buncit tu kan. pastu si rumplestiltskin ke ape tah nama dia tu, sibuk je tukar rambut ikut mood dia. eekeke.. sure zara tekekek2 kan