Friday, May 21, 2010

Photography di wetland, putrajaya

Ahad lepas gi ke Putrajaya. Plan mengejut je ni. Ingatkan nak gi Jom Heboh tapi lokasi pun tatau. Main redah je. Park keta, pastu terus naik ikut Cruise Putrajaya tu, terus kuar kat Dataran depan masjid. Rupanya kat situ sambutan hari belia. Ok la.. tak kisah. Nasib baik ade Upin & Ipin. Walaupun panas, sanggup tunggu disebabkan anak dara nan sorang nak jumpa U&I.

Sebenarnya, en.suami nak jumpa client dia kat Wetland. Tu yang kitorng pun ikut sekali. petang dalam kul 3 lebih, baru pegi wetland. Mulanya aku tunggu dalam kereta je, dengan Khalish & Damia. Tapi bila da sejam menunggu... kaki pon naik lenguh2.. perut lapar, tekak haus.. maka aku pun bawak la anak2 turun.

Sekali bila sampai kat coffee house tu (coffee house ke? kantin ke?) tengok en.suami tgh borak2 dgn client dia. Ok la..aku da tau sangat..dia selagi orang tak halau suh balik, selagi tu dok bertenggek kat situ cerita pung pang tah ape tah.. So pas minum2 n makan pisang goreng, boring2.. turun lah ke tepi tasik. Last2 dapat idea nak snap pic budak2 ni... Tada.....





Ok. Kini baru aku tau kat sini laaaa lokasi kak zubye selalu buat photography budak2 tu.
Memang cantik tempat ni. Kesian aku kan... 1st time turun wetland ni. ehhe


Kakak & Adik
Love both of u, very strong!!!




Dua-dua da masyamm.. da macam nak pengsan tapi tetap main




Satu2 nye pic yang damia camera-friendly





Gambar di edit guna photoshop. Skill main belasah.
Gambar asal, muka khalish gelap sbb background cerah.





Merenung masa depan kah?
Ok.. masa nak balik ke kereta, aku perasan ada kelisa pink comel je park kat situ. Terus tunjuk kat mia n dia nak amek gambar ngan kete tu. Yang bestnye, damia kata;
'nanti ibu beli kete mia macam ni tauu....'
Insyaallah...

Ini aksi gedix yang membuat ibu tergezut sebab kata2 damia :
'ibu..cepatt.. amek gamba montot mia'
Awwww... bakal jadi model kereta kahh kamuu wahai anak?
Ok.. ni saje je nak tanya kekawan. Kelab B*auhinia kat ofis ni buat pertandingan seiras wajah sempena Hari Ibu. So saje je la masuk dengan damia ni.



Seiras kah kami??



7 comments:

ICA said...

sue, cantik posing the kids dekat batu2 pebbles tu...cute sangat. yes, diaorg mmg nampak mcm camera friendly kan.....:))

dzi said...

boleh nmpk seiras sue, kene tangkap dr muke dr sudut yg sama, kalau srg dongak, 2-2 kene dongak. kalau senyum nmpak gigi, 2-2- kene senyum nmpk gigi, kalau tunduk, 2-2 kene tunduk, dan seterus nya...

* pepandai je aku kan. pandangan aje

Enis said...

Beruntung kan Sue, got one princess and one prince...

Face and lip really seiras...agreed dgn Dzi, kena take photo dengan angle yang sama...(cute coz sama2 chubby!)

cepat sue, take one photo, ada harapan nak win ni...

Sue said...

ICA,
yups..tempat tu mmg cantik kalau nk berphotography. damia dulu mmg suke sgt kalo nk amik gambar dia. tapi skang ni da pandai mengelak2.. ikut nasib je la.. hehe

Sue said...

Dzi,
huhu opinion yg sgt bagus. tapi kalau dia besar sket lagi sok2 bole la kot nk snap gaya yg sama. now ni, aku senyum, dia masam. aku pdg kanan, dia pdg kiri. sukati dia je... ehehe

******
kak enis,
linda pun beruntung juga. x sgka kami sama2 da ada sorang girl n sorg boy.

mamaarifakeemaisy said...

cantik posing2 tepi tasik tuuu..tp asyam je muke khalish, susah mo senyum eh..mahal eh senyuman dia..hehe..kak damia, bukan main sengih lg tu..suka la jumpa kete pinky ye..^_^

*herm..ada iras, tak salah mencuba, mana tau ada rezeki kan..

Sue said...

mamalieyna,
yup khalish mmg camtu. susah nk senyum n mulut tu rapat je, geram!! berbeza betul dgn kakmia yg murah senyuman.. hehe.. sorang control macho, sorang kuat sengih...