Tuesday, May 25, 2010

Secret Recipe punye model baru.. ahahha

Ahad petang kemas2 kereta nak hantar ke carwash. Macam2 barang ada dalam kereta. Mostly barang2 damia. Mana taknya, setiap hari pasti ada sekurang2nya 1 barang atau toys yang dia bawa masuk kereta. Cadangnya nak ke carwash dan ke supermarket cari pewangi kereta. Kasik wangi2 sikit..

Ingat bawa khalish je sbb damia da ikut pakciknya ke Ampang, sesi teh tarik. Tapi masa nak keluar tu, dia da balik pulak. So bawak je la dua-dua sekali. Ayah takde. Ibu je la...

Bila da isi minyak dan pusing2, perut pun lapar. Ajak makan cake. Laju je Mia.. So pegi la kami ke Secret Recipe Pandan Indah.




Damia order blueberry cake. Sedap. Itu pun sebab dia tertarik dengan hiasan cherry. Macam2 gaya makan dia buat. dari guna jari, sampai la guna mulut macam tu aje. mana tak comot. nakal sungguh.



*ni la model yg dimaksudkan*
Pastu lasak mcm boboy. panjat sana sini sampai tergolek dog, dan nangis. hehehe..
Aku? Biasa order Fish n Chip. Sbb fikir khalish bole makan fries. Bila da order, sekali nampak ni:


melelehhh air liur. Terus tukar order. Sedapppp sangat2. Ikan pun lembut la kan compare fish n chip punye...
Waaa terliur lagi la..... sape mau belanja pulak ni?
Ajan ke? eehehhe

3 comments:

gee ryder said...

cantiknye model tu posing..mengancam sungguh! hehe

damia, aunty nk sket kek :)

mamalieyna said...

huwaa model pose baeeek punya! mana khalish, tak pose same?..

Sue said...

gee & mamalieyna,

ahahaha..tu la pasal. skang ni asal pose je mesti tunjuk montot. khalish ade gambarnye.. tapi tak byk sbb dia leka makan + ngantuk dah