Sunday, May 9, 2010

Istimewa Hari Ibu

Aku teringat sesuatu. Masa muda2 dulu. Satu hari aku ke Kompleks Kotaraya. Mencari apa, aku pun dah terlupa. Oh tak silapnya, aku pegi satu kedai untuk mencuci rantai silver. Sedang menanti rantai siap dicuci, aku terpandang seorang lelaki yg bole tahan jugak la... dgn seorang anak kecil lelaki, usia lebih kurang 2 tahun. Comel. Macam ayahnya :)

Aku perhatikan mereka. Si ayah memilih2 kad.. bila da dapat dan bayar, diberi kpd anak kecil. Aku pandang pula tangan anak kecil yang memegang kad itu. Aku tersenyum.. Alangkah indahnya nanti satu hari bila aku berkahwin dan punya suami dan anak... *Masa tu aku masih study dan belum kenal lagi suami*

Kad itu barangkali dan semestinya adalah untuk isteri lelaki itu. Sebab kad itu tertera :

HAPPY MOTHER'S DAY



Hari ini, HARI IBU.
Tiada sambutan yang dirancang.
Entah2 en.suami langsung tak ambil tahu.
Dia masih di Pahang, mungkin dalam perjalanan pulang ke KL.

Tapi, pagi tadi Damia menonton tv. Ada iklan sempena Hari Ibu.
Dan Damia turut menyanyi.... sambil menggayakan tangan kpd ku.

Anak kecil yg belum tahu apa erti Hari Ibu.
Tapi aku gembira.. sebab selesai dia menyanyikan lagi Ibu, Damia cium pipiku..
Syahdu rasanya.... :)

Apa pun, nak ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk kawan2 semua......

5 comments:

ICA said...

Selamat Hari Ibu to you Sue...:))

Anonymous said...

happy mother's day sue... sonok kan bila dah jadi mak nih..hhehehe

mamaarifakeemaisy said...

Selamat Hari Ibu untuk Su juge! ^_^

Marsha~ said...

best kan jadi ibu... :)

Sue said...

To : ICA, As, mamalieyna, Marsha

Happy mothers day..

Yups.. mmg best jadi ibu. Tapi sungguh, aku sgt2 mendoakan agar menjadi ibu yg sangat SABAR.. karenah anak2 bikin pusing kepala wo0o0.. ehhe baru 2... :d