Wednesday, December 19, 2012

Tips dan doa mudah bersalin

This week dah nak masuk 37 minggu dah. Mild contraction atau braxton hicks da terasa. Kadang2 terbangun malam tu, pegang2 gak perut nak rasa ade sakit ke tak.. hehhe.. Walaupun ni anak yg ke 4, tapi masih rasa berdebar-debar menantikan tanda-tanda bersalin. Sebab pengalaman yg lepas2 tak sama...

Eh, masa damia ngan khalish lebih kurang sama je.. Ingat lagi, masa tu hari utk check up. Masa check up, nurse amik BP. 2-3 kali amik walaupun lepas rehat sekejap selang masa tu, still BP tak stabil. Makin naik seingat aku la.. So terus kena refer hosp. Sampai hosp, doctor check da buka 4cm. Masa damia tu, sehari sebelum tu, rasa perut mengeras sangat2. Sakit. Tapi lepas tu ok je. Masa khalish takde rasa apa langsung. Tau2 da bukak 4cm..... 2-2 kes Doc pecahkan air ketuban dan tolak ke labour room... Masa damia, masuk labour room kul 5pm. Bersalin 12.21am. Masa Khalish, masuk labour room around 2.30pm. Bersalin lepas maghrib dlm 7.48pm tak silap.

Masa khalif..sepanjang peknen, aku mmg la berdoa supaya dpt merasa detik2 sakit bersalin. Bole ehh doa begitu? Orang nk cepat bsalin n kalo bole taknak sakit lama2. Tapi aku mmg berharap aku merasa detik bukak 1cm ke 1cm. Perghhhhhhhh!!!! Memang dapat. Allah mmg makbulkan. Hari aku admit patutnya kena induce, sbb last pregnancy kan sbb BP tak stabil. So this time pon doc takbagi lebih dari duedate. Mujur masa kat PAC tu, doc check da bukak 2cm. Tak yah induce. masa tu 7pm. So bermula la detik2 kesakitan dan menunggu jalan bukak. Kul 4am baru bukak 3cm. Kul 9am pun masih 3cm. Kul 7pm dalam labour room baru 5cm. Perghhh..Nasib baik kul 9.20pm da bersalin. Cukup la pengalaman tu........

Kali ni, aku hanya mendoakan supaya mudah dan mudah bersalin, kurang kesakitan dan taknak lama-lama dalam labour room. Kalau boleh, kat rumah rasa sakit, sampai hospital dok kejap sampai doc n nurse da standby everything utk sambut baby, aku pun da deliver..... harap2 begitu la.. So tadi saje gugel2..terjumpa lak kat satu blog ni. Sorry da ter 'X' blog tadi, so tak dapat nak link kan......

Ni antara tips2 utk mudahkan bersalin:


  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. 
  • Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah. 
  • Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
  • Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
  • Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
  • Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg aku amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
  • Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
  • Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk (aku mmg failed nak pegang buku lali. Peha besar sgt...so pegang je la besi palang katil tu)
  • Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
  • Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
  • Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :)



BAHAN-BAHAN
1. Air (jika air zam-zam lagi baik)


DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’





3. Al-Hasyr : 21-24





4. Doa Selusuh



Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya".



5. Doa Pemudah


"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".


CARA-CARA

Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran anak.





Kali ni aku belum lagi dapatkan air selusuh. Ermm da ada doa2 ni rasa2 nya baik mintak suami buatkan, kan? Takpun suruh emak.. berkat tu... heheheheh... Lagi satu aku dapat doa ni:

Ya Dzal Jalaali Wal Ikram  - Yang Maha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan

Antara Fadilatnya : 
Perempuan  yang ingin agar sentiasa tidak merasa sakit ketika hamil, ucapkanlah dzikir ini sebanyak 11 kali setiap hari, tiupkan ke dalam air kemudian air itu diminum, Insyallah dia tidak akan sakit dan akan senang ketika melahirkan bayi...Insyallah.



11 comments:

Marsha~ said...

thanx for sharing babe.... kena print ni... hehehe

NrlAidaHml said...

info yg sgt2 berguna!!thank u awk..singgah sini...Salam kenal..

Anonymous said...

tq krn post. sy trus bt..heheh

Anonymous said...

good info ..

mommy to be said...

Info yg sgt bgune..thx for sharing.. ;)

Juju said...

TQ for sharing.

Insha allah akak nak buat lah. Anak 1st neves plak rasanya.

Unknown said...

Tq share kat kami...

Unknown said...

mohon share yea

Unknown said...

mohon share info ini yea

fisya said...

tQ for sharing.Info yg sangat berguna utk sume mummy to be.

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Bersalin Dengan Lebih Mudah. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.