Tuesday, December 8, 2009

Siapa pandai, jawab soalan saya ni... Dan jawapannya adalah....

5 tolak 1
dalam Islam
tinggal berapa?
Sila jawab... tima kasih.
**saje nk test IQ korang... hehe**
.
.
.
.
.
.
.
Kelmarin, teringin nak makan tosei ghee. Mama Miya kata leh bantu gak tambah susu. Hehe..my buddy, Linda, lewat sampai ofice coz ade check up. So ajak la Kak Azlinda. So masa borak2 tu, dia cita la pasal malam semalamnye pegi dgr ceramah kat masjid. Seronok katanya. Tu la... tunggu anak besar sket bole la join nanti :)
Ustaz yang bagi ceramah tu tanya soalan kat atas tu.. yang ramai2 bagi jawapan, 4 la.. tak tau la... ye la kan.. kalau 5 tolak 1 tuh kita kata la tinggal 4 kan?
Owh tima kasih pada Misbehave yg bg jawapan Matematik. Hehe. Dan tima kasih pada Siti Bum Bum yang bagi jawapan 'tak sempurna rukunnya' tak silap. lupa pulak. kang tgk balik kat comment box. Hehe..
*
*
Jawapannya.........
*
*
RUKUN ISLAM ITU 5 PERKARA:
1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat
*
*
Ustaz tu kata.. kita ni sebagai org Islam, kalau tau mengucap, tu da mesti la kan. Bulan puasa, kita pun puasa. Pastu simpan hajat kumpul duit utk tunaikan haji. Lagi, paling2 pun zakat fitrah kita ada tunaikan. Kalau zakat harta ada buat, lagi bagus.
Ha..tu dah 4 perkara. Tapi kalau tang Sembahyang 5 waktu tu tak dijaga...
Maknanya, 5 perkara tolak 1 perkara........... KOSONGG!!!!!
*
*
Apa2 pun, sembahyang tak boleh diabaikan. Sesibuk mana pun kita... di mana pun kita berada.. lagi2 pulak kalau anda seorang lelaki dan sebagai seorang ketua keluarga, perlulah tunjuk contoh yang baik pada anak2 dan isteri anda...
*
*
*
"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"
*
*
Ermm.. ini juga sebagai ingatan untuk diri sendiri. Yang mudah leka dengan hal2 dunia. Semoga masih ada ruang utk bertaubat. Insyaallah..........

3 comments:

Misbehave said...

dalam islam x tau, dalam matematik 4.hehe.

Sitie BUm BUm said...

xsempurna rukunnya

mamaarifakeemaisy said...

hehe..tk sempat nk teka..pepun betul sesangat la tuh! herm..bagus la kita ni kena saling ingat mengingati..^_^